Nov 9, 2008

I Believe I can....I Believe I will

I Believe I can....I Believe I will

Dear PK,
Penat rasanya sepanjang hari ni,penuh dengan benda-benda yang berkaitan dengan Kepimpinan Veterinar. Patut lah susah jadi director bagi satu-satu photoshoot,perlu banyak pengorbanan dan kesabaran. mana-mana yang ahli jawatan kuasa yang tidak memberi kerjasama memang Im buang dia dalam list. sudah diberitahu ada pengambaraan,hanya seperti meletakkan air di daun keladi. lihat sahaja apa yang mereka akan dapat menerusi cd yang mereka akan dapat.

Bagi pengambaraan sesi malam pula diselangi dengan proses pembelajaraan tarian yang patut diketahui oleh semua ajk. lagu yang dipilih dari runut bunyi filem Honey, I Believe. terasa sakit juga muscle-muscle yang origin atau terminate di scapula. Tibanya di rumah,perlu pula mengajar kawan-kawan Im step tarian itu. terasa kelakar pun ada bila Im belajar step tarian.



Esok Im akan mula bertolak ke Pahang,maybe celebrate birthday di sana kot. tidak dapat dijangka lagi. Nanti bolehlah Im kongsikan keseronokan itu kepada semua,InsyaAllah

Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY