Apr 15, 2010

Syndrom ketika exam

Dear PK,
Minggu ini dan seterusnya merupakan minggu-minggu exam di IPTA. boleh dikatakan semua sedang asyik membaca & menghafal nota. Masa tengah baca entri ni pun boleh mata sebelah lagi memandang nota. Jadi ni 10 syndrom yang dilalui oleh student :

1. Mula banyak baca AL-QURAN (Kuatkan ingatan). Sebelum ini,Quran yang menunggu untuk dibaca. Pertama kali buka Quran, kena bersihkan habuk yang melekat (lama betul sentuh ni). Itu belum lagi, tetiba rajin pula puasa. Selain dari alasan nak kuatankan ingatan +++ hujung semester kan, pasti dan pasti pinjaman/biasiswa tinggal hujung tanduk sahaja.

2. Tidur pun ikut postur yang betul. kaki kanan diatas kaki kiri yang dilunjur ke bawah, tangan diatas abdomen seperti orang sedang solat. Memang ikut sunnah lah. Siap tidak lupa tasbih Fatimah yang jarang-jarang diamalkan. Nak bagi kekuatan bangun malam.

3. Makanan pula dipilih. Tak mahu makan benda-benda masam,sampai epal hijau pun tak dimakan. Makan malam pula diambil sebelum Maghrib. Elakkan mengantuk ketika study di waktu malam. Kismis sentiasa ada disisi, dalam poket,atas meja study,dalam kereta. Bila sarungkan seluar size 30, tiba-tiba terasa longgar. Eh,kenapa eh? ukuran punggung pun kurang beberapa peratus. Padahal dia tidak sedar, dia dah berapa lama tak makan nasi. Asyik makin maggi je. Girl...sesuai untuk korang ni.

3. Segala nota akan dibawa bersama ketika tidur sebentar. Kalau boleh ada 8 buah jam lonceng mahal untuk pastikan boleh bangun. Nak tidur sekejap sahaja,tapi tangan pegang nota. Harapan berlaku proses penyerapan (oncotic presure) ke dalam otak. Setiap perkataan dalam slide, kedudukan slide, berapa jumlah slide boleh diserap begitu mudah. Tuan Nota... benda mcm gitu tak akan berlaku kepada otak!!

4. Haiwan peliharaan diabaikan begitu sahaja. Cukup hanya berikan makanan + minuman + tempat tinggal. Kasih sayang? keperhatian?... menangis haiwan peliharaan mereka di malam hari. Merintih,mengapa diperlakukan begitu. Tetapi tuannya menjanjikan akan berikan semula keperhatinan selepas minggu exam habis. Siap janji bawa jalan-jalan lagi...makan angin.

5. Ini paling best, sibuk nak susun semula nota. Tiba-tiba baru perasan nota kawan setinggi gunung, nota dia serendah busut. Terus kelam kabut capai kunci motor/kereta, pinjam nota kawan. Padahal nota kawan masa tu dah jadi macam pembungkus nasi lemak. Sebab terlalu lama pegang & bawa tidur bersama.

6. Mandi tak basah (sebab tak mandi), makan tak kenyang (makan maggi mana nak kenyang), tidur tak lena (tidur pun boleh mimpi nota)..dah macam orang putus cinta. Padahal orang yang putus cinta pun makan,tidur,mandi... Ni gara-gara kerisauan yang melampau

7. Tidak terurus.. Dari segi luaran dirinya dan persekitarannya. Misai mula tumbuh macam sarjan misai yang nak menyaman orang sahaja, sehingga muka pun tumbuh cerawat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Nak jaga kebersihan diri pun tak ada masa. Meja study pula dah macam Tongkang Pecah (Wah, tempah lahir mak aku ni). Baju menimbun-nimbun hingga boleh buka gerai pasar lambak. selonggok dua puluh ringgit. Nak pergi exam tak ada baju, sarung sahaja baju yang pakai seminggu lepas yang belum basuh. Itu belum lagi bekas-bekas makanan, Dah tumbuh kulat 88 generation.

8. Apabila nampak member nak keluar makan, tiba-tiba oral cavity mengeluarkan suara - Woi, belikan aku nasi ayam (benda yang senang,mudah & rasanya tidak menyusahkan orang). Member pun belilah. Tapi bila sampai 3 minggu buat macam gini,member pun rasa macam nak buat tanda sahaja pada muka dia ni.

9. Syndrom cari mood study. Berpusu-pusu pergi ke library. Tiba-tiba dipertengahan jalan, boleh lupa pula nak tanya member, KAT MANA EH LIBRARY?? sepanjang sem hanya hujung semester sahaja pergi. boleh lupa pula. Pakcik library pun hairan, student ke budak ni, tak pernah nampak pun. Muka macam artis, memanglah orang perasan.

10. Laptop, IPod, MP3 semuanya disimpan dalam locker yang elok dimanga. Gerun..jika depan mata laptop, jari jemari mahu sahaja melayari Twitter, Facebook, Youtube & sebagainya. Handphone ditutup dan buka 8 jam sekali sahaja. Bila buka, ada 88 mesej. Bajet glamour lah tu.. Oh, bdw... Azeem sedang online dalam locker ni. LOL

Apr 13, 2010

Apabila...

Dear PK,
Tetiba tergerak hati hendak menaip. Betapa stressnya apabila kita suka sangat study last minute!! Orang lain sudah ulang beberapa kali,kita masih lagi belum habis sekali baca. Apa nak jadi dengan Melayu ni. Susah nak ubah, sikap melayu memang dipupuk dari kecil perlu bantuan.

Azeem!!! berubah. Target Semester ni sekurang-kurangnya tiada B & ke bawah.. Harap impian jadi kenyataan (dah macam Impian Elyana). Parasite,Alhamdulillah. Apa yang di'target' keluar. Seronok sangat jawab soalan kedua-dua Dr R. Senior tahun lepas dapat soalan yang agak susah, semalam.... soalan...boleh dikirakan membantu student juga. Melainkanlah tidak membaca nota.

Macam tak larat tempuh segala rintangan yang bakal datang. Nafsu ini meronta-ronta mahu sambung menonton Grey's , American Idol, Gossip Girl & hari ini PK - GLEE bersambung kembali.

Ada 5 lagi papers. Paling mengerunkan Jumaat ni. Clinical Pathology. Kena study elok-elok paper clinical skill.

Ya Allah, bantu aku untuk menempuh segala rintangan yang Kau beri seperti mana Kau menolong para Sahabat.

p/s : Nasib baik ada Dweeb & Chichako yang boleh hilangkan stress.. maklumlah beberapa hari ini jadi 'bapa tiri' kepada kedua-duanya. Takut betul masa first time nak masukkan makanan Chako dalam cage.. Mengerunkan. +++ Azeem ada beberapa orang yang boleh dikacau untuk hilangkan stress. PSYCHO SIKIT JE...

Apr 7, 2010

Dweeb

Dear PK,
Azeem pun hairan bagaimana boleh lekat nama DWEEB pada seekor kucing belaan S. Dweeb yang ditemui di Putra Food Court. COMEL?? boleh dikatakan 60% comel. Tetapi yang menarik hati setiap orang yang melihatnya ialah kegelincahannya. Memang tidak tahu duduk diam. Terloncat sana, berlari ke sana-sini.

Secara rasminya menjadi kucing belaan student lelaki batch Azeem.

Tiba-tiba gempar apabila Dweeb hilang dalam tempoh 2 jam. Akhirnya jumpa di bawah katil dalam keadaan shock!! diarrhea with a few whitish nodular worms. Diagnose - Toxocara spp sebab sebelum ini abdomen Dweeb agak besar. sedih lihat Dweeb dalam keadaan terlantar tidak bermaya, dehydration maybe more than 10%. hingga tahap pinna Dweeb rasa sejuk.
salah satu ekor cacing yang ditemui

Dweeb terlantar kesakitan

Tinggalkan Dweeb sebentar dalam kurungannya. Esok pagi ketika membawa makanan CHICHAKO, tergerak hati ingin membuka cage Dweeb. Dweeb seperti dalam keadaan tidak ada apa-apa berlaku pada dirinya. segar!! sangat ajaib

Sebagai langkah pencegahan berlaku lagi, senior kami membeli pyrantel. DWEEB..DWEEB..

cARDIO TherApY