Dec 1, 2008

Quack..Quack..

Quack..Quack..

Dear PK,
Tamat sudah practikal seminggu di Pusat Pembiakan Itik, Paya Jaras. Keseronokan memang tidak terkata. Banyak yang Azim pelajari daripada semua praktikal kali ini. Teman praktikal juga tidak menghampakan. Wen Chee,Vish,Chen Phing dan Faiz DVM3 membuatkan seminggu Azim tidak membosankan. Walaupun tiada hiburan di sana dan lagi-lagi pintu pagar di tutup selepas jam 10 malam, gelak ketawa dan keakraban kami lebih daripada TV atau laptop. Malam Jumaat lepak rumah Faiz di Sri Damansara. Faiz kena sambung hingga minggu depan.


Azim memang kenal Faiz sudah lama,jadi lawak-lawaknya macam satu kebiasaan bagi Azim. Tetapi bagi yang lain, bila dengar lawak Faiz yang selamba sahaja, membuatkan mereka tidak putus-putus ketawa. Azim ditempah lagi untuk menjadi teman praktikal mereka semester depan. InsyaAllah, mereka ajak ke Kundasang,Sabah dan kemudiannya mendaki Gunung Kinabalu. Sound good to me. Tetapi rancang hendak masuk group lain pula,tengok semester depan. Paling penting kena pergi 3 tempat,nanti bosan buat laporan.

Kegembiraan mungkin boleh dilihat dari gambar-gambar di bawah.kebanyakkan gambar masih lagi pada Vish,lagi-lagi gambar Azim sedang memasak. Masak? Hehe...



Wow,ada anak itik lah dalam telur!



“Banyak tak anak itik, ini baru 20 % siap” Chen Phing



















Pilih..pilih.. lepas ni kena buat sexing pula.

Anak itik ini akan dihantar ke Kedah

Saje ambil gambar di motor apek yang mahu beli itik (cp buli...)

Oopps.. 18SX.

Sorry lah Faiz..berat tak sampai 50kg,tak boleh tolong.

Peace..,

xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY