Nov 17, 2008

Terperangkap

Terperangkap

Dear PK,
Sedang asyik anda bersuka ria bersama-sama orang tersayang, bercerita tentang orang yang dibenci dan cuba mencari apa yang perlu dibuat selepas ini, tiba-tiba anda digemparkan dengan tornado yang menyerang kawasan anda. Di dalam keadaan kelam kabut, cuba memikirkan diri sendiri dahulu, anda cuba selamatkan diri dengan mengunci diri anda di sesuatu tempat. Tanpa anda sedar anda mungkin terperangkap dengan :

  1. Orang yang paling anda rapat. Mungkin anda berasa gembira kerana orang yang anda rasa selamat berada disisi anda. Tetapi pernah anda terfikir,semasa keadaan sebegini,macam-macam boleh berlaku. Kedua-duanya dalam keadaan tertekan,hal yang kecil boleh sahaja dibesarkan dan apabila tornado tamat, tamat jugalah hubungan anda berdua.
  2. Orang yang anda rapat tetapi sebelum tornado ada benda yang diperselisihkan. Semasa terperangkap anda mungkin akan banyak masa untuk berkongsi lebih cerita hingga anda rasa menyesal apa yang anda lakukan terhadapnya. Tornado membantu memulihkan hubungan anda.
  3. Orang yang tidak anggap anda sebagai kawan,tetapi anda anggap dia sebagai kawan. Waktu ini anda akan tunjukkan peranan sebagai kawan,menolong dia sedaya mungkin hingga lupa tentang diri sendiri. Berikan semua keperluan yang ada padany. Orang yang tidak mempunyai perasaan sahaja tidak tersentuh dengan apa yang anda buat. Apabila keadaan kembali aman, anda dan dia mungkin mula menjadi kawan atau kedua-duanya berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku semasa tornado itu
  4. Orang yang menyusahkan hidup anda. Dalam keadaan terdesak,anda terpaksa bersembunyi bersamanya. Memang mula-mula anda berasa tidak selesa serta mungkin hanya berdiam diri sahaja sepanjang di dalam perangkap itu. Bila keadaan sepi, mula anda rasa orang seperti ni juga manusia seperti biasa, kadang-kala membuat silap dan menurut hawa nafsu. Apabila kemaafan diucapkan,dengan rela anda akan memaafkannya.
  5. Orang yang memang anda akan membunuhnya jika anda berjumpanya. Suka atau tidak akhir daripada benda ini akan diakhiri dengan seseorang akan kecewa atau cedera atau lebih teruk lagi. Semasa terperangkap, segala perasaan dendam terperangkap akan keluar melalui aksi anggota.

Memang pengakhiran daripada semua ini akan ada mulanya persahabatan, kemaafan , penyesalan. Apa yang penting, selagi hati ini masih berpegang pada satu prinsip, selama mana pun anda terperangkap, pengakhiran dengan kegembiraan. Jangan besarkan benda yang kecil dan anggap semua benda kecil serta semua orang patut dimaafkan.

Peace..,

xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY