Mar 31, 2009

Mata

Mata

Dear PK,
Hari ini kecoh satu kelas anatomi apabila Dr menanyakan siapa yang memakai kanta lekap.

Dr : Who use contact lense?
S1 : Azim, Dr. Dia pakai warna kuning.
* kedengaran juga nama Jawa & Farah disebut. Tetapi nama Azeem paling kuat,yang sebut itu suara dia kuat.

Kemudian,Dr datang mendekati kumpulan Azeem & ketika itu kami sedang asyik membuang fat tissue di mata lembu.

S2 : Ni Dr yang pakai lense...
Dr : Nice.. maybe his girlfriend like him used that colour.

Terus cepat-cepat Azeem mengubah tajuk dengan menanyakan soalan tentang Ora Serrata. Walhal, Azeem sudah menggunakan contact lense sejak tahun lepas lagi. Selepas balik dari praktikal di Klinik Johor Bharu. Tetapi,jenis lutsinar. Baru-baru ini, Azeem beli dan segan nak pakai warna hazel. Bermulanya hari semalam,beranikan diri memakainya. Ada yang cakap macam mata ular,ada yang cakap macam tak sesuai.

Lebih seronok lagi bila pensyarah histologi mengatakan warna iris dipengaruhi oleh melanocyte. Kena lagi Azeem, mata kurang melanocyte. Mungkin benda ini dapat memudahkan Azeem menghafal dan memahami anatomi mata. Seronok apabila mengkaji tentang mata. Organ yang kecil,yang begitu berfungsi dalam kehidupan haiwan dan manusia.

Peace..,
xZYm

Mar 29, 2009

Hair cut & Gaia

Hair cut & Gaia
Dear PK,
Ketika orang lain sibuk membaca nota pathology,Azeem pula sedang sibuk melayan kawan Azeem memilih baju untuk majlis makan malam baji jurusannya. Mula-mula janji hendak pergi ke Suria, KLCC memandangkan dia nampak Azeem seperti dalam keadaan gelisah,terus dia menukar tempat. Kami hanya ke Mines sahaja.
Penat juga melayan dia disebabkan dia bukan sama citarasa dengan Azeem. boleh dikatakan dia ini,tak pandai pilih bajulah. Apalah Badar ni,patutlah sampai sekarang tiada perempuan minat pada dia. Kesempatan ini membuat Azim ingin singgah ke salon untuk memotong rambut. Mana tidaknya,seorang pensyarah yang selalu ambil berat pasal Azeem menegur Azeem. Malu rasanya bila dia cakap,Azeem macam penyanyi rock sahaja.
Kawan sejurusan Azeem melakukan rebonding di kedai yang sama,katanya lebih baik dan tahan lama. Mungkin kedai itu mahal sedikit dari salon biasa. Sempat juga kami berbincang pasal kejadian semalam. Pendapat Azeem,rakyat Malaysia masih belum peka lagi dengan kejadian alam sekarang ini. Di kolej,masih ramai yang tidak menyokong.Sejam sahaja ditutup,tidak effect CGPA pun.

Peace...,
xZYm

Mar 27, 2009

Bengal

Bengal



Dear PK,
Kerja krusus yang disuruh oleh salah seorang pensyarah untuk melayari laman animal discovery untuk mencari baka kucing/anjing yang sesuai dengan kita. Balik sahaja terus Azim bergegas untuk mencari baka kucing yang sesuai dengan Azim. Dan hasilnya ialah Bengal.

Bengal? kenapa kucing ini. Apabila melihat baka ini,terus jatuh hati pada warna dan kecomelannya. Macam harimau bintang. Memang benar,Bengal ni sesuai dengan Azeem,hampir 95% sama dengan citarasa Azeem. Jika ada rezeki,pasti Azeem akan membelanya.







Peace...,
xZYm

Mar 25, 2009

Country + Earth

Country + Earth

Dear PK,
Sejak akhir-akhir ini minat Azeem kepada lagu berunsurkan country semakin menjadi-jadi. Mungkin sejak Azeem dan teman sebilik minat mendengar lagu-lagu pop country dari siaran radio di i Tunes.
Nama-nama seperti Keith Urban, Taylor Swift, Carrie Underwood, Miley Cyrus, LeAnn Rimes, Restless Heart, Rascal Flatts dan ramai lagi selalu menjadi pilihan Azeem jika ingin memainkan lagu. Mungkin kerana liriknya yang mempunyai makna tersendiri,ditambah pula dengan rentak ala-ala koboinya.
Tidak sabar menantikan cerita Hannah Montana The Movie yang bakal ditayangkan bulan hadapan. Minggu ini pula ada earth hour. Malaysia tidak ketinggalan memadamkan lampu selama sejam dan tidak tahu bagaimananya tindakbalas rakyat Malaysia. Adakah mereka hanya ambil tahu tanpa menghiraukan apa yang berlaku di bumi ini. Tunggu & Lihat sahaja hari sabtu ini.
Peace..,
xZYm

Mar 24, 2009

Yana..

Yana..

Dear PK
Ramai sudah rakan seperjuangan Azim sudah berada dalam alam perkahwinan. Tidak perlu dipersoalankan pasal umur,jika sudah bersedia untuk berkahwin. Pada hari yang sama dengan Olympia Veterinar lalu, sorang lagi kawan Azim mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.

Nor Liyana atau dikenali sebagai Yana selamat diijab kabulkan bersama Muhammad Mukram. Majlis perkahwinannya diadakan di Gua Musang,Kelantan. Tahniah Yana, berjaya juga kau dapat suami. Azeem harap mereka akan berkekalan sehingga akhirat kelak.

Hari Isnin lepas, Azeem dapat buah tangan darinya. sungguh kreatif cenderamata yang disediakan untuk tetamu. Terima Kasih Yana,ingat juga kau pada ex-coursemate kau




Peace..,
xZYm

Mar 23, 2009

Spay & Castration

Spay & Castration

Dear PK,
Program prokasih (Projek Kasi Haiwan) berjalan lancar. Tanggapan awal setiap peserta yang seminar bakal membosankan ditangkis awal-awal. Seminar Prokasih dijalankan dengan penuh aktiviti. Ceramahnya sungguh berkesan,walaupun terpaksa dengar lagi pasal Animal Act & Vet Serg. Act.

Masa seminar ini didominasi oleh aktiviti berkumpulan. Kumpulan Azeem diberi tugasan untuk mengendalikan situasi di fakulti lain (KEJUTERAAN). Agak kelakar,bila semua yang dirancang jadi kelam-kabut. Banyak yang Azeem pelajari dari seminar ini.

Pulang sahaja terus bergegas ke perhentian bus di hadapan perpustakaan. Setengah jam pertama boleh tahan lagi, masuk sejam hati dah membara. Mana bus ini,orang belum solat lagi ini,jam menunjukkan angka 6 dan 3. Tetapi,nasib baik ada junior sekali. tidaklah bengang tunggu sorang-sorang.

Tiba-tiba nama Azeem dipanggil dan diajak naik bus kolej lain. Tidak faham,terus ikutkan sahaja ajakan junior. Terima kasih pada pemandu bas itu,sanggup dia hantar kami ke k17 yang jauh dipelusuk dunia. Kalau ikutkan hati nak sahaja jalan-jalan ke Mines dulu sebab 2 kali bus komuter lalu di hadapan mata. Apa-apa pun,terima kasih juga pada juniorku lebih-lebih lagi Maya Sofia. Jika lebih lama lagi,pasti makin merah-merah badan Azeem akibat gigitan nyamuk.

