Jan 22, 2011

Superhero - Sahabat nabi

Dear PK,
Ini lebih kurang sambungan entri sebelum ini..

Sahabat nabi sebelum adanya perbagai idea-idea untuk menjadikan manusia luar biasa sudah menunjukkan sifatluar biasanya dahulu. Ini bukan cerita dongeng seperti Hercules, tetapi ini benar-benar berlaku.

  1. Tamim Al-Dari. pasti tak ramai yang kenal siapakah dia ini. Tamim dari Bani Al-Dar ini antara sahabat nabi yang penting zaman Umar. Dialah orang yang memperkenalkan lampu minyak yang patut digunakan dalam masjid & orang yang sudah menjumpai dajal.. Tentang superhero Tamim ialah dia diarahkan oleh Umar Al-Khatab untuk menghalau lava gunung berapi untuk masuk balik ke dalam gunung mengunakan kain serbannya sahaja. Sehingga sekarang gunung berapi itu pasif
  2. Abdullah Umar. anak kepada Hazrat Umar ini pernah memintal telinga singa yang mengalang perjalanannya.
  3. Umar Al-Khatab menghantar surat kepada sungai Nil untuk kembali pasang & subur sediakala.
  4. Tufial mempunyai tongkat yang bercahaya (sebelum itu dahinya bercahaya)
  5. Sekumpulan sahabat nabi berjalan & menunggang kuda merentasi sungai tanpa jambatan. Sehinggakan kaki kuda mereka tidak basah sedikitpun (Pimpinan Saad Abi Waqas)
Banyak lagi sifat superhero yang dipamerkan oleh para sahabat. Setiap umat Islam patut berbangga & mengambil iktibar bagaimana mereka boleh menjadi superhero. Apabila iman sempurna & amal,akhlak sama seperti nabi, seluruh dunia pasti tunduk di bawah kaki sahabat.

Superheroku..

Dear PK,
Hujung minggu ini semua batch sibuk menguruskan persiapan SUPERHERO yang bakal beraksi di auditorium vet. what mean superhero?

superhero ialah seorang yang memberi impak besar dalam kehidupan kita ++ ada apabila diperlukan, seperti Lois Lane superhero dia adalah Superman, Nobita superhero dia adalah Doreamon.





Azeem? membesar dengan kartun (kenapa kartun superhero sekarang sangat-sangat berat bagi kanak-kanak? dulu ceritanya ringkas & menghiburkan). Flashman, Power Rangers, Ultraman, Tundercats & banyak lagi antara superhero yang popular zaman dulu. Sebelum sekolah, Azeem minat sangat Tundercats & X-Men kemudian bertukar kepada Flashman + Power Rangers kemudian Dragon Ball - Card Captor Sakura - Pokemon - Ben10.

Kemudian,terfikir sejenak.. sepatutnya sebagai anak,kita sepatutnya menaggap ayah sebagai superhero kita. Apabila kita susah,dia ada & apabila kita senang,dia pun ada. Bila-bila masa tanpa keluhan,pasti ayah akan datang. Dan paling penting sebagai umat islam Nabi & sahabat sebagai superhero umat islam..

Jan 15, 2011

All people in one place

Dear PK,
Dinner Faculty Veterinar 2011 berlaku di Fakulti baru? Jadi kontroversi apabila sebilangan besar senior terasa dianaktirikan. Hinggakan pertembungan pihak yang menganjur & pihak yang membantah berlaku di rumah Azeem. Apa-apa pun benda dah berlaku & penganjur buktikan yang mereka dah uat sehabis baik untuk dinner ini.

Kali ke-2 dinner dianjurkan mengabungkan semua DVM. Malangnya satu kelemahan yang ketara seperti kita pergi majlis Dinner bersama coursemate sahaja. Rasanya hanya majlis ini sahaja kita dapat duduk semeja dengan batch-batch lain ++ lecturers.

Anyway it really fun & enjoy. Good job to DVM2. Azeem tahu susah payah mereka nak hias foyer tu. Mostly datang pakai mengikut tema. Sayangnya ramai pensyarah datang dengan pakaian biasa sahaja. Hopefully next years diadakan lebih baik dari tahun ini.


DVM5 ++ Pensyarah


Housemate


Senior


Masuk je foyer nampak junior pakai ancient greek. haha..sama


bersama 'king' of the night

Jan 14, 2011

Kehidupan


Permulaan,semuanya kosong


Titik putih melambangkan peranan & khazanah yang dapat dicungkil

Kemudian datang,benda hitam yang besar. Adakah kita akan melupakan khazanah & peranan titik putih sebelum ini? hhmmm....

Jan 4, 2011

24 ++

Dear PK,
10 Nov yg lalu, Azeem diberi 'kejutan'. Walaupun diaorg sibuk dgn final exam, celebrate juga b'day Azeem. Habis final exam vet med 2, terus Azeem ke Mid Valley seperti yang dijanjikan dgn rakan se'kampung'. Lepas sikit stress dlm minggu exam ni.

Malam, housemate ++ others housemate also celebrate. 2 kek lagi.


Hari itu antara hari birthday Azeem yang terbaik selain semasa vet camp. But now I'm 24 yo. eriously, memang tak nampak mcm 24 dari segi perangai
.

*p/s : New fakulti membuatkan Azeem pening mencari bilik lecturer. Itu belum lagi wad

Jan 1, 2011

10 Orang yang Kejam

  • Seseorang yang berdoa untuk dirinya sahaja tanpa mendoakan untuk orang lain
  • Seseorang yang ada kebolehan membaca Al-Quran, tetapi langsung tidak membacanya tiap-tiap hari
  • Seseorang yang sudah masuk ke masjid, kemudian keluar tanpa menunaikan hak masjid (solat 2 rakaat)
  • Seseorang yang lalu diperkuburan orang Islam tanpa memberi salam & menyedekahkan Al-Fatihah
  • Lelaki yang sampai di suatu kawasan pada hari Jumaat,tetapi lalai dari menunaikan solat Jumaat
  • Seseorang yang dikawasannya didatangi orang alim,tetapi dia tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  • Dua orang bertemu diperjalanan tetapi tidak menanyakan nama orang yang dijumpainya itu
  • Seseorang yang diundang ke jamuan tetapi tidak datang
  • Seseorang yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu & kesopanan
  • Seseorang yang kenyang, sedang dia tahu tetangganya lapar.

cARDIO TherApY