May 29, 2010

Jinakkanlah,Miley..

Dear PK,
Miley kua album baru.. nak!!nak!! tgok cover album dia.



lagu dlm album,boleh tahan lah. Bila lihat lagu Can't Be Tamed kat MTV,mmg dah jangka music video akan mcm gitu. Dia nak lagi dari imej good girl,Hannah Montana.










Part dlm cage,part paling meaningful. Yeah,kenapa perlu jadi org lain kan miley. u free nak buat apa2.

try to listen her song..
Miley...bila nak datang Malaysia?


p/s : Hari ni cari absolute boyfriend SP. Adik Azeem ckp dah ada kat kedai M'sia. Try cari cerita jepun baru lah. bosan duduk rumah.. Jusco Terbau pun dah bosan tgok muka Azeem

May 21, 2010

Tanah Merah : 3

Dear PK,
Dari segi pengalaman memang banyak yang boleh belajar,lagi-lagi ilmu yang diberikan bukan dari buku. Memang benar kata ayah Azeem - Buat apa nak gi luar negara,belajar cara orang..selepas itu tak praktik masa kerja. Duduk terperuk kat Malaysia juga,guna cara orang Malaysia.

Panas betul duduk sini. Hari2 rutin kami pergi beli air teh o beng pagi & petang. Hidup dengan orang2 kelantan? tak semua ada sifat kenegerian, tapi ada seorang ni...cara cakap dia ni memang nak menujukkan Kelantan ni hebat ++ cerita pasal 'bulan'. BOSAN!!!! Islam akan bersatu bila tak ada orang kutuk orang Islam lain.


Bukan setakat pengalaman,perangai orang pun kita pelajari. seminggu tak cukup untuk kita kenal seseorang itu,selepas 2 minggu..baru nampak perangai sebenar. Teperanjat juga tetiba Pija & Siti (prac-mate) Azeem selongkar bilik dalam rumah bujang yang Azeem duduk.Ternyata terjumpa sesuatu.

Deman main daun terup selepas dinner..SEKEPING....TIPU.. masih teringat lagi suara2 mereka. +++ kami lalui 3 minggu bersama. sifat berlagak seorang Dr Vet,perangai menyampah dari institut lain.

Lata Tembakah,Sungai Golok,Nasi Kerabu,Air Kelapa Shake,Pau goreng.... semuanya Azeem rindui +++ kepanasan yang teramat sangat

May 17, 2010

Perangai apa ntah!!

Dear PK,

kenapa perlu ada sifat racist dalam hati engkau,wahai pakcik yang sudah berumur lebih 40 tahun,mempunyai anak hafiz & selalu bercerita tentang agama berunsurkan politik??????

Kenapa perlu pulaukan mereka??mereka pun rakyat Malaysia. Yang ada hak untuk praktikal kat sini.

**d** punya pakcik. kalau tak suka pun xyah nak hasut orang lain tak suka mereka. Mereka tu junior Azeem.

May 1, 2010

Hel-O,Gudbye..

Dear PK,
Entri ni dipublish dari Tanah Merah...

Pejam..celik..pejam. Eh,dah habis tahun 3?? Okey,Julai jadi DVM4.
Banyak memories yg ditinggalkan sem ni :
  1. Kamera yg baru dibeli tak sampai seminggu HILANG DI MASJID!!! sampai sekarang tak puas hati dgn siapa yang bongkar beg orang masa sedang solat Jumaat.
  2. Selipar Dr Cardin HILANG. sekali lagi kat masjid,tapi masjid bukan di universiti. cari kat kedai,dah takde design tu.
  3. GLEE FEVER.. tak tahulah nape kena deman ni. mcm lain sahaja. tak mcm GG/Hannah Montana
  4. Benggang dengan kejadian yang berlaku. Macam budak kecik (walaupun budak kecik pun benggang juga ++ guys DVM3).
  5. Seronok dpt housemate macam ni. Serius tak stress!! campuran DVM1-DVM4. Kecuali sorang.. keluarkan dia. (bukan DVM + MALAYSIAN)
  6. Macam tak percaya ada pencuri dalam kolej or lebih tepat lagi dia selalu masuk rumah Azeem di kolej. Kecian pada sorang senior ni,selalu jadi mangsa hilang DUIT
  7. STUDY?? macam biasa. Orang yang biasa macam Azeem ni,apalah nak dibanggakan. Seronok semester ni sebab banyak benda baru.
  8. Majlis silaturrahim yang tak boleh dilupakan seumur hidup. Tungkus lumus dari akhir tahun lepas hingga tamat majlis. jadi stuntman atas pentas DSV,boleh terbang tu..BOLLY..BOLLY.. (following event buatlah broadway theme..)
Sem 7...tunggu jelah apa bakal mewarnainya. Indahnya hidup Azeem,Allah tentukan. Fakulti baru..kafe fac baru..subjek baru (avian med**)..maybe rumah baru..

HELLO, GOODBYE....SEM6

P/S : Selamat Hari Pekerja.

cARDIO TherApY