Nov 6, 2008

Lega Rasanya

Lega Rasanya


"aku memang jenis macam gini,if aku marah pada orang tu,aku diam dan cuba nak larikan diri dari dia" Im mengulungkan penceritaan Im pada dia
"pada lelaki je ke" dia menanyakan soalan
"tak lah,lelaki dan perempuan..tetapi kejap je lah.paling lama 1 hari"Im menjawab soalan si dia
Dear PK,
Bagaimana entah kah Im boleh terbuka hati untuk menceritakan yang Im tidak berapa puas hati pada si 'baru'(sambungan kisah repeatibility part 1 n 2). mungkin Im rasa serba salah pada dia, bukan apa pun,hanya benda kecil,Im menunjukkan perasaan tidak kepuasaan hati. Dulu tidak begitu ketara sangat. walaupun kawan-kawan Im buat apa-apa pun Im boleh kawal lagi emosi Im. sekarang makin menjadi-jadi pula. Alhamdulillah,dia dibesarkan dengan didikan akhlak yang tinggi,Im kagum cara dia terima cerita Im dengan hati terbuka. Im boleh sahaja menceritakan kisah Im & shaz*** pada dia. mungkin Im rasa dia boleh tahu Im bukan begitu baik sangat. banyak tompokan hitam,malah mungkin dominan di atas kain putih

Semester ni banyak sangat benda yang Im rasa tidak puas hati,even my family do something they think good to me,Im tidak dapat menerimanya. mungkin kesan kehilangan sahabat dengan begitu ketara rasanya. Dulu,Im memang boleh dijadikan idola bagi mereka..Allah bagi Im ilmu,Im kongsikan untuk kebaikan mereka. Semalam,salah seorang daripada sahabat Im yang Im rasa Im cuba jauhkan diri daripadanya menegur Im. Tanya khabar Im,buat Im rasa serba-salah. Dia tidak pun bersalah dalam hal ini,hanya jadi mangsa keadaan.

Mungkin Im terpaksa membuat perubahan yang besar semester hadapan. Im sudah memberikan beberapa klu pada si 'baru'. Tetapi takut perubahan ini akan memberi kesan pada orang lain. Atas fikiran rasional,Im mesti fikirkan tentang masa hadapan Im. Zaman kegemilangan Im yang pernah Im kecapi tidak lagi Im nampak sinar untuk mengapai impian itu. Jadi,Im kena kejar dan usaha agar kegemilangan itu ladi milik Im kembali.InsyaAllah
Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY