Dec 3, 2008

Jaya Jusco

Jaya Jusco

Dear PK,
Biar betul,Biasa selepas balik surau adik Azim akan sambung tidur semula. Kali ini pelik, dia menonton televisyen dan jam 8.30 dia keluar rumah. Azim yang masih dalam ‘kepompong’ melihat dia bersiap dan memakai baju belang-belang biru putih. Seperti baju kerja sahaja. Lantas membuatkan Azim bersuara dan menanyakan dia mahu ke mana. Siap kritik lagi baju yang dia pakai hodoh. Rupanya dia bekerja di Jaya Jusco untuk menemani kawannya. Pelik sahaj kerja di situ padahal boleh je dia kerja di kedai cat milik Mak Lang kami.

Kerana sudah janji dia terpaksa menemani kawannya kerja. Baguslah boleh minta dia belanja beli beg Deuter baru. Duit JPA Azim sudah masuk angka 6(hanya segelintir sahaja tahu maksud 6),jadi kena berjimat sedikit. Maklumlah balik sahaja dari Paya Jaras terus beli DVD english series untuk sebulan. Macam sudah boleh buka kedai cd je. Mengamuk ayah bila tahu Azim menghabiskan lebih kurang 0.2k untuk cd sahaja, belum lagi benda lain. Susahlah hendak buang tabiat ni.

Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY