Oct 24, 2010

SAW

Dear PK,

Lebih sebulan tidak menjenguk blog. Alasan = sibuk dengan small animal block ++ 2nd test. Mula-mula rasa cuak gak. Raya tahun ini penuh kerisauan, bagaimana Azeem bila masuk ward small animal?

1st week : Dapat senior perempuan. Seriously, 1st time jumpa dia. Sebelum ini tak pernah nampak dia. Mungkin sebab dia duduk luar sebelum ini. Agak teagak-agak dalam ward. Full day rota memang full. Kes agak kurang, bersambung dengan minggu ke-2

2nd week : Dapat senior Chinese dan kes yang mengajar satu perkara penting pada Azim. Apabila bekerja nanti, pastikan jadi seorang Dr yang betul-betul boleh mengikut septic teknik. Walaupun hanya sebatang jarum biasa disuntik ke badan haiwan,pastikan ianya bebas kuman. My senior memang best giler!! Azeem memang harap jadi macam dia bila Azeem jadi senior nanti. Setiap benda dia tahu,pasti dia akan beritahu Azeem.

3rd week : FRONT OFFICE!! Bukan niat Azeem nak masuk lambat ketika large animal round sebelum masuk front office. Tetiba, kasut buat hal, tumit tertanggal. Nasib baik, ada penyelamat (my roommate), membawa kasut dari rumah kami. Gagap gak nak tanya soalan apa pada owner. Tapi ada seorang VO sangat baik. Dia guide Azeem sehingga boleh ingat sampai sekarang. Kekal hingga hari ini, rambut pendek. Antara komen2 didengarnya :

Oh, my God!! Azeem, u look so different… Dr G

Selepas beberapa hari kena komen lagi why not wearing tie?

4th week : Minggu surgery!! Kena stay malam. Baru nampak perangai sebenar group 12. Senior tak terkata apa-apa. Hubungan dengan senior makin erat. Kes memang banyak. Tak menang tangan nak handle. Lagi-lagi kes surgery. Semua yang ada dalam ward atau pelajar tahun 4 & 5 akan ingat mengenai S*ti Ros*erah, kucing yang sangat kasihan. Process pemberian treatment planmemakan masa lebih kurang 2 jam. Makan sahaja ambil masa sejam. Akhirnya, dia mati minggu ni. Sedih bila dapat tahu mati, sepanjang minggu layan kerenah dia, lihat kesensaraan dia untuk menjilat makanan.

5th week : ICU week. Alhamdulillah, tiada berjaga malam kerana hujung minggu ini tiada kambing perlu dijaga. Hari selasa,full rota Azeem terpaksa ingat kembali bagaimana pengiraan dosage, penggunaan machine gas. Bila masuk dalam real situation,baru rasa bagaimana hebatnya jadi dr vet.

Small animal block ada keseronokkannya sendiri. Dr Jes** berkata masa rota u akan menjadi rapat dengan orang yang u tak pernah rapat. sehinggakan kawan rapat u,rasa semakin renggang sebab jarang jumpa..lebih-lebih lagi semasa tahun 5. Tak sedar lansung dah akhir sem.Wow,memang tak terasa masa berlalu dengan pantas!!

cARDIO TherApY