Dec 8, 2008

Aidiladha 1429H

Aidiladha 1429H


Dear PK
,

Hari ini mulalah jemaah haji memulakan amalan dari rukun islam yang terakhir. Kesemua umat islam akan berpusu-pusu dari seluruh dunia atas satu tujuan,untuk mendekat diri kepada Allah taala. Bagi rakyat Malaysia yang datang awal,mungkin mereka berniat ihram di Perigi Ali yang terletak tidak jauh dari Maakah dan yang baru sahaja bertolak,mungkin mereka akan terus berniat di dalam kapal terbang

Pengumpulan di Arafah, pengumpulan umat Islam terbesar di dunia diikuti ijtimai’ di Bangladesh pasti akan meninggalkan kesan pada jemaah haji. Tempat yang menjadi pertemuan datuk dan nenek kita,Adam-Hawa digambarkan seperti padang mashyar, semuanya sama,tiada layanan istimewa tetapi persekitaraannya pasti jauh berbeza dengan di akhirat nanti

Bagi yang tidak menjadi jemaah haji tahun ini,pasti akan menyambut Hari Raya di tempat masing-masing dengan keluarga. Walau bagaimanapun cara anda menyambut,hari ini merupakan hari kemenangan umat Islam. Raikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Penuhkan hari dengan bertakbir dan memuji Allah. Salam Aidiladha dari Purple Karkun


Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY