Aug 30, 2010

Surau Al-Ikhlas

Dear PK,

tiga hari cuti.. Azeem berada dekat dengan UPM. bukan di JOHOR.

Fasa 4 tambahan,Bangi menjadi destinasi cuti minggu lepas. Sangat-sangat kagum suasana kawasan ini :

1. Walaupun rumah mewah ++ kereta boleh membuat Azeem pandang 2,3 kali, tetapi penduduknya takde pun sifat sombong, semuanya baik2 belaka

2. SANGAT-SANGAT KAGUM dengan majlis berbuka puasanya di surau. pertama kali Azeem nampak ada semangat jiran tetangga dikalangan penduduk. makanan bukan calang-calang, kehadiran hampir 100 org setiap hari

3. Solat tarawihnya pun boleh dikira penuh pada hari hujung2 Ramadhan.

4. Kanak-kanak sudah biasa dengan surau, qiamulail di surau jadi rutin mingguan mereka

pendek kata hujung minggu Azeem dihabiskan dengan benda yang baru ++ hati semakin tenang. Paling best jumpa senior DKHP yg tamat belajar tahun 1987. Pernah bekerja di GPS di CP selama berbelas tahun. Banyak benda yang dikongsikan ++ idea untuk final project. Azeem boleh ibaratkan dia berfikir luar dari kotak sehingga orang tak nampak apa yang dirancangnya.

Aug 27, 2010

Cita-cita tak kesampaian

Dear PK,

Artikel dibawah ini karya asli Azeem yang sepatutnya dihantar ke pertandingan menulis esei Ramadhan di Kolej untuk MERIT!! malangnya,LUPA!! ingat nak balik rumah sahaja..

Nabi SAW bersabda: Sekiranya manusia mengetahui apakah itu Ramadhan, maka umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang tahun adalah Ramadhan. Kedatangan Ramadhan setiap tahun sama ada meninggalkan kesan atau tidak pada seseorang pasti akan berlalu. Tidak dinafikan ada juga yang menunggu kehadiran Ramadhan seperti menunggu kelahiran anak sulung. Setiap hari dalam Ramadhan digunakan secara manfaat untuk merai segala peluang yang ada yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada umat akhir zaman.

            Ramadhan diibaratkan sebagai satu pesta yang memerlukan pengunjung datang setiap khemah yang disediakan. Syarat wajib masuk ke Ramadhan ialah dengan berpuasa di siang hari. Setelah masuk ke Ramadhan, itu terpulang kepada pengunjung sama ada mahu mengunjung ke ‘khemah’khemah’ yang lain atau tidak. Sepanjang Ramadhan amalan-amalan dilakukan semata-mata untuk sukakan Allah berlipat kali ganda. Tarawih, bermunajat malam, membaca Al-Quran, bersedekah, memberi makanan atau hadiah kepada fakir miskin semuanya dilakukan atau keinginan pengunjung Ramadhan.  Jika seseorang itu buat, maka adalah ganjaran yang bakal diperolehinya.

            Setiap daripada kita ini perlu merenungkan setakat mana kita mengambil berat terhadap amalan fardu dan setakat mana terdapat peningkatan dalam amalan sunat pada bulan yang diberkati ini. Kecuaian kita terhadap amalan fardu begitu ketara sekali sehingga ada antara kita yang tidur semula selepas bersahur sehingga solah Subuh terpaksa diqada ataupun sekurang-kurangnya tertinggal solat berjemaah. Seolah-olah makanan yang dijamah ketika bersahur lebih hebat & besar dari perintah Allah SWT untuk menunaikan solat Subuh.

            Begitulah amalan-amalan fardu umat akhir zaman. Itu belum disentuh dengan solat Maghrib yang ditunaikan hampir masuk waktu Isya’ kerana sibuk mengenyangkan perut ketika berbuka. Adakah kehadiran Ramadhan sekadar sama dengan bulan-bulan Islam yang lain? Tidak timbul keinsaafan dalam diri umat Islam bagi setiap Ramadhan yang sudah berlalu? Semuanya boleh diubah jika umat Islam itu sendiri mahu berubah & berdoa supaya setiap hari dalam Ramadhan mengajar dirinya untuk mendapat sedikit maafaat dari Ramadhan.

Kata-kataMu.....

Dear PK,

Bacalah hari-hari akan Al-Quran ketika sibuk atau pun senang,

kerana Al-Quran akan menjadi asbab kamu mudah ketika sibuk di akhirat,


Dengarlah bacaan Al-Quran ketika dialunkan

kerana Al-Quran menjadi pendinding kamu di dalam kubur kelak


Fahamilah setiap bacaan yang diucapkan dari Al-Quran

kerana tuntutan Al-Quran untuk dikaji & difahami


Amalkan setiap suruhan dalam Al-Quran

Menjadi pembimbing hidup lebih bertakwa


Cintailah Al-Quran lebih dari segalanya

kerana cintanya bakal kekal hingga ke Syurga


17 Ramadhan 2010 - Nuzul Al-Quran.

p/s : really enjoy ceramah Nuzul Al-Quran di kolej. Ustaz pun sempoi, tanya soalan pakai SMS. 

Aug 11, 2010

Ramadhan

Dear PK,

1 Ramadhan menjelma kembali. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh mahkluk termasuk manusia. Ramadan pasti akan meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menyelami setiap harinya. Pasti ramai berfikir bahawa Ramadhan sinomim dengan PUASA.


Ramadhan = PUASA? bagaimana dengan amalan lain? adakah makin berkurang?sama sahaja dengan bulan-bulan lain? Orang yang hanya menganggap Ramadhan hanya PUASA sahaja terlalu rugi. Mungkin kita tak akan jumpa Ramadhan yang akan datang. Semailah setiap saat dalam Ramadhan dengan perkara yang baik & dapat meningkatkan keCINTAan Allah pada kita.


Jika kita tertinggal puasa,pasti ramai fikir untuk mengantinya dalam masa setahun akan datang. Tetapi jika tertinggal solat? pernah terfikir nak Qada'?


Subuh paling sinonim dengan Ramadhan. Kerana masa ini, orang sanggup bangun seawal 5 pagi untuk bersahur. Apa kata luangkan masa sekejap, selepas makan, tunggu azan berkumandang bergegas ke surau/masjid. pasti bangga 'orang-orang surau' melihat subuh seperti solat tarawih.

cARDIO TherApY