Jan 28, 2010

X-ray

Dear PK,

Kerja pelik yang dilakukan ketika bosan memujuk.. Kreatif tak?
Kelas radiology sangat menarik hari ini. TQ En Os!!
*ikut arah jam = Ju-y, Pija, Ina, Azeem

Jan 27, 2010

CpR

Dear PK,
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) pertama kali dilakukan oleh Azim kepada haiwan. Pengalaman yang sangat memenatkan+serious+gementar = menarik. Anjing kump. kami tiba-tiba try untuk hold breath & emergency call.
1stly,try to pump air into animal's lung, but still no breathing. Then,check heartbeat, if no sound, do chest compressions by count 1,2,3,4,5. at fifth count, other person pump air into the lung. keep repeated this technique and try to check heartbeat.. after 5 min = no response....... we consider fail and animal die.
It very memenatkan to keep compress the chest. If buat banyak kali,must boleh terbina muscle. Serious benar masa buat CPR ni, keadaan OR sangat serious + yang lain try to see what happen. Benda yang baru belajar minggu ini.

Jan 26, 2010

Twitt...Twitt.. where are you??

Dear PK,

Kenapa Azim tak ada twitter? Ehmmm.... sebab merasakan tiada keperluan untuk adakan microblogger itu. Kewujudan laman rakan sosial di internet ini sudah cukup membuatkan manusia leka dengan tugas masing-masing.

Facebook yang ada pun Azim tak uruskan dengan baik. Paling utama,Azim tak mahu kejadiaan yang terjadi di facebook dulu berulang kembali.

Azim kan jahat,nanti ada sahaja orang yang kata Azim buat 2nd account untuk kenakan orang. Baik tak ada 1st acccount pun,cukuplah ada facebook sahaja.

Jan 23, 2010

Berkabung 7 hari

Dear PK,

Seluruh rakyat Johor pasti sayu & sedih kehilangan raja mereka,Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada usia 77 tahun di Hospital Pakar Puteri, Johor. Baginda yang dikatakan gering diistiharkan mangkat pada jam 7.15pm 22 Jan 2010. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman jam 11.30pm

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

Jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang hari ini. Seluruh rakyat Johor dikehendaki berkabung selama 7 hari & kerabat diraja 40 hari.

Langkah-langkah berkabung :
  1. Bendera negeri Johor akan diturunkan separuh tiang mulai hari ini dan dinaikkan separuh tiang pada hari berikutnya mulai jam 6 pagi hingga 6 petang termasuk di bangunan kerajaan.
  2. Sebarang hiburan dan keramaian dibatalkan pada hari ini di negeri Johor
  3. Semua masjid dan surau juga perlu mengadakan tahlil dan bacaan doa terhadap roh Almarhum selepas solat Maghrib tujuh hari dari tarikh pemakaman.
  4. Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat jelata akan berkabung tujuh hari dari tarikh pemakaman : lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam. rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri, wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.
Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.


p/s : patutlah masa balik jb dari UPM ramai orang di hospital pakar. kedai-kedai pun mula jual reben putih. ayah cakap mungkin baginda sudah mangkat awal. untung baginda dapat mangkat pada hari jumaat

Jan 21, 2010

Untuk 4 minggu

Dear PK,

Untuk maklumat semua orang yang membaca post ini, Azim belum sentuh apa-apa pun nota dia dari hari pertama hingga sekarang. Misi utama Azim : STUDY!!! kurangkan buka internet & komputer. help me!!!

Jan 20, 2010

Mumbai Samba

Dear PK,

Penat lelah 4 minggu bertungkus lumus memastikan majlis silaturrahim berjalan lancar akhirnya membuahkan hasil. Bila majlis bermula,tak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Semuanya berjalan lancar walaupun ada cacat cela sedikit.
Walaupun kaki melecet, badan terasa lenguh hingga ke hari ini,tetapi semuanya berbaloi. Azim ceritakan kronologinya :
  1. Sebelum cuti semester = Kerja setiausaha untuk siapkan proposal & hantar pada HEP. Oleh kerana hendak buat awal (dijangka minggu ke-3) dihantar proposal awal-awal.
  2. Minggu pertama = Senyap tanpa sebarang berita. HEP tidak beri kata putus. Tiba-tiba pengarah pergi untuk mengambil surat kelulusan, orang HEP cakap belum buat. Memang bengang habis. Dalam kepala otak dah syorkan kat pengarah buat Bollywood Masquerade. Decide dari kami berlima : Julie,Diana,Fit,Taq & Azim buat tema Bollywood Party. Mumbai Samba. Ramai komen nape mumbai samba. Nak tahu kena tanya pencadang nama itu
  3. Minggu kedua = Kertas undian & penyertaan diberi kepada setiap DVM. Paling mencemaskan apabila kena terangkan kepada junior tahun 1. Masuk sahaja kelas nampak roomate duduk belakang sekali. Tiba-tiba, petangnya kecoh senior hendak lambatkan seminggu. Jadi terpaksa hantar baru kepada semua DVM balik. Kertas undian dikutip & dikira oleh Man & Wan
  4. Minggu ketiga = Surat-surat jemputan dihantar kepada semua VIP dan email dihantar kepada pensyarah & staff. Kerja semakin berat bila dapat tahu HEP hanya memberi RM200 dari RM1000,lari bajet... Apabila jumpa advicer, kena marah lagi kerana lambat jumpa dia. Masalah makin banyak. Seorang letcure tidak membenarkan skip kelas dia. terpaksalah awalkan sehari pada 20hb. Tunggu JPA untuk beli costume lagi. Akhirnya, masuk juga pada hari jumaat. Hari sabtu, lebih 12 jam keluar untuk persiapan silaturrahim. Masjid India, Pasar Seni, Tesco semuanya kami jelajahi. Tambah lagi dengan latihan tarian. Memang penat sangat minggu ini.
  5. Minggu keempat = Minggu majlis belangsung. Banyak perkara yang berlaku. Deko, flow majlis, usher, semuanya perlu cantik & teratur. Paling tidak lupa teknikal. Saat-saat terakhir,tiada ajk teknikal. kesian En Syafiq uruskan terkial-kial. Itu nanti Azim cerita bahagian ke-2.Azim tidak letak nama dalam teknikal. Jadi Azim bukan teknikal.
Majlis Silaturrahim yang paling seronok pernah Azim lalui. Terima kasih kepada pengarah beri kepercayaan untuk Azim turt sama dalam majlis ini.