Peace...,
xZYm

Mar 21, 2009

Taylor Swift in CSI

Taylor Swift (CSI)

Dear PK,


Video ini telah diedit oleh seseorang.. nice work ;p

Tunggu sahaja tanyangan CSI musim terbaru di Malaysia nanti, Taylor Swift berlakon satu episod. Seronoknya!!

Peace..,
xZYm

Mar 20, 2009

Tahniah Dr.

Tahniah Dr.

Dear PK,



Esok merupakan hari bersejarah bagi Penasihat Akademik Azim. Beliau bakal memulakan kehidupan berumah tangga dan tambah lagi tanggungjawabnya. Mula-mula dengar ura-ura yang dia bakal kahwin daripada Letcurer Histology (Tq prof bagi full marks). Azim tersenyum sahaja bila mendengarnya,tetapi bukti nyata apabila Azim dapat kad jemputan menghadirinya di Batu Pahat.

Mungkin tiada kawan atau masa yang tidak mengizinkan, tidak dapatlah Azim menghadiri majlis perkahwinan beliau. Pasti beruntung siapa yang dapat memperisterikannya. Memang seronok jadi pelajar bawah jagaannya. Kenangan sambutan hari lahir yang dulu masih diingati lagi.

Tahniah Dr Siti. semoga perkahwinan Dr berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang sihat-sihat.





Peace...,
xZYm

Mar 19, 2009

Bacteria di tanganku

Bacteria di tanganku
Dear PK,
Sehari sebelum amali bakteria,Prof menyuruh kami membuat culture bakteria daripada badan & alatan gunaan (telefon bimbit, beg, baju). Azeem memilih untuk mengambil sampel daripada tangan sahaja.



Hasilnya...





Daripada andaian rasanya itu staphylococcus epidermidis yang memang normal floranya di tangan. Ketawa kecil melihatkan hasil culture bacteria rakan-rakan Azeem. Ada yang ambil daripada kawasan larink, muka, jerawat, dan yang peliknya sorang daripada kami ambil daripada organ ikan yang dipancingnya.memang pelik sikit dia punya.


Prof suruh ambil daripada kawasan yang terdedah pada persekitaran kerana bakteria gram positif kebiasaannya dijumpai di bukan di dalam badan. Moral daripada semua ini, kita kenalah basuh tangan dulu sebelum makan. Takut juga tambah bilangan bakteria dalam GIT nanti.
Peace..,
xZYm

Mar 17, 2009

We Rock

We Rock


Dear PK,
Senior : Jos giler kau,lari sana,lari sini.
Azeem : Ye ke, hehe...
Senior : Mar cakap kau tak ada jawatan pun dalam sport day.
Azeem : Mar??
Senior : Marlia
Azeem : Ohh.. aku tolong kawan la. macam tak kenal aku je,kita dah keluar sama-sama 20 hari.
Senior : bukan kau jadi mc ke?hari tu kau cakap dengan aku..
Azeem : aku PA hari ni,Juwai ganti aku. Lepas tu,tak ada elektrik pula. Aku buat lah benda lain





Tamat sudah Olympia veterinar 2009. Harap-harap tahun depan bakal ada lagi acara seperti ini. Pasti junior kendalikan lebih baik lagi. Keputusan diketahui sudah. Kemenangan berpihak kepada kami,DVM2. Walhal Azim orang pertama yang tahu. Pening kepala menggira markah setiap acara. Lebih memeningkan kepala perlu menerangkan sistem permarkahan kepada setiap batch. harap-harap mereka faham.

Cheerleading,acara yang memang dinantikan setiap tahun. Jika tahun lepas DVM2 hanya mendapat tempat ke-2,kali ini gelaran juara milik kami. We Rock!! Seronok bila melihat segala kerja berjalan lancar. Selepas ini perlu bagi report pemarkahan kepada setiap batch.

Mengenai perbualan di atas, Azeem rasa tidak perlu ditanya lagi. Jika Azeem rasa dia baik kepada Azeem,walaupun susah kena tolong juga. Setakat gelaran AJK, tiada makna benda itu pada Azeem. Yang penting Azeem dapat mudahkan kerja rakan Azeem. Ini baru namanya persahabatan.


Akhir sekali.... SODAK! MANTAK!.....



Peace,

xZYm


Mar 14, 2009

Silaturrahim

Silaturrahim

Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus
(Hadis riwayat Bukhari)
Dear PK,
Masih ingat lagi kata-kata cendiakawan Islam yang Azeem pelajari semasa di sekolah agama rakyat yang mengatakan Silatur rahim ialah menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat (sesama islam), berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memperhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat pada kita.
Memang payah Azeem hendak menerima kemaafan orang yang ingkar pada janji. Sebab janji menunjukkan orang islam itu hebat. Banyak benda Azeem bermasam muka sebab orang tidak mengikuti janji yang ditetapkan. Kalau silap Azeem, memang Azeem akan akui dan minta maaf. Paling lambat pun 2 minggu (jangan ikut perangai gila ni)
Baru-baru ini,rakan Azeem yang lebih setahun terputus silaturrahim ingin menyambungnya kembali. Dalam hal ini, silap Azeem. Alhamdulillah ada ramai yang tegur. Mungkin dia perlukan masa untuk memulakan persahabatan dengan Azeem kembali. Sekarang, dia kembali. Apa-apa pun, terima kasih mahu mulakan kembali persahabatan ini.
Ayah Azeem selalu ingatkan, Jika ada lagi orang yang marah atau kecil hati pada kita, dari situlah Allah akan makin murka pada kita. Tepuk dada,Tanya Iman
Peace...,
xZYm

Mar 12, 2009

Syabas Ikah!!

Syabas Ikah!!

Dear PK,
Mendengar perbualan rakan Azeem, Wawa tentang keputusan SPM mengingatkan Azeem pada Nur Atiqah, adik Azeem yang baru sehari pulang dari PLKN. Terus pantas Azeem menelefonnya

Daripada suaranya,Azeem tahu dia agak kecewa. Mana tidaknya,Jika dia dapat kesemua A pasti dia lebih berpeluang untuk ke luar negara. Dengar suara yang agak kecewa dia beritahu "dapat 9 A, kantoi kat Add Math & Account".

Dengar 9 A membuatkan Azeem teruja, result dia dapat memintas Azeem tetapi masih tidak dapat memintas abangnya yang satu lagi. Terus ditanya keputusan Add Math kerana perkataan kantoi digunakan.

" Add Math dapat 4B. Account pulak 5c. susahlah nak kekalkan tradisi Add Math"

Keluarga Azeem memang boleh dikira agak mementingkan keputusan Matematik dan agama. Mungkin kerana keputusan matematik yang mencantikkan keputusan SPM mak Azeem. Mana tidaknya, semasa SPM result matematik tambahan Azeem lebih baik dari matematik moden pun diisukan. Mak,ingat senang ke nak dapat add math A1!!
Peace..,
xZYm

Mar 10, 2009

Serangan Tetamu yang tidak diundang

Serangan Tetamu yang tidak diundang



Dear PK,
Mula-mula dengar keluhan dari rakan-rakan yang mengatakan bilik mereka selalu disinggahi oleh nyamuk. Lebih-lebih lagi pada waktu malam,sebelum badan direhatkan. Pelbagai cara digunakan. Ada yang menggunakan semburan ke dalam bilik, lingkaran pelindung nyamuk dan ada juga yang sudah imun dengan nyamuk

Secara tiba-tiba,hari ini bilik Azeem di kolej kediaman diserang oleh binatang yang sama.Oh, memang perit rasanya serangan kali ini. Lebih-lebih lagi melibatkan kesan yang bakal ditinggalkan. Merah-merah di badan akibat tindakan imuniti badan. Terasa seperti petechia hyperemia pula (memandai sahaja beri nama ni,padahal mana ada petechia hyperemia)

Lebih parah lagi Esok merupakan ujian ke-2 pathologi. TIDAK!!!... Jauhi dirimu nyamuk dari bilikku....


