Nov 19, 2010

Raya tanpa family.

Dear PK,
Aidiladha kali ini diraikan dikolej. Mulanya ingat selepas solat raya, pasti senyap sepi di dalam rumah bersama housemate lain. Malam raya, tiba-tiba D-G-1 meriah dengan suasana seperti di rumah. Mereka sibuk masak untuk hidangan hari raya





Memandangkan Azeem antara tetamu tetap mereka, secara tak malunya join sekali. Haha,memang muka tembok. Terasa macam pelajar oversea pula malam itu. Tukang masak utama, junior Azeeem ++ Hafez. Malam itu sebenarnya ikut senior Azeem cari lemang sampai ke Puchong. Before that, roomate dah bawa dari rumah lemang ++ rendang.

Pagi raya di D-G-1. makan-makan + tangkap gambar + gossip (routine utama jika kami berkumpul). Balik ke rumah Azeem, roommate sekali lagi bawa makanan dari rumah. Hari raya diselang seli dengan nota epi. khabarnya soalan susah, tapi tadi jawab...Alhamdulillah, Allah mudahkan.









* Gambar ambil dari Fb Zul

Nov 14, 2010

Happy week

Dear Pk,

Hari paling menyeronokkan berlaku dalam minggu ini. Selain birthday Azeem, jumaat lalu Azeem lepak sekali dengan student UNITEN!! Paling seronok sebab banyak belajar benda baru. Ada salah seorang mereka ini dikira sebagai orang paling bayak pengatahuan sunnah. Paling terkesan apabila dia beritahu satu cara bagaimana mahu tingkatan daya ketahanan diri & penghafalan.

Memang susah nak amalkan cara yang Nabi ajarkan pada Hazrat Ali RA, bangun malam jumaat solat 4 rakat dan setiap rakaat dibaca surah-surah khusus. Azeem tidak berapa ingat hadis berkenaan dan diriwayatkan oleh siapa. Jadi, ada cara lain nak tingkatkan daya ketajaman akal fikiran. Cara ini diajar oleh Allah SWT kepada Jibrail kepada Rasulullah SAW kepada 4 sahabat besar (Hazrat Abu Bakar, Umur, Othman, Ali)

Tadah air hujan yang terus dari langit,tiada perantaraan bumbung, kemudian bacalah 70x surah Al-ikhlas, Al-falaq, An-nas, Al-Fatihah & ayat kursi. Setiap kali baca dihembus ke dalam air hujan. Hendaklah diminum pagi & petang selama 7 hari. InsyaAllah pasti ada kejayaan.

Malam ini ada seorang ustaz baru balik dari Russia datang ke kolej Azeem, pasti pelbagai kisah menarik bakal didengar dari karkuzari beliau.

cARDIO TherApY