Jul 31, 2010

Salahkahku??

Dear PK,

Dari Wasilah bin Asyqa' RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Jangan kamu bergembira atas kemalangan saudaramu, kerana Allah boleh menunjukan rahmatNya keatasnya dengan melepaskannya dari kemalangan dan menimpakan kemalangan itu kepada kamu

HR Tirmizi


Azeem bukannya orang yang layak mengulas hadis/Al-Quran (walaupun sesetengah pihak amat mudah menghantar risalah mengenai Al-Quran/Hadis dan mengulasnya).

Banyak perkara yang menimpa Azeem sejak masuk semester baru ini atas perbuatan tidak kemanusiaan sesetengah orang. Mungkin lebih teruk lagi berlaku pada Mr T. semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpalnya atas kesabarannya

NOTA RUMINANT-FACEBOOK-BANK-BAJU FAKULTI

Jul 25, 2010

Life is a mystery

Dear PK,
Equine : Tiba-tiba hati boleh tertarik dengan Kuda. sebab? minggu 1 rotation dengan kuda :)
Ah,hatiku masih dengan Avian. most beautiful animal in the worlds!!!!!!!!! since dulu lagi kalau dgn kuda mmg Azeem nak mengelak. Dlm otak terbayang-bayang macam mana kalau kena tendang dgn kuda. haha!! Vet yang penakut. Tetiba, rasa selesa lak minggu ni. Sengal punya Azeem


Walaupun masih 10 hari kuliah, rasanya macam 100 hari sudah masuk kuliah. Banyak kena cover & refer balik note2 lama. Pengajaran? jgn main hafal je, fahamkan!! kan senang dah ada dalam otak. sampai HN pun kena refer note lama apa kejadah benda tu.

Uniform biru disarungkan kembali. Semuanya masih dalam keadaan tak berapa ingat flow surgery. padahal OHE je.. pakai glove pun dah lupa. haha!! belajar dari kesilapan. Mungkin kali ni amat mudah, tetapi terasa kekosangan. Tiapa jeritan & tangisan berlaku. rindu sangat suara yang biasa di dengar ketika surgery.

Rambut? dah 3 lecturer tegur. rasa selesa rambut panjang lah!! nampak macam tua sikit. "Nantilah raya baru potong" jawap Azeem pada salah seorang dari mereka. Mr T terkesan dengan kata-kata seorang Dr. terus dia potong.
Azeem? DEGIL!!
(sumber dari jr punya fb)
Rindunya pada Pretty Little Liar. Dah 2 episode tak tengok.

p/s : Pemintaan maaf secara terbuka pada Mr K (kau tahu siapa kau). Aku tak ada masa kau susah. Apa punya kawan. ++ junior ckp Azeem ni sombong giler ketika berjalan. haha!! Azeem memang susah nak tegur orang.

Jul 17, 2010

More in 4

Dear PK,
Seminggu berlalu kehidupan sebagai pelajar tahun 4. Perasaan? bercampur-baur. Gementar + takut + bersedia + sesalan + suka +++.. hanya Allah sahaja tahu perasaan Azeem ketika ini.
Benda baru yang berlaku semester ini, terpaksa berpisah dengan roommate tahun lepas atas permintaan seorang senior. Azeem pun agak kesian jugalah dia tinggal keseorangan di rumah yang penuh dengan batch Azeem. Azeem sekarang officially tinggal bersama sebilik coursemate Azeem.
Talk Pak S, memang memberikan semangat untuk Azeem berusaha lebih gigih lagi.Walaupun ceramah motivasi itu hanya untuk pelajar tahun 1, apa yang disampaikan seperti kita mahukan setiap semester bermula seperti kita baru sahaja masuk ke universiti.
Dr M : permulaannya agak gementar bekerjasama dengannya. Dia salah seorang Dr yang Azeem takut nak berbual. Tapi apabila mula berbual, hati mula berubah. Evan dia tidak pandai berbual dalam Bahasa Melayu, cara dia berbual, hormati pelajar memang Azeem kagumi. Agak malu juga bila salah bagi no hp pada dia. cuak kot melihat dia.
Rotation bermula semester ini. Semuanya bersedia untuk menghadapi bangun seawal 6 am dan balik selewat 12 pm. Itu semua rutin harian sesiapa yang masuk wad. Azeem ditentukan masuk selepas cuti raya. rasanya rotation ini menyebabkan coursemate Azeem gementar masuk DVM4.

Jul 10, 2010

Tiang mula bergoyang

Dear PK,

27 Rejab yang diraikan oleh setiap umat islam secara sedar ataupun tidak. Ulang tahun HADIAH terbesar umat islam. Manusia akhir zaman dimudahkan oleh Allah untuk minta apa-apa sahaja melalui perantaraan solat.
Tetapi sejauh mana umat masa kini rasa solat sebagai hadiah?atau sekurang-kurangnya merasakan solat sebagai tanggungjawab?

Kita sendiri kadang kala merasakan solat ini sebagai bebanan yang amat berat dipikul. Bukan sebab tiada masa,tiada dorongan atau tiada panduan, tetapi meninggalkan solat dijadikan sebagai rutin harian.

Ada sesetengah terasa sedih meninggalkan solat. Dia sedaya upaya tidak akan mengulangi kejadian itu lagi. Ada pula tanpa rasa bersalah meninggalkan solat malah merasakan solat seperti tidak perlu dikerjakan. pandangan mereka, hanya orang-orang tua sahaja harus mengerjakan solat (tua baru hendak bertaubat)

Mereka ini ada menyatakan belum sampai hidayah Allah untuk mereka bersolat dengan sungguh-sungguh. Bagaimana Allah hendak memberi hidayahNya jika orang itu tidak meminta?

Renung-renungkanlah....

cARDIO TherApY