Jun 30, 2009

Khabar dari surat

Khabar dari surat

Dear PK
Terdetik hati untuk melihat surat khabar lama yang tersusun di dapur rumah. Metro & NST menjadi pilihan ayah Azim. Banyak kisah- kisah yang Azim tidak mengetahuinya hampir lebih 40H. Banyak juga yang berlaku dan menarik.

Pertama tentang kes selsema babi yang makin menular. Jadi takut untuk ke Singapura. Penyakit ini makin menular ke rantau Asia Tenggara pula. Senyum Azim melihat kemenangan Kris Allen dalam American Idol. Sejak dulu memang Azim jangkakan dia menang.

Kemudian tentang Facebook diisukan oleh ulama Indonesia. katanya Fb boleh mencetuskan ke arah masalah sosial. Bagi Azeem terpulang pada individu terbabit. Dia yang meletakkan gambarnya. Jika gambar tidak menutup aurat diletaknya, salah dia sendiri. pilihan untuk memilih kawan pun terletak pada tangan sendiri.
Terbaru, kematian Michael Jackson, Raja Pop Dunia. Bagi negara islam, umatnya masih was-was lagi keislamannya. Abangnya mengatakan dia Islam. Jika benar, biarlah arwah dimasukkan dalam golongan yang terselamat dari azab Allah & beruntunglah arwah dapat masuk hidayah sebelum meninggal dunia. Sorang lagi, pelakon Farrah Fawcett. Jika Azim menonton Charlie's Angels yang 5 minit di starworld,pasti mak Azim akan cakap yang Farrah ini dulu cantik betul. dia pelakon yang mak Azim minat.
Peace..,
xZYm

Jun 28, 2009

REJAB

REJAB

Dear PK,
Bulan Rejab kembali lagi. Bulan Allah ini pasti akan mendatangkan pelbagai kenikmatan dan keamanan di bumi ini. Jika datang Rejab, pasti terlintas ialah banyakkan amalan sehingga kita selesa untuk melakukan amalan yang lebih banyak dalam bulan Ramadhan.

“Allah itu Maha Adil,Dia tidak hendak menyusahkan hambaNya” Ingat lagi kata-kata ayah masa dia ajak Azim puasa bulan Rejab. Pasti susah secara tiba-tiba hendak melakukan amalan di bulan Ramadhan, sebab itulah Murahnya dan Agungnya Allah dia ciptakan dua bulan yang mulia ini sebelum Ramadhan.

Jika sebut mengenai puasa sunat, kadang kala Azim malu kepada seorang kawan Azim ini. Dia berbangsa Cina dan bukan Islam sebelum Azim mengenalinya. Tetapi bila tiba bulan Rejab, tidak putus-putus dia berpuasa dan hanya berehat sehari dua sebelum menyambungnya kembali. Apatah lagi tahun lepas dia menerima hidayah Allah, tradisinya masih diteruskan. Mungkin pengaruh kawan baiknya dahulu.


Peace..,
xZYm

Jun 26, 2009

26 JUNE

26 JUNE

Dear PK,
Tiada kejutan yang bakal berlaku di rumah Azim hari ini. Hanya sebuah makan malam sesama keluarga sahaja. Alhamdulillah, semuanya ada di rumah. Disebabkan yang diraikan tukang masak utama di rumah, terpaksalah kami bekerjasama menyediakan makanan untuknya.

Adik bongsu Azim petang tadi sudah membawa balik kek sebagai pembuka selera. Semasa Azim sedang menaip entri ini, ayah Azim sebaik sahaja pulang dari surau, terus menyediakan air ‘special’. Dari jauh Azim nampak ada asam, limau nipis berhampiran pemerah jus.

Bahan-bahan steamboat juga sudah dikeluarkan oleh adik Azim. Semuanya di susun atas meja makan. Mangkuk dan piring di susun atas meja,hanya menunggu kaum lelaki pulang semula dari surau sahaja untuk dijamah.

InsyaAllah, jam 9 nanti sambutan ulang tahun mak Azim akan diadakan. Selamat Ulang Kelahiran Mak. Muuuuuuuuuuuah!!
Peace...,
xZYm

Jun 24, 2009

Durian

Durian


Dear PK,

Di smart, pasar borong, kit-mart penuh dengan durian. pelbagai gelagat mereka ketika memilih durian. Ada yang menghidunya,mengetuknya, melihat tangkainya dan ada juga yang menyuruh peniaga membelahnya. Paling menarik melihat gelagat orang yang makan di situ. Kebanyakkan mereka pasti orang Singapura. Pasar Smart siap menyediakan meja dan kerusi.


Ayah Azim berjanji sebelum Azim pergi ke universiti,dia akan membawa Azim pulang ke kampung. Seronoknya makan durian kampung sendiri,unlimited. Selalu sahaja banyak durian yang tak dimakan dijadikan jem oleh atuk Azim. Setiap daripada keluarga atuk Azim kecuali sepupu, anak saudara & adik terakhir Azim mempunyai pokok durian sendiri. Arwah atuk Azim menamakan setiap pokok dengan nama anak,menantu & cucunya.


Seorang sepupu Azim tidak makan durian lansung, pokoknya hingga kini tidak pernah berbuah. Dua makcik Azim dikategorikan kerdil, pokoknya rendah juga dan isinya sangat manis. Azim pula paling senang nak buka kulitnya, isinya apabila makan mula-mula agak sedap,kemudian kadang kala pahit. Susah nak jaga pokoknya. Arwah atuk Azim cakap, Azim ini pedendam dan susah nak cakap. Susah nak percaya benda ini. Tetapi, paling seronok apabila kami sekeluarga habiskan masa di kebun. Tak sabar menunggu hari ini.

Peace,

xZYm

Jun 22, 2009

Setelah 40 hari..

Setelah 40 hari


Dear PK,

Hampir sebulan lebih Azim merantau di negeri orang. Negeri yang dipenuhi dengan jelapang padi dijadikan destinasi kali ini. Kalau tahun lepas Kuala Lipis & Merapoh ingatkan Azim dengan kedinginan air perigi dan tidur di kaki bukit. Kali ini sungguh indah apabila berjalan penuh dengan pandangan hijau & menyeramkan juga apabila kebanyakkan surau berdekatan dengan kubur. Seram juga hendak bangun tengah malam.


Pulang ke rumah terus penuh kejutan. Banyak juga perkara yang Azim lihat berubah. Mula-mula apabila sampai di rumah, pelik juga lihat dua adik lelaki Azim baring di ruang tamu siap dengan narita dan bantal lagi. Dalam hati Azim mengagak yang mereka mahu menonton bola. Apabila Azim bawa beg naik,terus ditegur oleh adik Azim “Along nak tidur kat bilik along ke?”. Terus Azim mengangguk dan terus naik.


Beberapa jam dalam bilik,baru rasa terasa kepanasan bilik. Patutlah dua adik Azim tidak tidur di bilik mereka, tidur di ruang tamu dengan penghawa dingin lebih selesa. Percutian ke Tioman minggu depan pun tidak dapat di teruskan kerana sepupu Azim bertunang. Ayah kata dia ganti dengan 2 set box dvd korean drama series. Dua minggu lagi di rumah sebelum pergi ke kolej semula. Cukuplah untuk keluarga dan kawan-kawan Azim.

*masa 40 hari baru Azim sedar yang Azim banyak menyusahkan orang masa semester lepas. Azim try nak cover story bila rasa bersalah. Tapi sebelum cuti, Azim sudah minta maaf pada mereka

Peace..,

xZYm

cARDIO TherApY