Dec 27, 2008

New Life...

New life..

Dear PK
Rasa terlalu berat untuk meninggalkan rumah baru ni. Baru berjumpa,ber’mesra’ beberapa hari, Azim terpaksa meninggalkannya. Semester baru bakal menjelang. Dengan result yang tidak memuaskan,Azim perlu tingkatkan lagi usaha untuk dapat lebih baik. Harap semester depan,sinaran sijil dekan bakal berada di tangan Azim.

peae..,
xZYm

Dec 22, 2008

Aurat Lelaki

Aurat Lelaki

Dear PK,
Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.

Peace...,
xZYm

Tiba Masanya...

Tiba masanya...

Dear PK,
Akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba. Persiapan sudah dirapikan lebih awal lagi. Kali ini hanya menunggu untuk bertindak. 7 hati mula merasakan getarannya. Tidak perlu dirasakan kegemuruhan hati Azim,cukup melihat sikap kelam kabut ayah Azim.

Dengan pertolongan beberapa orang dan saudara-mara, akhirnya proses berjaya. Tinggal hanya kenangan bak kata En. Rahim Botak. Larkin, good bye…

Dec 19, 2008

Brother & Sister

Brother & Sister

Dear PK,
Sangat menarik jalan ceritanya, penuh dengan character setiap wataknya. No wonder, dicalonkan dalam Emmy tahun ini. Setiapnya mengambarkan bagaimana meyumbang sesuatu untuk mencantikkan sebuah keluarga

Walaupun ceritanya agak politik dan ada isu agama, tapi yang penting bagaimana setiap watak begitu bermakna bagi Azim. So, bolehlah masuk dalam list my fav series drama... Brother & Sister
Peace..,
xZYm

Menjana Ummah Gemilang

Menjana Ummah Gemilang

Dear PK,
Kurang dua minggu lagi kita akan menyambut tahun baru hirjah. Ketika itu akan berkumandang lagu yang acap kali dimainkan setiap kali maal hijrah

Hijrah satu pengorbanan....
Hijrah satu perjuangan....

Dan ketika itu orang akan rasa diri dia perlu berhijrah ke lebih baik. Sepanjang tahun diri merintih katakan diri kurang dekat dengan Allah. Ada yang merasakan diri jauh lebih teruk dari sebelumnya. Ada yang merasakan diri ini belum cukup layak untuk dekat dengan Allah . ada yang pula hanya berpura-pura seperti arif dan nampak luaran dekat pada Allah. Tetapi hakikatnya manusia-manusia ni berazam agar dapat melihat Zat Allah di Syurga kelak, peciptanya yang dirindu-rindukan.

Jika hanya sekadar menanam niat sahaja tanpa usaha, seperti menyiram air bermutu tinggi di tanag liat. Setiap yang diazam perlu dibuktikan dengan setiap sel yang ada di badan. Apa yang boleh diusahakan ialah meningkatkan tahap agama dalam diri. Agama bukan sekular,tidak perlu dipisah-pisahkan agama dengan kehidupan. Jadi banyak cara boleh meningkatkan kehidupan dalam lingkungan agama. Tidak perlu dipinggirkan benda yang diminati seperti muzik, hiburan, fashion, sukan, IT dan pelbagai yang lain, hanya perlu meningkatkan tahap kehidupan bertamadunkan islam.

  1. Tingkat sebenar-benar yakin kepada Allah dan rasulNya. Benda sangat sukar dilakukan perlu usaha berterusan. Apa yang boleh diusahakan elakkan percakapan membanggakan benda dan manusia serta selami kehidupan Rasulullah ke diri.
  2. Tingkatkan mutu solat. amalan yang nampak ringan,hanya wajib dilakukan 5 kali sehari.akan tetapi, terlalu ramai yang kantoi. Jika ditinggalkan,seperti tidak merasa apa-apa,seperti lupa makan sarapan atau lebih teruk dari itu. Pernah Azim dengar kata-kata yang keluar dari ulama terkenal dari Indonesia “jika 50% sahaja orang Islam penuhi tuntutan Rukun Islam ke-2 ini, pasti dunia ini dipegang oleh pemimpin yang adil seperti mana Allah lakukan zaman Nabi Musa” Jadi memang teruk bumi,sudahlah 3/5 orang tidak beriman, yang percaya pada Allah pun menyumbang kearahnya. Azim merayu janganlah tinggal solat lagi.
  3. Islam sangat galakkan umatnya menuntut ilmu,jangan segan untuk mengetahui sesuatu. Tidak kiralah ilmu duniawi atau akhirat,yang penting ilmu yang dipelajari dapat membantu diri dan orang lain. Kerana melalui ilmu manusia akan tahu perkara yang dilakukan berjanggah dengan islam atau tidak. Ilmu juga akan mendekatkan diri kepada Allah. Pentingnya sekurang-kurangnya Al-Quran perlu dibaca dan diamati tafsiran yang telah dilakukan oleh pakar.
  4. Perkara ini terlalu penting sehinggakan terlalu banyak perkara diucapkan oleh Rasulullah. Hubungan dengan sesama Islam perlu dipertingkatkan. Sehingga Rasulullah pernah bersabda tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak kasih saudaranya. Jadi pastikan kemaafan sentiasa diucap jika bersalah, persengketaan dimansuhkan dan buang sikap dengki pada orang. Hidup perlu memahami semua orang, bantu membantu dan hormat menghormati
  5. Benda ini memang sukar untuk lihat hasilnya,kerana dia rahsia dalam rahsia Allah. Apa yang boleh buat pastikan kehidupan semata-mata keredaanNya. Tidak semestinya orang yang menderma dengan cek besar tidak ikhlas atau orang yang beribadat malam hari seorang diri ikhlas. Manusia hanya pastikan niat mesti betul
  6. Jadikan diri sentiasa sedia digunakan untuk manfaat orang lain dan agama. Paling penting setiap langkah berjalan dengan bangga kerana beragama islam,bukan kerana ada gelaran Dr atau anak orang kaya atau terkenal. Dan jaga akhlak. Orang bukan Islam tertarik pada Islam atas sebabnya.

Hijrah mesti sinonim dengan perpindahan tempat usaha titik peluh darah Rasulullah dari Maakah,bumi yang tercinta ke Madinah, bumi yang menanti-nantinya. Tetapi hakikatnya perubahan atau dengan kata lain hijrah sikap, kepercayaan dan keimanan kepada tuhan yang Maha Esa. Bagaimana Abdul Rahman Auf dapat membuat ketuhanan harta benda dalam hati kepada tuhan yang Maha Kuasa, Umar dapat ubah sikap kekerasan kepada kelembutan, dan ramai lagi ‘sidekick’ Rasulullah. 100% yakin pada Allah & rasul

Jika harta menjadi punca, Allah telah buktikan(Abdul Rahman Auf, Abu Bakar)...
Jika jawatan yang dipegang,Allah telah buktikan (Umar Abdul Aziz, Khalifah Ar-Rasidin)
Jika pelajaran merosot, Allah telah buktikan (cendiakawan-cendiakawan Islam zaman Abbasiyah)
Jika hiburan mengasyikkan, Allah telah buktikan ( para tabi’in Zaman umaiyah)

Tepuk dada
Tanya iman
Anda pasti menemui hasilnya.....

Peace...,
xZYm

Dec 10, 2008

Rahsia personaliti warna berdasarkan tarikh lahir

Rahsia personaliti warna berdasarkan tarikh lahir

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan & bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

*sumber dari majalah wanita tahun 2003. Faiz jumpa di Paya Jaras semasa lepak di bilik tetamu time kerja. sekadar renungan je,jangan percaya sudah...

Dec 9, 2008

AIDS

AIDS


Happy world AIDS day.



Pastikan benda jahanam ni jauh dari diri anda.

Dec 8, 2008

Aidiladha 1429H

Aidiladha 1429H


Dear PK
,

Hari ini mulalah jemaah haji memulakan amalan dari rukun islam yang terakhir. Kesemua umat islam akan berpusu-pusu dari seluruh dunia atas satu tujuan,untuk mendekat diri kepada Allah taala. Bagi rakyat Malaysia yang datang awal,mungkin mereka berniat ihram di Perigi Ali yang terletak tidak jauh dari Maakah dan yang baru sahaja bertolak,mungkin mereka akan terus berniat di dalam kapal terbang

Pengumpulan di Arafah, pengumpulan umat Islam terbesar di dunia diikuti ijtimai’ di Bangladesh pasti akan meninggalkan kesan pada jemaah haji. Tempat yang menjadi pertemuan datuk dan nenek kita,Adam-Hawa digambarkan seperti padang mashyar, semuanya sama,tiada layanan istimewa tetapi persekitaraannya pasti jauh berbeza dengan di akhirat nanti

Bagi yang tidak menjadi jemaah haji tahun ini,pasti akan menyambut Hari Raya di tempat masing-masing dengan keluarga. Walau bagaimanapun cara anda menyambut,hari ini merupakan hari kemenangan umat Islam. Raikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Penuhkan hari dengan bertakbir dan memuji Allah. Salam Aidiladha dari Purple Karkun


Peace...,
xZYm

Dec 7, 2008

Zuma

Zuma


This game haunting my house now

Dec 6, 2008

Stranger

Stranger

Dear PK,
Selepas tamat bacaan Taalim di rumah Azim,adik Azim menyatakan hasratnya untuk menumpangkan kawannya di rumah kami untuk beberapa hari. Secara lazimnya benda ini tidak pernah disuarakan oleh kami kerana tahu ayah agak susah untuk menerima tetamu di rumah atas alasan aurat. Kalau tetamu itu perempuan lain cerita,ini lelaki. Tidak tahu apa alasannya, ayah menerima kehadiran Jamaludin

Rupanya ini kawan yang adik Azim berjanji untuk menemaninya kerja di Jaya Jusco. Hanya ayah dan adik Azim yang tahu alasan kenapa dia mahu menumpang. Atas alasan tetamu,Azim terpaksa mengalah dan tidur di ruang tamu. Katil Azim diberikan kepadanya. Tapi tidak mengapa,hanya beberapa hari.

Peace...,
xZYm

Dec 3, 2008

Jaya Jusco

Jaya Jusco

Dear PK,
Biar betul,Biasa selepas balik surau adik Azim akan sambung tidur semula. Kali ini pelik, dia menonton televisyen dan jam 8.30 dia keluar rumah. Azim yang masih dalam ‘kepompong’ melihat dia bersiap dan memakai baju belang-belang biru putih. Seperti baju kerja sahaja. Lantas membuatkan Azim bersuara dan menanyakan dia mahu ke mana. Siap kritik lagi baju yang dia pakai hodoh. Rupanya dia bekerja di Jaya Jusco untuk menemani kawannya. Pelik sahaj kerja di situ padahal boleh je dia kerja di kedai cat milik Mak Lang kami.

Kerana sudah janji dia terpaksa menemani kawannya kerja. Baguslah boleh minta dia belanja beli beg Deuter baru. Duit JPA Azim sudah masuk angka 6(hanya segelintir sahaja tahu maksud 6),jadi kena berjimat sedikit. Maklumlah balik sahaja dari Paya Jaras terus beli DVD english series untuk sebulan. Macam sudah boleh buka kedai cd je. Mengamuk ayah bila tahu Azim menghabiskan lebih kurang 0.2k untuk cd sahaja, belum lagi benda lain. Susahlah hendak buang tabiat ni.

Peace..,
xZYm

Dec 1, 2008

Quack..Quack..

Quack..Quack..

Dear PK,
Tamat sudah practikal seminggu di Pusat Pembiakan Itik, Paya Jaras. Keseronokan memang tidak terkata. Banyak yang Azim pelajari daripada semua praktikal kali ini. Teman praktikal juga tidak menghampakan. Wen Chee,Vish,Chen Phing dan Faiz DVM3 membuatkan seminggu Azim tidak membosankan. Walaupun tiada hiburan di sana dan lagi-lagi pintu pagar di tutup selepas jam 10 malam, gelak ketawa dan keakraban kami lebih daripada TV atau laptop. Malam Jumaat lepak rumah Faiz di Sri Damansara. Faiz kena sambung hingga minggu depan.


Azim memang kenal Faiz sudah lama,jadi lawak-lawaknya macam satu kebiasaan bagi Azim. Tetapi bagi yang lain, bila dengar lawak Faiz yang selamba sahaja, membuatkan mereka tidak putus-putus ketawa. Azim ditempah lagi untuk menjadi teman praktikal mereka semester depan. InsyaAllah, mereka ajak ke Kundasang,Sabah dan kemudiannya mendaki Gunung Kinabalu. Sound good to me. Tetapi rancang hendak masuk group lain pula,tengok semester depan. Paling penting kena pergi 3 tempat,nanti bosan buat laporan.

Kegembiraan mungkin boleh dilihat dari gambar-gambar di bawah.kebanyakkan gambar masih lagi pada Vish,lagi-lagi gambar Azim sedang memasak. Masak? Hehe...



Wow,ada anak itik lah dalam telur!



“Banyak tak anak itik, ini baru 20 % siap” Chen Phing



















Pilih..pilih.. lepas ni kena buat sexing pula.

Anak itik ini akan dihantar ke Kedah

Saje ambil gambar di motor apek yang mahu beli itik (cp buli...)

Oopps.. 18SX.

Sorry lah Faiz..berat tak sampai 50kg,tak boleh tolong.

Peace..,

xZYm

cARDIO TherApY