Aug 28, 2011

Terbaik R..

Dear PK,
Lebih sebulan Azeem menghilangkan diri, belajar erti kehidupan cara sebenar. Rasa seronok kembali. Kenal pelbagai ragam manusia. Sampai SP, dah rasa lain. macam ada suasana nak jumpa keluarga membuak-buak. Tak pernah rasa sehebat, walaupun duduk di universiti.

cukup cerita pasal apa yang Azeem buat bulan Ramadhan. Rasa nak cerita pengalaman di universiti pula. 7 kali Ramadhan disambut ketika Azeem berada di Universiti. Antara yang paling diingati tahun 1 DVM.

Azeem selaku bendahari program Ramadhan di kolej. kena save bajet yang diberi, tadi dalam masa yang sama nak adakan pelbagai program. Tapi bukan itu yang menjadikan Ramadhan itu seronok. Yang seronoknya, kami akan berbuka beramai-ramai. Masa tu hanya ada 2 motor sahaja, bergilir-gilir akan ke bazaar atau kedai untuk membeli makanan.

Makananya biasa sahaja, tetapi keakraban kami yang penting. sehari 3,4 dulang akan digunakan. Kalau tak silap,Azeem sorang sahaja tahun 1. Kemudian, kami hidupkan moreh disurau, malah khatam Al-Quran + majlis penutup pun kami adakan di surau (bukan di dewan). Masa tu program diketuai oleh Qayyum.

Tahun-tahun kemudian, majlis Ramadhan di surau kolej dah jadi macam acara yang terlalu formal. majlis berbuka + moreh sudah tidak kelihatan. tahun lepas, Azeem try berbuka & sahur di surau, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang join. Rasa rindu pula pada mereka.

cARDIO TherApY