May 18, 2009

Kesedaran

Kesedaran


Dear PK,

Perjalanan pulang ke rumah terhenti seketika ketika azan Maghrib berkumandang. Lantas, Azim memberhentikan kenderaannya di surau berkenaan. Senyuman orang setempat membuatkan perasaan merasakan keramahan penduduk di sini. Selesai solat, tiba-tiba diumumkan ada kuliah agama. Terbuka hati Azim untuk duduk sebentar. Mungkin ada input yang boleh dijadikan panduan.


Muqadimah ceramahnya banyak berkenaan politik. Parti yang berlandaskan agama ini suka memberikan ceramah seperti. Mahu sahaja mengangkat punggung untuk beredar, telinga Azim menangkap kata-kata pedas yang dilontarkan oleh penceramah itu.


“Jangan hadirin sekalian cuba nak berkawan dengan orang yang tak sembahyang”


Terus Azim terpacak sehingga tamat kuliah maghrib itu. Antara isi kandungannya, mengenai orang Malaysia yang banyak meninggalkan solat. Jika kita tahu,kita kena tegur. Ataupun jauhkan diri daripada mereka. Itu selemah-lemahnya dengan geram dalam hati. Jangan cari suami atau isteri seperti ini.


Tidak tahulah benar katanya sudah 50% rakyat Malaysia tidak solat langsung. Lebih baik katanya berkawan dengan orang cina & india dari orang melayu yang tidak bersolat. Perjalanan pulang Azim ke rumah penuh tanda tanya. Perlukah Azim menjauhi mereka?

Peace..,

xZYm

May 17, 2009

Sekian Lama

Sekian Lama

Dear PK,

Lama sudah tidak menjenguk blog Azim. Mana tidaknya akhir bulan April sibuk dengan peperiksaan akhir kemudian dua minggu dihabiskan untuk latihan pengenalan lading dan minggu ini pula terpaksa menjaga adik Azim di hospital. E-Mail, Facebook, Friendster juga sudah lama tidak dijenguh.


Minggu-minggu akhir di Universiti :
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma terkilan dengan hari terakhir di tahan oleh pensyarah untuk melakukan peperiksaan semula bagi bahagian yang penting. Separuh daripada pelajar disenaraikan. Padahal Azeem bergegas untuk pulang menyambut hari lahir ayah Azeem. Hadiah ada pada Azeem. Akhirnya terpaksalah kami menyambutnya lambat sehari. Sedih juga sehari sahaja duduk di rumah.


Ladang Corakmas,Padang Hijau :
Ayah menghantar Azeem ke ladang lembu tenusu ini bersama-sama kawan-kawan Azeem yang lain. Kami ber-6. CP, Shyla, WC, Vivian & Vish (nama glamournya wani). Banyak juga yang dipelajari dan diketahui. Walaupun kampung Azeem di Kluang,baru Azeem tahu banyak benar sekatan polis. Malam di bandar Kluang, kepayahan membeli makanan, Kereta rosak di tengah bandar & Red Rockies menambah lagi pengalaman Azeem. Masa itu juga Azeem nampak betapa sungguhnya Vivian mengendalikan Dogathon 09’


Kolam Ikan & Udang, Gelang Patah :
Sekali lagi ayah tidak mempercayai Azeem untuk membawa kereta. Sampai di sana, sudah menarik minat ramai orang di sana. Ayah Azeem, dalam jabatan yang sama, boleh katakan ramai yang mengenalinya walaupun berlainan tempat bertugas. Mata Azeem juga tertumpu pada kereta merah jambu yang biasa kelihatan di fakulti dan kolej. Dalam hati merasakan ini rupanya Anis, senior Azeem yang disebut-sebut ada di sini. Hari pertama mungkin janggal lagi, hanya berbual pasal diri masing-masing. Azeem & 3 senior Azeem, Faiz, Anis & Liza ditugaskan untuk membuat kajian tentang permakanan udang galah.


Paling seronok bagi makan di waktu malam. Hanya lampu suluh, kami perlu memberi makan kepada semua udang. Rasa gementar itu ada lebih-lebih lagi Faiz telah nampak apa yang tidak sepatutnya dia nampak. Padahal 5 hari, tetapi Azeem boleh sahaja rapat dengan mereka. Hari keempat, penolong penyelia kami, Kak Aida menanyakan berapa umur Azeem,baru lepas SPM ke? Tergelak mereka,siap cakap Azeem lebih tua daripada mereka. Kak Aida kata perangai Azeem terlonjak-lonjak, suka mengusik orang & rambut tak terurus. Paling mendebarkan hari terakhir Kak Aida menanyakan Faiz duduk di asrama lelaki atau tidak. Faiz menjawab tidak dan mengatakan Azeem yang tinggal di situ. Terus Kak Aida mengatakan Asrama itu berhantu. Dia pernah nampak permpuan muda di pintu hadapan asrama rumah itu. Nasib baik, barang-barang Azeem sudah dipindah ke kereta. Ayah Azeem juga mengatakan tempat ini ‘keras’ sedikit


Mungkin ini perasaan Azeem, tetapi ini yang Azeem rasa. Seorang pelajar kolej di Melaka acap kali bersama-sama kami. Makan, keluar malam pun pasti dia ada. Tetapi sering kali dia seperti memberikan ‘hint’ mahu berpacaran dengan Azeem. Banyak juga caranya. Pulang nanti ke universiti, pasti Azeem menanyakan pada senior Azeem. Kalau benar, kecian dia tidak berbalas. Jika bukan pasti perasaan Azeem.


Minggu ini :
Masa diluangkan di Hospital Sultan Ismail menjaga adik Azeem yang dibedah tangannya akibat tulang radiusnya retak. Selang seli dengan adik Azeem yang akan ke matrik Melaka. Sempat juga berkenalan dengan seorang jururawat yang manis orangnya. Suka Azeem melihat dia, macam tak jemu dipandang. Umur sebaya dengan Azeem dan namanya sungguh cantik Maisara. Malangnya dia sudah bertunang. Banyak yang berlaku dalam bulan ini, Hafiz menang AF7, Tomok menang OIAM, Kris Allen masuk final American Idol. Selepas ini, masa terluang terlalu banyak. Baik digunakan sebaiknya. 3 hari lagi blog ini pasti akan senyap kembali. Ada tuntuan sesama manusia yang perlu Azeem lakukan.


Peace..,
xZYm

cARDIO TherApY