Nov 24, 2008

Seronok jadi single..


Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).
Dear PK,

Maksud Bujang dalam bahasa arab disebut ( عزب ) iaitu bermaksud tidak mempunyai keluarga yang secara khusus jika lelaki disebut tidak mempunyai isteri dan perempuan yang tidak mempunyai suami (lihat Ibn Manzur dalam Lisan Arab m/s 224 Jilid 6).Manakala dalam bahasa English disebut bujang sebagai single yang membawa erti tidak mempunyai ikatan atau komitmen dengan sesiapa dan masih belum berkahwin. Bahkan bagi yang belum berkahwin atau belum bernikah itu pun mempunyai beberapa taraf iaitu :
  1. In a relationship – Sudah menjumpai pasangan dan kini dalam hubungan secara tidak rasmi tetapi masing-masing sudah menjelaskan perasaan.

  2. in a commitment – sedang dalam komitmen terhadap hubungan yang serius dan bakal membawa perkahwinan.


Wahai orang-orang yang bujang,sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan memahami keadaan umatnya dan sesungguhnya manusia sekarang sudah tidak menurut panduan syariat Al-Qur’an dan sunnah lalu terjadilah kalian sebahagian golongan yang tersisih dan terpinggir dalam kumpulan masyarakat.Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan keadaan kamu dan dia Maha pengasih lagi Maha penyayang Di akhir zaman ini melaksanakan ibadah kepada Allah tidaklah mudah akibat jahil dan sesatnya umat dari pertunjuk kitab dan sunnah dan salah satu ibadah yang sukar dilaksanakan ialah nikah. Dewasa ini ramai pemuda dan pemudi Islam menghadapi masalah untuk bernikah akibat beberapa perkara :
  1. Tidak mampu dari sudut kebendaan dan kewangan
  2. Tidak mendapatkan calon yang sesuai
  3. Tidak dikehendaki oleh orang lain akibat memiliki kekurangan, kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental
  4. Tidak mampu bernikah lantaran pernah kecewa dan putus cinta dan menghadapi tekanan jiwa
  5. Mendapat tentangan dari keluarga dan dihalang dari bernikah

Kelebihan orang bujang kepada orang yang sudah berkahwin/bertunang/'couple' "
  1. Golongan bujang tidak dibebani tanggungjawab
  2. Golongan bujang dapat mengunakan masa dan waktunya yang banyak terhadap ilmu, diri sendiri dan benda yang dia suka.
  3. Golongan bujang lebih dekat kepada Allah swt kerana tidak mudah dilalaikan oleh dunia dan kesedihan
  4. Golongan bujang mempunyai ketegasan dan semangat yang lebih tinggi dalam perjuangan dan sanggup berkorban

Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY