Sep 30, 2008

Kluang..Im datang!!!

Kluang..Im datang!!!
Dear PK,
Kluang,tempat lahir Im pd 10 Nov 1986 bersamaan 8 Rabiulawal. Kluang gak kampung Im yg tinggal datuk perempuan Im dan 2 makcik Im.. hari ni kul 9 pagi kami sekeluarga akan ke sana..menyambut lebaran di sana. Malam semalam Im tolok mak Im isi beras dalam ketupat lepas solat tarawih. Suasana lebaran mula hangat sejak akhir2 ni.. rasa macam tak sabar sahaja hendak menyarungkan kurta baru yg mak Im buatkan, demand lagi Im mintak mak Im wat potongan kolar mcm kwn cina Im

Hentaman mercun bukan main lagi..hari2 ada saja kanak-kanak malah org dewasa yg menyalakan mercun..ingat lagi kata-kata ayah Im semalam,”bagus sangat lah baker duit, baik duit tu guna keluar jalan Allah.dapat digandakan 700 000 ribu lagi”. Ketawa kami dengan kata-kata ayah,adik Im sambut “ala, dorang blum faham.. nak ajak kata ni persatuan la, hanya org alim je wat,kena ikut kesesuain masa la..kan along”. Wah, macam pancung je adik Im ni..lantak la,asal Im selesa apa yg Im wat kat UPM

Balik uma datuk ni,banyak kerja kena buat..Adik Im drive kali ni.bleh lah Im tido dlm kereta..gud bye guy…..
Peace…,
xZYm

Ma Rabbuka??

Ma Rabbuka??

Dear PK,
Heningan pagi, gigitan nyamuk dan bunyi unggas membuatkan lagi dramatic suasana di Tanah Perkuburan Mahmoodiah,JB.. ramai org yg menziarahi sanak saudaranya yg lebih disayangi oleh Allah. Im pergi bersama keluarga Im di pagi hari,lebih kurang kul 7 untuk menziarahi pusara keluarga sebelah ayah. My aunt, semalam sudah menyiapkan bunga yg akan dibawa ke pusara. Im sudah biasa dengan kubur mana yg ayah akan bawa kami, ayah akan membawa kami ke 8 pusara keluarganya yg Im boleh ingat apa hubungan dia dgn ayah. Datuk Im yg Im langsung tak sempat jumpa langsung.dia meninggal b4 ayah kahwin..org kata muka dia lebih kurang muka ayah,tapi putih cikit r..might be like me,huhu…. Ada 4 org adik beradik datuk, 2 bersebelahan datuk, sorang 10 meter jauh dan sorang lagi,adik perempuan datuk,100 meter jauhnya. Sebelah kubur dia ada kubur suaminya,dalam satu kotak yang sama. Jarak mereka meniggal dunia hanya 2 minggu sahaja,ha..romantiknya..

Lebih kurang 5 meter dari kubur datuk ada kubur moyang Im,Abdul Rahman bin Komeng dan kubur adik kembar ayah, Abdul Rahman bin Yahya. Sama juga,mereka di dalam kotak yg sama.. selama ni Im pelik,kenapa hanya ayah Im sahaja yg pergi ke kubur. Mana adik-beradik ayah yang lain,padahal ada 13 orang & semua sepupu Im dah besar2. klu tolak 2 aunts Im yg totally dun know to drive, yg lain?? Mcm hiraukan saja.. Im sedih lihat kubur salah sorang adik arwah datuk,mcm tak serupa kubur..penuh dgn tumbuhan merayap,tak kan lah nak harapkan dua anak angkat dia,tak ada hubungan darah pun

Im lihat titisan air mata ayah apabila melihat kubur adik arwah datuk,sambil tu ayah ckp.. “klu datuk korang tak benarkan ayah dijaga oleh dia ni,must ayah akan dijaga oleh dia.. dia kahwin,but dun got any child”. Im tahu keluarga Im among dis family yg tak kaya.. boleh dikatakan semuanya tinggal di rumah banglo,keluarga Im je yg tinggal di rumah teres. Im tahu keluarga Im je yg tak sambung tradisi jepun. Sampai masa kecik dulu Im ingat,Adik Im tak pandai pakai chopstick, kena ketawa.. tp keluarga kami happy..

Im tetapkan akan ziarahi pusara keluarga Im,dan Im akan suruh anak2 Im buat benda yg sama. Ini satu tradisi org melayu utk menziarahi pusara keluarga. Dan Im harap dgn apa yg Im dan adik Im capai akan bukak mata mereka yg kekayaan tak akan menentukan kejayaan anak2. sampai Im mati, Im tetap pegang prinsip ni..
Peace...,
xZYm

Sep 29, 2008

Gucci for Cardin

Gucci for Cardin

Dear PK,
Semalam Im jumpa dgn kwn baik Im kat JB Balqeis, nak g beli baju raya pun kena tunggu dia..dah lambat. Padahal pakai kredit card Im, seronoknya shopping di negeri Im.. yelah,dah familiar dgn kedai2 kat cini. Mcm mana lah Im akan hidup klu Im kena sekat apa yg Im suka wat,rasanya raya ni Im bebas ckit..Tp balik2 je kena kua dgn jemaah marhalah Im..Im kua 1 ari je,lpas taalim ari ke-2 Im mintak izin ayah Im aka amirsab balik,ckp nak g bli barang…huhu

Im tak byk sgt kot beli masa shopping, kat KL dah beli 2 helai baju, masa adik Im g Thailand tempah dgn dia 2 helai jeans. Smlm beli sehelai seluar camel active, 2 helai baju, new Nike stoking n cermin mata baru. Masa kiteorg g bazaar ramadhan, jumpa la my aunt. Ala..dah nak balik uma ni,nak kena antar makanan berbuka kat jemaah ayah ni,ada masa lak ibu(Im panggil aunt ni) berbual panjang,siap cakap dia nak bukak ladang kambing,

B4 sampai uma mak cik balqeis, Im bagi handbag Gucci yang Im suruh mak Im beli kat Balqeis..ada dia ckp mcm org tua punya,org dah bagi amik je la…Im dengan tak malunya mintak kat dia kasut Im, ehm..Dr Cradin kan??Im bukak kasut 2 n dgn niat untuk melihatnya,tiba2 tengok 2 ketul batu dlm kotak Dr Cardin,mmg nak kena dia ni,ada masa lagi nak bergurau2..ketawa giler2 Balqeis, Zaki yg ikut kami bershopping pun ketawa besar..oohh,tak pe ari ni hari korang,nnt kena lah bila2.

Zaki berikan kasut yg sebenar, ok lah nice,kira my type gak..

Zaki pulak meyampuk “Abg Jim, she only give me kasut bernilai RM199…to you, she brought kasut bernilai RM239. Not fair langsung”

Balqeis senyap je,wat ignore je what her brother said. Im pun diam je,tak nak ungkit2 benda 2. Im pandu kereta n pergi trus antar mereka balik uma nenek mereka. Im ada tugas ni, kena antar juadah berbuka yg mak Im wat pd jemaah ayah,dis is my task 2day..Alhamdulillah, sempat gak antar n duduk dgr bayan, pak cik Salim yg bagi bayan (ayah arwah mukhris), but masa nak antar 2,5-6 kali ayah Im call..

Ha…sibuknya ari2 menjelang raya,normal my house only di hiasi alar kadar,ayah Im must suruh my family at least habis 10 juzuk Al-quran dlm bulan ramadhan ni.. Im masa balik uma baru je sampai surah Al-Maidah,byk lagi kena baca..klu tidak tak dpt duit raya dr ayah.azam at least better dr tahun lepas. Pg ni nak g kubur keluarga sebelah ayah kat sini. Yelah..dis year raya kat Kluang,kmpg mak Im


kasut yg balqeis bg

handbag Gucci



Peace...,
xZYm

Sep 27, 2008

A million forgiveness

A million forgiveness



Dear PK,
Dulu pernah Im ceritakan tentang hubungan Im dengan sorang kawan Im,Shaz**** yg skrg langsung tidak pernah bercakap dgn Im since dia mula sedar apa yg Im lakukan pada dia. rasanya betul kata kwn Im,b4 dis raya Im patut minta maaf pada dia..kalau Im berada di situasi dia,must Im xkan maafkan org 2. Im pun xtau kenapa Im buat benda seperti ni kepadanya. Alhamdulillah Allah sedarkan Im,klu tidak sampai skrg Im buat benda jahat pd Shaz****.Bleh dikatakan semua ingat Im ni baik sgt,tp org tidak tahu apa yg ada dlm hati Im..sejak kecil lagi klu Im nak sesuatu benda 2,Im must dptkannya walaupun dgn jln apa pun.

Im terlalu inginkan Shaz**** keluar 40hari dgn Im,tp Shaz**** xnak..dia takut kiteorg akan pecah ati.dari situ Im mula mcm benda biar Shaz**** ubah fikiran dia & sejak ari2 idup Im penuh penipuan..ni bermula pd 23 Jan 2008 di Sri Petaling,Im meluahkan hasrat Im kepada Shaz****. dia cuba mengelakkan dari terus terang,dan Shaz**** menjawab tidak mahu. Im trus mengangkat semua brg2 Im di kolej yg Im tumpang & trus ke kolej asal Im.dari situ mula penipuan dan banyak benda-benda yg jahat Im lakukan..Tp Im tahu benda 2 salah,Im biasa akan simpan dalam mail Im apa yg benda Im xpatut lakukan Im lakukan..ni senarai secara kasar benda yg Im lakukan sepanjang Im belum sedar :

  1. seperti di atas
  2. Im banyak xdtg kelas
  3. Im tipu karkun kolej Im & kolej Shaz****,ckp Im kena duduk di kolej Shaz****
  4. Im gunakan berpura-pura hendak pengsan semua kiteorg keluar 1 hari sehingga Im segaja solat duduk bg 2 waktu
  5. Im beritahu pd Hisyam (amirsab) yg Im kena jumpa kwn Im di Sri Petaling,padahal Im hendak lihat Shaz**** dgn kwn dia.
  6. Im ckp pd Shaz****, Im xbleh study berseorangan.
  7. Im segaja xnak g pusat kesihatan,untuk check kesihatan Im sehingga Shaz**** ponteng klas untuk pujuk Im
  8. Im guna email Balqeis dan hantar mesej yg Im tidak mkn beberapa hari semasa Shaz**** balik rumah
  9. Im asingkan brg2 Shaz**** ke satu sudut,Shaz**** sedar..Im tipu dan ckp Im sedang menyapu
  10. bila Shaz****,mahu masuk bilik,Im sekat dgn almari dan Im call Shaz**** suruh dia patah balik kerana Im dihempap almari.padahal bukan.
  11. Im tipu ckp Im pengsan lagi bila Shaz**** xnak stay dgn Im lg.
  12. Im guna email Balqeis ckp suruh Shaz**** kembali stay dengan Im & ikut pemintaan Im (10-11 Mac)
  13. Im berpura2 jd Balqeis dan hantar email ckp Balqeis ugut Im supaya kacau Shaz****.
  14. Im guna email adik Im dan ckp bukan-bukan pd Shaz****,Im ckp selama ni Balqeis ni jahat,Im hutang dgn Balqeis RM5 juta,kena ganggu hidup Shaz**** sehingga hutang selesai (12 Mac)
  15. Im ckp pd Shaz****, Im ada minor barah otak
  16. Im ckp Balqeis dah meninggal pd Shaz****
  17. Im ckp adik perempuan Im ugut nak doakan kegagalan pd Shaz****,coz Shaz**** rapat dgn adik Im
  18. Im ganggu Shaz dengan Im telefon dia menggunakan public phone,Im tahu klu dia stress,must dia cari Im
  19. Im ambil baju Shaz**** di ampaian n tukar tempat
  20. Im cerita benda yg sama pd kwn Im di kolej Im
  21. Im ckp pd Shaz**** yg Im kena rompak
  22. Im ckp pd Shaz**** Yg Im kena tumbuk oleh org xdikenali
  23. Im cerita mimpi yg Im,lain versi pd kwn Im ckp Shaz**** akan xbuat usaha lagi nnt disebabkan gf Shaz**** (jd kenyataan pun)
  24. Im ckp,Im mimpi Im dgn Shaz**** pegang no 313,no bilik selalu kami lepak byk kali padahal sekali je
  25. Im guna hp kwn Im dan menyamar jd org yg nak ugut Shaz****
  26. Im hantar kertas ugutan pd Shaz**** dan kata Im pun dpt
  27. semasa perhimpunan karkun akhir sem,Im ckp adik Balqeis ugut Im dan ckp keluarga Balqeis dah tukar agama pada Shaz****
  28. Im ckp Im nak balik uma pd 17 Mac, nak settle dis prob n jumpe ustaz 4 tafsir mimpi Im..xde benda nak diselesaikan n Im xjumpe pun ustaz
  29. Im berpura-pura jd adik perempuan Im,msj Shaz**** benda yg lansung xmsuk akal.asbab Shaz**** berang giler
  30. Im ckp pd kwn Im yg masalah dah settle n Im jumpe ustaz tafsir mimpi Im,Im ckp ustaz suruh Im duduk di kolej bersama dengan Shaz****
  31. Im pujuk Shaz**** dengan ckp benda merepek,akibatnya Im kena belasah dgn Shaz****
  32. Im hantar cd porno yg Im jumpe di taman rumah Im,Im xlihat pun kandungannya dan Im hantar ke kwn Im yg sama kolej dgn Im,akibatnya mereka luahkan perasaan yg mereka tak percaya cerita Im
  33. Im terus menghantar mail kepada Shaz****
  34. Im mula menyamar jd adik perempuan Im dan mengantar msj kepada karkun di kolej sama dengan Shaz**** dan megatakan Im dan Shaz**** gaduh besar (dgn harapan Im bleh berbaik semula dgn Shaz****)
  35. Im berpura2 jd ayah Im dan call kwn baik Im dan suruh dia minta Im cerita perkara sebenar
  36. Im benda yg Im create kpd kwn baik Im
  37. Im ckp Im selalu mimpi benda pelik dan mengatakan Im xnak buat usaha lagi di sini
  38. Im hantar surat kpd Shaz**** dan cerita benda yg sama.
  39. Im cerita benda yg sama kpd kwn practical Im (Im tau dia must baca blog Im,Im minta maaf tipu dia)
  40. Im segaja tinggalkan selipar dan surat Im di masjid perumahan Shaz****
  41. Im guna kwn Im biar Shaz**** keluar 40 hari dgn Im
  42. Im cerita benda yg sama pd amirsab Im (asbabnya Allah xpilih Im beri bayan selama 40 hari)
  43. Im tukar kolej sama dgn Shaz****,dgn harapan dpt berbaik dgn Shaz****
  44. Im masih lagi hantar mail menyamar jd Balqeis dan memujuk Shaz****
apa yg buat Im nak ceritakan pd PK kerana Im hendak org yg bc blog Im tahu kisah sebenar,Im tahu En J akan baca, Cik A akan baca, Cik B akan baca dan org yg Im tipu akan baca blog Im kecuali Shaz**** dan kwn baik Im. Im mula sedar bila arwah atuk Im muncul dlm mimpi Im awal bulan ni..dia mcm terlalu marah apa yg Im buat. Im ambil keputusan hendak memberitahu perkara sebenar pd ayah Im,berlaku lah pergaduhan besar (My Abi "pancung"). dari situ ayah Im menyuruh Im meminta maaf pd semua org yg terlibat. Im harap dpt kemaafan dari mereka. Shaz**** pula xperlu memaafkan Im,Im rela xdimaafkan. Im dah belajar dari kesilapan Im,tp Im still marahkan pd kwn2 Im yg tuduh Im edarkan surat di kolej yg berkaitan persahabatan. Im xkan buat benda itu.
terima kasih Im pada kwn Im yang support Im semasa Im dlm keadaan sedemikian - Balqeis, Shazuan, Nafizan dan Sarhan. mungkin Im jd mcm gini coz Im stess dgn result semester 1 Im yg teruk,dan kematian kawan paling rapat Im.moga Allah memaafkan kesalahan Im ni.


peace..,
xZYm

Nurul Jawa

Nurul Jawa

Dear PK,
Sekarang menular gossip bout Im,Im dikaitkan dengan seorang budak perempuan sama course dengan Im. Dia budak Batu Pahat yg bleh Im kenalkan sebagai NURUL JAWA..Im memang anggap dia sebagai kawan,klu bleh just nak jd kwn baik sahaja.dia baik n pandai lak 2. segan Im klu duduk sebelah dia time anatomy. ari 2 Im dpt 54 sahaja markah dia dpt 62 per 70..kawan2 dia assume Im minat kat dia.

Im dah beritahu kat Balqeis,Balqeis gelak je..siap ck org mcm Im ni pun ada yg nak. Geramnya..mmg kena belasah balik karang dak ni. nasib baik dia pujuk Im dgn kasut Dr Cardin. nnt bleh lah pakai ms raya..

Peace...,
xZYm

Together we BALIK...

Together we BALIK...
Dear PK,
Suasana balik kamung disini mula menular pd hari rabu lagi, ramai yg xdpt beli tiket,jd mereka beli tiket awal.. my fren,Ira balik dgn her bf..mot balik rawang je,xpayah pikir balik pun xpe,every week balik..Dian balik Brunei,xsabar dgr cite die kena marah dgn her parent,Hazir balik with her family 2 taiping n poor Juw,xbalik..siap bwk her familyg jln2 lagi. abg Jah balik esok,mlm ni g shopping..mostly lah balik ari ni.yg xdipilih bak kata my swine lecturer,yg kena takai je balik bukan ari ni.haha..

Im skrg ni kat KL Central tgh tunggu train balik JB. ha,finally my life out from stress. late a few week mcm dah nak pengsan je uruskan idup.Pg td kemas bilik,dah beberapa hari mcm tongkang pecah. rindu rasanya pada semua,my mum,dad,brother n sister n my fren kat JB.
abis pactical anatomy trus happy my coursemate,all berteriak riang..yg muslim mmg xsabar menunggu 1 syawal ni.tamatnya klas,semua wish selamat hari raya!! minta maaf la..siap cium pipi lagi yg perempuan. Im xsabar nak mkn Cheese Blueberry Cake yg Im beli kat kak Muza, mmg the best cheese cake in the world. Kena tinggalkan cikit pd Balqeis,coz ari 2 terlepas ckp kat dia,huhu...hilang 1/6 drpd tat cake.

kat cini mmg totally ramai org,semua nak balik berjumpa sanak saudara mereka. dari kat komuter lagi dah ramai org,Im takut je rosak kek Im,Alhamdulillah,siap dapat duduk lagi. tp cian gak pd org yg xdpt balik awal,terutamanya kwn senegeri Im, En Fau***,dak Vet tahun 2. mmg Im selalulah usik dia,tiba2 ckp nak raya uma Im lak..giler apa,Im balik Kluang sampai ari sabtu..pas2 tido S'pore sampai ari Ahad.
Peace...,
xZYm

Sep 25, 2008

WWE:: Raya Card v/s message

WWE:: Raya Card v/s message

Dear PK,


All muslim in M'sia know,bila tiba je ari raya must ada ucapan kepada org yg tersayang, org yg dah lama xjumpe or org yg ingin ditemuinya semula. dis tink since zaman dulu lagi amat bermakna lagi walaupun ada org mengirimkan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat multimedia (MMS), aplikasi di laman web sosial atau e-kad. handphone Im must akan sekejap-kejap berbunyi bila tiba mlm raya.. tp dihati Im,Im raya kad raya lebih sentimental.lagi-lagi tulisan tangan sendiri ditujukan khas buat org yg istimewa.

Setiap keping kad yang diterima mempunyai nilai sentimental tidak dirasai apabila membaca SMS sekali gus mengingatkan penerima kepada pengirim.alasan org tidak mahu menggunakan kad raya ialah kerana susah untuk dikirim,perlukan stem la,diposkanlah..tapi yang itu org akan rasainya sebagai satu benda yang disayangi kerana pengirim bersusah payah mengirimnya..

pernah Im menghantar kad raya kepada kwn Im yg namanya sama dgn Im di Jepun,if Im ikutkan kemalasan Im,hendak saja Im hantar e-card by mail..tp kesan dia,kwn Im sangat2 terharu. kad raya mmg tidak dapat menandingi teknologi yg ada masa kini. Sebenarnya, raya digital bukan pengganti tapi lebih kepada melengkapi antara satu sama lain dengan pelbagai kemudahan sedia ada tentunya mampu menyerikan lagi Aidilfitri.

peace...,

xZYm

Sep 23, 2008

Raya mood

Raya mood

Dear PK,
Lagu raya paling best(from my opinion la...)
  1. Kupohon restu - Al Jawaher
  2. Balik kampung - Sudirman
  3. Dendang perantau - P Ramli
  4. Cahaya aidil fitri - Blackdogbone
  5. Dari jauh ku pohon maaf - Sudirman
  6. Selamat hari raya - Saloma
  7. Aidil fitri - Sanisah Huri
  8. Seloka hari raya - Uji & Hail
  9. Suasana hari raya - Sharifah Aini
  10. Bersabarlah sayang - Sanisah Huri
  11. Bila takbir bergema - Rafeah Buang
  12. Satu hari di hari raya - M Nasir
  13. Di pagi aidil fitri - Rosemaria
  14. Menjelang hari raya - D J Dave
  15. Pulanglah - Aishah
  16. Sesuci lebaran - Siti Nurhaliza
  17. Nostalgia aidil fitri - Sharifah Aini
  18. Kepulangan yang dinanti - Aman Shah
  19. Anugerah - Siti Nurhaliza
  20. Sampaikan salam - JamalAbdillah
Peace..,
xZYm

A bundle of work!!

A bundle of work!!



Dear PK,
menuju hari ke jb macam2 dugaan Allah bg Im. hari2 ada sahaja kerja yg perlu dilakukan dan ditambah. minggu ni sahaja Im perlu siapkan tugasan physio, etiology, ruminant, dan swine production. selepas 2 lak kena baca note 4 test dis week. dua lak 2...klu ikutkan hati mcm xnak dtg klas je esok & lusa..tp dah janji dgn Balqeis yg Azim seboleh-bolehnya kena datang klas..tp mybe segala kepedihan Im dis week will terubat dgn kek blueberry cheese kak muza(kerani di Jabatan Sains Haiwan).Cheese cake paling sedap in the world.



rasanya x sabar nak balik uma,my dad ckp Im dgn adik Im kena balik awal uma atuk Im kat kluang. Ayah Im suruh drive n tolong bersihkan uma atuk,always rutin setiap tahun Im, lap uma,tukar carpet,langsir,,n kerja yg mak cik Im amanahkan kat Im isi kuih dlm balang n susun atas meja coz Im mmg suka mkn kuih raya,xmkn nasi satu ari pun xpe..

peace...,
xZYm

Sep 22, 2008

Skinny male model

Skinny male model

Dear PK,
perubahan demi perubahan Im tunjukkan..apa yg sebenar Im nak??hanya Allah yg tau.Perjalanan Im ke Zoo Negara bagi menjalankan tugasan etiology animal memakan masa setengah jam sahaja. amat membosankan kerja yg perlu diambil,melihat behaviour silver-leaf monkey dlm masa 2 JAM!! rasanya study genetic lagi better. nak take time jalan2 area zoo pun susah.pakai 3/4 pants

Rasa mcm kwn Im sorang ni ada masalah,kecian Im lihat dia..Im xnak dia jadi mcm Im semester lepas.sebab terlalu sayangkan kawan Im,Im sanggup wat apa saja agar dia baik dengan Im balik. Im harus bantu dia,dengar kata dia ada masalah dengan rumet dia,ala..some org kena sesuaikan diri dengan rumet sendiri.xtaulah..Im tahu rasanya ilang kwn baik.Im xnak dia ilang kwn2 baik dia sebab xsefahaman.

Im harus habiskan banyak kerja tertunggak yg Im ignore selama ni...assigment swine, physio, etiology n study swine n etiology 4 next week. esok hendak daftarkan diri dlm horse riding..satu benda yg Im nak belajar since Im umur 15.hope next week like a new sunshine 4 me. all getting better.




my groupmate(from
front : Taq,Fida and Jawe)


5 duduk, 1 berdiri..






skip from practical,g tgok animal show
peace...,
xZYm


Sep 21, 2008

Qadar's Nite

Qadar's Nite

Dear PK,
Di antara malam-malam Ramadan, terdapat satu malam yang dikenali sebagai lailatulqadar, satu malam yang mempunyai keberkatan yang teramat besar. Dalam al-Qur'an ia dinyatakan sebagai mempunyai keberkatan dan kelebihan rohaniah yang lebih besar daripada seribu bulan. Pada malam itu Allah subhanahu wata'ala menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan khususnya kepada umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh memperolehi apa yang dianugerahkan Allah pada malam lailatulqadar itu.

Firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Qdar ayat 1 - 5 yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Qur'an) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatul qadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Sesungguhnya malam lailatulqadar itu penuh dengan janji-janji Allah subhanahu wata'ala kerana sifat rahman dan rahim-Nya yang ditentukan kepada orang-orang beriman yang sanggup dan bersungguh-sungguh menghidupkan malam itu dengan mengerjakan amal ibadah dengan harapan agar dapat menemukan malam yang penuh keberkatan itu. Pada malam itu Allah subhanahu wata'ala akan melipatgandakan pahala amalan hamba-hamba-Nya yang ikhlas mencari keredaan-Nya.

Pada malam tersebut, jika ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala ibadah yang dilakukan bertepatan dengan masa lailatulqadar itu, maka pahala yang bakal diperolehi akan berlipat ganda, sehingga ibadah pada malam itu lebih besar pahalanya dari ibadah selama seribu bulan, sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Qdar ayat 3 yang bermaksud:

"Malam lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan."

Kenapakah malam lailatulqadar itu disifatkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan? Allah subhanahu wa- ta'ala menjelaskan perkara ini dengan firman-Nya dalam surah al-Qdar, ayat 4 - 5 yang maksudnya:

"(Pada malam itu) diturunkan malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan. Kerana mereka dapat mengatur setiap pekerjaan, sehingga selamat sejahtera (malam itu) hingga terbit fajar."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Imam al-Nasa'ie daripada Abu Hurairah radiallahuanhu bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah 'Azzawajalla telah mewajibkan ke atas kamu supaya berpuasa padanya. (Pada bulan itu) dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka serta dimasukkan ke dalamnya syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak diberikan kebaikannya, maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebaikan."

Menurut pendapat yang sahih, malam atau masa lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan ianya berpindah-pindah dan berubah-ubah sebagaimana hadis riwayat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

"Carilah dengan bersungguh-sungguh malam lailatulqadar itu pada hari kesembilan daripada baki (bulan Ramadan), tujuh, lima atau tiga hari malam terakhir (dari bulan Ramadan)."

Dalam sebuah hadis yang lain riwayat al-Imam at-Tirmidzi, dari Sayidatina Aisyah radiallahuanha katanya yang bermaksud:

"Bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam yang akhir (dari bulan ramadan), berbanding dengan malam-malam lainnya."

Oleh kerana hadis-hadis tersebut adalah umum, maka lailatulqadar itu tidaklah dapat ditentukan masa atau ketikanya dengan tepat, hanya kita diarahkan supaya mencari saat tersebut dengan memperbanyakkan ibadat pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah radiallahu- anhu bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa mengerjakan ibadat di malam lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan keredaan-Nya, nescaya diampunkanlah dosanya yang telah lalu."

Hadis ini menunjukkan bahawa ibadat yang dilakukan pada malam lailatul-qadar besar ganjarannya. Oleh yang demikian beruntunglah bagi sesiapa yang menjumpai lailatulqadar itu. Keuntungan yang diperolehinya adalah besar dan tidak ternilai harganya.

Orang-orang yang beramal ibadat pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan sama ada sedikit ataupun banyak adalah tergolong dalam golongan orang yang berusaha untuk mendapatkan lailatulqadar.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, sehingga kelebihan lailatulqadar itu tetap diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengerjakan amal ibadat sekalipun amalan yang dikerjakannya itu hanya sedikit. Oleh kerana keikhlasannya terhadap Allah subhanahu wata'ala, maka pahala dan kelebihan itu tetap diperolehinya. Beramal hanya kerana Allah semata-mata di malam hari itu haruslah juga diteruskan di siang hari. Jadikanlah siang dan malam itu sebagai masa yang diamanahkan untuk beribadat kepada Allah subhanahu wata'ala.

Ibadat yang berterusan ini amat memberi kesan yang nyata pada jiwa dan raga umat Islam jika diamalkan khususnya pada sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadan sama ada siang atau malamnya. Mudah-mudahan dengan adanya usaha yang gigih untuk mencapai matlamat memperolehi kelebihan lailatulqadar itu akan dipermudahkan oleh Allah subhanahu wata'ala.

Bagi sesiapa yang tidak berdaya untuk mengerjakan amal ibadat yang banyak maka hendaklah ia beramal dan beribadat sekadar yang mampu dalam usaha mencari malam lailatulqadar. Janganlah dibiarkan malam itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk merebut peluang yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Peace...,

xZYm

4 Hours waiting!!

Dear PK,
kenapalah kena tgu kwn2 Im 4 jam kat mid valley ari ni..Im dah sampai kul 1pm n dorg kul 4pm..ini satu penyiksaan kat Im. pas2 kiteorg shopping kat Topman,Padini,Giordano n Jusco.. penat lah gak.berbuka,again..kat Sushi King.

member2 Im yg join wat jahat,kacau akak waiteres : Jawe,Fida,Shamil,Taq,Totoo(dak medic:2) n not 4get cair even die mkn dgn dak pompuan kat Burger King.Ayah Im xbg beli byk2,coz Im xbwk credit card..die takut biasiswa Im abis.ada a few items je Im beli..huhuhu

Peace...,
xZYm

Sep 20, 2008

New look??ehm...

New look??ehm...

Dear PK,
Open je paper physio test yesterday, in esei questions..."explain about glomurules?"...hah?? time bila gromurules in digestive system,bukan dlm urinary ke??ha...dah lah xbc apa2 pasal kidney. satu klas bising suruh skip tat question n only focus at digestive only. nasib baik prof baik,tp dgr kata dia bising gak..alhamdulillah,Allah mudahkan Im jawab.

then,another kejutan ialah Im in RAYA team!! kena wat raya dedication among vet staff n 17th collage..haha,dlm group 2 ada cair,juwai,julie,diana,syu,derwin. Im kena wat poster,dah ditampal semalam,dgr kata dpt sambutan hangat..no wonder r...sape wat poster.hehe...after class,Im g mines with Jawa@Jah & Taq.Im nak cut my hair,serabut sgt tgok..evan nak bela rambut pun,must jaga gak..

bukak pose kat kedai pak cik Kenny n Im mkn potato je,mcm xlalu mkn...ye lah tgok mata ni,wat sakit hati je,,,hah..pas2 g salon,wash n cut je...tgok my kosmet menyanyi (2 org 4 33 song) ,then balik with syu's car..

Peace...,
xZYm

Zakat fitrah..

Zakat fitrah..
Dear PK
ZAKAT FITRAH
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"

- Riwayat Muslim

KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:




  1. WAKTU WAJIB Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
  2. WAKTU YANG PALING AFDHAL Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. WAKTU SUNAT Sepanjang bulan Ramadhan

  4. WAKTU MAKRUH Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

  5. WAKTU HARAM Selepas terbenam matahari satu Syawal



Peace...,

xZYm

Sep 18, 2008

Kring..Kring

Kring..Kring

Dear PK,
Td mak Im telefon,mcm biasa ar tanya same questions,but suddenly mak Im suggest kat Im

"mak rasa raya ke-2 nak gi s'pore la long,nak g rumah balqeis"

"Napa lak mak?kat pasport ayah dah expired.ari 2 ayah ckp nak renew tahun dpn je.."Im cuba cover perasan terkejut Im.

"xde lah..dah lama Balqeis xdtg uma,ari 2 mak jumpe aunt die kat Angsana.dia cakap abah balqeis biasa buat open house ari ke-3..along drive lah,nnt balik mak suruh kak yam renew lesen along"mak Im beri cadangan

"ikut mak lah,along on je"Im tambah

Im xtau apa niat disebalik mak Im,nnt suruh budak yg x pandai masak 2 masak kuah rojak lah..mak Im ckp sedap dia masak.Im rasa x sedap pun.hehe...

peace...,
xZYm

Sep 17, 2008

Nuzul AL-Quran...

Nuzul AL-Quran...

Dear PK,

PENGENALAN

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab :

Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus.

Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :

  • Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
  • Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
  • Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,


بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman,


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

Firman Allah SWT,


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.

Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.

Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”

Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,


وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-‘Izzah.

Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.

HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR

Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya.

Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a.

Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :

1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.

2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.

3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.

4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

AYAT PERTAMA DAN AKHIR DITURUNKAN

Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan per­bahasan mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.

1. Yang Pertama Diturunkan

Terdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran :-

i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).

Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan.

ii) Pendapat lain mengatakan Surah al-Muddathir yang pertama kali diturunkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah seorang sahabat. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, dia berkata: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah: Yang manakah di antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir menjawab,” يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ “. Aku berkata, “Atau اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ “. Dia Jabir berkata,”Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka ketika habis masa diam-ku, aku turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang ke Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku. Mereka pun menyelimuti aku.

Lalu Allah menurunkan: ْ يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِر“Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan”.

. Mengenai hadith Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan secara penuh sebelum surah Iqra’ selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu Salamah daripada Jabir yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut dalam percakapannya itu, “Sewaktu aku berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak malaikat yang mendatangi aku di gua Hira’ duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: Selimutkanlah aku! Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan ayat,
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ .

Hadith ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira’, atau al-Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat disimpulkan ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra’ dan surah pertama untuk risalah ialah surah al-Muddathir.

iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin Abi Talib, disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan oleh al-Wahidi menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira’) dan mendengar suatu suara menjerit, “Wahai Muhammad”, Rasulullah terus pulang ke rumah. Waraqah bin Naufal menasihatkan Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh itu apabila Rasulullah kemudiannya mendengar suara tersebut, beliau menyahut; Suara itu berkata, “Katakanlah, Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bacalah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ‘……..” (al-Fatihah: 1-7)


iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat pertama ialah Bismillah. Dia menyebut ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: Perkara pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan beliau mengatakan, “Wahai Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui daripada Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah: Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.)

Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati’ dalam kitabnya, al-Intisar. Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama menyatukan hadith riwayat ‘Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi membicarakan peristiwa permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang bahagian pertamanya dia tidak mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya adalah yang pertama diturunkan, pada hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan tidak ada pertentangan antara kedua hadith tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah Iqra’, beliau pulang ke rumah lalu berselimut; kemudian turunlah al-Muddathir.

Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala (87), al-Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i) Pertama kali mengenai makanan-ayat 145 Surah al-An’am, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173 Surah al-Baqarah dan ayat 3 Surah al-Ma’idah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219 mengenai khamar dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa’ dan ayat 90-91 Surah al-Ma’idah; dan iii) Pertama kali mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.

2. Yang Terakhir Diturunkan

Pelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika beliau hampir wafat. Antara pendapattersebut ialah:-

i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:

a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman Allah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ


“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba - yang belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).


b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan adalah,

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ


“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)


c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya: “Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu ‘Abbas: “Kamu benar.”

d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,

وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا


“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini.”


ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib

Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-

a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.

b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir diturunkan ialah,

يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَة


“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu………(al-Nisa’:176)


iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab

Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-Taubah:128)


iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As

Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.

v. Pendapat ‘Aishah

Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan……”

vi. Pendapat Umm Salamah

Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah ayat,

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ


“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan……..” (al-Nisa:195)


vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab

Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.

viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan

‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir diturunkan,

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا


“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-Kahfi:110)


Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;

i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah.

ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang mengatakan surah al-Ma’idah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir mengenai perkara halal dan haram.

iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.

Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.

peace...,
xZYm

Hazira's Day

Hazira's Day

Dear PK,
g berbuka luar lagi Im ari ini,kat Alamanda lak.. bukan apa kiteorg celebrate bezday fil kat Pizza Hut..bez gak sebenarnya klu shopping kat cni.Im pg2 dah bg kat Fil adiah,padahal bezday dia semalam,lmbt celebrate la..Juwai n Shima g beli Secret recipes's cake,Im n sya g window shopping n ana n fil g cari brg ana..xjumpe lak 2 b4 kiteorg g pizza hut.

malas nak tulis banyak2, ni je yang mampu Im gambarkan hari ni kat PK






peace...,
xZYm

cARDIO TherApY