Dec 19, 2008

Menjana Ummah Gemilang

Menjana Ummah Gemilang

Dear PK,
Kurang dua minggu lagi kita akan menyambut tahun baru hirjah. Ketika itu akan berkumandang lagu yang acap kali dimainkan setiap kali maal hijrah

Hijrah satu pengorbanan....
Hijrah satu perjuangan....

Dan ketika itu orang akan rasa diri dia perlu berhijrah ke lebih baik. Sepanjang tahun diri merintih katakan diri kurang dekat dengan Allah. Ada yang merasakan diri jauh lebih teruk dari sebelumnya. Ada yang merasakan diri ini belum cukup layak untuk dekat dengan Allah . ada yang pula hanya berpura-pura seperti arif dan nampak luaran dekat pada Allah. Tetapi hakikatnya manusia-manusia ni berazam agar dapat melihat Zat Allah di Syurga kelak, peciptanya yang dirindu-rindukan.

Jika hanya sekadar menanam niat sahaja tanpa usaha, seperti menyiram air bermutu tinggi di tanag liat. Setiap yang diazam perlu dibuktikan dengan setiap sel yang ada di badan. Apa yang boleh diusahakan ialah meningkatkan tahap agama dalam diri. Agama bukan sekular,tidak perlu dipisah-pisahkan agama dengan kehidupan. Jadi banyak cara boleh meningkatkan kehidupan dalam lingkungan agama. Tidak perlu dipinggirkan benda yang diminati seperti muzik, hiburan, fashion, sukan, IT dan pelbagai yang lain, hanya perlu meningkatkan tahap kehidupan bertamadunkan islam.

  1. Tingkat sebenar-benar yakin kepada Allah dan rasulNya. Benda sangat sukar dilakukan perlu usaha berterusan. Apa yang boleh diusahakan elakkan percakapan membanggakan benda dan manusia serta selami kehidupan Rasulullah ke diri.
  2. Tingkatkan mutu solat. amalan yang nampak ringan,hanya wajib dilakukan 5 kali sehari.akan tetapi, terlalu ramai yang kantoi. Jika ditinggalkan,seperti tidak merasa apa-apa,seperti lupa makan sarapan atau lebih teruk dari itu. Pernah Azim dengar kata-kata yang keluar dari ulama terkenal dari Indonesia “jika 50% sahaja orang Islam penuhi tuntutan Rukun Islam ke-2 ini, pasti dunia ini dipegang oleh pemimpin yang adil seperti mana Allah lakukan zaman Nabi Musa” Jadi memang teruk bumi,sudahlah 3/5 orang tidak beriman, yang percaya pada Allah pun menyumbang kearahnya. Azim merayu janganlah tinggal solat lagi.
  3. Islam sangat galakkan umatnya menuntut ilmu,jangan segan untuk mengetahui sesuatu. Tidak kiralah ilmu duniawi atau akhirat,yang penting ilmu yang dipelajari dapat membantu diri dan orang lain. Kerana melalui ilmu manusia akan tahu perkara yang dilakukan berjanggah dengan islam atau tidak. Ilmu juga akan mendekatkan diri kepada Allah. Pentingnya sekurang-kurangnya Al-Quran perlu dibaca dan diamati tafsiran yang telah dilakukan oleh pakar.
  4. Perkara ini terlalu penting sehinggakan terlalu banyak perkara diucapkan oleh Rasulullah. Hubungan dengan sesama Islam perlu dipertingkatkan. Sehingga Rasulullah pernah bersabda tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak kasih saudaranya. Jadi pastikan kemaafan sentiasa diucap jika bersalah, persengketaan dimansuhkan dan buang sikap dengki pada orang. Hidup perlu memahami semua orang, bantu membantu dan hormat menghormati
  5. Benda ini memang sukar untuk lihat hasilnya,kerana dia rahsia dalam rahsia Allah. Apa yang boleh buat pastikan kehidupan semata-mata keredaanNya. Tidak semestinya orang yang menderma dengan cek besar tidak ikhlas atau orang yang beribadat malam hari seorang diri ikhlas. Manusia hanya pastikan niat mesti betul
  6. Jadikan diri sentiasa sedia digunakan untuk manfaat orang lain dan agama. Paling penting setiap langkah berjalan dengan bangga kerana beragama islam,bukan kerana ada gelaran Dr atau anak orang kaya atau terkenal. Dan jaga akhlak. Orang bukan Islam tertarik pada Islam atas sebabnya.

Hijrah mesti sinonim dengan perpindahan tempat usaha titik peluh darah Rasulullah dari Maakah,bumi yang tercinta ke Madinah, bumi yang menanti-nantinya. Tetapi hakikatnya perubahan atau dengan kata lain hijrah sikap, kepercayaan dan keimanan kepada tuhan yang Maha Esa. Bagaimana Abdul Rahman Auf dapat membuat ketuhanan harta benda dalam hati kepada tuhan yang Maha Kuasa, Umar dapat ubah sikap kekerasan kepada kelembutan, dan ramai lagi ‘sidekick’ Rasulullah. 100% yakin pada Allah & rasul

Jika harta menjadi punca, Allah telah buktikan(Abdul Rahman Auf, Abu Bakar)...
Jika jawatan yang dipegang,Allah telah buktikan (Umar Abdul Aziz, Khalifah Ar-Rasidin)
Jika pelajaran merosot, Allah telah buktikan (cendiakawan-cendiakawan Islam zaman Abbasiyah)
Jika hiburan mengasyikkan, Allah telah buktikan ( para tabi’in Zaman umaiyah)

Tepuk dada
Tanya iman
Anda pasti menemui hasilnya.....

Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY