Nov 17, 2008

I Hate This Part

I Hate This Part

Dear PK,
Apabila Im memceritakan peristiwa yang berlaku pada Im semasa di Kem Kepimpinan Veterinar kepada beberapa orang, mereka merasakan Im ni terlalu ikutkan perasaan. Menitis air mata Im bila ayah Im menceritakan kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah tentang persaudaraan. Mula timbul rasa menyesal kerana berubah sekelip mata sahaja. Mungkin mereka ingat Im ni seorang yang sangat baik dari segala segi, tidak semestinya orang yang berkopiah dan bercakap manis seorang yang baik. Tidak akan wujud di muka bumi ni selain Rasulullah dan sahabat yang diibaratkan seperti kain putih,tiada cacat celanya.

Kemarahan Im memang mula reda pada malam ke-2, apabila Im mula ramai yang begitu sedih melihat dan mendengar komen-komen daripada junior. Di tambah pula salah sorang daripada kawan Im faham kata Im,tidur tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Kesian melihatnya kesejukan,Im ambil bedding Im dan menutup badannya. Im menyambung melakukan kerja dengan ditemani oleh dua orang yang susah payah menjadikan kem ini berjalan lancar. Rasa bersalah pula melihat mereka menemani Im,sehinggakan director kem ni tahan untuk ke tandas sejak awal subuh hingga ke tengah malam. Acap kali Im menyuruh mereka tidur dahulu,akan tetapi mereka menolak.

Mereka menemani Im sehingga kerja bagi perjalanan kem 2 hari siap. Perkataan yang terkeluar atau sengaja keluar dari mulut director semasa kami borak-borak kosong ialah “Kita kan kenal lama,if u dalam kesusahan..i & cc must tolong punya, itu guna kawan. Kita orang tak tidur pun takpe..” terdiam seketika Im,tiba-tiba Im terpandang jam di laptop menunjukkan angka 3.50am. Im simpan dengan penuh cermat kerja Im,kemas semua barang dan mula masuk tidur. Memang masa itu niat Im bangun hendak minta maaf pada orang yang Im sakitkan hati mereka. Allah boleh ubah segala-galanya, bila matahari menjelma, sedang Im menyediakan lagu bagi senaman pagi, 3 orang daripada junior datang ke Im dan menanyakan

“ Azim,senior lelaki lain solat subuh kat mana ah?tadi nampak 3 orang je solat..”
Im mengagak “ solat kat dalam khemah kot.”
Soal sorang daripada mereka “ bukan kena solat berjemaah?rasanya solat jemaah bukan aktiviti junior je kan?”


Tunduk malu dan bagi mengubah cerita Im menyuruh mereka menanyakan pada komander. Im tak marah pada kawan Im yang tak solat,tapi Im marah kalau orang tahu atau hendak menunjukkan keburukan kawan Im. Bagi Im, mana-mana yang rapat dengan Im semuanya prefect, tiada cacat celanya. Tahu-tahu je lah, nama budak lelaki yang rapat dengan Im akan Im selalu sebut nama mereka pada kawan perempuan Im dan nama-nama budak perempuan yang rapat dengan Im,Im akan selalu sebut depan budak lelaki. Kadang-kala Balqeis menyampah bila Im selalu sebut nama beberapa orang. Im suruh En Syafiq gantikan tempat Im,Im turun ke dapur untuk mengambil minuman.

Sedang Im menuang air di dalam gelas, seorang daripada ajk makanan menyuara “ Ko ni pelik la,psyco.. kenapa buat macam gitu pada dorang?”. Alhamdulillah, Im dapat kawal lagi perasaan Im,Im basuh gelas dan kembali ke khemah,sambung tidur. Memang sebelum mulanya perkhemahan Im menyampah dengan dia. Ada hati nak boikot benda yang susah payah orang rancang semata-mata kerana tidak suka dengan sesuatu perkara. keputusan untuk berbaik dengan mereka Im batalkan. Setelah apa yang Im lalui dan tempuhi, masih lagi mereka yang mendengar terutamanya ayah Im rasa Im patut biarkan sahaja. Memang dalam hati Im masih ada perasaan bersalah dan sedih melihat mereka rasa bersalah, tapi benda ni sudah terjadi.

Memang sukar untuk menelan benda pahit ni. Im sudah pun meminta maaf dan yang terlibat dan insyaAllah benda ni jadi pengajaran bagi Im. Im tidak belajar dari group bersama mereka semasa hubungan etnik dahulu, setelah kena sekali lagi baru perasan. Apa-apa pun Im kena amati dan jalani cuti Im dengan tenang. Naik semester baru Im sudah pun janji pada seseorang pastikan kedatangannya ke kelas lebih-lebih lagi pukul 8 100% kecuali dia sakit. Nasib baik dia sudah isi ‘borang’ jadi kawan rapat Im. Kelakar bila ingat pasal isu borang kawan baik. Rancangan hendak menemani emak Im ke Langkawi bagi membeli barang dapur terpaksa Im batalkan

Ada benda yang perlu Im ambil tahu dahulu. Seorang senior Im secara tiba-tiba menghantar mesej kepada Im yang dia kemungkinan akan diserang oleh bapa kawannya atas alasan menyebabkan kawannya memasuki Islam. Oleh kerana senior itu kawan Im, Im tabahkan diri naik bus ke Penang untuk menjenguhnya sebentar. Pelik sepupu Im melihat kelakukan Im, siap cakap “because that guy, u must take a 10 hour journey?” dengan selambanya Im balas, “ evan that guy at Norwey, I still want look at him, he my friend.”. Nanti kalau ada masa nanti Im cerita bagaimana kami boleh islamkan sorang penganut agama Buddha.

Hari Isnin ni rumah Im bakal didatangi oleh 4 orang bakal doktor tulang. Mereka akan menjalani latihan praktikal di Hospital Sultanah Aminah,JB. Ayah Im sediakan tempat tinggal berdekatan dengan rumah Im,maklumlah salah sorang daripada mereka merupakan sepupu rapat Im. Balik dari Penang mungkin hari Isnin atau Selasa pagi, Im akan mula menghias bilik Im. Ini sedikit sebanyak pengubahsuaian rumah Im. Rumah biasa sahaja, 22’ x 70’ dengan dua tingkat. Im tunjukkan sedikit sebanyak perubahan rumah Im.. 50% baru siap, hopefully siap sebelum naik semester baru.

Im bersama bilik Im...

my mum part. also tempat Im buat roti & spaggeti.










Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY