Nov 19, 2008

Azim & Practical

Azim & Practical

Dear PK,
Belum hilang lagi penat Azim berada di langkawi, bunyi deringan phone mendendangkan lagu lovebug(bermakna sangat lagu ini) mengejutkan Azim yang baru sahaja hendak melelapkan mata. Apabila dibaca mesej yang Azim dapat daripada teman sesama praktikal Azim, Wen Chee terus kerutan terpancar di dahi Azim. Bagaimana Azim perlu berada di Klang pagi hari Isnin? Bas bertolak dari Johor Bharu ke Klang paling awal pun jam 10pagi. Jadi,Azim mengambil keputusan untuk meminta pertolongan dari kawan Azim yang berada di Klang,mugkin dia boleh menumpangkan sehari di rumahnya atau tolong Azim mencari bilik tumpangan.


Mungkin dia sibuk rasanya membuatkan dia tidak membalas mesej Azim. Jadi,Azim kena cari cara lain. Azim akan bermalam di puduraya. Maknanya Azim akan bertolak dari Johor Bharu malam Ahad dan sampai di Pudu pagi,mungkin jam 3am. selepas subuh baru bertolak ke Klang menggunakan komuter. Sekirannya ayah Azim tahu Azim buat macam gini mesti kena ceramah free je. banyaklah kes yang Azim dengar berkaitan dengan Pudu,ada orang kena culik,kena rompak,kena rogol malah kes lebih teruk pun berlaku di sana. maklumlah Pudu juga tempat kunjungan bukan rakyat Malaysia yang bekerja di Malaysia.


Hopefully, permulaan minggu depan Azim dimudahkan. Rasanya Azim bukan seorang melayu tipikal yang perlu hidup dengan orang melayu dan satu geng (kumpulan), tidak sabar hendak berpraktikal dengan Vish, Wen Chee dan Chen Phing.
peace,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY