Jan 15, 2009
Panjang umurnya..
Jan 13, 2009
Kejutan Patho..
Jan 12, 2009
wonderful weekend
Dear PK,
Hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti, start pada malam hari Jumaat sehinggalah petang Ahad. shopping sakan lah kawan-kawan Azim apabila JPA memasuki duit ke dalam akaun bank. barang-barang idaman dibeli dan Azim pula dapat tunaikan satu hajat Azim iaitu botol air Adidas. bolehlah bersaing dengan Fil
Tempat-tempat yang telah Azim copkan tapak kaki pada hujung minggu lepas :
- Alamanda - makan-ing, window shopping, playing, kara oke-ing, surpiring some one..
- Kondo South city - seseorang yang Azim hendak beri kejutan birthday tinggal disini. HAPPY BIRTHDAY JUWAI aka 'Mrs Taq'. We lepak, makan, minum, playing games, tidur, watching tv and Azim skip class memanah (oops...)
- Mid Valley - Shopping time, if budak perempuan lihat budak lelaki shopping,must terkejut besar. mana tidaknya sampai lenguh kaki Shamil, maybe risau pasal sport day esok.
- Stadium universiti - ada perlawanan yang di-director oleh Shamil. must tolong. walaupun kalah,still my batch akan tunjukkan belang time ping pong.
- Kolej (katil....) - setelah penat.....TIDUR!!!
Peace..,
xZYm
Jan 10, 2009
Rebonding
Dear PK,
Ingin juga untuk melakukan rebonding,tetapi memikirkan yang benda ini bukan satu keperluan mustahak. rasanya rambut Azim memang semula jadi lurus tetapi ikal dibahagian belakang. memang smart lah jika nak ikut stail Joe Jonas. Ini Azim bagi tip,tak payah buat rebonding
- Pakai syampu, perapi dan rawatan yang baik sikit (Elseve L'oreal paling best)
- jangan keringkan rambut dengan ganas,try lepas shower keringkan rambut dengan cermat
- kalau tak pakai wax, pakailah minyak zaitun (sunnah..)
- make sure jangan 'patahkan' rambut
Peace..,
xZYm
Jan 8, 2009
Kereta Idaman
Dear PK,
Beberapa hari yang lalu, ketika sedang berborak bersama rakan-rakan, terkeluar isu kereta idaman yang memang dinanti-nantikan. Azim amat meminati Suzuki Swift bewarna merah. Diizinkan Allah memang kereta itu kereta pertama yang bakal Azim beli setelah masuk alam pekerjaan
Jan 7, 2009
Seminggu di semester 4
Dear PK,
Hari ini genap seminggu Azim memulakan kelas semula. yang penting Azim perlu tingkatkan lagi azam untuk naikkan CGPA Azim semester ini. Dengar kata ramai yang drop semester lepas. Tetapi tidak bagi Azim. Siap dapat pujian lagi dari PA Azim yang Azim meningkat. tetapi sangat jauh dengan target 3.5 kurang 0.47 dari yang dikehendaki.
Subjek semester ini banyak juga yang mencabar,harap Allah mudahkan dan di Luth Mahfuz Azim tertulis Azim dapat 4.0
Bacteriology
Ethic Vet
Anatomy
Pathology
Physiology
Small Ruminant *coming soon
Peace..,
xZYm
Jan 2, 2009
Laptop
Dear PK,
Tidak tahulah apa yang banyak difikirkan oleh Azim sehingga laptop Azim tertinggal ketika ayah menghantar balik ke universiti. memang kena ceramah free dari Seremban sehingga ke Serdang. Mak hanya mampu tersenyum sahaja.
Ketika orang sibuk memikirkan cara untuk menyambut tahun baru masihi, Azim pula bergegas pulang ke rumah dan hanya mampu melihat percikan bunga api di Danga Bay. terfikir juga adakah sama percikan bunga api ini dengan percikan bom di Palestin.
Jan 1, 2009
New Home
Dear PK,
Seronok juga suasana rumah baru. Walaupun belum ketemu pengganti dan kawan area sini, rumah Azim tidak perlu memasang penghawa dingin. Memang sejuk di waktu malam. Memang tidak dinafikan kurangnya hiburan di sini,nama pun ulu, tapi banyak benar hypermarket.
Saudara mara Azim pula berpusu-pusu ke rumah Azim. Tak menang tangan mak Azim melayan tetamu.
- Keluarga sebelah ayah Azim - malam kami pindah
- Mak Ngah Azim + 2 anak saudara Azim - 24/12
- Kedua-dua atuk Azim - one week
- Mak Inah + Mak uda - 2-3 day
- 'Ibu' aka kakak Amy search - 31/12
Dec 27, 2008
New Life...
Dear PK
Rasa terlalu berat untuk meninggalkan rumah baru ni. Baru berjumpa,ber’mesra’ beberapa hari, Azim terpaksa meninggalkannya. Semester baru bakal menjelang. Dengan result yang tidak memuaskan,Azim perlu tingkatkan lagi usaha untuk dapat lebih baik. Harap semester depan,sinaran sijil dekan bakal berada di tangan Azim.
Dec 22, 2008
Aurat Lelaki
Dear PK,
Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.
Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.
Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.
Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.
Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:
Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?
Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.
Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.
xZYm
Tiba Masanya...
Dear PK,
Akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba. Persiapan sudah dirapikan lebih awal lagi. Kali ini hanya menunggu untuk bertindak. 7 hati mula merasakan getarannya. Tidak perlu dirasakan kegemuruhan hati Azim,cukup melihat sikap kelam kabut ayah Azim.
Dengan pertolongan beberapa orang dan saudara-mara, akhirnya proses berjaya. Tinggal hanya kenangan bak kata En. Rahim Botak. Larkin, good bye…
Dec 19, 2008
Brother & Sister
Dear PK,
Walaupun ceritanya agak politik dan ada isu agama, tapi yang penting bagaimana setiap watak begitu bermakna bagi Azim. So, bolehlah masuk dalam list my fav series drama... Brother & Sister
Menjana Ummah Gemilang
Hijrah satu perjuangan....
Jika hanya sekadar menanam niat sahaja tanpa usaha, seperti menyiram air bermutu tinggi di tanag liat. Setiap yang diazam perlu dibuktikan dengan setiap sel yang ada di badan. Apa yang boleh diusahakan ialah meningkatkan tahap agama dalam diri. Agama bukan sekular,tidak perlu dipisah-pisahkan agama dengan kehidupan. Jadi banyak cara boleh meningkatkan kehidupan dalam lingkungan agama. Tidak perlu dipinggirkan benda yang diminati seperti muzik, hiburan, fashion, sukan, IT dan pelbagai yang lain, hanya perlu meningkatkan tahap kehidupan bertamadunkan islam.
- Tingkat sebenar-benar yakin kepada Allah dan rasulNya. Benda sangat sukar dilakukan perlu usaha berterusan. Apa yang boleh diusahakan elakkan percakapan membanggakan benda dan manusia serta selami kehidupan Rasulullah ke diri.
- Tingkatkan mutu solat. amalan yang nampak ringan,hanya wajib dilakukan 5 kali sehari.akan tetapi, terlalu ramai yang kantoi. Jika ditinggalkan,seperti tidak merasa apa-apa,seperti lupa makan sarapan atau lebih teruk dari itu. Pernah Azim dengar kata-kata yang keluar dari ulama terkenal dari Indonesia “jika 50% sahaja orang Islam penuhi tuntutan Rukun Islam ke-2 ini, pasti dunia ini dipegang oleh pemimpin yang adil seperti mana Allah lakukan zaman Nabi Musa” Jadi memang teruk bumi,sudahlah 3/5 orang tidak beriman, yang percaya pada Allah pun menyumbang kearahnya. Azim merayu janganlah tinggal solat lagi.
- Islam sangat galakkan umatnya menuntut ilmu,jangan segan untuk mengetahui sesuatu. Tidak kiralah ilmu duniawi atau akhirat,yang penting ilmu yang dipelajari dapat membantu diri dan orang lain. Kerana melalui ilmu manusia akan tahu perkara yang dilakukan berjanggah dengan islam atau tidak. Ilmu juga akan mendekatkan diri kepada Allah. Pentingnya sekurang-kurangnya Al-Quran perlu dibaca dan diamati tafsiran yang telah dilakukan oleh pakar.
- Perkara ini terlalu penting sehinggakan terlalu banyak perkara diucapkan oleh Rasulullah. Hubungan dengan sesama Islam perlu dipertingkatkan. Sehingga Rasulullah pernah bersabda tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak kasih saudaranya. Jadi pastikan kemaafan sentiasa diucap jika bersalah, persengketaan dimansuhkan dan buang sikap dengki pada orang. Hidup perlu memahami semua orang, bantu membantu dan hormat menghormati
- Benda ini memang sukar untuk lihat hasilnya,kerana dia rahsia dalam rahsia Allah. Apa yang boleh buat pastikan kehidupan semata-mata keredaanNya. Tidak semestinya orang yang menderma dengan cek besar tidak ikhlas atau orang yang beribadat malam hari seorang diri ikhlas. Manusia hanya pastikan niat mesti betul
- Jadikan diri sentiasa sedia digunakan untuk manfaat orang lain dan agama. Paling penting setiap langkah berjalan dengan bangga kerana beragama islam,bukan kerana ada gelaran Dr atau anak orang kaya atau terkenal. Dan jaga akhlak. Orang bukan Islam tertarik pada Islam atas sebabnya.
Jika harta menjadi punca, Allah telah buktikan(Abdul Rahman Auf, Abu Bakar)...
Jika jawatan yang dipegang,Allah telah buktikan (Umar Abdul Aziz, Khalifah Ar-Rasidin)
Jika pelajaran merosot, Allah telah buktikan (cendiakawan-cendiakawan Islam zaman Abbasiyah)
Jika hiburan mengasyikkan, Allah telah buktikan ( para tabi’in Zaman umaiyah)
Tanya iman
Anda pasti menemui hasilnya.....
xZYm
Dec 10, 2008
Rahsia personaliti warna berdasarkan tarikh lahir
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL (Warna Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan & bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru Kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!
*sumber dari majalah wanita tahun 2003. Faiz jumpa di Paya Jaras semasa lepak di bilik tetamu time kerja. sekadar renungan je,jangan percaya sudah...
Dec 9, 2008
Dec 8, 2008
Aidiladha 1429H
Hari ini mulalah jemaah haji memulakan amalan dari rukun islam yang terakhir. Kesemua umat islam akan berpusu-pusu dari seluruh dunia atas satu tujuan,untuk mendekat diri kepada Allah taala. Bagi rakyat Malaysia yang datang awal,mungkin mereka berniat ihram di Perigi Ali yang terletak tidak jauh dari Maakah dan yang baru sahaja bertolak,mungkin mereka akan terus berniat di dalam kapal terbang
Pengumpulan di Arafah, pengumpulan umat Islam terbesar di dunia diikuti ijtimai’ di Bangladesh pasti akan meninggalkan kesan pada jemaah haji. Tempat yang menjadi pertemuan datuk dan nenek kita,Adam-Hawa digambarkan seperti padang mashyar, semuanya sama,tiada layanan istimewa tetapi persekitaraannya pasti jauh berbeza dengan di akhirat nanti
Bagi yang tidak menjadi jemaah haji tahun ini,pasti akan menyambut Hari Raya di tempat masing-masing dengan keluarga. Walau bagaimanapun cara anda menyambut,hari ini merupakan hari kemenangan umat Islam. Raikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Penuhkan hari dengan bertakbir dan memuji Allah. Salam Aidiladha dari Purple Karkun
Dec 7, 2008
Dec 6, 2008
Stranger
Dear PK,
Selepas tamat bacaan Taalim di rumah Azim,adik Azim menyatakan hasratnya untuk menumpangkan kawannya di rumah kami untuk beberapa hari. Secara lazimnya benda ini tidak pernah disuarakan oleh kami kerana tahu ayah agak susah untuk menerima tetamu di rumah atas alasan aurat. Kalau tetamu itu perempuan lain cerita,ini lelaki. Tidak tahu apa alasannya, ayah menerima kehadiran Jamaludin
Rupanya ini kawan yang adik Azim berjanji untuk menemaninya kerja di Jaya Jusco. Hanya ayah dan adik Azim yang tahu alasan kenapa dia mahu menumpang. Atas alasan tetamu,Azim terpaksa mengalah dan tidur di ruang tamu. Katil Azim diberikan kepadanya. Tapi tidak mengapa,hanya beberapa hari.
Dec 3, 2008
Jaya Jusco
Biar betul,Biasa selepas balik surau adik Azim akan sambung tidur semula. Kali ini pelik, dia menonton televisyen dan jam 8.30 dia keluar rumah. Azim yang masih dalam ‘kepompong’ melihat dia bersiap dan memakai baju belang-belang biru putih. Seperti baju kerja sahaja. Lantas membuatkan Azim bersuara dan menanyakan dia mahu ke mana. Siap kritik lagi baju yang dia pakai hodoh. Rupanya dia bekerja di Jaya Jusco untuk menemani kawannya. Pelik sahaj kerja di situ padahal boleh je dia kerja di kedai cat milik Mak Lang kami.
Kerana sudah janji dia terpaksa menemani kawannya kerja. Baguslah boleh minta dia belanja beli beg Deuter baru. Duit JPA Azim sudah masuk angka 6(hanya segelintir sahaja tahu maksud 6),jadi kena berjimat sedikit. Maklumlah balik sahaja dari Paya Jaras terus beli DVD english series untuk sebulan. Macam sudah boleh buka kedai cd je. Mengamuk ayah bila tahu Azim menghabiskan lebih kurang 0.2k untuk cd sahaja, belum lagi benda lain. Susahlah hendak buang tabiat ni.
Dec 1, 2008
Quack..Quack..
Dear PK,

Nov 26, 2008
Paya Jaras
Dear PK,
Nov 24, 2008
Nightmare
Dear PK,
Memang seronok duduk di rumah,boleh sambung tidur semula selepas solat Subuh. Bangun-bangun sahaja sudah jam 11. Kelakar kadang-kala melihat Azim boleh bangun selewat ini. bangun-bangun sahaja menikmati masakan emak. Memang betul kata orang,the best food in the world is mum's cook. Sudah hampir 2 minggu di rumah,tak pernah bosan pun. Maklumlah jarang sangat makan nasi. Ini paling seronok. Sejak balik hari tu,rasanya baru 3 kali makan nasi. yang lain makan laksa, spaggeti, mee goreng. Memang keraplah makan,sehari 5,6 kali makan. Salah satu hajat untuk birthday dulu,naikkan berat badan 10kg mungkin akan tercapai jika berterusan sampai ke kolej.
Tapi yang membinggungkan Azim sejak beberapa hari ni,mimpi Azim selalu terganggu. Memang mungkin habit rasanya jika sesuatu yang Azim pendamkan,ia akan terkeluar melalui mimpi. selepas itu mulalah bercakap semasa tidur. Sudah lama benda ni,kebanyakkan teman sebilik Azim akan tahu. Alyasa' , Shariman, Shazali tahu Azim akan bercakap-cakap semasa tidur. Mimpi kali ni sesuatu yang Azim kurang pernah beli untuk orang lain. satu-satu benda itu mula keluar dalam mimpi Azim. Hendak kata Azim mula rasa tidak ikhlas tolong dia,ikhlas satu rahsia Allah yang hanyaNya yang mengetahui. agak susah hendak dapatkan barang-barang itu, ada yang dapat hanya sekali dicari di kedai, ada yang perlu dicari beberapa kedai sehinggakan teman yang menemani Azim,Shahir mula mengeluh. last minute,Azim cari hari lain. Mungkin kerana fokus untuk memenuhi dan Azim ingat item itu beberapa hari membuatkan keluar dalam mimpi rasanya.
Haraplah mimpi ini tidak ikut Azim ke Sungai Buloh. tiba masanya masuk bilik untuk kemas barang-barang. Tiket jam 10pm, kenalah prepare awal.

- In a relationship – Sudah menjumpai pasangan dan kini dalam hubungan secara tidak rasmi tetapi masing-masing sudah menjelaskan perasaan.
- in a commitment – sedang dalam komitmen terhadap hubungan yang serius dan bakal membawa perkahwinan.
Wahai orang-orang yang bujang,sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan memahami keadaan umatnya dan sesungguhnya manusia sekarang sudah tidak menurut panduan syariat Al-Qur’an dan sunnah lalu terjadilah kalian sebahagian golongan yang tersisih dan terpinggir dalam kumpulan masyarakat.Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan keadaan kamu dan dia Maha pengasih lagi Maha penyayang Di akhir zaman ini melaksanakan ibadah kepada Allah tidaklah mudah akibat jahil dan sesatnya umat dari pertunjuk kitab dan sunnah dan salah satu ibadah yang sukar dilaksanakan ialah nikah. Dewasa ini ramai pemuda dan pemudi Islam menghadapi masalah untuk bernikah akibat beberapa perkara :
- Tidak mampu dari sudut kebendaan dan kewangan
- Tidak mendapatkan calon yang sesuai
- Tidak dikehendaki oleh orang lain akibat memiliki kekurangan, kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental
- Tidak mampu bernikah lantaran pernah kecewa dan putus cinta dan menghadapi tekanan jiwa
- Mendapat tentangan dari keluarga dan dihalang dari bernikah
- Golongan bujang tidak dibebani tanggungjawab
- Golongan bujang dapat mengunakan masa dan waktunya yang banyak terhadap ilmu, diri sendiri dan benda yang dia suka.
- Golongan bujang lebih dekat kepada Allah swt kerana tidak mudah dilalaikan oleh dunia dan kesedihan
- Golongan bujang mempunyai ketegasan dan semangat yang lebih tinggi dalam perjuangan dan sanggup berkorban
Nov 19, 2008
Azim & Practical
Dear PK,
Nov 17, 2008
Terperangkap
Terperangkap
Dear PK,
Sedang asyik anda bersuka ria bersama-sama orang tersayang, bercerita tentang orang yang dibenci dan cuba mencari apa yang perlu dibuat selepas ini, tiba-tiba anda digemparkan dengan tornado yang menyerang kawasan anda. Di dalam keadaan kelam kabut, cuba memikirkan diri sendiri dahulu, anda cuba selamatkan diri dengan mengunci diri anda di sesuatu tempat. Tanpa anda sedar anda mungkin terperangkap dengan :
- Orang yang paling anda rapat. Mungkin anda berasa gembira kerana orang yang anda rasa selamat berada disisi anda. Tetapi pernah anda terfikir,semasa keadaan sebegini,macam-macam boleh berlaku. Kedua-duanya dalam keadaan tertekan,hal yang kecil boleh sahaja dibesarkan dan apabila tornado tamat, tamat jugalah hubungan anda berdua.
- Orang yang anda rapat tetapi sebelum tornado ada benda yang diperselisihkan. Semasa terperangkap anda mungkin akan banyak masa untuk berkongsi lebih cerita hingga anda rasa menyesal apa yang anda lakukan terhadapnya. Tornado membantu memulihkan hubungan anda.
- Orang yang tidak anggap anda sebagai kawan,tetapi anda anggap dia sebagai kawan. Waktu ini anda akan tunjukkan peranan sebagai kawan,menolong dia sedaya mungkin hingga lupa tentang diri sendiri. Berikan semua keperluan yang ada padany. Orang yang tidak mempunyai perasaan sahaja tidak tersentuh dengan apa yang anda buat. Apabila keadaan kembali aman, anda dan dia mungkin mula menjadi kawan atau kedua-duanya berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku semasa tornado itu
- Orang yang menyusahkan hidup anda. Dalam keadaan terdesak,anda terpaksa bersembunyi bersamanya. Memang mula-mula anda berasa tidak selesa serta mungkin hanya berdiam diri sahaja sepanjang di dalam perangkap itu. Bila keadaan sepi, mula anda rasa orang seperti ni juga manusia seperti biasa, kadang-kala membuat silap dan menurut hawa nafsu. Apabila kemaafan diucapkan,dengan rela anda akan memaafkannya.
- Orang yang memang anda akan membunuhnya jika anda berjumpanya. Suka atau tidak akhir daripada benda ini akan diakhiri dengan seseorang akan kecewa atau cedera atau lebih teruk lagi. Semasa terperangkap, segala perasaan dendam terperangkap akan keluar melalui aksi anggota.
Memang pengakhiran daripada semua ini akan ada mulanya persahabatan, kemaafan , penyesalan. Apa yang penting, selagi hati ini masih berpegang pada satu prinsip, selama mana pun anda terperangkap, pengakhiran dengan kegembiraan. Jangan besarkan benda yang kecil dan anggap semua benda kecil serta semua orang patut dimaafkan.
Peace..,
xZYm
I Hate This Part
Dear PK,
Apabila Im memceritakan peristiwa yang berlaku pada Im semasa di Kem Kepimpinan Veterinar kepada beberapa orang, mereka merasakan Im ni terlalu ikutkan perasaan. Menitis air mata Im bila ayah Im menceritakan kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah tentang persaudaraan. Mula timbul rasa menyesal kerana berubah sekelip mata sahaja. Mungkin mereka ingat Im ni seorang yang sangat baik dari segala segi, tidak semestinya orang yang berkopiah dan bercakap manis seorang yang baik. Tidak akan wujud di muka bumi ni selain Rasulullah dan sahabat yang diibaratkan seperti kain putih,tiada cacat celanya.
Kemarahan Im memang mula reda pada malam ke-2, apabila Im mula ramai yang begitu sedih melihat dan mendengar komen-komen daripada junior. Di tambah pula salah sorang daripada kawan Im faham kata Im,tidur tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Kesian melihatnya kesejukan,Im ambil bedding Im dan menutup badannya. Im menyambung melakukan kerja dengan ditemani oleh dua orang yang susah payah menjadikan kem ini berjalan lancar. Rasa bersalah pula melihat mereka menemani Im,sehinggakan director kem ni tahan untuk ke tandas sejak awal subuh hingga ke tengah malam. Acap kali Im menyuruh mereka tidur dahulu,akan tetapi mereka menolak.
Mereka menemani Im sehingga kerja bagi perjalanan kem 2 hari siap. Perkataan yang terkeluar atau sengaja keluar dari mulut director semasa kami borak-borak kosong ialah “Kita kan kenal lama,if u dalam kesusahan..i & cc must tolong punya, itu guna kawan. Kita orang tak tidur pun takpe..” terdiam seketika Im,tiba-tiba Im terpandang jam di laptop menunjukkan angka 3.50am. Im simpan dengan penuh cermat kerja Im,kemas semua barang dan mula masuk tidur. Memang masa itu niat Im bangun hendak minta maaf pada orang yang Im sakitkan hati mereka. Allah boleh ubah segala-galanya, bila matahari menjelma, sedang Im menyediakan lagu bagi senaman pagi, 3 orang daripada junior datang ke Im dan menanyakan
“ Azim,senior lelaki lain solat subuh kat mana ah?tadi nampak 3 orang je solat..”
Im mengagak “ solat kat dalam khemah kot.”
Soal sorang daripada mereka “ bukan kena solat berjemaah?rasanya solat jemaah bukan aktiviti junior je kan?”
Tunduk malu dan bagi mengubah cerita Im menyuruh mereka menanyakan pada komander. Im tak marah pada kawan Im yang tak solat,tapi Im marah kalau orang tahu atau hendak menunjukkan keburukan kawan Im. Bagi Im, mana-mana yang rapat dengan Im semuanya prefect, tiada cacat celanya. Tahu-tahu je lah, nama budak lelaki yang rapat dengan Im akan Im selalu sebut nama mereka pada kawan perempuan Im dan nama-nama budak perempuan yang rapat dengan Im,Im akan selalu sebut depan budak lelaki. Kadang-kala Balqeis menyampah bila Im selalu sebut nama beberapa orang. Im suruh En Syafiq gantikan tempat Im,Im turun ke dapur untuk mengambil minuman.
Sedang Im menuang air di dalam gelas, seorang daripada ajk makanan menyuara “ Ko ni pelik la,psyco.. kenapa buat macam gitu pada dorang?”. Alhamdulillah, Im dapat kawal lagi perasaan Im,Im basuh gelas dan kembali ke khemah,sambung tidur. Memang sebelum mulanya perkhemahan Im menyampah dengan dia. Ada hati nak boikot benda yang susah payah orang rancang semata-mata kerana tidak suka dengan sesuatu perkara. keputusan untuk berbaik dengan mereka Im batalkan. Setelah apa yang Im lalui dan tempuhi, masih lagi mereka yang mendengar terutamanya ayah Im rasa Im patut biarkan sahaja. Memang dalam hati Im masih ada perasaan bersalah dan sedih melihat mereka rasa bersalah, tapi benda ni sudah terjadi.
Memang sukar untuk menelan benda pahit ni. Im sudah pun meminta maaf dan yang terlibat dan insyaAllah benda ni jadi pengajaran bagi Im. Im tidak belajar dari group bersama mereka semasa hubungan etnik dahulu, setelah kena sekali lagi baru perasan. Apa-apa pun Im kena amati dan jalani cuti Im dengan tenang. Naik semester baru Im sudah pun janji pada seseorang pastikan kedatangannya ke kelas lebih-lebih lagi pukul 8 100% kecuali dia sakit. Nasib baik dia sudah isi ‘borang’ jadi kawan rapat Im. Kelakar bila ingat pasal isu borang kawan baik. Rancangan hendak menemani emak Im ke Langkawi bagi membeli barang dapur terpaksa Im batalkan
Ada benda yang perlu Im ambil tahu dahulu. Seorang senior Im secara tiba-tiba menghantar mesej kepada Im yang dia kemungkinan akan diserang oleh bapa kawannya atas alasan menyebabkan kawannya memasuki Islam. Oleh kerana senior itu kawan Im, Im tabahkan diri naik bus ke Penang untuk menjenguhnya sebentar. Pelik sepupu Im melihat kelakukan Im, siap cakap “because that guy, u must take a 10 hour journey?” dengan selambanya Im balas, “ evan that guy at Norwey, I still want look at him, he my friend.”. Nanti kalau ada masa nanti Im cerita bagaimana kami boleh islamkan sorang penganut agama Buddha.
Hari Isnin ni rumah Im bakal didatangi oleh 4 orang bakal doktor tulang. Mereka akan menjalani latihan praktikal di Hospital Sultanah Aminah,JB. Ayah Im sediakan tempat tinggal berdekatan dengan rumah Im,maklumlah salah sorang daripada mereka merupakan sepupu rapat Im. Balik dari Penang mungkin hari Isnin atau Selasa pagi, Im akan mula menghias bilik Im. Ini sedikit sebanyak pengubahsuaian rumah Im. Rumah biasa sahaja, 22’ x 70’ dengan dua tingkat. Im tunjukkan sedikit sebanyak perubahan rumah Im.. 50% baru siap, hopefully siap sebelum naik semester baru.
Im bersama bilik Im...
Nov 9, 2008
I Believe I can....I Believe I will
Dear PK,
Penat rasanya sepanjang hari ni,penuh dengan benda-benda yang berkaitan dengan Kepimpinan Veterinar. Patut lah susah jadi director bagi satu-satu photoshoot,perlu banyak pengorbanan dan kesabaran. mana-mana yang ahli jawatan kuasa yang tidak memberi kerjasama memang Im buang dia dalam list. sudah diberitahu ada pengambaraan,hanya seperti meletakkan air di daun keladi. lihat sahaja apa yang mereka akan dapat menerusi cd yang mereka akan dapat.
Bagi pengambaraan sesi malam pula diselangi dengan proses pembelajaraan tarian yang patut diketahui oleh semua ajk. lagu yang dipilih dari runut bunyi filem Honey, I Believe. terasa sakit juga muscle-muscle yang origin atau terminate di scapula. Tibanya di rumah,perlu pula mengajar kawan-kawan Im step tarian itu. terasa kelakar pun ada bila Im belajar step tarian.
Esok Im akan mula bertolak ke Pahang,maybe celebrate birthday di sana kot. tidak dapat dijangka lagi. Nanti bolehlah Im kongsikan keseronokan itu kepada semua,InsyaAllah
xZYm
one step for move on

Alhamdulillah, dengan pertolongan ilahi dapat Im menghabiskan semester ni dengan penuh dengan dugaan. baru terasa kepayahan mengambil veterinar sebagai pilihan hati untuk dijadikan asbab rezeki Im datang. Ramai sahabat sepejuangan Im rasa mengeluh dengan prestasi mereka semester ni. mana tidaknya seumur hidup tidak pernah mendapat D atau tidak lulus kata kawan Im.

Semester ni banyak Im luangkan masa dengan coursemate Im. Yang mana kenal nama sahaja, semakin rapat. Yang rapat sejak dulu semakin akrab kami. Semakin tahu lah rahsia disebalik kopiah Im. banyak aktiviti vet yg Im involve semester ni.. yang akan datang ialah Kem Kempipinan Veterinar pada esok hari. Jadi movie maker lah Im nanti. walaupun semester ni Im banyak hilang sahabat,tetapi di tutupi dengan beberapa minggu yang sangat seronok. bebas dari segala-galanya.
Beberapa hari lagi tambahlah usia Im setahun lagi. Akan tetapi,saudara mara Im masih lagi cakap Im macam budak-budak lagi. semua nak harapkan parent. klu dari segi perangai maybe mtang sikit kot. muka...still green. Ini hajat Im bagi umur 21
1) Tambah berat badan 10kg
2) Bermalam dan berkenalan dengan parent Shazali Husssein
3) Akaun tabung Haji tambah jadi 5k
4) Keluar 40hari di East malaysia
5) CGPA mencecah 3.5
6) Memelihara burung Nuri
7) Beli XBox
8) Adakan gathering 'King' (my group during sek. )
9) Pujuk my sister pakai tudung
10) Kereta baru
* hanya warna putih sahaja dapat dilakukan
Jadi untuk 22, Im perlu usaha lebih keras lagi bagi dapat menenuhinya..
xZYm
Nov 6, 2008
Lega Rasanya
"pada lelaki je ke" dia menanyakan soalan
"tak lah,lelaki dan perempuan..tetapi kejap je lah.paling lama 1 hari"Im menjawab soalan si dia
Semester ni banyak sangat benda yang Im rasa tidak puas hati,even my family do something they think good to me,Im tidak dapat menerimanya. mungkin kesan kehilangan sahabat dengan begitu ketara rasanya. Dulu,Im memang boleh dijadikan idola bagi mereka..Allah bagi Im ilmu,Im kongsikan untuk kebaikan mereka. Semalam,salah seorang daripada sahabat Im yang Im rasa Im cuba jauhkan diri daripadanya menegur Im. Tanya khabar Im,buat Im rasa serba-salah. Dia tidak pun bersalah dalam hal ini,hanya jadi mangsa keadaan.
Mungkin Im terpaksa membuat perubahan yang besar semester hadapan. Im sudah memberikan beberapa klu pada si 'baru'. Tetapi takut perubahan ini akan memberi kesan pada orang lain. Atas fikiran rasional,Im mesti fikirkan tentang masa hadapan Im. Zaman kegemilangan Im yang pernah Im kecapi tidak lagi Im nampak sinar untuk mengapai impian itu. Jadi,Im kena kejar dan usaha agar kegemilangan itu ladi milik Im kembali.InsyaAllah
xZYm
Nov 5, 2008
Repeatibility part 2
Post sebelum ini Im ada menceritakan tentang apa hati Im kata. Apabila difikirkan, seperti Im mahu kejadian semester lepas berlaku kembali. Selepas sahabat Im pulang dari bilik kerana Im hendak meminjam nota dia,cepat-cepat Im mengambil wudu' dan bersolat Dhuha diiringi hajat bagi memberi petunjuk benarkan apa yang Im lakukan ini . Selesai bersolat, terus alunan lagu Miley, 7 things bergema di bilik 136. Lagu ini memang Im tetapkan apabila ayah Im menelefon.
Im menceritakan apa yang Im telah buat. Ayah Im menyuruh Im kembali ke tempat baru kerana ayah Im tidak mahu Im merosakkan kehidupan Im. sekiranya Im diami dikawasan si 'lama', Im akan tidur sahaja dan agak susah untuk mengulangkaji pelajaran. memang benar kata ayah Im, Im sepatutnya tidak lari dari masalah. Dari dulu lagi, Im suka lari dari masalah sehinggakan jika Im merajuk atau berkecil hati,Im akan meninggalkan orang itu dengan penuh tanda tanya.
Harapan mengunung agar Im mengetahui erti persahabatan.
*ayah Im ajar Im banyakkan baca ayat 25-26 surah Ali-Imran agar hati Im tiada buruk sangka dan tidak mudah kecil hati pada orang
xZYm
Nov 4, 2008
Repeatibility
Purple,memang nampak sangat tersirat..dari warnanya kita dapat tahu yang dia sangat cantik, semua orang melihatnya berasa cemburu mengapa tidak dilahirkan seperti ungu. tapi mereka tidak tahu yang ungu mempunyai sangat misteri,hanya segelintir yang pernah kehidupannya dicampuri dengan warna ungu tahu apa sebenarnya ungu. penuh dengan kejutan dan lain dari kawalan aqli. Kemisteriannya membuatkan dia sangat mendendamkan sesuatu dan merasakan dirinya tidak layak dikenali atau disanjungi oleh sesiapa. sesiapa sahaja yang mendekati ungu akan rasa kehebatannya dan isi campuran ungu juga diketahunya,tetapi mereka tidak mengetahui ungu sangat susah untuk dijaga bila didekati dan sangat mudah berubah jika campuran warna merahnya berlebihan....
Persahabatan sangat memerlukan rasa tolak ansur dan mempercayai antara dua insan. masalah Im dalam mengenali erti persahabatan memang diuji lagi. begitu ramai sekali sahabat-sahabat Im menjauhi dari Im kerana Im sangat cepat kecil hati dan rasa diri tidak dihargai. Sepanjang hidup Im,hanya Muhkriz sahaja yang dapat mengenalkan kepada Im erti persahabatan. malangnya,Allah lebih menyayanginya. perasaan ingin mencari sahabat diwaktu susah dan senang menjadikan hidup Im tidak tenang. Im,kadang-kadang takut pisang berbuah dua kali selepas apa yang terjadi pada Im semester lepas.
Bunga-bunga masalah ini seperti timbul kembali. hampir sama dengan masalah yang Im hadapi dulu. Im mula rapat dengan seseorang yang Im tidak jangka akan rapat dengannya.. Asbab kami mula rapat oleh kerana Im rapat dengan salah seorang kawannya. Memang Allah bagi sifat Im akan mula percaya dengan orang yang mula rapat dengan Im,banyak benda yang Im simpan sebagai memori hitam dan putih,Im muntahkan kepadanya. Benda ini berulang seperti awal tahun ini. Sesiapa yang rapat dengan Im akan tahu Im memang suka bercakap,dan Im takut habit Im ini akan membawa masalah dalam persahabatan Im. Im tidak menidakkan yang kadang-kadang Im pun rasa tidak gemar dengan cara Im ni,lagi-lagi ketika sahabat Im sedang sibuk melakukan kerja yang lebih penting. sepatutnya dia memberitahu Im yang dia hendak privasi, Im boleh menerimanya kerana Im juga melakukan tugasan yang sama.
Fikiran Im buntu sekarang. benarkan Im ni terlalu sensitif atau memang Im tidak layak berkawan rapat dengan mana-mana manusia. perasaan Im sekarang seperti mahu menjarakkan diri Im daripada dia. lebih parah lagi apabila apa yang Im mahu,tidak dipenuhinya. buka apa,untuk memenuhi keinginan dia juga. Tetapi Im takut ini akan mengeruhkan lagi keadaan. kata-katanya untuk menemani Im *t*** bersama-sama masih terpahat dalam memori Im. mungkin dia mula sedar yang Im menjadikan tugasnya lambat disiapkan.semoga Allah menunjukan jalan yang patut Muhammad Azim Abd Rahim lalui ini benar.
dulu Im memang tidak boleh mendiami kedua-duanya,asbab satunya menyerang Im dan satu lagi melarang dan menuduh Im bukan-bukan. hingga Im buat keputusan mendiami luar kawasan. sekarang begitu juga,kedua-dua Im segan untuk mendiami,satunya Im hendak mengelak dari yang baru dan satu lagi mengelak dari yang lama. Im tidak boleh membuat keputusan mendiami luar kawasan kerana akan mempengaruhi target 3.5 Im. Jadi,Im akan memilih mendiami kawasan yang ada si 'lama'. Im tidak mahu si 'baru' rasa Im terlalu mengada-ngada dan biar masih lagi wujud persabatan seperti biasa kami. biar Im rasa stess untuk mengulangkaji pelajaran di kediaman si 'lama' dan target 3,5 tidak kesampaian.
kerinduan yang lama membuat hati ingin yang baru jadi seperti lama. tiada borang atau bayaran dalam persahabatan,tetapi hanya mengenali hati dan perasaan.
xZYm