Jul 30, 2009

After holiday

After holiday..


Dr. R said Parasit test on 6 Aug. Topics covered up to D WHOLE Enoplida for theory n up to Filarida for practical test. Pls spread 2 others.

Dear PK,
What!! I thought it will next 2 week. Kalau di rumah, memang susah nak study. Banyak sangat dugaan. Internet, Astro, tilam yang empuk. Semuanya ke arah untuk mematahkan semaangat Azim untuk study.


Pathology,parasite, perlu habis dibaca dalam minggu ini. Virus pula memang satu benda tak faham. Memang bagi Azim subjek virus killer subjek semester ini. Di kolej seronok. Tengok roommate Azim sibuk dan menjerit-jerit memahami biochem, tergelak kecil Azim. DVM1 hendak tukar lecturer biochem mereka. Junior DVM2 Azim pula sibuk tanya soalan tahun lepas.


Semester ini,try lagi nak dapat dean list. Bukan susah pun,kena rajin sahaja study. Boleh punya dapat. PK,doa-doakan Azim dapat dean list. PK sahaja tahu perasaan Azim sekarang.

Peace..,

xZYm

Jul 28, 2009

H1NI @ UPM

H1N1 @ UPM


Dear PK,

Suasana Pusat Kesihatan yang begitu sesak. Masuk sahaja ke Pusat Kesihatan, terus Azim ditanya deman atau tidak oleh pegawai kesihatan. Hanya gelengan yang mampu Azim berikan. Kehadiran Azim & Hafez bukan atas tujuan deman,tetapi sebab lain. Hafez kerana matanya merah sebelah. Azim pula sebab allergic.




Jumaat lepas semasa di ladang 2, sedang enak menyuntik kambing, Azim rasa kelainan. Rasa macam gatal-gatal pada bahagian leher & tangan. Tuba & Mya menegur Azim : kenapa muka kau merah,zim?. Jawab Azim menerusi pengalaman lepas : panas kot!!





Ingat boleh baik selepas balik kolej, tetapi jadi makin teruk. Malam semalam,housemate aku mengajak makan udang goreng. Hasilnya,makin teruk. Itu sebabnya Azim pergi ke pusat kesihatan. Ini ubat-ubat yang diberi oleh doctor


Secara kesimpulan, Azim dapat zoonotic infection form goat when heat stress. Suka hati sahaja buat diagnostic sendiri. Rupanya cuti yang diberi oleh doctor dilanjutkan selama seminggu. UPM cuti selama seminggu setelah kes ke-3 ditemui mengenai H1N1. Setakat 3 minggu di UPM, lebih 300 kes dilaporkan deman. Paling teruk sekali KTDI.



Peace..,

xZYm

Pindah

PINDAH

Dear PK,

Baru-baru ini Azim dipindahkan ke unit lain dalam dogathon. Unit baru, PA system. Unit yang memang Azim elak untuk diletakkan nama Azim selama ini. Bukan salah pengarah tahun ini, tetapi salah ketua unit ini tahun lepas. Seharian Azim duduk di hadapan PA system. Untuk bergerak mengambil makanan pun,kawan Azim,Juwai yang mengambilkannya. Ini lagikan solat zuhur, terpaksa cari orang untuk duduk jaga sekejap di tempat Azim

Azim ditinggalkan. Sebab itu, Azim berkeras mahu masuk ke Unit Pendaftaran. Tetapi sejak Azim mula lihat betapa susahnya pengarah buat kerja, dengan elektrik tiada, hati Azim mula terbuka. Memandangkan ketuanya batch Azim sendiri, kira on sahaja. InsyaAllah,junior bawah Azim tidak akan merasai macam apa yang Azim rasa dulu.

Lihat list name ada 2 orang "laksamana" Azim. sorang, kira kenal lah,budak DVM2. Sorang lagi DVM1, menurut kata roommate Azim,dia budak ex-dip. Jadi secara rasminya Azim kembali ke jawatan lama. Hafez pula ditukarkan ke unit peralatan, sesuailah tu. Thank kepadanya sebab belanja Azim buka puasa semalam. Ina pun dia belanja.

Peace..,
xZYm

Jul 25, 2009

Hang Out

Hang out

Dear PK,

Agak kecewa juga Azim apabila hasrat mahu ke pasar malam tidak kesampaian. Pulang ke kolej berpakaian coverall,dengan langkah yang malas. Selepas setengah jam Azim mengadap Gossip Girl, housemate Azim yang mengajak ke Jusco. Katanya mahu membeli jam.

Kami menemani senior Azim berbuka puasa. Rasanya, kami yang makan dulu sebelum dia. Haha!!! sorry Faiz,kau sibuk shopping barang yang guna hari ni pulak. Selepas itu, sorang- sorang senior Azim nak ikut beli barang yang sama. Senior Azim yang nak beli jam pula katanya mahu lihat di Mines. SEIKO, harganya RM370.50 after 20%. memang peminat jam lah dia ni.

Sebelum pulang,singgah makan. Masa itulah, kami mula cerita pasal setiap batch,dari DVM1 hingga DVM4. Moral of story, vet memang best!!sebab kita rapat setiap batch. Baru melabuhkan punggung di sofa ruang tamu di kolej, junior Azim ajak pergi Cheras. Jam menunjukkan angka 11 dan 6. Maknanya kena overnight di sana lah.

Ronda-ronda uptown, KL hingga jam 6. Ayat paling 'sentap' dikeluarkan oleh housemate aku ni : kau mana beli barang-barang kat sini, semuanya nak ori. itu yang tak pernah pergi ke sini. Memang Azim 1st time pergi. Tetapi seronok juga,sebab ada yang berkenan di hati. memandangkan di sini tidak menerima kad kredit, so no pointlah beli. lagipun bulan ini banyak sangat keluar duit untuk shopping.

Pulang ke kolej,terus kami rebah di tempat beradu masing-masing. Kecian gila pada roommate Azim. ada koko jam 8. Takpe roommate, balik ni kau tidur puas-puas di rumah. Sudahlah kita missed Nur Kasih semalam


Peace..,
xZYm

Jul 23, 2009

Re-anat

Re-anat

Dear PK,
Sudah diketahui hari bakal diadakan ulangkaji anatomi 1,2.3. Apabila buka sahaja soalan, tidak tergambar begitu susah soalannya walaupun 6 orang berbincang dengan pelbagai buku rujukan di hadapan mata.

+40 soalan sahaja yang mampu kumpulan Azim selesaikan. Terasa macam nak pecah kepala,dengan bilik MM2 terlampau sejuk. Kata Dr, soalan ini penting untuk surgery nanti. Fikir-fikir balik, memang lupa juga, tapi bila sebut satu term sahaja, dah terfikir location dia di mana. kira nasib baik masih ingat.

*Housemate Azim dimasukkan wat kecemasan tidak sampai setengah jam. Balik ke rumah, ramai betul orang ziarah dia. Dengar kata jika dia tidak beransur pulih 4 hari lagi, kena quarantin lah satu rumah!! boleh skip test phamaco & patho...

Peace..
xZYm

Jul 22, 2009

Benda-Hari

Benda-Hari

Dear PK,
Jemputan yang Azim terima untuk berkongsi sedikit ilmu yang Azim ada kepada junior-junior sekolah Azim, Azim terima dengan ikhlas. Pada mulanya, agak sukar untuk Azim pulang ke Johor Bharu semata-mata untuk hal ini. Tetapi dengan kemasukan hampir 7k dalam akaun bank Azim membuatkan Azim ada keinginan untuk pulang ke Johor Bharu.

Memang tradisi sekolah akan mengadakan krusus kepada setiausaha & bendahari sekolah. Azim pernah laluinya. keperitan
memegang amanah sekolah & pernah dalam satu masa, wang ditangan Azim mencecah hampir RM20 ooo. Takut juga kena curi.

Pelbagai pengalaman dan ilmu Azim kongsikan kepada junior-junior Azim. Terasa juga terubat kerinduaan kepada cikgu-cikgu Azim, ada beberapa yang masih ingat ingat lupa.

Ceramah motivasi itu bertujuan untuk melahirkan bendahari yang cekap,amanah & bertanggungjawab. Paling penting dapat menguruskan wang dengan baik. Pulang sahaja ke rumah, terus Azim mengadap laptop, menyiapkan semua 'assignment' yang perlu di selesaikan minggu ini. kerja last minute, memang kurang berkualiti.

Minggu ini, mula minggu ujian, kena kembalikan semangat ni!!!chaiyok!!

Peace...,
xZYm

Jul 19, 2009

Skrip yang Bosan

Skrip yang bosan

Dear PK,
Setibanya di rumah jam 8.30am, Azim disambut dengan bau kek pisang buatan mak. Dah lama tidak merasainya. Badan ni rasa selesa juga walaupun tidur di pejabat ayah.
Sebelum itu sempat juga kami singgah ke rumah atuk. Ain,sepupu Azim mengajak menonton wayang.


Jam 11am, Azim & seorang adik bongsu Azim dihantar oleh Ayah ke Jaya Jusco, tempat yang kami janji mahu bertemu dengan Ain. Beli tiket sahaja sudah beratur ramai. Mesti penangan Harry Potter. Apabila lihat pada skrin GSV, Harry Potter full house. Kena tunggu jam 5.30pm baru ada. Jadi kami buat keputusan lihat sahaja cerita Skrip 7707.


Rating yang boleh Azim bagi setelah kami duduk satu jam setengah dalam wayang ialah 4 daripada 10. ceritanya terlalu simple & senang. Apabila selesai, ramai yang mengeluh. Jika ini yang mahu ditonjolkan oleh cerita seram melayu, Azim sangat sedih.


Jadi bagi mengubat kesedihan diri, kami shopping. Mentang-mentanglah JPA baru masuk, tangan ini rajin sahaja menekan butang pengeluaran wang. Pasti rakan Azim yang lain begitu juga. Semua pasti sekarang sibuk di shopping complex. Ayah mengambil kami jam 6.30pm. dalam kereta sibuk kami dengar letehan mak & ayah. Membazir duit la, dah tak muat almari baju la..


*Adik Azim yang ke-2 sekarang pasti seronok tengok MU vs Malaysia di Bukit Jalil. Bila lihat berita semalam Malaysia kalah 2-3.

*Dah keluar pun buku yang Azim tunggu, The Host. Ingat nak beli My Sister’s Keeper, tapi dah habis.

Peace..,
xZYm

Jul 16, 2009

Story of My 'Brothers'

Story of My 'Brothers'

Dear PK

Esok, Azim terpaksa balik ke rumah disebabkan panggilan dari sekolah. Azim dipanggil untuk memberikan ceramah berkaitan pengurusan wang kelab dengan bijak kepada bendahari-bendahari kelab disekolah. Dengar kata,krusus 2 hari ini khusus untuk setiausaha & bendahari. Walaupun bayarannya tak seberapa, tapi disebabkan memang Azim nak balik JB minggu ini, kira sekali jalanlah


Hari ini banyak kejadian berlaku pada senior & junior Azim. Mula-mula agak kelakar juga bila ada juga junior ingat Azim ini lepasan matrik. Teman sebilik Azim sendiri tak percaya Azim berumur hampir 23 tahun. Mungkin saiz badan Azimkot,membuatkan Azim macam budak-budak.


Satu lagi hal pejabat kolej berkenaan kak S. Ini berlaku pada senior Azim. Memang salah dia parking di tempat yang salah & dia tahu salah dia. Dia datang secara baik, minta nak alihkan kereta yang menghalangnya. Secara tiba-tiba Kak S ini boleh menengking dia, marah-marah pagi hari. Sabar lagi dia ini,tapi apabila banyak sangat Kak S ini menjerit-jerit, siap cakapvet ini menyusahkan, mengada-ngada”, terus dia lawan balik. Kak S itu siap hantar 2 orang lelaki mahu pukul senior Azim,sebab senior Azim ugut nak pecahkan cermin kereta Kak S. Memang Kak S ini dibenci orang,sehingga cleaner pun tak suka pada dia. Kawan Azim yang mohon masuk kolej balik pun dengar cerita ditolak oleh Kak S.


Junior aka housemate Azim pula accident dilanggar kereta pelajar kolej lain. Setakat yang Azim tahun pelajar tu, macam nak mengelak sahaja bayar ganti rugi. RM300!!! Kaki dia pula kena jahitan. Teruk jugalah. Kecian tengok dia terjongket-jongket nak pergi tandas. Tapi dalam keadaan kaki macam gitu, sempat juga dia pergi makan di luar dengan housemate Azim yang lain. Esok tak pergi lab anatomy lah tu, dapat cuti dua hari

Peace..,

xZYm

Jul 12, 2009

Aznil & Macam

Aznil & Macam

Dear PK,
Apabila dikumpul semuanya ada 14 org termasuk Azim. Semuanya dengan satu hajat, melihat sendiri bagaimana rancangan itu boleh berlaku. Shima, Sya, Filza, Wawa, Shak, Wen Chee, Syu, Siti Aisah & Pija pergi menonton rakaman Macam-Macam Aznil Raya. Berpakaian rayalah kami.

Beginning sahaja,Aznil pilih nak start betul dekat dengan kami. Shima,Syupaling beruntung, sebelah Aznil sahaja. Mungkin tempat kiteorg wangi,macam dia cakap. Azim menvolunteerkan diri untuk jadi peserta. Bila tiba masa Azim nak miming lagu balik kampung, tiba-tiba Aznil cakap, tengok mata dia Sarimah, macam mata drakula.

Terlebih sudah. Dah macam konsert sendiri pula bila Azim miming lagu. Tak tahulah time tu jin mana lah masuk. Gelak besar coursemate Azim. sampai balik kolej pun still cakap benda tu. Shima & Siti pula kena catwalk. Siti catwalk ala-ala victoria's secret punya ending. Shima terpilih masuk pusingan lakonan. Berlakon dengan Din Beramboi tu..

Tapi penat jugalah tunggu dalam studio hampir 6 jam. Naik lenguh otot pipi. Asyik ketawa je. Balik kolej, mandi, terus rehatkan badan. Ingat nak bangun jam 2, buat assignment. Bangun je,dah jam 5. Hari ini kena fokus buat assignment immunology. Macam2 Aznil Raya ni, akan disiarkan Hari Raya Pertama.

Peace..,
xZYm

Jul 11, 2009

Tambah seorang.

Tambah seorang

Dear PK,
Nampaknya rumah Azim di kolej sudah dipenuh. Tambahnya seorang lagi, mempelbagaikan rumah ini. Dari DVM1-DVM4. Bolehlah kongsi-kongsi cerita setiap batch. hujung minggu ini pasti sibuk, hendak buat assigment virology, immunology. Salah seorang coursemate Azim cakap, dah macam first test sahaja. Nota dah mula melambak-lambak

Baru-baru ini pengarah dogathon minta size T-shirt. Azim suruhlah salah seorang daripada kawan Azim letak size S. Macam terkejut sahaja. Memang baju Azim size tu. kalau pakai size M, besar sikit. Tapi bagus juga dia komen, memang kadang kala Ayah Azim marah pakai baju kecil sangat. Ada juga orang nak komen penampilan Azim.

Ramai kawan Azim dah mula kerja, memang kalau Azim masuk matrikulasi, hanya tunggu graduation sahaja. Ada yang mula kerja, ada juga yang sekarang tengah cari kerja. Harap, korang dapat kerjalah.

Peace...,
xZYm

Jul 9, 2009

Mulanya...

Mulanya..

Dear PK,
Baru beberapa hari Azim melangkah masuk ke semester baru, pelbagai kerja yang perlu dilakukan. bertimbun-timbun assignment diberi (padahal malas nak buat praktikal report). Mesti seronok jika duduk sahaja di rumah. Lebih-lebih lagi melihatkan teman sebilik Azim yang baru sedikit sahaja jam kreditnya. yelah, budak tahun 1.

Rumet baru?? kecian pada rumet lama Azim. kadang-kala menyesal juga tindakan yang Azim ambil, tapi ini untuk kebahagiaan semua pihak. Semester ini pasti penuh dengan cabaran. permulaan virology sahaja membuatkan Azim berkerut kepala. susah benar hendak memahaminya. Senior Azim cakap, jangan nak terlalu rumitkan benda yang senang.

Jadi tunggulah beberapa hari lagi,mungkin nanti biasa lah nanti. Kecoh juga dalam kelas, Azim sebarkan cerita yang JPA akan masuk rabu hadapan. Azim menagak sahaja, melalui pengalaman dua sem yang lepas. Dengar kata, kami akan dapat sama dengan pelajar medic. taraf vet sama dengan medic. sekarang baru nak perasan. tunggu sahajalah kawan-kawanku..
Peace..,
xZYm

* kawan Azim, Ina dikuarantinkan di pusat kesihatan kerana mengalami deman & selesema. Petang tadi dia dah pulang kolej.semoga sihatlah esok!!

Jul 4, 2009

Semester 5

Semester 5


Dear PK,
Universiti bakal memulakan sesi semester yang baru. Pasti sekarang junior sudah mula selesa dengan keadaan kolej.
Semester ini pasti ada cabaran baru. Jadual akademik yang memberi cuti raya sehari sebelumnya. Dengan acara Dogathon bakal menjelang bulan ogos ini. Merit satu lagi cabaran yang bakal merisaukan Azim. Nampaknya kena mula kumpul dari semester ini.


Perginya Azim bermakna tinggal seorang sahaja adik Azim di rumah. Mesti dia bosan. Azim sudah janji dengan senior Azim untuk menumpang keretanya. Mudah sikit nak mengangkat barang lain. Mulakan dengan Azam baru.

Peace..,

xZYm

Igauan ngeri

Igauan Ngeri

Dear PK,

Tiba-tiba Azim ditangkap dari atas katil. Dalam fikiran terfikir bagaimana lembaga-lembaga itu boleh masuk ke rumah Azim. Dengan teruk Azim diseret turun dari tangga, keluar rumah dan terus ke tengah-tengah kawasan lapang. Tetapi sedikit pun tak rasa kesakitan.


Salah sorang daripada mereka membawa satu benda seperti ‘hot iron’ mengecop di telapak kaki Azim. Apabila benda itu melekat pada kaki Azim, tanpa rasa sakit, Azim tersedar. Oh, rupanya mimpi. Binggung masa itu. Apabila melihat jam di dinding menunjukkan jam 6.45 pagi. Ya Allah, belum solat. Mak,Ayah & adik bongsu Azim pulang ke kampung untuk mengambil durian. Adik ke-2 aku sudah pulang ke rumah sewanya di Melaka.


Apabila selesai solat, aku turun mengambil air minuman dan memikirkan mimpi tadi. Adakah itu hanya mainan tidur atau amaran dari ilahi. Alhamdulillah,Allah tidak merasakan keperitan dan kesakitan itu. Bukan tidak pernah Azim solat lewat atau tinggalkan solat, tapi kenapa pagi tadi baru dapat mimpi sebegini.

Peace..,

xZYm

Jul 3, 2009

Fren

Fren

Dear PK,

Bagaimana Azim boleh boleh terbuka hati hendak menemani Farhana ke majlis pertunangan kawan sepejabatnya. Terlalu jauh dari rumah Azim,hampir sejam perjalanan. Majlisnya alar kadar sahaja. Tetapi yang menariknya bakal suaminya kenal Azim, dia kata pernah nampak Azim semasa sekolah dulu, semasa pertandingan kawat kaki peringkat daerah


Kawat Kaki Kadet Remaja Sekolah pada tahun 2001 mungkin yang dirujuknya. Perkara memalukan berlaku pada Azim semasa ingin menambil makanan. Secara tiba-tiba Azim boleh jauh semasa beratur. Kecoh jadinya menyangka Azim pengsan. Padahal terpijak lantai yang agak licin.


Pertama kali mewakili sekolah setelah jawatan kopral disandang. Kalau diingatkan balik boleh jadi bahan gelakan dengan formasi yang dilakukan. Paling Azim ingat ialah semasa pulang dari pertandingan itu. Boleh sahaja cikgu tinggalkan kami 33 orang. Jadi kami kalau tak silap Azim 12 orang cadang balik sekali. Yang lain Azim tak pasti bagaimana.


Kami mencari bustop, sorang daripada kami boleh sahaja buat pandai tunjuk jalan salah, hampir setengah jam kami jalan dengan pakai but, baju seragam kadet remaja dan jam menunjukkan jam 2. yang kami nampak di depan hanya jalan besar. Kami teruskan juga dengan ada yang berkaki ayam,tak tahan pakai but. Nak telefon,public phone pun tak ada. Handphone memang bukan zaman orang mesti ada handphone.


Selepas sejam, baru kami nampak bustop. Malu juga jalan dengan keadaan begitu. Tapi sejak Azim masuk universiti, mereka semua macam hilang sahaja. Atau Azim yang menghilangkan diri. Zaki, Khalid, Yus, Muhkriz, Hamdan sudah lost contact dengan Azim. Azim harap sangat dapat jumpa dengan mereka semua. Tak kan nak tunggu reunion sekolah 5 tahun lagi.

Peace..,

xZYm

Jul 2, 2009

POSEN

POSEN

Dear PK,
Semalam tergerak hati Azim untuk membuka buku latihan anak sepupu Azim yang masih bersekolah rendah. Rumahnya hanya beberapa langkah dari rumah Azim. Dari awal cuti dulu maknya suruh lihat-lihatkan. Terkejut dibuatnya apabila banyak bulatan dakwat merah di buku latihan matematiknya. perkataan yang dibulatkan ialah POSEN

Rupanya ada juga yang mengikut 'penyakit' Azim ini. Berulang-ulang kali Azim ditegur oleh cikgu untuk menukarnya kepada puluh sen. mungkin sudah terbiasa dari kecil sebut posen, Azim mengulangi benda yang sama. Akhirnya, Azim didenda menulis perkataan puluh sen sebanyak 500.

500!! sakit tangan menulisnya. Satu kelas tahu Azim kena denda,jadi Azim kena ejek posen. tak tahu kenapa gelaran itu hilang begitu saja. bagus juga tak melekat gelaran posen. Posen...Posen...

Peace..,
xZYm

Jul 1, 2009

Amalan Bulan Rejab

Amalan Bulan Rejab

  1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
  2. Sesiapa yang berpuasa hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
  4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
  5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
  6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
  7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
  8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
  9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
  11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

cARDIO TherApY