Peace...,

xZYm

Azeem & Sepupu

Azeem & sepupu
Dear PK

Azim : lawa kereta kau, still nombor lama lagi eh?
Sepupu : Nombor kereta lama, ni keluaran terbaru Accord. aku beli kat Sutera (salah satu penjual kereta di Johor Bharu)
Azim : tak kan honda lagi, Sejak kecil dibesarkan dengan honda, dari motor sampailah kereta.
Sepupu : Mesti kekalkan tradisi ni lah. Pak Long cakap kereta aku nombor 13 dalam keluarga kita.
Azim : Aku tak nak lah masuk dalam list tu.
Sepupu : Habis tu nak pakai proton ke? kan kalau beli Honda dapat murah sikit dengan Cik Yan.

Senyuman sinis sahaja dilemparkan padanya. Mana tidaknya kalau di musim cuti sekolah atau family day,pasti jenama honda bersadai di halaman rumah datuk Azeem. Cukuplah, Azeem dibesarkan dengan City, janganlah seumur hidup dibelenggu dengan Honda... bosannya!!

Peace...,
xZYm

Mar 7, 2009

One Night Only

One Night Only

Dear PK

Sungguh enak apabila dapat menghidu bau bilik yang sudah sebulan ditinggalkan. Cadar yang bertanahkan warna ungu serta jaluran merah hati dan biru membuatkan lagi perasaan menjadi enak. Baru sebulan tinggalkan rumah, macam-macam perubahan berlaku, tidak tiralah pada rumah atau diri Azeem.


Mungkin agak kosong balik kali ini. Hendak buat macam mana, takdir. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan. Benda yang terikat perlulah dipulangkan. Lumrah setiap orang yang mengalaminya. Yang penting ada keluarga yang menyokong dari belakang. Pertama kali berlaku pada Azeem,dan mungkin itu kali terakhir. Bukan serik, tetapi lebih baik Azeem tumpukan pada pelajaran.


Larangan ayah kepada sesuatu mungkin ada hikmahnya. Ada ayah melarang anaknya jangan tunggang motosikal. Apabila dilanggar, dia begitu fobia dengan motosikal selepas melihat kemalangan motosikal depan matanya. Ada ayah melarang anaknya menonton wayang. Apabila dilanggar, dia rasa bersalah selepas telefon bimbitnya hilang di dalam panggung. Begitu juga dengan Azeem,sekarang baru rasa bersalah.


Hati ayah mana yang tidak sedih melihat anaknya seperti banyak masalah. Keputusan dibuat, dibawa anaknya keluar cuti beberapa hari ini duduk dalam jemaah. Betulkan semula hati, iman, amal anaknya dengan bantuan Allah. Berat rasa hati Azeem untuk mengikut,lagi-lagi 3 ujian berturut selepas naik cuti ini. Nampaknya semalam sahaja dapat beradu di atas katil. Banyak perkara yang yang Azeem nak lupakan tentang dia. Tetapi satu benda sahaja yang Azeem simpan (mesej bulan 7, tahun 2001 di telefon bimbit pertama Azeem)


~Walau sejahat mana orang, seburuk mana orang layan kita, jangan sekali kita lupa, pasti pernah sebutir kebaikan dicurahkan. Jangan masam muka pada orang, dia manusia juga, ada perasaan. Ada hati, Zim ~

(selepas peristiwa hitam berlaku pada Azeem semasa tingkatan 4. kepada yang tahu rahsia ini,minta senyapkan diri, sangat ayat orang S’pore)


Peace..,

xZYm

Mar 4, 2009

I Swear

I Swear

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sumpah itu penyebab larisnya barang dagangan , tetapi menghapuskan keberkatannya dalam keuntungan.

Dear PK,
Sekali lagi Azeem ucapkan perkataan SUMPAH menggunakan nama Allah beberapa hari yang lalu. Bukan tidak mahu ucapkan,memang larangan keras dari keluarga Azeem. Memang mudah untuk ucapkan,lagi-lagi jika kita di pihak yang benar.
Dibangku sekolah rendah dahulu,Azeem memang kadang kala sangat mudah keluarkan perkataan sumpah. sebabnya,Azeem malas nak bergaduh dan menghabiskan masa menegakkan keadilan. Perkataan sumpah jadi taruhan. Perbuatan itu disedari oleh arwah datuk Azeem yang mula menegur.
Datuk : Talhah (gelaran Azeem), nape suka sangat cakap sumpah? tak bagus tau
Azeem : Abis tu,apa yang Talhah cakap dorang tak percaya
Datuk : Lepas ni Tok Yas tak mahu Talhah cakap sumpah lagi, cerita perkara sebenar. Suka hati orang yang dengar nak percaya atau tak. Hilang berkat nanti.
Tetapi,beberapa hari yang lalu Azeem langgar janji lagi. Sejak Azeem berjanji, sudah 3 kali Azeem mungkir janji. Nampaknya perlulah Azeem bayar kifarat untuk kali ke-3 atas alasan mempertahankan diri. Segala alibi ditolak mentah-mentah. Dan dalam kekusutan perkataan sumpah dijanjikan diucap untuk membela diri. Bencinya sumpah.........
Peace...,
xZYm

Mar 2, 2009

Identiti

Identiti

Dear PK

Sejak kebelakangan ini banyak perkara-perkara yang berlaku pada diri Azeem sehingga membuatkan sikap Azeem membuatkan ramai tidak senang. Sekirannya Azeem berada di tempat mereka,pasti Azeem akan bertindak sedemikian. Terlalu kuat ujian Allah kali ini. Mungkin sukar untuk menerima kenyataan pada sesuatu kata-kata berbisa yang dikeluarkan oleh seseorang yang hampir 9 tahun mengenali Azeem.


Mudah sahaja kata kauselor tetap Azeem, Azeem terlalu mengambil berat kata-katanya sehinggakan hampir mendakwa kata-katanya benar. Tambahan pula, hubungan dengan Allah sejak akhir-akhir ini seperti ada pasang surut. Sudah hampir 2 minggu, Azeem masih lagi berada di surah yang sama dalam Al-Quran. Boleh dikira dengan jari berapa kali Azeem solat berjemaah,lagi-lagi Suboh. Malu rasanya kepada teman sebilik,acap kali dia mengejut & mengajak Azeem. Pasti ada sesuatu yang menghalangnya.

Seperti mahu buktikan kata-katanya tidak benar tentang identiti Azeem. Tetapi bukti-bukti yang disenaraikan seperti meragui identiti sebenar Azeem. Mula-mula memang marah kepada sesiapa yang memang benar beridentitikan sedemikian. Kenapa perlu wujud golongan ini dalam dunia ini. Jika tidak pasti tidak perlu diragui lagi identiti Azeem.

Pelbagai cara Azeem gunakan. Sehingga ada cara yang membuatkan Azeem terjerat dalam identiti ini. Tanggapan orang, dalam sekelip mata Allah boleh ubah. Alhamdulillah, hampir 2 minggu Azeem usahakan, hasilnya negatif. Bukan seperti yang dia maksudkan. tidak sama sekali. Azeem masih lagi berlandaskan pada identiti sebenar. Terima kasih pada kauselor tetap Azeem yang banyak membantu. Thank You, ayah!!

*************
Bejuta-juta kemaafan Azeem pohon kepada sesiapa secara tidak sengaja atau sengaja membuatkan dirinya marah atas sebab sikap Azeem. Mungkin ada ruang kemaafan dalam diri kalian.
****************

Peace...,

xZYm

cARDIO TherApY