Nov 24, 2008

Nightmare

Nightmare


Dear PK,
Memang seronok duduk di rumah,boleh sambung tidur semula selepas solat Subuh. Bangun-bangun sahaja sudah jam 11. Kelakar kadang-kala melihat Azim boleh bangun selewat ini. bangun-bangun sahaja menikmati masakan emak. Memang betul kata orang,the best food in the world is mum's cook. Sudah hampir 2 minggu di rumah,tak pernah bosan pun. Maklumlah jarang sangat makan nasi. Ini paling seronok. Sejak balik hari tu,rasanya baru 3 kali makan nasi. yang lain makan laksa, spaggeti, mee goreng. Memang keraplah makan,sehari 5,6 kali makan. Salah satu hajat untuk birthday dulu,naikkan berat badan 10kg mungkin akan tercapai jika berterusan sampai ke kolej.

Tapi yang membinggungkan Azim sejak beberapa hari ni,mimpi Azim selalu terganggu. Memang mungkin habit rasanya jika sesuatu yang Azim pendamkan,ia akan terkeluar melalui mimpi. selepas itu mulalah bercakap semasa tidur. Sudah lama benda ni,kebanyakkan teman sebilik Azim akan tahu. Alyasa' , Shariman, Shazali tahu Azim akan bercakap-cakap semasa tidur. Mimpi kali ni sesuatu yang Azim kurang pernah beli untuk orang lain. satu-satu benda itu mula keluar dalam mimpi Azim. Hendak kata Azim mula rasa tidak ikhlas tolong dia,ikhlas satu rahsia Allah yang hanyaNya yang mengetahui. agak susah hendak dapatkan barang-barang itu, ada yang dapat hanya sekali dicari di kedai, ada yang perlu dicari beberapa kedai sehinggakan teman yang menemani Azim,Shahir mula mengeluh. last minute,Azim cari hari lain. Mungkin kerana fokus untuk memenuhi dan Azim ingat item itu beberapa hari membuatkan keluar dalam mimpi rasanya.

Haraplah mimpi ini tidak ikut Azim ke Sungai Buloh. tiba masanya masuk bilik untuk kemas barang-barang. Tiket jam 10pm, kenalah prepare awal.

Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY