Feb 28, 2009

Kusut

Kusut

Dear PK,
Keadaan Azeem pada pertengahan minggu ini agak suram. Badan Azeem mula rasa tidak selesa mungkin kerana cuaca yang tidak tentu sejak kebelakangan ini. Malah, Majlis Silaturrahim juga tidak dapat disimpan sebagai memori dalam fikiran Azeem. Sedih rasanya tidak dapat datang, ingin sahaja melihat rakan-rakan Azeem beraksi.

Sebut sahaja pasal demam,pasti akan teringat pelbagai kenangan. Azeem bukan jenis yang mudah deman menapak masuk dalam diri Azeem. Kalau setahun 2 kali, dikira banyak. Orang jenis takut makan ubat seperti Azeem ni pasti akan lambat baik. Harap Allah sembuhkan penyakit ini agar mudah Azeem mengulangkaji pelajaran. Ujian kedua mula akan singgah minggu depan. Masa inilah untuk baiki markah.


***************************
Azeem minta maaf pada mana-mana orang yang Azeem singgung perasaan dia minggu ini. Bukan Azeem sengaja untuk sakitkan hati dia,malah tidak sedar perbuatan Azeem buat dia tidak tegur Azeem kebelakangan ini.
****************************

Feb 25, 2009

Berhantu

Berhantu

Dear PK,
Pernah Azeem luahkan yang Azeem bakal tidak menghadiri Majlis Silaturrahim, Acara tahunan yang mengimpunkan 5 batch sekali gus, acara yang pasti penuh kejutan, acara yang menonjolkan bakat-bakat terpendam yang ada dalam bakal Vet. Tapi itu semasa Azeem marah. Lelaki,sukar untuk menarik balik kata-katanya,sifat keegoaannya tinggi.

Esok bakal berlansungnya acara ni, batch Azeem sibuk bertungkus lumus menyambung kembali sketsa percintaan dua species haiwan. Dengar cerita,ada orang ketiga. Lihat sahaja apa yang bakal berlaku esok. Tapi kali ini dalam tema yang menyeramkan " GHOST MUSICAL".

Dengar ada yang mahu jadi Witch,Dracula, just pakai celak pada mata sahaja. Yang penting semua enjoy hari tu.

Peace...,
xZYm

Feb 22, 2009

Rambut 2009

Rambut 2009


Dear PK,
Seperti cita rasa bergaya, potongan rambut mencermin pembawaan diri. Apa yang nyata, rambut membawa pengaruh besar terutama bagi individu yang sering menjadi tumpuan ramai. Tidak hairanlah individu berpengaruh seperti selebriti, model dan golongan kenamaan amat menitik berat gaya rambut.


Menyentuh potongan rambut lelaki, ada pihak masih berfikiran sempit. Bagi mereka, rambut lelaki hanya sesuai pendek dan tidak boleh diragamkan seperti rambut wanita. Padahal, jika diberi sedikit pembaharuan serta disesuaikan pula dengan gaya tertentu, rambut lelaki boleh dipelbagaikan gayanya. Bagi lelaki yang cenderung berimej metroseksual, variasi gaya rambut disesuaikan pula dengan pilihan warna berbeza. Jika selama ini, warna rambut kekal hitam, mungkin 2009 memberi isyarat untuk membuat perubahan drastik dengan memilih warna coklat dan kemerahan demi mencipta kelainan.

Apa yang penting, tidak perlu malu untuk berubah andai mampu meningkatkan ‘saham’, sekali gus mengundang perhatian gadis

INFO: Tip potongan rambut mengikut bentuk wajah

  1. Wajah bujur.Seseorang yang memiliki wajah bujur mampu mempelbagaikan jenis potongan rambut daripada pendek hinggalah panjang mengurai. Mereka yang berwajah begini bebas menggunakan kreativiti untuk bergaya.
  2. Wajah bersegi.Tidak ramai jejaka memiliki bentuk wajah begini mampu memberi gaya rambut sesuai. Biar apapun gaya yang ditampilkan, biarlah sederhana dan usah ketepikan faktor wajah bersegi menonjolkan ciri kelakian sebenar.
  3. Wajah empat segi panjang.Ramai berpendapat, pemilik bentuk wajah seperti ini membiarkan rambut lebih panjang dan dipotong berlapis. Malah, jika dibiarkan mengurai, pesona seksi mampu tercetus selain menyerlahkan ciri-ciri metroseksual dalam diri lelaki.
  4. Wajah tiga segi.Penyanyi terkenal, Justin Timberlake sebagai contoh memiliki bentuk wajah tiga segi. Bentuk wajah sebegini sesuai berambut pendek pendek dan tidak terpacak. Imej kemas dan tidak berserabut menampakkan diri anda cukup comel dan kebudak-budakan.
  5. Wajah bulat.Mereka yang berwajah bulat disarankan tidak menyimpan rambut panjang. Sebaiknya, rambut harus kemas dan pendek. Kedudukan sisi rambut haruslah sama rata di bawah paras mata. Ini bagi memastikan keseimbangan bentuk wajah. Disebabkan itulah, ramai yang berwajah bulat memilih membotakkan kepala atau crew cut.

Ramalan rambut hangat 2009!

  1. Inspirasi potongan rambut 1950-an hingga 1960-an.
  2. Rambut sedikit panjang, berombak mahupun lurus.
  3. Rambut sihat yang mampu menyerlahkan kilauan.
  4. Pergerakan rambut beralun secarasemula jadi.
  5. Rambut yang diwarnakan dengan rona sesuai tampak lebih semula jadi apabila terkena pancaran matahari.

sumber dari berita harian

Peace...,

xZYm

If I were...

If I were...

Dear PK

Hanya mengingati cara asas bermain bola tampar semasa zaman persekolahan membantu Azeem bermain pagi ni. Dengan tiada pengalaman & latihan, Azeem di'paksa' mewakili batch. Yang sepatutnya main sibuk dgn aktiviti sampingan. Jadi permain simpanan pun cukuplah

Kawan Azeem try tanya kenapa ckp tak nak masuk apa-apa aktiviti lagi,tiba-tiba setiap aktiviti muka Azeem ada. Azeem kalau marah memang suka lepas sahaja,senang tak payah nak pendam dalam hati macam sesetengah orang. Selalunya selepas kena nasihat oleh ayah,terus baiklah

Bestnya kalau parent duduk area S'gor,boleh Azeem jumpa tiap-tiap minggu. rindunya....

Peace...,
xZYm

Feb 20, 2009

Angel Terasa

Angel terasa

Dear PK,
Angel yang Azeem ceritakan dalam "I Will Be" menalefon Azeem. Dalam nada yang agak marah, dia mula mengungkit hal-hal lama dan merasakan tidak puas hati. Adakah tindakan dia melakukan seperti ni kepada Azeem & Balqis adil. Azeem tahu yang dia memang terkenal alim di kawasan rumah Azeem.

Tapi tindakannya menceritakan atau membuatkan dua pihak bergaduh tidak adil. Islam suruh menyatukan umatnya,bukan memperlagakan umatnya.Hasil tindakannya,sampai sekarang Balqis tidak lagi menjawab sebarang media yang Azeem gunakan untuk mengubunginya. Azeem tahu yang dia baca blog ni, jika dia rasa boleh dengar penjelasan Azeem, cuba hubungi Azeem
Peace..,
xZYm

Feb 19, 2009

Necrosis

Necrosis

Dear PK,
Perasaan Azeem membuak-buak marah kerana ada orang tidak puas hati dgn kerja yang Azeem lakukan. Paling Azeem kecian kepada kawan Azeem, Hafez. Dia yang banyak susah payah melakukan kerja ni,tiba-tiba dituduh penipu besar. Hafez yang Azeem kenal jenis orang yang jujur walaupun dia boleh menipu ketika itu.

Sampai di kelas, perasaan ni makin marah. Adakah patut diconteng scoreboard yang terkini. belum sampai 48 jam ditampal sudah diconteng seperti batu bersurat sudah rupanya. Azeem tidak dapat kawal perassaan,terus menanggalkan semua scoreboard dan digantikan yang baru. Perangai macam budak-budak. Kalau semasa sekolah rendah/ tadika dulu bolehlah,tidak puas hati conteng papan tulis. Ini dah ada teman lelaki/wanita, kalau kahwin anak dia dah sekolah tadika. Masih lagi perangai macam budak-budak. Tidak mengapa, nanti Azeem berikan gula-gula pada mereka. pasti diam punya.

Suspek yang tertera di atas kertas mengaku dia tidak lakukan & beranggapan mungkin batch lain yang menulisnya atas alasan sabotaj. Kami sudah agak, memang benda ini akan terjadi. Dari dua semester lepas kami bersabar dengan kerenah mereka. Mula dengan majlis penyampaian sijil kami dimalukan sehingga kali ni. Alhamdulillah pihak pejabat serta penaung program ini menyebelahi kami. Bak kata orang kuat DVM2 mereka ni sudah tahap NECROSIS

Jika orang yang melakukan itu rasa dia selamat,mungkin tidak. Apa yang dilakukannya pasti dibalas,tetapi bukan daripada batch kami. Kami bukan budak-budak yang perlu menconteng @ memboikot benda yang tidak menyalahi agama/bangsa/negara, kami insyaAllah pandai membezakan benda yang zahir @ batil. Hidup Sodak Mantak.

Peace...,
xZYm

Feb 18, 2009

Bowling DVM2

Bowling DVM2
Dear PK,
Akhirnya pergi juga Azeem ke gathering DVM2 di pusat bowling DVM2. Walaupun mula-mula merasakan tiada mood hendak pergi, disebabkan Azeem fikir tentang persaahabatan terus Azeem ikut kawan Azeem menempah tempat di sana.


Team Azeem : CP, Sarah dan Farhah bermain agak perlahan. Akhirnya kami yang last sekali menghabiskan balingan bola. Saje, hendak cari pulbisiti murahan. Sarah pasti menunggu bola keramatnya yang bewarna hijau untuk membuat balingan dan kami agak tertekan juga kerana team sebelah kami agak powerlah, ada future new couple (power betul mereka tu)

Keputusan diprintkan dan hasilnya memang betul future new couple dan Pija/Sya yang akan mewakili kelas dalam acara bowling olympia vet. Kami semua harap mereka ni dapat memberikan mata bagi batch kami.

bola keramat sarah

sarah & pijat membuat balingan

Peace...,

xZYm

I Will be

I will be

Dear PK,
Masalah akan mula merebak dan menjadi semakin besar apabila orang tidak mengerti apa yang perlu dilakukan. Bayangkan jika api sedang membara, ditambah lagi petrol atau benda-benda yang boleh menyebabkannya dia mula merebak. Lagi-lagi benda yang sepatutnya dimasukkan dalam api itu dimasukkan seperti tong gas atau benda yang boleh meletup.

Dua budak sedang rebut bola, dalam perebutan kadang kala saling kasar-mengasari dan secara tiba-tiba seorang budak ingatkan dirinya 'angel' cuba nak masuk campur setelah dengar rintihan sebelah pihak dan terus belasah teruk seorang budak lagi. Pasti dan pasti budak yang dibelasah itu akan merasakan apa gunanya angel ini. Hanya menyemakkan keadaan dan buat tahinya antara kedua-duanya.

Benar kata orang dan ramai alim ulama kata perempuan ini memang suka menyibuk hal orang. Hal sendiri tidak dijaga, hendak jaga hal orang lain. Angel itu bukannya prefect, banyak cacat cela setelah kenal dan amatinya, malah dengan hati ikhlas setelah mengenal angel diri yang mengenalinya memberitahu yang angel memang baik. Hanya bersayapkan warna putih, tapi kadang kala pakaiannya ada tompokan.

Banyak kali perselisihan faham dengan orang, jika orang faham yang kita memerlukan ruang untuk bernafas seketika pasti dan pasti akan kembali semula persahabatan antara dua pihak. Bagaimana boleh berlaku antara pihak Aisyah r.ha dan Ali r.hum. setelah tamat perang siffin, mereka kembali berbaik semula,hubungan mereka bertambah baik. Malah apa yang Aisyah lakukan pada Ali tidak patut dilakukan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku. Kejadian sebenar perlu diketahui dahulu sebelum menyebarkan keburukan orang. nampak diri ini hebat beritahu keburukan orang. pasti Allah akan lakukan diri punya lebih teruk lagi. Amin... " mana-mana saudara islam yang memalukan atau mengadu domba kepada saudaranya yang lain, pasti dan pasti akan dapat balasan daripada Allah diakhirat kelak" Semasa itu dia akan tahu kuasaNya.

Memang Allah suruh belajar dari kesilapan dengan beritahu kisah sebenar, tetapi tidak perlu diberitahu tuan punya diri. boleh siarkan kisah benar, tetapi nama atau benda yang berkaitan dengan orang itu menjadi rahsia kita. atau benda ini antara dua pihak sahaja.

*****************************
makanan yang diberi jadi santapan kucing. ada Azeem sebutkan apa jenis makanan? klu ada sebarang kemusykilan tanya dulu.
*************************
Peace..,
xZYm

Feb 15, 2009

Menarik tak?

Menarik tak?

Dear PK
Pagi Tadi Azeem dapat dua cadangan secara tidak sengaja untuk tema ghost musical pada 2 minggu lagi di fakulti

  1. “ Siapa hah sorang lagi lelaki team ayam”
    ~ yang dimaksudkan oleh orang di atas Azeem. Padahal Azeem ada dibelakangnya sorak untuk team ayam. Memang sial…. sesuai untuk jadi invisible man.
  2. “ Azeem amiklah GK”
    “ Tak payahlah, suruh Taq jadi GK untuk semua games,wawa”
    ~ Memang sesuai untuk jadi Hantu lembik, bodoh, buang masa

Jadi keputusan pemilihan Azeem tidak akan dapat dilihat semasa majlis silaturrahim. Azim sudah tawar hati untuk datang mana-mana acara lagi-lagi yang melibatkan sukan. Memang tak pernah hargai pertolongan orang. Azeem bukannya AJK sukan pun. AJK lain lagi ramai. Satu lagi, nasib baik tiada size baju adidas yang Azeem nak beli untuk acara ini. Makanan yang diberi jadi santapan kucing.

Peace...,

xZYm

Sodak Mantak

Sodak Mantak

Dear PK,
Hati ini terbuka untuk menekan butang open create group di facebook. Apabila menekannya, tercetus ideal untuk membuka 'group' bagi DVM2. Sodak Mantak akhirnya bermula bermain difikiran. Memang sejak akhir-akhir ini nama ni acap kali disebut oleh DVM2. Sakit tekak Azeem apabila menyebut sodak........ dan disambut oleh orang lain mantap semasa perlawanan futsal.

Setakat jam 2 am,15 Feb seramai 12 orang sudah menyertainya. bolehlah terus ke http://www.facebook.com/group.php?gid=50735651607 untuk melihatnya.

Peace...,
xZYm

Feb 14, 2009

Ada point..

Ada Point...



Dear PK,
Tamat sudah minggu test 1. Tetapi difikirkan balik,memang menyesal sangat apa yang Azeem buat. Kena belajar study awal-awal. Semalam test fisiologi, terasa juga kelainan kerana rata-rata yang Azeem tanya tiada siapa pilih jawab sama dengan Azeem. Bagaimana boleh tergerak hati ingin menjawab soalan proses pendengaran dan bau )olfactory & hearing process.

Hujung minggu ini pasti padat dengan aktiviti, kena fikiran kostum bagi majlis silaturrahim, prepare presentation bagi pathology dan perlawanan netball. Jadi jangan biarkan hidup ini terlalu simple, buat hidup lebi meriah, baru seronok
.

Peace...,
xZYm

Feb 12, 2009

Tiada 'payung' minggu ini

Tiada 'payung' minggu ini



Dear PK,
Dalam keadaan mengantuk, Azeem tabahkan diri untuk keluar rumah. kalau ikutkan hati,memang malas nak bangun dari tidur petang. Kelas anatomi dihabiskan awal, tetapi petangnya ada tranning bola jaring. Ikut sahaja team bola jaring ni, total lelaki sekarang main satu team 4 lelaki - Azeem berjaya ajak sorang, memang patut pun dia main sebab dia 'punca' kekalahan futsal minggu lepas.


Sampai di sana,terus dapat khabar sedih. mula-mula ingatkan main-main sahaja,tetapi benar berlaku. Rihanna tangguhkan consertnya di Bukit Jalil. Sudah rancang minggu ini menontonnya bersama 4 kawan Azeem yang lain,terus dibatalkan. nampaknya tersimpan lagi tiket ini.

On February 8, 2009, Rihanna was scheduled to perform at the 2009 Grammy Awards. At short notice her appearance was canceled because of what her publicist described as "a traffic mishap".Reports state that after an altercation with her boyfriend, singer Chris Brown, he was arrested on suspicion of making criminal threats against her. Rihanna was treated at a local hospital for minor injuries, including bruises, cuts, and being choked unconscious.The Los Angeles Times reports that she is cooperating with investigators and that the incident is currently undergoing investigation.

Peace...,

xZYm





Feb 10, 2009

Keputusan terkini

Keputusan terkini



Dear PK
Mungkin Azeem belum mahir lagi untuk menilai mutu lagu. perasaan ini merasakan lagu Robert Plant & Alison Krauss tidak patut menang best record of the year pada grammy 2009 ni. Lagu Clodplay yang dijangkakan menang hanya membawa pulang best song and best pop rock album.

Meriah juga rumah kami menonton grammy di siaran 8tv sambil menghisap rokok yang baru dibawa oleh kawan Azeem dari Langkawi. Terlalu banyak sehingga tercetus ideal membuat domino games. malamnya, Azeem sibuk membuat scoreboard bagi olympia. my batch still 1st place..



****************************


************************

Peace..,

xZYm

Feb 9, 2009

Bolos saja bola itu...

Bolos saja bola itu...


Sodak.............. Mantak!
Sodak.............. Mantak!
Sodak.............. Mantak!

Dear PK,
Team DVM2 aka pinky monkey sodak mantak sekali lagi turun padang bagi acara futsal. walaupun tanpa kehadiran pemain harapan DVM2, DVM2 masih ada lagi secret weapon. Memang nama secret weapon yang disebut banyak kali sehingga boleh tubuh fan club,Well done Man!


Walaupun kalah ditangga ke-3, Azeem & cheerleaders yang lain tak putus-putus menjerit, sehingga merasakan keronkong ini ada terasa sakit sedikit. Jeritan bertahu-talu apabila DVM2 turun menunjukkan aksi. gaya korang memang smart lah,bro - Ben, cair, Fida, Wen Chee, Man, Zul, Fit, Derwin.


Mak cik scoreboard yang setia setiap acara

Cheerleaders


Team Sodak Mantak...
Peace...,
xZYm

Feb 8, 2009

becoming next McVet

Becoming next McVet

Dear PK,
Rasa bangga & terharu apabila dapat selamatkan nyawa mice. walaupun hanya 2 ekor tikus makmal sahaja,diselamatkan oleh 6 orang, Azeem tetap rasa itu perbuatan yang mulia. mission selamatkan tikus makmal dari hypoglycemia dengan berikan suntikan adrenalin perioteum and glucose by subcutaneous.

Mice before injection insulin




after insulin, our mice become over convulsion..
try to inject as much glucose
finally....


Fil, Juy, Ana, Shima, Sya...WE DID IT!!

*******************

nak beli tiket sunbrust,last minute cancel. if not must dah beli 6 ticket semalam. but yang 4 ticket pergi other concert,have fun...

*******************

peace...,
xZYm

Feb 6, 2009

Tetamu

Tetamu


Dear PK
lama rasanya tidak membuka website Azeem, mungkin kerana sibuk melayan kedatangan minggu exam. Kali ni memang Azeem tidak mahu membuat silap lagi,perlu bersiap lebih awal


PERMULAAN yang baik akan diakhiri dengan kejayaan. kalau bercakap tentang tetamunya, En. Vet Ethics dan En. Vet Anat sangat memerlukan kekuatan dalaman & Penghafalan yang tinggi. tidak mahu sudah mengatakan tetamu yang sudah pergi.


Minggu depan dua lagi tetamu datang, bakal Azeem layan dan buat persediaan awal. Hujung minggu diselitkan dengan persiapan perbentangan projek pathology. Abnormal liver masih berada dalam bentuk kertas lagi, insyaAllah semuanya bakal siap dalam hujung minggu ni juga.



*************************
hujung minggu ni akan diadakan perlawanan futsal, berjayakah batch Azeem kekalkan juara? kesian pada seseorang yang kempunan untuk tidak dapat mewakili batch Azeem. Akan digantikan oleh yang lain. yang boleh Azeem sampaikan hanya LAGU UNTUKMU pada dia. :)
**************************




Peace...,
xZYm

cARDIO TherApY