Feb 15, 2010

Melaka 2010

Dear PK,
Cuti Tahun baru Cina ini pasti dimanfaatkan oleh setiap orang dengan sepenuhnya. Bagi bangsa bukan cina, pasti bersama keluarga merupakan rancangan paling atas dalam senarai yang perlu dilakukan.
Azeem menghabiskan 2H,1M di Melaka bersama keluarga. Bertolak dari Serdang ke Melaka dan terus dibawa oleh ayah ke Teluk Bidara Chalet. Berhadapan dengan pantai memang memberi peluang kepada sepupu Azeem untuk turun ke laut seawal jam 3ptg. Azeem menghabiskan masa dibilik,duduk dalam air-cone diwaktu matahari memancar terik. Memang Panas teramat sangat sehingga air-cone 16'C pun tak rasa berapa sejuk.


Jam 5,turun ke pantai untuk mulakan aktiviti mandi-manda. Kawasan penuh sesak dengan ramai keluarga lain. Paling seronok apabila melihat matahari terbenam.

Malam,dinner sebelum CNY dengan BBQ. Menu utama ayam, sate, jagung.





Esok selepas check-out teruskan perjalanan ke air keroh & terus pulang ke Ayer Itam





Feb 13, 2010

Agama berbeza

Dear PK,
Bersyukur Azeem kerana lahir di Malaysia kerana dapat menyambut pelbagai perayaan bangsa lain tanpa sebarang ancaman. Perayaan kaum cina, india, bangsa-bangsa lain boleh diraikan dan dapat merapatkan hubungan 1Malaysia.



Akan tetapi,ulama-ulama acap kali menasihatkan bukan semua perayaan bangsa lain kita boleh raikan dan ikut apa yang mereka lakukan. Paling ketara sekali sambutan Valentine's Day yang disambut oleh bangsa Eropah dan kini menular ke negara-negara Asia.


Valentine's Day yang dikatakan hari untuk kita meluahkan perasaan kasih-sayang kita kepada orang yang kita paling sayangi. Umat Islam yang meraikan 100% mirip orang bukan islam meraikan dikira keluar agama. Kebiasaannya hari kekasih pasangan akan keluar bersama-sama,membeli hadiah (harga mahal dari hari lain) keluar makan malam bersama-sama dan akhirnya akan terjerumus dalam maksiat.
Lagipun tujuan utama hari kekasih ini adalah untuk memperingati kematian seorang paderi kristian yang dihukum bunuh oleh kerajaan Rom. Sangat-sangat malang kepada mana-mana orang yang masih lagi merasakan dirinya Islam meraikan perayaan ini. Dalam Islam,setiap hari merupakan hari berkasih-kasihan,umat Islam yang tak bertegur sapa selama 3 hari pun sudah jatuh haram. Umat Islam dibina dengan dasar kasih sayang bilamana kaum Muhajirin & Ansar disatukan serta Rasulullah mengajar orang menganut agama Islam dengan kasih sayang.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Tepuk dada,tanya iman

Feb 12, 2010

Curi-curi

Dear PK,
Ketika kaum muslimin sibuk khusyuk mengadap Allah SWT pada waktu matahari memancar di tengah, ada perkara buruk berlaku dibelakang mereka. manusia berperangai syaitan mana yang membongkar beg pelajar-pelajar yang terletak di atas loker.
Masuk minggu ini sudah 3 kali kejadian ini berlaku. minggu pertama Azeem jadi mangsa hilang barang. minggu berikutnya berlaku lagi kejadian yang sama, beg dibongkar. Memang bengang habis perangai individu terbabit.
Sudahlah hilang barang yang bernilai lebih kurang RM700 sebelum jawab test pathology, nak ngangis pun tidak berguna. Orang sekeliling pun pelik, macam tak ada benda yang hilang pun. Allah sahaja tahu perasaan 2,3 hari selepas kehilangan benda itu.

Feb 7, 2010

G Drama

Dear PK,
Hati Azeem terpukau pada tontonan pertama di kaca TV. WOW!! sooo awesome this choir. Macam mana dia susun semula setiap lagu,memang gempak habis. Mission utama mahu beli sahaja DVD ++ menang Golden Globe for best musical/comedies drama.


Glee, memang buat hidup Azeem sejak kebelakangan itu tak tentu hala. Dalam fikiran pasti terbayang the way they preform,padahal just watch from Youtube only. Then 1-13 epi in my hand. finally i'm totally in love with GLEE.

Byk lagu-lagu best dalam Glee. antara yang Azeem minat It's My Life/Confessions, Single Ladies, Halo/Walking on Sunshine, Keep Holding On, Jump, I Wanna Sex You Up

cARDIO TherApY