Nov 26, 2008

Paya Jaras

Paya Jaras

Dear PK,
Baru semalam merasakan praktikal di Pusat Ternakan Itik,Paya Jaras, Azim sudah mula merasakan keseronokan di sini. Orang-orang di sini baik-baik sangat sehinggakan Azim dan Faiz tidur tak tutup lampu ruang tamu pun dijadikan isu. Seharian Abg Rizal menceritakan serta bergosip dengan teman praktikal perempuan Azim. Faiz? mesti pelikkan. Faiz,senior Azim menukarkan tempat praktikalnya dari Ladang ayam di Pulau Pinang ke sini. Mungkin Allah hendak mudahkan Azim. yelah,diri ini kan susah hendak tidur sendirian.
Makan, setiap kedai mesti kena cuba. ini kata-kata Wen Chee. Mana-mana boleh pergi sebab ada kereta,thank to CP. Nanti Azim ceritakan lebih lanjut,maklumlah tulis post ni pun di pejabat. Setiap yang kesusahan pasti ada ganjaran dari Allah SWT. Mungkin kesusahan di pudu pagi isnin ada hikmahnya.

Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY