Jul 11, 2009

Tambah seorang.

Tambah seorang

Dear PK,
Nampaknya rumah Azim di kolej sudah dipenuh. Tambahnya seorang lagi, mempelbagaikan rumah ini. Dari DVM1-DVM4. Bolehlah kongsi-kongsi cerita setiap batch. hujung minggu ini pasti sibuk, hendak buat assigment virology, immunology. Salah seorang coursemate Azim cakap, dah macam first test sahaja. Nota dah mula melambak-lambak

Baru-baru ini pengarah dogathon minta size T-shirt. Azim suruhlah salah seorang daripada kawan Azim letak size S. Macam terkejut sahaja. Memang baju Azim size tu. kalau pakai size M, besar sikit. Tapi bagus juga dia komen, memang kadang kala Ayah Azim marah pakai baju kecil sangat. Ada juga orang nak komen penampilan Azim.

Ramai kawan Azim dah mula kerja, memang kalau Azim masuk matrikulasi, hanya tunggu graduation sahaja. Ada yang mula kerja, ada juga yang sekarang tengah cari kerja. Harap, korang dapat kerjalah.

Peace...,
xZYm

Jul 9, 2009

Mulanya...

Mulanya..

Dear PK,
Baru beberapa hari Azim melangkah masuk ke semester baru, pelbagai kerja yang perlu dilakukan. bertimbun-timbun assignment diberi (padahal malas nak buat praktikal report). Mesti seronok jika duduk sahaja di rumah. Lebih-lebih lagi melihatkan teman sebilik Azim yang baru sedikit sahaja jam kreditnya. yelah, budak tahun 1.

Rumet baru?? kecian pada rumet lama Azim. kadang-kala menyesal juga tindakan yang Azim ambil, tapi ini untuk kebahagiaan semua pihak. Semester ini pasti penuh dengan cabaran. permulaan virology sahaja membuatkan Azim berkerut kepala. susah benar hendak memahaminya. Senior Azim cakap, jangan nak terlalu rumitkan benda yang senang.

Jadi tunggulah beberapa hari lagi,mungkin nanti biasa lah nanti. Kecoh juga dalam kelas, Azim sebarkan cerita yang JPA akan masuk rabu hadapan. Azim menagak sahaja, melalui pengalaman dua sem yang lepas. Dengar kata, kami akan dapat sama dengan pelajar medic. taraf vet sama dengan medic. sekarang baru nak perasan. tunggu sahajalah kawan-kawanku..
Peace..,
xZYm

* kawan Azim, Ina dikuarantinkan di pusat kesihatan kerana mengalami deman & selesema. Petang tadi dia dah pulang kolej.semoga sihatlah esok!!

Jul 4, 2009

Semester 5

Semester 5


Dear PK,
Universiti bakal memulakan sesi semester yang baru. Pasti sekarang junior sudah mula selesa dengan keadaan kolej.
Semester ini pasti ada cabaran baru. Jadual akademik yang memberi cuti raya sehari sebelumnya. Dengan acara Dogathon bakal menjelang bulan ogos ini. Merit satu lagi cabaran yang bakal merisaukan Azim. Nampaknya kena mula kumpul dari semester ini.


Perginya Azim bermakna tinggal seorang sahaja adik Azim di rumah. Mesti dia bosan. Azim sudah janji dengan senior Azim untuk menumpang keretanya. Mudah sikit nak mengangkat barang lain. Mulakan dengan Azam baru.

Peace..,

xZYm

Igauan ngeri

Igauan Ngeri

Dear PK,

Tiba-tiba Azim ditangkap dari atas katil. Dalam fikiran terfikir bagaimana lembaga-lembaga itu boleh masuk ke rumah Azim. Dengan teruk Azim diseret turun dari tangga, keluar rumah dan terus ke tengah-tengah kawasan lapang. Tetapi sedikit pun tak rasa kesakitan.


Salah sorang daripada mereka membawa satu benda seperti ‘hot iron’ mengecop di telapak kaki Azim. Apabila benda itu melekat pada kaki Azim, tanpa rasa sakit, Azim tersedar. Oh, rupanya mimpi. Binggung masa itu. Apabila melihat jam di dinding menunjukkan jam 6.45 pagi. Ya Allah, belum solat. Mak,Ayah & adik bongsu Azim pulang ke kampung untuk mengambil durian. Adik ke-2 aku sudah pulang ke rumah sewanya di Melaka.


Apabila selesai solat, aku turun mengambil air minuman dan memikirkan mimpi tadi. Adakah itu hanya mainan tidur atau amaran dari ilahi. Alhamdulillah,Allah tidak merasakan keperitan dan kesakitan itu. Bukan tidak pernah Azim solat lewat atau tinggalkan solat, tapi kenapa pagi tadi baru dapat mimpi sebegini.

Peace..,

xZYm

Jul 3, 2009

Fren

Fren

Dear PK,

Bagaimana Azim boleh boleh terbuka hati hendak menemani Farhana ke majlis pertunangan kawan sepejabatnya. Terlalu jauh dari rumah Azim,hampir sejam perjalanan. Majlisnya alar kadar sahaja. Tetapi yang menariknya bakal suaminya kenal Azim, dia kata pernah nampak Azim semasa sekolah dulu, semasa pertandingan kawat kaki peringkat daerah


Kawat Kaki Kadet Remaja Sekolah pada tahun 2001 mungkin yang dirujuknya. Perkara memalukan berlaku pada Azim semasa ingin menambil makanan. Secara tiba-tiba Azim boleh jauh semasa beratur. Kecoh jadinya menyangka Azim pengsan. Padahal terpijak lantai yang agak licin.


Pertama kali mewakili sekolah setelah jawatan kopral disandang. Kalau diingatkan balik boleh jadi bahan gelakan dengan formasi yang dilakukan. Paling Azim ingat ialah semasa pulang dari pertandingan itu. Boleh sahaja cikgu tinggalkan kami 33 orang. Jadi kami kalau tak silap Azim 12 orang cadang balik sekali. Yang lain Azim tak pasti bagaimana.


Kami mencari bustop, sorang daripada kami boleh sahaja buat pandai tunjuk jalan salah, hampir setengah jam kami jalan dengan pakai but, baju seragam kadet remaja dan jam menunjukkan jam 2. yang kami nampak di depan hanya jalan besar. Kami teruskan juga dengan ada yang berkaki ayam,tak tahan pakai but. Nak telefon,public phone pun tak ada. Handphone memang bukan zaman orang mesti ada handphone.


Selepas sejam, baru kami nampak bustop. Malu juga jalan dengan keadaan begitu. Tapi sejak Azim masuk universiti, mereka semua macam hilang sahaja. Atau Azim yang menghilangkan diri. Zaki, Khalid, Yus, Muhkriz, Hamdan sudah lost contact dengan Azim. Azim harap sangat dapat jumpa dengan mereka semua. Tak kan nak tunggu reunion sekolah 5 tahun lagi.

Peace..,

xZYm

Jul 2, 2009

POSEN

POSEN

Dear PK,
Semalam tergerak hati Azim untuk membuka buku latihan anak sepupu Azim yang masih bersekolah rendah. Rumahnya hanya beberapa langkah dari rumah Azim. Dari awal cuti dulu maknya suruh lihat-lihatkan. Terkejut dibuatnya apabila banyak bulatan dakwat merah di buku latihan matematiknya. perkataan yang dibulatkan ialah POSEN

Rupanya ada juga yang mengikut 'penyakit' Azim ini. Berulang-ulang kali Azim ditegur oleh cikgu untuk menukarnya kepada puluh sen. mungkin sudah terbiasa dari kecil sebut posen, Azim mengulangi benda yang sama. Akhirnya, Azim didenda menulis perkataan puluh sen sebanyak 500.

500!! sakit tangan menulisnya. Satu kelas tahu Azim kena denda,jadi Azim kena ejek posen. tak tahu kenapa gelaran itu hilang begitu saja. bagus juga tak melekat gelaran posen. Posen...Posen...

Peace..,
xZYm

Jul 1, 2009

Amalan Bulan Rejab

Amalan Bulan Rejab

  1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
  2. Sesiapa yang berpuasa hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
  4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
  5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
  6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
  7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
  8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
  9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
  11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

Jun 30, 2009

Khabar dari surat

Khabar dari surat

Dear PK
Terdetik hati untuk melihat surat khabar lama yang tersusun di dapur rumah. Metro & NST menjadi pilihan ayah Azim. Banyak kisah- kisah yang Azim tidak mengetahuinya hampir lebih 40H. Banyak juga yang berlaku dan menarik.

Pertama tentang kes selsema babi yang makin menular. Jadi takut untuk ke Singapura. Penyakit ini makin menular ke rantau Asia Tenggara pula. Senyum Azim melihat kemenangan Kris Allen dalam American Idol. Sejak dulu memang Azim jangkakan dia menang.

Kemudian tentang Facebook diisukan oleh ulama Indonesia. katanya Fb boleh mencetuskan ke arah masalah sosial. Bagi Azeem terpulang pada individu terbabit. Dia yang meletakkan gambarnya. Jika gambar tidak menutup aurat diletaknya, salah dia sendiri. pilihan untuk memilih kawan pun terletak pada tangan sendiri.
Terbaru, kematian Michael Jackson, Raja Pop Dunia. Bagi negara islam, umatnya masih was-was lagi keislamannya. Abangnya mengatakan dia Islam. Jika benar, biarlah arwah dimasukkan dalam golongan yang terselamat dari azab Allah & beruntunglah arwah dapat masuk hidayah sebelum meninggal dunia. Sorang lagi, pelakon Farrah Fawcett. Jika Azim menonton Charlie's Angels yang 5 minit di starworld,pasti mak Azim akan cakap yang Farrah ini dulu cantik betul. dia pelakon yang mak Azim minat.
Peace..,
xZYm

Jun 28, 2009

REJAB

REJAB

Dear PK,
Bulan Rejab kembali lagi. Bulan Allah ini pasti akan mendatangkan pelbagai kenikmatan dan keamanan di bumi ini. Jika datang Rejab, pasti terlintas ialah banyakkan amalan sehingga kita selesa untuk melakukan amalan yang lebih banyak dalam bulan Ramadhan.

“Allah itu Maha Adil,Dia tidak hendak menyusahkan hambaNya” Ingat lagi kata-kata ayah masa dia ajak Azim puasa bulan Rejab. Pasti susah secara tiba-tiba hendak melakukan amalan di bulan Ramadhan, sebab itulah Murahnya dan Agungnya Allah dia ciptakan dua bulan yang mulia ini sebelum Ramadhan.

Jika sebut mengenai puasa sunat, kadang kala Azim malu kepada seorang kawan Azim ini. Dia berbangsa Cina dan bukan Islam sebelum Azim mengenalinya. Tetapi bila tiba bulan Rejab, tidak putus-putus dia berpuasa dan hanya berehat sehari dua sebelum menyambungnya kembali. Apatah lagi tahun lepas dia menerima hidayah Allah, tradisinya masih diteruskan. Mungkin pengaruh kawan baiknya dahulu.


Peace..,
xZYm

Jun 26, 2009

26 JUNE

26 JUNE

Dear PK,
Tiada kejutan yang bakal berlaku di rumah Azim hari ini. Hanya sebuah makan malam sesama keluarga sahaja. Alhamdulillah, semuanya ada di rumah. Disebabkan yang diraikan tukang masak utama di rumah, terpaksalah kami bekerjasama menyediakan makanan untuknya.

Adik bongsu Azim petang tadi sudah membawa balik kek sebagai pembuka selera. Semasa Azim sedang menaip entri ini, ayah Azim sebaik sahaja pulang dari surau, terus menyediakan air ‘special’. Dari jauh Azim nampak ada asam, limau nipis berhampiran pemerah jus.

Bahan-bahan steamboat juga sudah dikeluarkan oleh adik Azim. Semuanya di susun atas meja makan. Mangkuk dan piring di susun atas meja,hanya menunggu kaum lelaki pulang semula dari surau sahaja untuk dijamah.

InsyaAllah, jam 9 nanti sambutan ulang tahun mak Azim akan diadakan. Selamat Ulang Kelahiran Mak. Muuuuuuuuuuuah!!
Peace...,
xZYm

Jun 24, 2009

Durian

Durian


Dear PK,

Di smart, pasar borong, kit-mart penuh dengan durian. pelbagai gelagat mereka ketika memilih durian. Ada yang menghidunya,mengetuknya, melihat tangkainya dan ada juga yang menyuruh peniaga membelahnya. Paling menarik melihat gelagat orang yang makan di situ. Kebanyakkan mereka pasti orang Singapura. Pasar Smart siap menyediakan meja dan kerusi.


Ayah Azim berjanji sebelum Azim pergi ke universiti,dia akan membawa Azim pulang ke kampung. Seronoknya makan durian kampung sendiri,unlimited. Selalu sahaja banyak durian yang tak dimakan dijadikan jem oleh atuk Azim. Setiap daripada keluarga atuk Azim kecuali sepupu, anak saudara & adik terakhir Azim mempunyai pokok durian sendiri. Arwah atuk Azim menamakan setiap pokok dengan nama anak,menantu & cucunya.


Seorang sepupu Azim tidak makan durian lansung, pokoknya hingga kini tidak pernah berbuah. Dua makcik Azim dikategorikan kerdil, pokoknya rendah juga dan isinya sangat manis. Azim pula paling senang nak buka kulitnya, isinya apabila makan mula-mula agak sedap,kemudian kadang kala pahit. Susah nak jaga pokoknya. Arwah atuk Azim cakap, Azim ini pedendam dan susah nak cakap. Susah nak percaya benda ini. Tetapi, paling seronok apabila kami sekeluarga habiskan masa di kebun. Tak sabar menunggu hari ini.

Peace,

xZYm

Jun 22, 2009

Setelah 40 hari..

Setelah 40 hari


Dear PK,

Hampir sebulan lebih Azim merantau di negeri orang. Negeri yang dipenuhi dengan jelapang padi dijadikan destinasi kali ini. Kalau tahun lepas Kuala Lipis & Merapoh ingatkan Azim dengan kedinginan air perigi dan tidur di kaki bukit. Kali ini sungguh indah apabila berjalan penuh dengan pandangan hijau & menyeramkan juga apabila kebanyakkan surau berdekatan dengan kubur. Seram juga hendak bangun tengah malam.


Pulang ke rumah terus penuh kejutan. Banyak juga perkara yang Azim lihat berubah. Mula-mula apabila sampai di rumah, pelik juga lihat dua adik lelaki Azim baring di ruang tamu siap dengan narita dan bantal lagi. Dalam hati Azim mengagak yang mereka mahu menonton bola. Apabila Azim bawa beg naik,terus ditegur oleh adik Azim “Along nak tidur kat bilik along ke?”. Terus Azim mengangguk dan terus naik.


Beberapa jam dalam bilik,baru rasa terasa kepanasan bilik. Patutlah dua adik Azim tidak tidur di bilik mereka, tidur di ruang tamu dengan penghawa dingin lebih selesa. Percutian ke Tioman minggu depan pun tidak dapat di teruskan kerana sepupu Azim bertunang. Ayah kata dia ganti dengan 2 set box dvd korean drama series. Dua minggu lagi di rumah sebelum pergi ke kolej semula. Cukuplah untuk keluarga dan kawan-kawan Azim.

