Jun 29, 2010

Dari lensa...

Dear PK,


Budak yang mak Azeem jaga saling tak tumpah macam muka Azeem masa kecik dulu. Hinggakan sepupu Azeem terkejut bila masa Azeem ada adik baru. paling nakal dalam rumah & peneman mak ketika bosan di rumah. (mulut comot selepas makan La Cremeria Vanilla)



Kamera yang ada dua kotak... padahal 1 lagi hilang di masjid universiti. Cepat-cepat beli baru & kena tunggu lama nak warna ini.



Birthday Mak Azeem (26 June) yg ke-48. walaupun hari yang sama majlis perkahwinan sepupu Azeem, balik dari rewang... suruh ayah singgah di secret recipe. Makan kek dengan nasi beriani lauk kambing (sedap betul orang yang masak kenduri kahwin ni)



Mungkin lama tidak pulang ke kampung (Felda), kali terakhir ketika arwah atuk meninggal. impaknya masih ada lagi. Ada rasa kelainan, biliknya kosong tersusun rapi. Hanya tinggal makcik Azeem sahaja. Dia ajak ke taman mini dunia area batu pahat. sayang sekali,temaptnya boleh diusahkan tetapi dibiarkan kosong ++ banyak tahi haiwan bersepah.

Jun 14, 2010

Rejab Back

Dear PK,
Bulan Rejab datang kembali. Bulan ke-7 dalam kelendar Islam ini yang juga dikenali sebagai bulan Allah, merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap ulama. Alaman yang tak lekang dari fikiran umat Islam ialah puasa di bulan rejab.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim
Banyak lagi amalan lain yang boleh kita lakukan ketika bulan Rejab,antaranya :
  1. Bersedekah walaupun sesen setiap hari.
  2. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  3. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  4. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat-solat sunat
  5. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  6. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Rejab pasti sinonim dengan pelbagai peristiwa. Banyak peristiwa berlaku bulan rejab,antaranya :
  1. Hijrah pertama ke Habsah
  2. ISRA’ & MI’RAJ +++ Solat wajib 5x sehari**
  3. Perang Tabuk
  4. Kelahiran Imam Syafie

Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Jun 13, 2010

♥♥♥Yuslina♥♥♥

Dear PK,
Hari bersejarah dalam hidup kawan sekelas Azeem,Ina berlansung dengan meriahnya. walaupun hujan sebelum mereka bersanding, tetapi ramai juga coursemate Azeem yang lain datang ke majlis perkahwinan mereka. Tahniah buat mereka. Coursemate Azeem trauma dengan sorang makcik ni.. tetiba suap bekas makanan pengantin pada mereka.


Kenapa perlu susah payah dari Johor ke Seremban menaiki bas awam?? Entahlah.. mungkin sebab dah tersimpan dalam akal yang dia merupakan kawan baik Azeem. Peristiwa double trouble semester 4 yang memang boleh sesungguhnya menjatuhkan semangat Azeem,dia antara orang yang menyokong dari belakang. Mungkin sejak itu kami semakin rapat.


Sejak 6 tahun dahulu dah kenal pasangan ini. Pengantin lelaki pun memang kenal Azeem. Bagi Azeem memang mereka pasangan secocok. Harap mereka berkekalan hingga akhir hayat ++ Seronok dapat jumpa kawan diploma Azeem. Dialah sumber maklumat dalam JPH. bila pula nak makan nasi minyak dia.


p/s : bergegas balik ke JB. sambut birthday kawan +++ kenapalah Azeem boleh terpengaruh melihat bola USA vs UK.

Jun 11, 2010

Aku + Bola = Entah Apa Jawapannya

Dear PK,
Piala Dunia datang kembali. kebanyakan orang pasti & pasti bercakap dengan pertandingan bola ini yang bakal diadakan di Afrika Selatan (tetiba teringat seorang senior yang praktikal di sana). Sehingga budak kecil pun menyanyikan lagu tema Piala Dunia 2010.
Azeem bukalah peminat fanatik,malah bukan peminat bola pun. Bak kata ayah, part sukan pasti tak disentuh oleh Azeem. Tak payah berpura-pura minat atau paksa diri untuk minat jika kawan kita semua minat bola.
Ayah pasti menyokong Japan, negara yang mungkin tak ada kemungkinan untuk menang ++ mak cik-mak cik Azeem. Tak semestinya keturunan jepun, kena sokong jepun. Angah pula tak habis-habis Brazil. Mungkin dia & ayah sahaja tengok bola di rumah. Amal - Portugal. Ini peminat betul bola. Jkid, Jking...semuanya dia masuk. Sejak nak SPM ni, stop dululah.Azeem berfirasat mungkin Jerman yang bakal menang..
Demam ni hanya sebulan sahaja. Kira sebulanlah kena menghadap & mendengar cerita bola ni. Ini lagi dua kawan Azeem, Badar & Kamarul. Diorang yang selalu bercerita pasal bola. Sampai sanggup beli Jersi club.
P/S : keputusan sem6 yang pelik.

cARDIO TherApY