Dec 30, 2009

Taman Tamadun Islam

Dear PK,
Semasa praktikal di T'ganu,sempat Azim pergi ke Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat T'ganu. Gambar-gambar baru sahaja dapat semalam. Jadi,lambat sedikitlah di 'post' mengenai aktiviti ini.
Tidak digambarkan perasaan apabila diajak ke istana kristal bersama-sama bekas-bekas pelajar arkitek. Perjalanan dari rumah kulat (cendawan) ke masjid kristal,tidaklah jauh sangat. Naik motor 3 minit sahaja. Bila nampak sahaja keindahan masjid kristal, kagum Azim dengan binaan yang bercirikan keislaman ini.

Malas nak tulis, gambar dibawah cerita segalanya.
Sambil menunggu masuk ke Taman Tamadun Islam, makan dulu.
Wah,diapit oleh dua budak kosas
Masjid Kristal
Suleyman, Turkey
Xian, China
Kul Sharif, Russia
Agadez, Niger
Abu Nasr, Afghanistan.
Samarra, Iraq
Badshahi, Paksitan
Taj Mahal,India (Mungkin tema silaturrahim?)
Pattani, Thailand
National Mosque, Malaysia
Kudus Minar, Indonesia
Peace..,
xZYm

Dec 23, 2009

Song 2009

Dear PK,
Inilah lagu kegemaran Azim tahun 2009,kira paling kerap dengar,nyanyi,menonton video music,post dalam music box :
  1. Send in on (Miley Cyrus, Demi Lovato, Jonas Brothers, Selena Gomez)
  2. Bad romance (Lady Gaga)
  3. You belong with me (Talyor Swift)
  4. The climb (The Climb)
  5. Good girl go bad (Cobra Starship feat. Leighton Meester)
  6. Before the storm (Jonas Brothers & Miley Cyrus)
  7. Pakai buang (Stacy)
  8. Seadanya aku (Nubhan)
  9. Live like we’re dying (Kris Allen)
  10. Through my window (Bunkface)
  11. Teruskanlah (Agnes Monica)
  12. Butterfly fly away (Miley Cyrus)
  13. Ketika cinta bertasbih (Melly Goeslow feat Amee
  14. Paparazzi (Lady GaGa)
  15. Aku tak percaya cinta (Liyana Jasmey)
  16. Thinking of you (Katy Perry)
  17. Bencinta (Faizal Tahir)
  18. Halo (Beyonce)
  19. Slot akasia (The Fabulous Cats)
  20. Radar (Britney Spears)

Peace..,
xZYm

Dec 18, 2009

Cinta

Setiap tamadun/kerajaan di dunia ini pasti ada cinta agung yang dianggap sebagai korban cinta paling hebat yang ada dalam kehidupan mereka. Orang 'putih' berbangga dengan Romeo & Juliet, Jack & Rose (Titanic), India pula Rama & Sita,Shah Jahan & isterinya, Timur tengah = Laila & Majnun, Melayu = Damak & Sri Mersing, Tuah & Puteri Gunung Ledang.

Tetapi antara cinta agung yang pernah Azeem dengar, kisah Hazrat Ali & Hazrat Fatimah Az-Zahra. Kehidupan mereka disebulungi dengan cinta & kasih berlandaskan Islam. Saat-saat kematian Fatimah Az-Zahra merupakan kemuncak cinta mereka. Penghulu segala wanita ini meninggal dunia beberapa bulan selepas kewafatan bapanya,Muhammad SAW


Fatimah di akhir-akhir hayatnya dalam keadaan sakit,beliau tetap melakukan tugasan seharian. Dilihat suaminya disatu sudut lagi ketemu beliau ke suaminya. Lantas dia bersuara "Hai Abu Hasan, jiwaku telah membisikiku bahwa tak lama lagi aku akan berpisah denganmu,Aku mempunyai wasiat yang telah kupendam dalam dadaku yang ingin aku wasiatkan padamu”
Hazrat Ali menjawab "Wasiatkanlah apa saja yang kau sukai, niscaya kau dapati aku sebagai orang yang menepati dan melaksanakan semua yang kau perintahkan padaku,Dan aku dahulukan urusanmu atas urusanku". Hazrat Ali bangun merapatkan telinganya ke bibir isteri tercintanya. Hatinya pilu melihat keperitan yang ditanggung oleh anak kesayangan Rasulullah ini.
Hazrat Fatimah berkata "Abu Hasan,engkau tidak pernah mendapatiku berdusta dan berkhianat,Dan aku tidak pernah menentangmu sejak engkau menikah denganku"
Hazrat Ali menjawab "Aku berlindung kepada Allah, engkau orang yang paling baik disisi Allah, paling alim dan paling takwa.Tidak wahai isteriku, engkau begitu mulia dan tidak pernah membantahku,sungguh berat bagiku berpisah dan meninggalkanmu. Tetapi ini adalah hal yang harus terjadi. Demi Allah engkau mengulangi musibah Rasulullah atasku.Sungguh besar musibah kematianmu dan kepergian atasku,Kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.Atas musibah yang sangat besar, sangat menyakitkan dan sangat menyedihkan" Titisan air mata mengalir di pipi Hazrat Ali, diusap-usap kepala isterinya.
Fatimah menatap wajah suaminya saraya berkata "Abu Hasan, jika aku telah meninggal,mandikanlah aku, kafankan tubuhku dengan sisa kafan yang telah dipakai oleh ayahku, solatilah aku dan jangan biarkan orang-orang yang memperlakukan aku secara kejam menghadiri jenazahku,baik dari kalangan mereka maupun dari pengikut mereka. Kuburlah aku diwaktu malam saat keheningan menyelimuti bumi dan mata terlelap dalam tidur.Dan sembunyikanlah letak kuburanku. Abu Hasan, aku berwasiat kepadamu agar menjaga Zainab, juga Hasan as dan Husien as,jangan kau zalimi mereka kerana mereka akan menjadi anak-anak yatim yang penuh derita,Baru saja kemarin mereka ditinggal oleh datuk mereka,hari ini mereka akan kehilangan ibu mereka"
Kemudian Hazrat Ali terus menuju ke masjid. Fatimah bangun memasak juadah makanan & memandikan Hasan & Husein. Disuruh mereka segera ke masjid lalu dihantar juga anak perempuannya ke rumah Ummu Salamah. Tinggal Asma',pembantunya di rumah. Lantas bangun di memperbaharui wuduknya dan berkata kepada Asma' "Wahai Asma’, aku akan masuk kedalam bilikku ini untuk mengerjakan solat-solat sunatku, membaca wirid-wiridku dan Al-Quran. Bila suaraku terhenti, maka panggillah aku bila aku masih bisa menjawab.Kalau tidak, bererti aku telah menyusul ayahku Rasulullah SAW"

Asma' mendengar suara Fatimah mengalunkan ayat-ayat Al-Quran,tiba-tiba suara Hazrat Fatimah terhenti. Dipanggil nama beliau "Al-Zahra" "ibunya Hasan", tiada jawapan diterima. Hazrat Asma' masuk ke bilik Hazrat Fatimah, dilihat penghulu para wanita ini terbaring mengadap kiblat,sementara tangannya di pipi.

Maka saat ini, Hazrat Ali tiada di sisi isterinya. Hazrat Ali pulang mendengar rintihan anak-anaknya. Tersentuh hatinya ketika itu,pasti isterinya sudah menemui bapanya,kembali bertemu Allah yang Maha Esa. Cintanya hanya satu pada isterinya. Hazrat Ali tidak pernah menduakan atau menjadikan Hazrat Fatimah hidup bermadu.
Bagi memenuhi pemintaan isterinya, digali lebih 40 lubang yang dijadikan kuburan palsu bagi mengaburi mata manusia. Dilakukan seperti apa yang disuruh oleh Fatimah. Ketika keadaan malam sepi,diusung jasad Hazrat Fatimah ke tanah perkuburan. Dilihat jasad isterinya buat kali terakhir. Ditambusi jasad isterinya dengan tanah. Hazrat Ali memanggil nama isterinya "Fatimah..............Fatimah...............Fatimah.............." hati mana yang mahu ditinggalkan oleh sebaik-baik wanita untuk beliau. Sehingga akhir hayat Hazrat Ali,walaupun sudah beristeri kembali, hatinya tetap mengingati Hazrat Fatimah.

Wahai bunda Fathimah…!
Engkau penjelmaan cahaya Tuhan…
Engkau Penjelmaan kesempurnaan- Nya…
Dan engkau neraca keredhaan dan kemurkaan-Nya. ..
Syafa’ati kami dihari penghisaban semua amal….

Peace..,
xZYm

Dec 6, 2009

Apa benda di lehermu

Dear PK,
Orang Islam cepat terjebak dengan budaya barat yang diwujudkan sendiri oleh musuh ketat umat islam,orang yahudi. Mereka dengan mudah memasukkan dalam minda orang islam benda yang haram boleh jadi halal.

Azim hendak cerita sedikit mengenai gaya muslim sekarang. Menjadi ikutan sekarang apabila kita pandang sekeliling kita pasti ada orang lelaki yang memakai rantai dilehernya. sekeras-kerasnya menentang dan mencela kaum Yahudi,tetapi dileher,tempat laluan udara,air,makanan diagung-agungkan kaum Yahudi itu.

Memang dalam Al-Quran tidak menyebut mengenai pengharamannya,tetapi ulama sepakat menyatakan ianya haram berdasarkan hadis Rasulullah - Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

Sejak zaman dulu kala lagi, rantai menjadi pakaian aksesori kaum hawa. kepada perlu kita merampas atau meniru gaya kaum wanita. Itu belum lagi dengan gelang, subang dan lain-lain lagi. semuanya nak ditiru. Apa nak jadi dengan umat tinggalan Rasulullah ini?
*Gambar sekadar hiasan
Peace..,
xZYm

Dec 2, 2009

Universal Access and Human Rights

SAYANGI DIRI ANDA!! JAUHI AIDS & SAYANGI PESAKIT AIDS..

Pandainya Haiwan ni

Dear PK,


Orang Melayu selalu mengaitkan kancil, mawas, kucing antara haiwan-haiwan cerdik. Padahal daripada kajian Ini senarai haiwan terpandai di dunia.





Chimpanzee = Persamaan DNA antara chimpanzee dan manusia hampir 98%. Tidak hairanlah Chimpanzee no 1 haiwan terpandai di dunia. Chimpanzee cepat belajar tentang segala sesuatu dan juga punya memori lebih baik di banding binatang lain manapun. Untuk makan sahaja dia mengatur strategi untuk mengambil makanan.







Ikan Lumba-lumba (Bottlenose Dolphins) = Cerita dari negara barat selalu mengaitkan lumba-lumba sebagai haiwan yang bijak. Kecekapannya untuk mempelajari sesuatu mungkin berkait rapat dengan jumlah sel otak(neuron)nya. Lumba-lumba akan mengunakan sistem pendengarannya (echolocation) bagi mengesan sesuatu dan sesuai digunakan bagi mengesan mangsa di lautan.




Beruk (Rhesus Macaque Monkey) = Ekspirasi muka yang digambarkan oleh beruk hampir sama dengan manusia. Haiwan ini mempunyai daya ingat yang luar biasa, begitu juga kemampuannya untuk belajar, dan membuat keputusan sendiri.





Gajah = Gajah dikenal memiliki daya ingat sangat luar biasa. Mereka dapat mengingat kembali secara tepat tempat-tempat yang pernah mereka disinggahi sekalipun telah meninggalkan tempat itu bertahun tahun lamanya







Burung Beo (African Grey Parrot) = Burung ini sangat unik dari burung-burung lain. Burung ini mampu memahami apa yang dicakap oleh manusia,bukan setakat meniru. burung ini mampu meniru hampir semua suara yang diajukan kepadanya.






Sotong Kurita (North Pacific Giant Octopus) = Haiwan ini mampu mengingat dalam jangka masa pendek ataupun panjang. Sotong kurita juga boleh melakukan untuk menyelesaikan masalah kerana mempunyai susunan sistem saraf yang panjang. Hampir 2/3 sarafnya di tangannya dan mempunyai daya penglihatan yang sangat tajam walaupun
di dalam lautan.
Border Collie Dog = Anjing yang banyak digunakan untuk membantu mengembala ternakan. Dengan sedikit latihan jasmani dan bentuk berbagai perangsangan jiwa, anjing ini akan cepat menunjukkan kecermelangan kerana anjing ini cepat belajar.






Burung gagak (Ravens & Crows) = Burung gagak antara yang cerdik kerana memiliki IQ yang tinggi. Haiwan ini dapat membezakan bentuk kompleks dan cepat mempelajari tugasan yang diberi.





Tikus = Sifat tikus yang menjadikan tikus antara haiwan yang pintar ialah sifat penelitiannya. Dikatakan tikus mempunyai akal untuk menyelesaikan masalah. Telinga & hidung tikus sangat peka pada persekitaran.








Labah-labah (Portia Labiata Jumping Spider) = mempunyai ingatan dan mampu mempelajari sesuatu Salah satu kelebihannya ialah memikat makhluk lain dalam jaring untuk makanan. Setelah terjebak, maka labah-labah akan memerangkap makhluk itu sehingga tidak ada lagi tempat untuk keluar. Labah-labah ini juga mempunyai penglihatan mata luar biasa, juga naluri yang kuat.
Peace..,
xZYm

cARDIO TherApY