*masa 40 hari baru Azim sedar yang Azim banyak menyusahkan orang masa semester lepas. Azim try nak cover story bila rasa bersalah. Tapi sebelum cuti, Azim sudah minta maaf pada mereka

Peace..,

xZYm

May 18, 2009

Kesedaran

Kesedaran


Dear PK,

Perjalanan pulang ke rumah terhenti seketika ketika azan Maghrib berkumandang. Lantas, Azim memberhentikan kenderaannya di surau berkenaan. Senyuman orang setempat membuatkan perasaan merasakan keramahan penduduk di sini. Selesai solat, tiba-tiba diumumkan ada kuliah agama. Terbuka hati Azim untuk duduk sebentar. Mungkin ada input yang boleh dijadikan panduan.


Muqadimah ceramahnya banyak berkenaan politik. Parti yang berlandaskan agama ini suka memberikan ceramah seperti. Mahu sahaja mengangkat punggung untuk beredar, telinga Azim menangkap kata-kata pedas yang dilontarkan oleh penceramah itu.


“Jangan hadirin sekalian cuba nak berkawan dengan orang yang tak sembahyang”


Terus Azim terpacak sehingga tamat kuliah maghrib itu. Antara isi kandungannya, mengenai orang Malaysia yang banyak meninggalkan solat. Jika kita tahu,kita kena tegur. Ataupun jauhkan diri daripada mereka. Itu selemah-lemahnya dengan geram dalam hati. Jangan cari suami atau isteri seperti ini.


Tidak tahulah benar katanya sudah 50% rakyat Malaysia tidak solat langsung. Lebih baik katanya berkawan dengan orang cina & india dari orang melayu yang tidak bersolat. Perjalanan pulang Azim ke rumah penuh tanda tanya. Perlukah Azim menjauhi mereka?

Peace..,

xZYm

May 17, 2009

Sekian Lama

Sekian Lama

Dear PK,

Lama sudah tidak menjenguk blog Azim. Mana tidaknya akhir bulan April sibuk dengan peperiksaan akhir kemudian dua minggu dihabiskan untuk latihan pengenalan lading dan minggu ini pula terpaksa menjaga adik Azim di hospital. E-Mail, Facebook, Friendster juga sudah lama tidak dijenguh.


Minggu-minggu akhir di Universiti :
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma terkilan dengan hari terakhir di tahan oleh pensyarah untuk melakukan peperiksaan semula bagi bahagian yang penting. Separuh daripada pelajar disenaraikan. Padahal Azeem bergegas untuk pulang menyambut hari lahir ayah Azeem. Hadiah ada pada Azeem. Akhirnya terpaksalah kami menyambutnya lambat sehari. Sedih juga sehari sahaja duduk di rumah.


Ladang Corakmas,Padang Hijau :
Ayah menghantar Azeem ke ladang lembu tenusu ini bersama-sama kawan-kawan Azeem yang lain. Kami ber-6. CP, Shyla, WC, Vivian & Vish (nama glamournya wani). Banyak juga yang dipelajari dan diketahui. Walaupun kampung Azeem di Kluang,baru Azeem tahu banyak benar sekatan polis. Malam di bandar Kluang, kepayahan membeli makanan, Kereta rosak di tengah bandar & Red Rockies menambah lagi pengalaman Azeem. Masa itu juga Azeem nampak betapa sungguhnya Vivian mengendalikan Dogathon 09’


Kolam Ikan & Udang, Gelang Patah :
Sekali lagi ayah tidak mempercayai Azeem untuk membawa kereta. Sampai di sana, sudah menarik minat ramai orang di sana. Ayah Azeem, dalam jabatan yang sama, boleh katakan ramai yang mengenalinya walaupun berlainan tempat bertugas. Mata Azeem juga tertumpu pada kereta merah jambu yang biasa kelihatan di fakulti dan kolej. Dalam hati merasakan ini rupanya Anis, senior Azeem yang disebut-sebut ada di sini. Hari pertama mungkin janggal lagi, hanya berbual pasal diri masing-masing. Azeem & 3 senior Azeem, Faiz, Anis & Liza ditugaskan untuk membuat kajian tentang permakanan udang galah.


Paling seronok bagi makan di waktu malam. Hanya lampu suluh, kami perlu memberi makan kepada semua udang. Rasa gementar itu ada lebih-lebih lagi Faiz telah nampak apa yang tidak sepatutnya dia nampak. Padahal 5 hari, tetapi Azeem boleh sahaja rapat dengan mereka. Hari keempat, penolong penyelia kami, Kak Aida menanyakan berapa umur Azeem,baru lepas SPM ke? Tergelak mereka,siap cakap Azeem lebih tua daripada mereka. Kak Aida kata perangai Azeem terlonjak-lonjak, suka mengusik orang & rambut tak terurus. Paling mendebarkan hari terakhir Kak Aida menanyakan Faiz duduk di asrama lelaki atau tidak. Faiz menjawab tidak dan mengatakan Azeem yang tinggal di situ. Terus Kak Aida mengatakan Asrama itu berhantu. Dia pernah nampak permpuan muda di pintu hadapan asrama rumah itu. Nasib baik, barang-barang Azeem sudah dipindah ke kereta. Ayah Azeem juga mengatakan tempat ini ‘keras’ sedikit


Mungkin ini perasaan Azeem, tetapi ini yang Azeem rasa. Seorang pelajar kolej di Melaka acap kali bersama-sama kami. Makan, keluar malam pun pasti dia ada. Tetapi sering kali dia seperti memberikan ‘hint’ mahu berpacaran dengan Azeem. Banyak juga caranya. Pulang nanti ke universiti, pasti Azeem menanyakan pada senior Azeem. Kalau benar, kecian dia tidak berbalas. Jika bukan pasti perasaan Azeem.


Minggu ini :
Masa diluangkan di Hospital Sultan Ismail menjaga adik Azeem yang dibedah tangannya akibat tulang radiusnya retak. Selang seli dengan adik Azeem yang akan ke matrik Melaka. Sempat juga berkenalan dengan seorang jururawat yang manis orangnya. Suka Azeem melihat dia, macam tak jemu dipandang. Umur sebaya dengan Azeem dan namanya sungguh cantik Maisara. Malangnya dia sudah bertunang. Banyak yang berlaku dalam bulan ini, Hafiz menang AF7, Tomok menang OIAM, Kris Allen masuk final American Idol. Selepas ini, masa terluang terlalu banyak. Baik digunakan sebaiknya. 3 hari lagi blog ini pasti akan senyap kembali. Ada tuntuan sesama manusia yang perlu Azeem lakukan.


Peace..,
xZYm

Apr 19, 2009

2012

2012

Dear PK,
Mingggu ini, setiap kali turun ke surau, pasti mata Azeem hendak melihat sesuatu. rumah di bawah rumah Azeem di kolej kediaman. sungguh memeranjatkan apa yang ada di sana. Mungkin perkara ini akan berlaku pada Azeem pada tahun 2012.

Rumah yang dimaksudkan ialah rumah tahun akhir pelajar vet a.k.a senior sulong Azeem. Pada pertengahan semester,mula nampak mereka asyik-asyik duduk di atas meja. tertanya juga dalam hati,tak bosan ke? Sekarang penyakit mereka makin teruk. satu rumah ditampal dengan NOTA!! di dinding.

Mungkin perkara ini akan berlaku pada Azeem nanti. Siapa tahu yang budak yang suka merepek & perangai macam budak-budak ini akan besar tahun 2012.

Peace...,
xZYm

Apr 18, 2009

X study!!

X study!!

Dear PK,
Satu hari tak study ni.. semua disebabkan BEN 10!! Habiskan masa menonton cerita ni.



Peace..,
xZYm

Apr 16, 2009

Aktiviti selepas Ethic exam.

Aktiviti selepas Ethic exam.

Dear PK,
Alamanda? itu perkataan pertama yang Azeem ungkapkan selepas sepupu Azeem memberitahu dia mahu ke sana. selesai makan, solat terus Azeem mengambil teksi untuk ke sana. Tujuannya mahu membelikan hadiah datuk dan makcik Azeem.


Ikutkan sahaja dia bersama kawannya berjalan-jalan. Padahal masa itu mata Azeem ngantuk sangat kerana lewat tidur. Azeem hanya tidur 2 jam sahaja untuk menghafal nota-nota ethic. Apabila lalu di panggung wayang,terus sepupu Azeem mengajak Azeem memonton wayang. Ikutkan sahajalah. Walaupun ngantuk,mata ini tetap menontonya. seram sejuk dibuatnya.

Destinasi terakhir sebelum pulang, Big Apple. 12 + 6 donut dibeli oleh Azeem. separuhnya milik Hafez. Maklumlah sekarangkan ada tawaran istimewa. Kira dalam masa 40 jam,Azeem hanya tidur 2 jam sahajalah. memang sakit kepala ni!!


Peace..,
xZYm

Apr 14, 2009

Anat = rock on!!

Anat = rock on

Dear PK,
Pertemuan Azeem bersama pensyarah anatomi untuk membincangkan soalan yang diberinya, membuahkan hasil. Azeem,Sarah & izzati pada pagi Jumaat yang lalu pergi berjumpa dengannya. Tujuan utama untuk menunjukkan muka agar dapat menambah markah. Mana tidaknya, 15 markah datang dari kehadiran & minat kita pada anatomi.

Soalan keempat peperiksaan anatomi tadi menanyakan tentang soalan yang sama kami bincangkan. Penis jenis musculocarvenous & fibroelastic dan yang mana 'erect' cepat & kenapa? tersenyum Azeem menjawabnya. Tamat peperiksaan,terus Azeem mencari izzati & dia seperti dalam keadaan gembira.

Disebalik kegembiraan ini,dalam setengah jam minit terakhir, Azeem perasaan ada satu kerusi kosong. Bila dilihat antara Juwai & Azhani,terus hati Azeem menjerit..TUBA!! Kemudian bergegas kami menalefonnya & mendapat tahu yang dia sangkaan peperiksaan petang. nampaknya kes Fauzan berulang kembali.

Alhamdulillah,Tuba dapat mengambilnya kembali jam 12. Dengar daripadanya, soalan sama sahaja. Yang penting, dua soalan sudah diketahuinya sebelum peperiksaan. Harapan A mungkin seperti samar-samar,tetapi siapa tahu keajiaban boleh berlaku.

Peace...,
xZYm

Apr 13, 2009

Satu Suara

SATU SUARA


Mengapa kita berbeza
Ku tahu hatimu dipolusi benci
Kita harus bersama
Aku, kau mereka, memahami, kompromi
Kita satu komuniti, satu arah destinasi
Hey generasi muda, usah kau bersendiri
Kita punya satu hati, satu cita satu jiwa
Kau aku dan mereka, kita satu nama
Chorus
Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama

RAP:
It’s the B to the E to the L I ALet’s keep our head up for better daysDo walk hand in hand if you understandThe message is to be together in this motherland

Where is the love that used to shine
In this darkest hour, we’re gonna be just fine
So let the love shines in your soul
This revolution is gonna be our destiny call

Dalam satu suara, kita tiada bezanya
Nyanyi lagu yang sama, rentak sekata
Dengan satu suara, kita janji menjaga
Kau, aku dan mereka, kita satu nama

Dengan satu suara
Kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak jiwa yang sama

Sekiranya ku jatuh, terus bangunkan aku
Dan aku lakukan yang sama untukmu
Kau, aku dan mereka
Dalam satu irama, dalam satu cinta

RAP:
eethu un valkai, un pathei, un eerthukaalam(this is your life, your path and your future)otremei veedum kai kodhe nadeethe vaa(unity is needed, come walk hand in hand)naalai maadrum un nadeetheyil(tomorrow’s changes is in your path)en thola yen paala kuraalyil?(my friend, why do it with different voices?)

RAP:
我地国家应该一条心
(Our country should be one heart and one soul)
生活过得好, 最紧要我地大家开心
(Our lives are good and our happiness is important)
我地马来西亚社会真係惦
(Our Malaysian society is great)
无论遇到乜野困难, 我地一齐可以搞惦
(Whatever problems we face we can sort it out together)

Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama
Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama

Apr 11, 2009

Sebuah Motosikal

Sebuah Motosikal

Dear PK,
Permulannya Azeem dan kawan Azeem,Hafez ingin meminjam sementara sahaja motor rakan sekuliah kami, Shima untuk ke solah jumaat. Tiba-tiba sahaja,dia memberikan motor itu sehingga hari Isnin.
Selepas solah Jumaat,seperti dirancang kami terus bergerak ke Mines. Sudah lama kami tidak keluar bersama-sama. Rasanya lebih kurang 2 tahun. Bergerak menujuke satu kedai ke satu kedai yang lain. Paling penting,misi mencari infomation counter berhasil.
Melihat awan seperti tidak menunjukkan tanda tidak mahu hujan, kami pulang ke kolej dahulu untuk solat.Kemudian,misi bersambung untuk membeli tiket balik Hafez di Kajang. Tiba di sana, mata kami terpikat dengan pasar malam yang berada bersebelahannya. Selesai membeli tiket, terus kami ke pasar malam
Mata Azim terus tertumpu pada baju Upin & Ipin. Mesti kelakar kalau pakai ini. Pusing-pusing dahulu,mana tahu ada saiz orang dewasa. Tiba-tiba akal berfungsi,baik cuba lihat baju saiz kanak-kanak yang paling besar. Dengan muka selamba,terus Azeem tanya "Baju ni,saiz paling besar ada tak?nak tengok"
nelihatnya sesuai dengan badan kecil Azeem ni,terus Azeem membelinya. Sekali dengan baju Ben 10. Minat jugalah kartun Ben 10,ini semua salah Faiz, senior Azeem. Adik dia yang mempekenalkan Ben 10 pada Azeem. Sehingga Azeem jarang tidak menonton Ben 10.
Patutlah orang cakap perangai Azeem macam kartun. Paling ketara sekali cara jalan. Sampai akak kafe di fakulti Azeem ingat Azeem sakit kaki. Ah,rindunya pada Ben 10,because pagi tadi missed. bangun lambat!!!

Peace...,
xZYm

Apr 9, 2009

Final sudah..

Final sudah..

Dear PK,
Tahun ke-2 semester ke-4 melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pasti sekarang ini ramai yang sibuk mencari-cari nota & menyediakan kelengkapan yang kukuh bagi peperiksaan akhir nanti. Semester ini sama sahaja dengan semester 3,malah rasa lebih tertekan dengan keadaan subjeknya.

Small Ruminant
Subjek yang dijangka menyumbangkan A bagi Azeem. Semua pelajar yang mengambil subjek ini pasti tersenyum lebar melihat markah ujian 1 + 2. Dengan soalan peperiksaan akhirnya yang beberapa soalan sudah diketahui,pasti peluang cerah menanti. pasti bagus semua subjek macam ini. Final Exam = 0830, 16 April 2009

Anatomy
Ujian 1 membuat Azeem hilang tumpuan. kenapalah salah jawab soalan. Tetapi ada hikmahnya, selepas itu, Azeem lebih selesa dengan penyelaras krusus itu. rupanya dia baik dan mengambil berat hal pelajar. Azeem buktikan dalam ujian 2, dan kebanyakkan dapat A. Yang paling mencabar markah praktikal & penglibatan dalam kelas 25 markah. Terpaksalah buat-buat tanya soalan dan rajin pergi bilik dia. Final Exam = 0830, 14 April 2009

Physiology
Tidak tahulah mana silapnya, ujian 2 Azeem kantoi pada bahagian hormon. nasib baik masih lagi tahap B. Hanya mengharapkan markah peperiksaan akhir lebih dari 36 untuk mendapatkan A. Dua soalan mungkin boleh dijangka,hanya tinggal tiga soalan lagi. Final Exam = 1100, 22 April 2009

Bacteriology
Subjek 4 kredit ini juga boleh memberikan A,jika buat betul-betul untuk peperiksaan akhir. Banyak juga perlu dibaca. Hanya serah pada takdir sahaja. Bak kata Prof Rani, senang saja... Final Exam = 1100, 21 April 2009

Pathology
Ujian 1 = markah penuh. ujian 2 + 3 = belum diketahui sehingga sekarang. belum ditambah lagi ujian amali pada 0900,24 April. Subjek ini yang menimbulkan minat Azeem untuk mendalami Vet. Final Exam = 1100, 23 April 2009

Ethic
Subjek 'kesukaan' ramai. antara yang bakal dinanti-nantikan oleh junior. seronok sangat belajar undang-undang. Takdir menyelebahi Azeem. walaupun bayangan A memang tidak nampak,tetapi dengan timbunan markah 35/60 bolehlah hidup. Final Exam = 1100, 16 April 2009

Fikir positif!! itu yang penting. orang Islam pasti dapat lakukan lebih baik sebab kita ada Allah. Jangan dapat GPA macam semester lepas sudah.

Peace..,
xZYm

Oral Test

Oral Test

Dear PK,
Staining
Media
Biochemical Test
ELISA
MAT
PCR
Alhamdulillah,tamat sudah penderitaan Azeem. Sebelum mula lagi,pelbagai spekulasi yang Azeem dengar mengenai 4 pensyarah yang mengendalikan peperiksaan amali kali ini. Dr Z, Dr yang banyak menanyakan soalan yang mudah tetapi pelbagai sehingga tak tercapai akal. Dr S, Dr yang mahukan jawapan dalam keadaan tersusun & mudah difahami. Prof R, pensyarah yang paling susah sekali. Dikatakan pelajar akan tertekan dengannya dan terakhir Prof R, pensyarah paling mudah sekali.
Azeem ditakdirkan bertemu dengan Prof R. Agak tertekan juga jika tidak tahu menjawabnya. Apabila masuk sahaja bilik, terus Azeem perkenalkan diri dan paling memeranjatkan soalan pertamanya "What do you know about microbacterialogy letcure? it's fun?" spontan Azeem menjawab "Hah?". tidak menyangka soalan pertama begitu mudah sekali. dan soalan seterusnya pun amat mudah sehinggakan Azeem diberi pilihan untuk memilih media dan biochemical mana perlu hendak ditanya.
Dari yang Azeem dengar, kebanyakkannya dapat hampir markah penuh. Jika berkata pasal pnsyarah yang menyoalnya,sebenarnya itu bergantung pada diri kita sendiri. Jika rasa kita boleh buat, semua benda boleh kita lakukan.
Peace...,
xZYm

Apr 4, 2009

American Idol

American Idol
Dear PK,
Menjadi fenomena dengan kedatangan musim bunga di Amerika,rancangan American Idol pasti muncul di kaca tv. Rancangan yang menjadi kegilaan ramai ini kembali lagi dengan musim baru. Setiap minggu, Azeem dan rakan serumah pasti akan menontonnya. Sejak Top 36, minat Azeem terjurus kepada keunikan suara Megan Joy, Kris Allen & Kendall Beard.

Nasib menyebelahi Kris & Megan apabila mereka berjaya memasuki top 13. Paling seronok setakat ini persembahan Kris semasa dia membawa lagu To Make You Feel My Love. Tanpa gitar, hanya lontaran suara dan penuh perasaan. Minggu ini punya persembahan juga seronok,sehingga Simon kata ini persembahan terbaik oleh Kris.

Megan pula yang mempunyai suara ala-ala Amy Winehouse dan adele sungguh mempersonakan suaranya. Suara Megan yang unik ini membuatkan Simon memilihnya sebagai peserta pilihannya dari wildcard. Rockin' Robin, lagu yang paling Azeem minat sekali dinyanyikan olehnya. Lain sangat dengan Micheal Jackson. Sayang sekali, dia terkeluar minggu ini.

Hanya tinggal Kris sahaja yang berada dalam Top 8. Tunggu dan lihat hujung bulan 5 nanti, siapa yang akan terkeluar.

Peace...,
xZYm

Apr 1, 2009

April Fool's

April Fool's

Dear PK,
Jika dulu bulan April selalu ditunggu oleh Azeem. Mana tidaknya,sikap suka mengenakan orang tidak asing bagi Azeem. Sahaja cari perhatian orang,itu orang cakap Azeem sukar diramal. Perayaan April Fool sekarang sudah jelas & nyata merupakan perayaan yang haram diraikan oleh orang Islam. Walhal, pada tarikh yang sama umat Islam di Sepanyol dibelasah teruk 522 tahun yang lalu.

Sebelum Azeem menerangkan apa yang berlaku pada masa itu, mari kita lihat apa yang berlaku pada Sepanyol dengan erti kata lain Perang Salib. Sepanyol jatuh pada abad ke-8 masihi dan Masih ingat lagi bagaimana Thariq bin Ziyad sanggup membakar kapal-kapal di Kota Konstantinopel. Sejak itu, Kota Konstantinopel dikenali Istanbul ditadbir dengan aman dan adil. Sikap para Tabi'in yang baik dan rendah hati membuatkan orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Kaum kafir disekeliling berusaha mengusir kerajaan Islam,tapi gagal. Semuanya atas dasar iman yang teguh orang Islam. Secara diam-diam rokok, alkohol, musik diserap masuk dan umat isalm mula goyah imannya. Akhirnya Sepanyol jatuh pada pasukan Salib Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Granada, daerah terakhir ditakluknya. Jika melalui jalan-jalan di Granada, sepi dan hanya tinggal mayat-mayat bergelimpangan dan terdapat juga yang bersembunyui di rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Bagi menghilangkan keraguan,beberapa orang diajak melihat kapal itu dan mereka bersedia menaikinya. Beribu-ribu orang Islam keluar ke pelabuhan. Terdapat segelintir yang tidak percaya, masih di dalam rumah. Serta merta, tentera Salib membakar rumah mereka dan kapal-kapal itu ditenggelamkan. Mereka yang berada di perlabuhan (kebanyakkannya wanita & kanak-kanak) tidak boleh berbuat apa-apa apabila dikepung oleh tentera Salib. Mereka dibunuh dengan jeritan dan takbir. Tanpa belas kasihan, mereka dibunuh dengan buas sehingga laut bertukar menjadi merah kehitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April 1487.

Merintih hati ini membaca kisah perang Salib. Dari kisah yang berlaku, orang islam dipermainkan dan setiap tahun orang kristian akan mengatakan orang islam itu bodoh dan mudah dipermainkan. Setelah mengetahui kisahnya, wajarkan kita meraikankannya? Lebih bodoh lagi apabila orang Islam yang meraikannya?

Peace...,
xZYm

Mar 31, 2009

Mata

Mata

Dear PK,
Hari ini kecoh satu kelas anatomi apabila Dr menanyakan siapa yang memakai kanta lekap.

Dr : Who use contact lense?
S1 : Azim, Dr. Dia pakai warna kuning.
* kedengaran juga nama Jawa & Farah disebut. Tetapi nama Azeem paling kuat,yang sebut itu suara dia kuat.

Kemudian,Dr datang mendekati kumpulan Azeem & ketika itu kami sedang asyik membuang fat tissue di mata lembu.

S2 : Ni Dr yang pakai lense...
Dr : Nice.. maybe his girlfriend like him used that colour.

Terus cepat-cepat Azeem mengubah tajuk dengan menanyakan soalan tentang Ora Serrata. Walhal, Azeem sudah menggunakan contact lense sejak tahun lepas lagi. Selepas balik dari praktikal di Klinik Johor Bharu. Tetapi,jenis lutsinar. Baru-baru ini, Azeem beli dan segan nak pakai warna hazel. Bermulanya hari semalam,beranikan diri memakainya. Ada yang cakap macam mata ular,ada yang cakap macam tak sesuai.

Lebih seronok lagi bila pensyarah histologi mengatakan warna iris dipengaruhi oleh melanocyte. Kena lagi Azeem, mata kurang melanocyte. Mungkin benda ini dapat memudahkan Azeem menghafal dan memahami anatomi mata. Seronok apabila mengkaji tentang mata. Organ yang kecil,yang begitu berfungsi dalam kehidupan haiwan dan manusia.

Peace..,
xZYm

Mar 29, 2009

Hair cut & Gaia

Hair cut & Gaia
Dear PK,
Ketika orang lain sibuk membaca nota pathology,Azeem pula sedang sibuk melayan kawan Azeem memilih baju untuk majlis makan malam baji jurusannya. Mula-mula janji hendak pergi ke Suria, KLCC memandangkan dia nampak Azeem seperti dalam keadaan gelisah,terus dia menukar tempat. Kami hanya ke Mines sahaja.
Penat juga melayan dia disebabkan dia bukan sama citarasa dengan Azeem. boleh dikatakan dia ini,tak pandai pilih bajulah. Apalah Badar ni,patutlah sampai sekarang tiada perempuan minat pada dia. Kesempatan ini membuat Azim ingin singgah ke salon untuk memotong rambut. Mana tidaknya,seorang pensyarah yang selalu ambil berat pasal Azeem menegur Azeem. Malu rasanya bila dia cakap,Azeem macam penyanyi rock sahaja.
Kawan sejurusan Azeem melakukan rebonding di kedai yang sama,katanya lebih baik dan tahan lama. Mungkin kedai itu mahal sedikit dari salon biasa. Sempat juga kami berbincang pasal kejadian semalam. Pendapat Azeem,rakyat Malaysia masih belum peka lagi dengan kejadian alam sekarang ini. Di kolej,masih ramai yang tidak menyokong.Sejam sahaja ditutup,tidak effect CGPA pun.

Peace...,
xZYm

Mar 27, 2009

Bengal

Bengal



Dear PK,
Kerja krusus yang disuruh oleh salah seorang pensyarah untuk melayari laman animal discovery untuk mencari baka kucing/anjing yang sesuai dengan kita. Balik sahaja terus Azim bergegas untuk mencari baka kucing yang sesuai dengan Azim. Dan hasilnya ialah Bengal.

Bengal? kenapa kucing ini. Apabila melihat baka ini,terus jatuh hati pada warna dan kecomelannya. Macam harimau bintang. Memang benar,Bengal ni sesuai dengan Azeem,hampir 95% sama dengan citarasa Azeem. Jika ada rezeki,pasti Azeem akan membelanya.







Peace...,
xZYm

Mar 25, 2009

Country + Earth

Country + Earth

Dear PK,
Sejak akhir-akhir ini minat Azeem kepada lagu berunsurkan country semakin menjadi-jadi. Mungkin sejak Azeem dan teman sebilik minat mendengar lagu-lagu pop country dari siaran radio di i Tunes.
Nama-nama seperti Keith Urban, Taylor Swift, Carrie Underwood, Miley Cyrus, LeAnn Rimes, Restless Heart, Rascal Flatts dan ramai lagi selalu menjadi pilihan Azeem jika ingin memainkan lagu. Mungkin kerana liriknya yang mempunyai makna tersendiri,ditambah pula dengan rentak ala-ala koboinya.
Tidak sabar menantikan cerita Hannah Montana The Movie yang bakal ditayangkan bulan hadapan. Minggu ini pula ada earth hour. Malaysia tidak ketinggalan memadamkan lampu selama sejam dan tidak tahu bagaimananya tindakbalas rakyat Malaysia. Adakah mereka hanya ambil tahu tanpa menghiraukan apa yang berlaku di bumi ini. Tunggu & Lihat sahaja hari sabtu ini.
Peace..,
xZYm

Mar 24, 2009

Yana..

Yana..

Dear PK
Ramai sudah rakan seperjuangan Azim sudah berada dalam alam perkahwinan. Tidak perlu dipersoalankan pasal umur,jika sudah bersedia untuk berkahwin. Pada hari yang sama dengan Olympia Veterinar lalu, sorang lagi kawan Azim mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.

Nor Liyana atau dikenali sebagai Yana selamat diijab kabulkan bersama Muhammad Mukram. Majlis perkahwinannya diadakan di Gua Musang,Kelantan. Tahniah Yana, berjaya juga kau dapat suami. Azeem harap mereka akan berkekalan sehingga akhirat kelak.

Hari Isnin lepas, Azeem dapat buah tangan darinya. sungguh kreatif cenderamata yang disediakan untuk tetamu. Terima Kasih Yana,ingat juga kau pada ex-coursemate kau




Peace..,
xZYm

Mar 23, 2009

Spay & Castration

Spay & Castration

Dear PK,
Program prokasih (Projek Kasi Haiwan) berjalan lancar. Tanggapan awal setiap peserta yang seminar bakal membosankan ditangkis awal-awal. Seminar Prokasih dijalankan dengan penuh aktiviti. Ceramahnya sungguh berkesan,walaupun terpaksa dengar lagi pasal Animal Act & Vet Serg. Act.

Masa seminar ini didominasi oleh aktiviti berkumpulan. Kumpulan Azeem diberi tugasan untuk mengendalikan situasi di fakulti lain (KEJUTERAAN). Agak kelakar,bila semua yang dirancang jadi kelam-kabut. Banyak yang Azeem pelajari dari seminar ini.

Pulang sahaja terus bergegas ke perhentian bus di hadapan perpustakaan. Setengah jam pertama boleh tahan lagi, masuk sejam hati dah membara. Mana bus ini,orang belum solat lagi ini,jam menunjukkan angka 6 dan 3. Tetapi,nasib baik ada junior sekali. tidaklah bengang tunggu sorang-sorang.

Tiba-tiba nama Azeem dipanggil dan diajak naik bus kolej lain. Tidak faham,terus ikutkan sahaja ajakan junior. Terima kasih pada pemandu bas itu,sanggup dia hantar kami ke k17 yang jauh dipelusuk dunia. Kalau ikutkan hati nak sahaja jalan-jalan ke Mines dulu sebab 2 kali bus komuter lalu di hadapan mata. Apa-apa pun,terima kasih juga pada juniorku lebih-lebih lagi Maya Sofia. Jika lebih lama lagi,pasti makin merah-merah badan Azeem akibat gigitan nyamuk.

Peace...,
xZYm

Mar 21, 2009

Taylor Swift in CSI

Taylor Swift (CSI)

Dear PK,


Video ini telah diedit oleh seseorang.. nice work ;p

Tunggu sahaja tanyangan CSI musim terbaru di Malaysia nanti, Taylor Swift berlakon satu episod. Seronoknya!!

Peace..,
xZYm

Mar 20, 2009

Tahniah Dr.

Tahniah Dr.

Dear PK,



Esok merupakan hari bersejarah bagi Penasihat Akademik Azim. Beliau bakal memulakan kehidupan berumah tangga dan tambah lagi tanggungjawabnya. Mula-mula dengar ura-ura yang dia bakal kahwin daripada Letcurer Histology (Tq prof bagi full marks). Azim tersenyum sahaja bila mendengarnya,tetapi bukti nyata apabila Azim dapat kad jemputan menghadirinya di Batu Pahat.

Mungkin tiada kawan atau masa yang tidak mengizinkan, tidak dapatlah Azim menghadiri majlis perkahwinan beliau. Pasti beruntung siapa yang dapat memperisterikannya. Memang seronok jadi pelajar bawah jagaannya. Kenangan sambutan hari lahir yang dulu masih diingati lagi.

Tahniah Dr Siti. semoga perkahwinan Dr berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang sihat-sihat.





Peace...,
xZYm

Mar 19, 2009

Bacteria di tanganku

Bacteria di tanganku
Dear PK,
Sehari sebelum amali bakteria,Prof menyuruh kami membuat culture bakteria daripada badan & alatan gunaan (telefon bimbit, beg, baju). Azeem memilih untuk mengambil sampel daripada tangan sahaja.



Hasilnya...





Daripada andaian rasanya itu staphylococcus epidermidis yang memang normal floranya di tangan. Ketawa kecil melihatkan hasil culture bacteria rakan-rakan Azeem. Ada yang ambil daripada kawasan larink, muka, jerawat, dan yang peliknya sorang daripada kami ambil daripada organ ikan yang dipancingnya.memang pelik sikit dia punya.


Prof suruh ambil daripada kawasan yang terdedah pada persekitaran kerana bakteria gram positif kebiasaannya dijumpai di bukan di dalam badan. Moral daripada semua ini, kita kenalah basuh tangan dulu sebelum makan. Takut juga tambah bilangan bakteria dalam GIT nanti.
Peace..,
xZYm

Mar 17, 2009

We Rock

We Rock


Dear PK,
Senior : Jos giler kau,lari sana,lari sini.
Azeem : Ye ke, hehe...
Senior : Mar cakap kau tak ada jawatan pun dalam sport day.
Azeem : Mar??
Senior : Marlia
Azeem : Ohh.. aku tolong kawan la. macam tak kenal aku je,kita dah keluar sama-sama 20 hari.
Senior : bukan kau jadi mc ke?hari tu kau cakap dengan aku..
Azeem : aku PA hari ni,Juwai ganti aku. Lepas tu,tak ada elektrik pula. Aku buat lah benda lain





Tamat sudah Olympia veterinar 2009. Harap-harap tahun depan bakal ada lagi acara seperti ini. Pasti junior kendalikan lebih baik lagi. Keputusan diketahui sudah. Kemenangan berpihak kepada kami,DVM2. Walhal Azim orang pertama yang tahu. Pening kepala menggira markah setiap acara. Lebih memeningkan kepala perlu menerangkan sistem permarkahan kepada setiap batch. harap-harap mereka faham.

Cheerleading,acara yang memang dinantikan setiap tahun. Jika tahun lepas DVM2 hanya mendapat tempat ke-2,kali ini gelaran juara milik kami. We Rock!! Seronok bila melihat segala kerja berjalan lancar. Selepas ini perlu bagi report pemarkahan kepada setiap batch.

Mengenai perbualan di atas, Azeem rasa tidak perlu ditanya lagi. Jika Azeem rasa dia baik kepada Azeem,walaupun susah kena tolong juga. Setakat gelaran AJK, tiada makna benda itu pada Azeem. Yang penting Azeem dapat mudahkan kerja rakan Azeem. Ini baru namanya persahabatan.


Akhir sekali.... SODAK! MANTAK!.....



Peace,

xZYm


Mar 14, 2009

Silaturrahim

Silaturrahim

Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus
(Hadis riwayat Bukhari)
Dear PK,
Masih ingat lagi kata-kata cendiakawan Islam yang Azeem pelajari semasa di sekolah agama rakyat yang mengatakan Silatur rahim ialah menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat (sesama islam), berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memperhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat pada kita.
Memang payah Azeem hendak menerima kemaafan orang yang ingkar pada janji. Sebab janji menunjukkan orang islam itu hebat. Banyak benda Azeem bermasam muka sebab orang tidak mengikuti janji yang ditetapkan. Kalau silap Azeem, memang Azeem akan akui dan minta maaf. Paling lambat pun 2 minggu (jangan ikut perangai gila ni)
Baru-baru ini,rakan Azeem yang lebih setahun terputus silaturrahim ingin menyambungnya kembali. Dalam hal ini, silap Azeem. Alhamdulillah ada ramai yang tegur. Mungkin dia perlukan masa untuk memulakan persahabatan dengan Azeem kembali. Sekarang, dia kembali. Apa-apa pun, terima kasih mahu mulakan kembali persahabatan ini.
Ayah Azeem selalu ingatkan, Jika ada lagi orang yang marah atau kecil hati pada kita, dari situlah Allah akan makin murka pada kita. Tepuk dada,Tanya Iman
Peace...,
xZYm

Mar 12, 2009

Syabas Ikah!!

Syabas Ikah!!

Dear PK,
Mendengar perbualan rakan Azeem, Wawa tentang keputusan SPM mengingatkan Azeem pada Nur Atiqah, adik Azeem yang baru sehari pulang dari PLKN. Terus pantas Azeem menelefonnya

Daripada suaranya,Azeem tahu dia agak kecewa. Mana tidaknya,Jika dia dapat kesemua A pasti dia lebih berpeluang untuk ke luar negara. Dengar suara yang agak kecewa dia beritahu "dapat 9 A, kantoi kat Add Math & Account".

Dengar 9 A membuatkan Azeem teruja, result dia dapat memintas Azeem tetapi masih tidak dapat memintas abangnya yang satu lagi. Terus ditanya keputusan Add Math kerana perkataan kantoi digunakan.

" Add Math dapat 4B. Account pulak 5c. susahlah nak kekalkan tradisi Add Math"

Keluarga Azeem memang boleh dikira agak mementingkan keputusan Matematik dan agama. Mungkin kerana keputusan matematik yang mencantikkan keputusan SPM mak Azeem. Mana tidaknya, semasa SPM result matematik tambahan Azeem lebih baik dari matematik moden pun diisukan. Mak,ingat senang ke nak dapat add math A1!!
Peace..,
xZYm

Mar 10, 2009

Serangan Tetamu yang tidak diundang

Serangan Tetamu yang tidak diundang



Dear PK,
Mula-mula dengar keluhan dari rakan-rakan yang mengatakan bilik mereka selalu disinggahi oleh nyamuk. Lebih-lebih lagi pada waktu malam,sebelum badan direhatkan. Pelbagai cara digunakan. Ada yang menggunakan semburan ke dalam bilik, lingkaran pelindung nyamuk dan ada juga yang sudah imun dengan nyamuk

Secara tiba-tiba,hari ini bilik Azeem di kolej kediaman diserang oleh binatang yang sama.Oh, memang perit rasanya serangan kali ini. Lebih-lebih lagi melibatkan kesan yang bakal ditinggalkan. Merah-merah di badan akibat tindakan imuniti badan. Terasa seperti petechia hyperemia pula (memandai sahaja beri nama ni,padahal mana ada petechia hyperemia)

Lebih parah lagi Esok merupakan ujian ke-2 pathologi. TIDAK!!!... Jauhi dirimu nyamuk dari bilikku....


Peace...,

xZYm

Azeem & Sepupu

Azeem & sepupu
Dear PK

Azim : lawa kereta kau, still nombor lama lagi eh?
Sepupu : Nombor kereta lama, ni keluaran terbaru Accord. aku beli kat Sutera (salah satu penjual kereta di Johor Bharu)
Azim : tak kan honda lagi, Sejak kecil dibesarkan dengan honda, dari motor sampailah kereta.
Sepupu : Mesti kekalkan tradisi ni lah. Pak Long cakap kereta aku nombor 13 dalam keluarga kita.
Azim : Aku tak nak lah masuk dalam list tu.
Sepupu : Habis tu nak pakai proton ke? kan kalau beli Honda dapat murah sikit dengan Cik Yan.

Senyuman sinis sahaja dilemparkan padanya. Mana tidaknya kalau di musim cuti sekolah atau family day,pasti jenama honda bersadai di halaman rumah datuk Azeem. Cukuplah, Azeem dibesarkan dengan City, janganlah seumur hidup dibelenggu dengan Honda... bosannya!!

Peace...,
xZYm

Mar 7, 2009

One Night Only

One Night Only

Dear PK

Sungguh enak apabila dapat menghidu bau bilik yang sudah sebulan ditinggalkan. Cadar yang bertanahkan warna ungu serta jaluran merah hati dan biru membuatkan lagi perasaan menjadi enak. Baru sebulan tinggalkan rumah, macam-macam perubahan berlaku, tidak tiralah pada rumah atau diri Azeem.


Mungkin agak kosong balik kali ini. Hendak buat macam mana, takdir. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan. Benda yang terikat perlulah dipulangkan. Lumrah setiap orang yang mengalaminya. Yang penting ada keluarga yang menyokong dari belakang. Pertama kali berlaku pada Azeem,dan mungkin itu kali terakhir. Bukan serik, tetapi lebih baik Azeem tumpukan pada pelajaran.


Larangan ayah kepada sesuatu mungkin ada hikmahnya. Ada ayah melarang anaknya jangan tunggang motosikal. Apabila dilanggar, dia begitu fobia dengan motosikal selepas melihat kemalangan motosikal depan matanya. Ada ayah melarang anaknya menonton wayang. Apabila dilanggar, dia rasa bersalah selepas telefon bimbitnya hilang di dalam panggung. Begitu juga dengan Azeem,sekarang baru rasa bersalah.


Hati ayah mana yang tidak sedih melihat anaknya seperti banyak masalah. Keputusan dibuat, dibawa anaknya keluar cuti beberapa hari ini duduk dalam jemaah. Betulkan semula hati, iman, amal anaknya dengan bantuan Allah. Berat rasa hati Azeem untuk mengikut,lagi-lagi 3 ujian berturut selepas naik cuti ini. Nampaknya semalam sahaja dapat beradu di atas katil. Banyak perkara yang yang Azeem nak lupakan tentang dia. Tetapi satu benda sahaja yang Azeem simpan (mesej bulan 7, tahun 2001 di telefon bimbit pertama Azeem)


~Walau sejahat mana orang, seburuk mana orang layan kita, jangan sekali kita lupa, pasti pernah sebutir kebaikan dicurahkan. Jangan masam muka pada orang, dia manusia juga, ada perasaan. Ada hati, Zim ~

(selepas peristiwa hitam berlaku pada Azeem semasa tingkatan 4. kepada yang tahu rahsia ini,minta senyapkan diri, sangat ayat orang S’pore)


Peace..,

xZYm

Mar 4, 2009

I Swear

I Swear

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sumpah itu penyebab larisnya barang dagangan , tetapi menghapuskan keberkatannya dalam keuntungan.

Dear PK,
Sekali lagi Azeem ucapkan perkataan SUMPAH menggunakan nama Allah beberapa hari yang lalu. Bukan tidak mahu ucapkan,memang larangan keras dari keluarga Azeem. Memang mudah untuk ucapkan,lagi-lagi jika kita di pihak yang benar.
Dibangku sekolah rendah dahulu,Azeem memang kadang kala sangat mudah keluarkan perkataan sumpah. sebabnya,Azeem malas nak bergaduh dan menghabiskan masa menegakkan keadilan. Perkataan sumpah jadi taruhan. Perbuatan itu disedari oleh arwah datuk Azeem yang mula menegur.
Datuk : Talhah (gelaran Azeem), nape suka sangat cakap sumpah? tak bagus tau
Azeem : Abis tu,apa yang Talhah cakap dorang tak percaya
Datuk : Lepas ni Tok Yas tak mahu Talhah cakap sumpah lagi, cerita perkara sebenar. Suka hati orang yang dengar nak percaya atau tak. Hilang berkat nanti.
Tetapi,beberapa hari yang lalu Azeem langgar janji lagi. Sejak Azeem berjanji, sudah 3 kali Azeem mungkir janji. Nampaknya perlulah Azeem bayar kifarat untuk kali ke-3 atas alasan mempertahankan diri. Segala alibi ditolak mentah-mentah. Dan dalam kekusutan perkataan sumpah dijanjikan diucap untuk membela diri. Bencinya sumpah.........
Peace...,
xZYm

Mar 2, 2009

Identiti

Identiti

Dear PK

Sejak kebelakangan ini banyak perkara-perkara yang berlaku pada diri Azeem sehingga membuatkan sikap Azeem membuatkan ramai tidak senang. Sekirannya Azeem berada di tempat mereka,pasti Azeem akan bertindak sedemikian. Terlalu kuat ujian Allah kali ini. Mungkin sukar untuk menerima kenyataan pada sesuatu kata-kata berbisa yang dikeluarkan oleh seseorang yang hampir 9 tahun mengenali Azeem.


Mudah sahaja kata kauselor tetap Azeem, Azeem terlalu mengambil berat kata-katanya sehinggakan hampir mendakwa kata-katanya benar. Tambahan pula, hubungan dengan Allah sejak akhir-akhir ini seperti ada pasang surut. Sudah hampir 2 minggu, Azeem masih lagi berada di surah yang sama dalam Al-Quran. Boleh dikira dengan jari berapa kali Azeem solat berjemaah,lagi-lagi Suboh. Malu rasanya kepada teman sebilik,acap kali dia mengejut & mengajak Azeem. Pasti ada sesuatu yang menghalangnya.

Seperti mahu buktikan kata-katanya tidak benar tentang identiti Azeem. Tetapi bukti-bukti yang disenaraikan seperti meragui identiti sebenar Azeem. Mula-mula memang marah kepada sesiapa yang memang benar beridentitikan sedemikian. Kenapa perlu wujud golongan ini dalam dunia ini. Jika tidak pasti tidak perlu diragui lagi identiti Azeem.

Pelbagai cara Azeem gunakan. Sehingga ada cara yang membuatkan Azeem terjerat dalam identiti ini. Tanggapan orang, dalam sekelip mata Allah boleh ubah. Alhamdulillah, hampir 2 minggu Azeem usahakan, hasilnya negatif. Bukan seperti yang dia maksudkan. tidak sama sekali. Azeem masih lagi berlandaskan pada identiti sebenar. Terima kasih pada kauselor tetap Azeem yang banyak membantu. Thank You, ayah!!

*************
Bejuta-juta kemaafan Azeem pohon kepada sesiapa secara tidak sengaja atau sengaja membuatkan dirinya marah atas sebab sikap Azeem. Mungkin ada ruang kemaafan dalam diri kalian.
****************

Peace...,

xZYm

cARDIO TherApY