Bagaimana 2012?

Dear PK,

Biar orang nak kata lelaki tak boleh menangis. Tetapi bila lihat video setiap pensyarah dipaparkan, rasa hiba hati ini. Starting sahaja air mata mula keluar. Nasib baik hanya MC & Diana sahaja nampak.

setiap dari mereka beri harapan & dorongan kepada Azim.. Hanya 2012 penentu segalanya.

Harap video semasa Azim DVM5 nanti memberi impak besar kepada setiap orang. Rasanya macam susah sahaja nak berpisah nanti.

Jan 10, 2010

Harapan

Dear PK,
Harap sangat dapat melakukan latihan amali di sini. Lama sudah teringin mahu melawat negara ini



Jan 5, 2010

Surgery

Dear PK,
Seharian masa dihabiskan untuk memahami basic surgery. Tugas pertama Azim sebagai anaesthetist. Pabila pertama kali dapat tugas itu,dalam fikiran Azim:
  1. Nyawa anjing berada bergantung kepada anaesthetist
  2. Kerjanya mula awal kemudian duduk rehat ditepi
  3. Boleh ke suntik ni. mengigil nanti
Proses bermula dengan memberikan sedation pada anjing. Malang sungguh nasib dapat anjing garang. Selepas dikekang, Azim beranikan diri cucuk di sedation di bahagian belakang badannya. Alamak!! kena kencing. Memang nasib jadi student pertama kena kencing & student pertama kena hantuk dengan lampu surgery (minggu lepas).

Selepas 20 min, dibawa ke preparation room dan diberi GA. setelah diberitahu, rupanya setiap 5 minit, anaesthetist kena lihat anjing & masukkan normal saline. Itu tidak termasuk check TPR setiap 15 minit. Banyak kerja juga jadi anaesthetist. Alhamdulillah, anjing group Azim tidak terkorban. Thank pada group surgery Azim : Dayang, Benny, Siti Aminah, Sheila.

Minggu depan barulah surgery yang sebenar sebagai anaesthetist lagi.

*gambar tidak boleh diletak sebagai langkah berjaga-jaga. Takut orang masukkan dalam majalah dan diisukan. Nasib malang betul vet ni.

Jan 3, 2010

1,2,3 Jan

Dear PK,
Hujung minggu ini terasa malas hendak mulakan aktiviti sebagai seorang pelajar. hari rabu lepas seorang diri ke Mines melihat Sherlock Holmes. Peminat Jude Law katakan. Bolehlah layan cerita dia. Menarik minat hingga ke akhir cerita untuk menontonya.

Semalam habiskan masa di Mid Valley bersama kawan Azim, Hasnol. Padahal kenal pun tak berapa rapat,boleh sahaja ajak dia keluar tengok wayang. Cerita pilihan, semestinya lakonan terakhir Heath Ledger : The Imaginarium of Doctor Parnassus. Masuk mirror je tukar jadi Johnny Depp, Colin Farrell, Jude Law. Memang dia pandai berlakon,paling menarik part dia tak ingat siapa dia,macam orang gila selepas ditemui gantung diri. Macam real lah.


Hari ini, bermulalah Vet Sport Day. Acara badminton - Syu, Ben(surgerymate) & Zul. Jadi penyokong Syu terutamanya. Harapkan kemenangan pada DVM3.

* Gossip tersebar luas mengatakan roommate aku pergi Taiwan untuk latihan amali. Kesian dia kena beli souvenir banyak pada classmate dia. Bilalah dia nak balik bilik ni!! nak souvenir gak..

cARDIO TherApY