Apr 30, 2011

Hanyut

Dear PK,

5.30pm, 27 April 2011

Azeem 'muak' membaca nota babi, siapkan diri untuk solat subuh.. Dilihat di jendela hujan semakin lebat. Keluar dengan membuat keputusan,nak ikut kiri/kanan. Diputus untuk mengikut jalan kanan,malas nak melalui ampaian-ampaian. Apabila sampai ke jalan raya, diambil keputusan untuk berlari merentasnya untuk sampai ke surau kurang 100 meter dihadapannya. 

Apabila sampai dilongkang yang bersaiz lebih kurang 50cm lebar, 200 meter dalam, Azeem tidak menyedari yang bahagian yang dipijaknya tiada penutup longkang. Lantas,jatuh terduduk di dalam longkang yang dipenuhi air hujan yang amat deras. Azeem dibawa arus yang deras sehingga tangannya yang cuba mencapai apa-apa yang boleh dicapai tidak kesampaian. Dalam fikiran Azeem memikirkan samaada longkang ini ada 'connections' dengan tasik di hadapan surau atau tidak. Sudahlah tak tahu berenang,takut-takut esok pagi keluar akhbar seorang pelajar ditemui mati dalam kolam.

Tiba-tiba aliran air cuba membawa Azeem kearah kanan (gelung dibawah jalan raya), tetapi dipegang longkang bahagian kiri. Hanya sebelah seliparnya yang hilang. Dipersimpangan itu,  Azeem cuba memikirkan bagaimana mahu naik dari longkang. Hendak menjerit,belum subuh lagi. Dicabut seliparnya yang sebelah dicampak keluar. Dalam keadaan sakit, dipegang mana-mana bahagian longkang sehingga Azeem dapat keluar dari longkang itu. Dengan keadaan basah kuyup dan luka-luka dibadan, Azeem berjalan balik ke rumah. Dari kopiah hingga ke kain pelekat,semuanya basah. 

Terkejut,rakan sebilik Azeem melihat Azeem dalam keadaan sedemikian. Masuk dalam bilik air dan lantas membasuh luka-luka dan terus mandi. Tidak pernah seumur hidup dapat luka seteruk ini. Kena cakar ayam/kucing pun Azeem dah merungut,inikan pula lupa yang banyak,punggung,lutut & tapak tangan. Setelah selesai bacaan taalim di surau, baru sedar yang terdapat benjol tepat ditengah dahi. Patutlah pening-pening. Diambil keputusan untuk tidur.

Sampai sekarang masih lagi sakit. Ini boleh jadi sebab dapat Rabies nanti kat India. (EH!! Azeem pergi Kerala,India 21 Mei.Thank UPM..)

p/s :

  1. Bersyukur sangat Allah masih selamatkan Azeem (air jadi asbab Azeem tak patah kaki, jika tak ada air,mungkin lebih teruk)
  2. Ada rahmatnya..
  3. Rasa macam kat sunway lagoon je..haha

Apr 15, 2011

G5

Dear PK,
Lama tak melawat blog sendiri... sebab? 1. broadband dah kena pinjam 2. masalah yang cuba diselesaikan 3. mungkin dah tawar hati nak buat menulis??.

Anyway, kembali pada tajuk entri ini. Group rotation sem 7 & 8. Hari isnin ini kali terakhir kami bersama. Memang tak dinafikan, group paling sengal & suka mengheboh2 G5 group terbaik. Vivian as Cik Melio, Juwai, Filza and Zul.. we create new name - AA....LAMAK GROUP!!



cARDIO TherApY