Nov 4, 2008

Repeatibility

Repeatibility

Dear PK,
Purple,memang nampak sangat tersirat..dari warnanya kita dapat tahu yang dia sangat cantik, semua orang melihatnya berasa cemburu mengapa tidak dilahirkan seperti ungu. tapi mereka tidak tahu yang ungu mempunyai sangat misteri,hanya segelintir yang pernah kehidupannya dicampuri dengan warna ungu tahu apa sebenarnya ungu. penuh dengan kejutan dan lain dari kawalan aqli. Kemisteriannya membuatkan dia sangat mendendamkan sesuatu dan merasakan dirinya tidak layak dikenali atau disanjungi oleh sesiapa. sesiapa sahaja yang mendekati ungu akan rasa kehebatannya dan isi campuran ungu juga diketahunya,tetapi mereka tidak mengetahui ungu sangat susah untuk dijaga bila didekati dan sangat mudah berubah jika campuran warna merahnya berlebihan....

Persahabatan sangat memerlukan rasa tolak ansur dan mempercayai antara dua insan. masalah Im dalam mengenali erti persahabatan memang diuji lagi. begitu ramai sekali sahabat-sahabat Im menjauhi dari Im kerana Im sangat cepat kecil hati dan rasa diri tidak dihargai. Sepanjang hidup Im,hanya Muhkriz sahaja yang dapat mengenalkan kepada Im erti persahabatan. malangnya,Allah lebih menyayanginya. perasaan ingin mencari sahabat diwaktu susah dan senang menjadikan hidup Im tidak tenang. Im,kadang-kadang takut pisang berbuah dua kali selepas apa yang terjadi pada Im semester lepas.

Bunga-bunga masalah ini seperti timbul kembali. hampir sama dengan masalah yang Im hadapi dulu. Im mula rapat dengan seseorang yang Im tidak jangka akan rapat dengannya.. Asbab kami mula rapat oleh kerana Im rapat dengan salah seorang kawannya. Memang Allah bagi sifat Im akan mula percaya dengan orang yang mula rapat dengan Im,banyak benda yang Im simpan sebagai memori hitam dan putih,Im muntahkan kepadanya. Benda ini berulang seperti awal tahun ini. Sesiapa yang rapat dengan Im akan tahu Im memang suka bercakap,dan Im takut habit Im ini akan membawa masalah dalam persahabatan Im. Im tidak menidakkan yang kadang-kadang Im pun rasa tidak gemar dengan cara Im ni,lagi-lagi ketika sahabat Im sedang sibuk melakukan kerja yang lebih penting. sepatutnya dia memberitahu Im yang dia hendak privasi, Im boleh menerimanya kerana Im juga melakukan tugasan yang sama.

Fikiran Im buntu sekarang. benarkan Im ni terlalu sensitif atau memang Im tidak layak berkawan rapat dengan mana-mana manusia. perasaan Im sekarang seperti mahu menjarakkan diri Im daripada dia. lebih parah lagi apabila apa yang Im mahu,tidak dipenuhinya. buka apa,untuk memenuhi keinginan dia juga. Tetapi Im takut ini akan mengeruhkan lagi keadaan. kata-katanya untuk menemani Im *t*** bersama-sama masih terpahat dalam memori Im. mungkin dia mula sedar yang Im menjadikan tugasnya lambat disiapkan.semoga Allah menunjukan jalan yang patut Muhammad Azim Abd Rahim lalui ini benar.

dulu Im memang tidak boleh mendiami kedua-duanya,asbab satunya menyerang Im dan satu lagi melarang dan menuduh Im bukan-bukan. hingga Im buat keputusan mendiami luar kawasan. sekarang begitu juga,kedua-dua Im segan untuk mendiami,satunya Im hendak mengelak dari yang baru dan satu lagi mengelak dari yang lama. Im tidak boleh membuat keputusan mendiami luar kawasan kerana akan mempengaruhi target 3.5 Im. Jadi,Im akan memilih mendiami kawasan yang ada si 'lama'. Im tidak mahu si 'baru' rasa Im terlalu mengada-ngada dan biar masih lagi wujud persabatan seperti biasa kami. biar Im rasa stess untuk mengulangkaji pelajaran di kediaman si 'lama' dan target 3,5 tidak kesampaian.

kerinduan yang lama membuat hati ingin yang baru jadi seperti lama. tiada borang atau bayaran dalam persahabatan,tetapi hanya mengenali hati dan perasaan.

Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY