Mar 31, 2010

Burung

Dear PK,
Case study Avian hari isnin lepas. Di mana Azeem pergi?? sedang enak tidur di atas katil. Alarm Clock yang sepatutya mendendangkan lagu Blah Blah Blah seakan-akan senyap jam 2. Bangun dari tidur dalam keadaan terkejut & kecewa. Jam 2.50pm baru bangun!! Hp tertera 6 missed call dari dua orang dan satu mesej. Paling menarik bunyi mesej ni:

Azeem tengok cite naruto
naruto nyanyi lagu lala..
Ben 10 study sampai tak tido
tak datang lecture Dr Jalila

(Pengaruh kuat untuk pantun memantun dalam kelas)

Sabtu & Ahad banyak main... ini padahnya. Tapi ada kedengaran suara-suara memberitahu Azeem ada membela burung. Kenapa pilih burung @ avian?? entahlah.. sebab minat pada kecantikan warna burung kot. lebih kurang mengikut jejak langkah arwah atuk Azeem. Memang bercadang jika diberikan pilihan, taman burung dijadikan tempat untuk memulakan kerjaya sebagai Dr.

W ketawa apabila melihat Azeem ketawa. Terdengar suara-suara berbisik menyatakan tak sama. W cakap yang gaya Azeem ketawa sama dengan Dr J ketawa. Senyum sahaja apabila dikata demikian + teringat zaman selama awal-awal kemunculan Azeem di UPM dulu.

Tadi tak sangka S akan kata demikian

S :kalau dia nak kucing ni, kau tak dapatlah..
Azeem :Takpe,aku bukan minat pun kucing. Nanti sem depan kot aku bawa burung aku ke UPM
S : ko bela burung ke?
Azeem : A'ah
S : Tak cukup ke burung yang ko ada??

Gelak besar Azeem apabila dia boleh kata demikian. 2 lagi kawan Azeem di belakang pening kenapa Azeem & S gelak besar. HAhaHAha...

Mar 30, 2010

Prokasih 2010 seminar

Dear PK,
Kali ini Prokasih tidak seperti tahun lepas, perlu memakai baju formal dan seharian suntuk di fakulti. Seminar Prokasih semalam berjalan lancar dengan dikendalikan oleh tunjak utama Julie & Shyla. Tugas Azeem seperti biasa - PA system man.
Malam sebelum itu, pelakon-pelakon terbaik DVM3 sibuk menyediakan video last minute. Semuanya malu nak live acting in front their junior. Part WC suddenly come n said "hey, what u guys doing?" totally funny. A good response got from all three video include our adviser, Dr G. Someone said she laughing quite a lot.
DVM3

Group discussion

Scene Wen Chee masuk dengan selambanya..
Setiap slot memberi 1001 input kepada setiap peserta yang hadir. Kehadiran? memberansangkan.. Tempat pun kecil,jadi pihak penganjur hanya boleh menerima 60 peserta sahaja. Pengetahuan? Banyak yang boleh dipelajari dari seminar ini. Ilmu tidak mungkin dapat atas meja belajar sahaja. Ilmu sebenar dapat dari pengalaman & susah payah untuk mendapatkannya - Azeem Rahim (terlepas cakap pada salah seorang junior)

Program ini membawa setiap peserta untuk bersedia sedaya upaya untuk meletakkan satu mind set pada pelajar-pelajar sekolah yang bakal mereka temui dalam bulan 7 ini. Azeem insyaAllah mengikuti program itu, alasan sampingan = temankan Mr T.


DVM1
DVM2
DVM3
Tekun mendengar seminar
Ini pun sama..

Mar 29, 2010

Melayu

Dear PK,
Masih teringat lagi kata-kata Dr Rosnina - Melayu ini boleh dikatakan berasal sebenarnya dari keturunan Yahudi. Penuh hasad dengki,tidak puas hati, jumpa pawang. Tidak selesa lihat orang senang. sama perangai dengan Yahudi.
Masih samar lagi kenyataan melayu berasal dari kaum Yahudi, tetapi mengenai hasad dengki, 100% Azeem menyokong. Banyak filem-filem melayu sekarang yang juga memasukkan elemen dengki dalam jalan cerita mereka. Seolah-olah hendak membuka mata masyarakat tentang bahayanya hasad dengki.
Bangsa lain juga kadang kala ada perasaan iri hati pada kejayaan seseorang, tetapi mereka mengambil jalan mudah - berusaha lebih gigih lagi. Lebih mengecewakan juga kadang kala melayu lebih suka bercakap belakang mengenai perbuatan seseorang. Ataupun jika dia tidak puas hati di lepaskan pada orang yang tidak ada kena mengena.
Laman web facebook, twitter, friendster dijadikan bahan lepas geram dan alat memalukan orang lain. Kebanyakkan benda yang dilakukan oleh melayu sendiri. Mungkin pengalaman akan mengubah diri seseorang itu. Apabila dia rasa dirinya terkena, baru dia akan tahu betapa perit akibatnya.
- Mula teringin menulis entri ini disebabkan rasa tidak puas hati pada seseorang. Kecian kawan Azeem jadi mangsa luahan perasaan bila apa yang dia hendak tidak kesampaian. 20min itu kena dengar.. Sabar sahajalah F..

Mar 25, 2010

Penantian satu penyiksaan

Dear PK,
Hampir kesemuanya mengeluh apa yang berlaku petang tadi. Harapan bergunung-gunung setelah berhempas pulas beberapa hari berusaha untuknya. Benda yang dijanjikan tidak berlaku. Sepatutnya berlaku jam 2, setiap penantian ditanggung dengan penyiksaan. Setiap menit yang berlalu dari jam 2 hingga jam 4.30 seperti menunggu kunjungan bidadari turun ke bumi.

"Apa salah kita, sampai kita dibuat macam ini" - V
"Bosanlah, asyik-asyik cancel" - P
"Aku dah agak" - S
"Aku dan Azeem dah cakap dalam wall Man, Radio cancel" - W

Pelbagai keluhan didengar. Hendak buat macam mana, fikir positif sahajalah. Markah Clinical Pathology yang entah apa-apa je membuatkan semakin semangat Azeem membaca. Tiba-tiba tidak menjadi. Bosannya hidup macam gini.

Mar 21, 2010

Boer + Surgery



Dear PK
Mungkin kerana salah faham, Azeem di turut serta dalam team research surgery Boer. Datang sekadar untuk melihat bagaimana surgery dilakukan. Dengan coverall + tiada stethoscope/termometer, kehadiran Azim & seorang lagi disambut mulanya agak kekok oleh Dr.

bukan kambing ini tau!!

Untuk jadi orang terbaik dikalangan orang-orang terbaik, kita kena usaha macam lebih susah dari orang yang terbaik - Abd Rahim Yahya. Kata-kata itu yang buat Azeem lantas ubah fikiran yang pada mulanya 50-50 hendak join. Allah sudah tentukan,Azeem involve dalam surgery itu juga.




Agak kekok juga bila dari luar beberapa orang senior melihat Azeem menjadi anaesthethic untuk boer ke-2. 1st berperanan menjaga gas machine + boer. more info got maa. Berbeza sekali dengan anjing. Sayangnya, Azeem tidak dapat lihat post-operating. Kaki terus bergerak ke wad haiwan besar kerana tanggungjawab lebih besar di sana. Sebagai student.



Rupanya hp kawan Azeem habis bateri, patutlah tidak dibalas-balas sms yang dihantar. Selamba sahaja duduk lama-lama dalam wad surgery. Hopefully next time, Azeem will get more chances sebegini.

Mar 14, 2010

VS 2010


Dear PK,
Vet Sport telah melabuhkan tirainya dengan perbagai peristiwa lucu & mendebarkan. Kata orang susah untuk handle acara yang berterusan selama berbulan-bulan ini. Perjalanan DVM3,batch Azeem menempuh segala acara yang dipertandingkan setiap minggu.

Setiap acara kami cuba hantar sebaik mungkin peserta. Mungkin sibuk dengan tahap kesukaran Vet yang makin tahun,makin susah, ramai yang mengelakkan diri. Call berkali-kali pun tidak diangkat. Alhamudillah,ada juga orang mahu mengantikan mereka terutamanya Syu

Bergaya dengan pingat Syu aka PA Syu
Kehadiran batch Azeem kali ini boleh dihitung dengan jari pada permulaannya. Tetapi beransur-ansur meningkat bila hari semakin panas. acara balapan kami dianugerahkan 3 kilauan emas - Taq, Shahriman & CP. Tidak mengecewakan datang sokong mereka. Syu & Ben pula tidak lupa untuk memberikan pingat kepada kontigen DVM3

Apabila tamat acara balapan,terdengar kata-kata DVM2 yang DVM5 & DVM1 akan join cheerleading. Gelabah kamidibuatnya-mesti malu memikirkan hanya batch kami yang tidak menghantar wakil. keputusan belum dibuat. Tetapi bila mana melihat kesungguhan DVM1 menghantar wakil yang sedikit & entah apa-apa mereka buat di padang rumput itu, Terus kami bertekad masuk ke acara Cheerleading 2010.
Cheerleading bermula... haha88x

Nobody version sexy

Memang terabur habis & sedikit memalukan. Tetapi enjoy habis. Teknik kekenyalan, gelekan Hawaii, Nobody-Wondergirls ++ boys.. Bila lihat balik video yang dirakam memang kelakar habis. Bila Majlis Silaturrahim 2012 nanti pasti kenangan ini dimasukkan dalam checklist..

Tq DVM3...

Surat layang

Sudah hampir 2 tahun peristiwa artikel yang ditampal di kolej serumpun menjadi titik noktah dalam hidup Azeem. Perubahan besar yang berlaku pada Azeem mungkin sebahagian besar disebabkan surat itu.

Artikel itu sama sahaja seperti artikel yang ada,hasrat penulis untuk berkongsi maklumat. Cuma maklumat yang hendak dikongsikan oleh penulis artikel terbabit tidak patut ditulis & ditampal untuk tatapan umum. Kandungannya lebih menjerumus ke arah menjatuhkan & memalukan kerja yang dilakukan oleh segelintir orang (insyaAllah kerja ini akan berterusan & semua orang akan buat kerja ini)

Penulis tidak meletakkan perkataan penuh gelaran orang pada kerja ini. Hanya abjad pertama sahaja dijadikan sebagai kata ganti kerja terbabit. Sebahagian besar kandungannya mengutuk & melarang orang utuk turut terbabit dengan kerja itu. Artikel itu dirampas & dibawa ke Azeem.

= pintu bilik diketuk & nama Azeem dipanggil dengan sekuat-kuatnya oleh 3 + 1 orang (Pening kerana tidak cukup tidur dalam bas + Final exam pagi hari ). Dengan kepala yang sedikit pening & mamai,Azeem gagahkan diri untuk membuka pintu rumah. Pandangan sinis tertera pada muka mereka beserta mahu melepaskan sesuatu sahaja kepada Azeem

"Kau yang buat benda ini kan,Zeem?"...terkesima Azeem apabila kertas artikel yang langsung Azeem tidak mengerti apa kertasnya dilemparkan keras pada Azeem. Satu-satu ayat dibaca dengan teliti.

"Bukan akulah,gila apa aku nak buat benda ini" Azeem jawab sambil di dalam hati hilang rasa hormat kepada mereka yang pernah Azeem percayai selama ini. Pelbagai alasan dilontarkan, Azeem baru sahaja sampai kolej 17 pagi jam 6,Azeem balik kampung - tiada masa hendak tampal artikel itu. Jika Azeem tampal 4 hari sebelumnya,pasti mereka sudah jumpa dahulu.Fikir logik sebelum tuduh-menuduh.

Lebih menyedihkan lagi, hasutan melibatkan Azeem ini bermula dari beberapa orang yang menjadi 'penduduk' kolej terbabit (serumpun). Azeem dapat tahu, artikel itu ditampal dihadapan surau kolej itu. Padahal berhempas pulas Azeem menolong mereka,ini balasan mereka.

Atas alasan marah,dendam & kecewa, Azeem sanggup tunggu 2 tahun untuk kembali semula. Setelah semua makhluk2 itu hilang dari pandangan, baru kerja sebenar bermula. Pernah duduk sekali dengan mereka, tetapi perasaan marah membuak-buak ketika itu. BODOH!!! tuduh orang tidak tentu pasal.

**Coursemate Azeem pernah buat benda yang hampir sama,tetapi Azeem faham situasi dia ketika itu. Walaupun agak lama baru rasa nak bercakap.. Moralnya = Hidup perlu bertoleransi

cARDIO TherApY