Dec 6, 2008

Stranger

Stranger

Dear PK,
Selepas tamat bacaan Taalim di rumah Azim,adik Azim menyatakan hasratnya untuk menumpangkan kawannya di rumah kami untuk beberapa hari. Secara lazimnya benda ini tidak pernah disuarakan oleh kami kerana tahu ayah agak susah untuk menerima tetamu di rumah atas alasan aurat. Kalau tetamu itu perempuan lain cerita,ini lelaki. Tidak tahu apa alasannya, ayah menerima kehadiran Jamaludin

Rupanya ini kawan yang adik Azim berjanji untuk menemaninya kerja di Jaya Jusco. Hanya ayah dan adik Azim yang tahu alasan kenapa dia mahu menumpang. Atas alasan tetamu,Azim terpaksa mengalah dan tidur di ruang tamu. Katil Azim diberikan kepadanya. Tapi tidak mengapa,hanya beberapa hari.

Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY