Aug 16, 2009

Tail up, It's show time

Tail up, It's show time

Dear PK,
Segala kepenatan yang dikumpul selama hampir setengah tahun akhirnya tergambar pada hari ini. Tidak dinafikan sangat meriah, hebat dan terbaiklah. Kerja keras student-student veterinar UPM dari tahun 3 hingga tahun 1 amat baik dan memberansangkan. Syabas DVM students

Awal pagi Azim dah lambat sampai di bukit ekspo. orang ajak overnite di sana tidak mahu. Akibatnya, pukul 6.45am baru sampai. Masa itulah baru nak run PA system. Kecian pada Vivi, lagu circus dia, Azim hilangkan. Jadi tiadalah soundtrack lagu circus. Rasa bersalah benar ni. Sesiapa yang datang hari sabtu pagi dapatlah dengar alunan lagu circus itu.

Daripada sumber-sumber yang dipercayai, lebih kurang 880 ekor anjing datang. Lebih dari apa yang dijangka. Amber Chia pun datang untuk booth Artemis. Azim nampak ada wartawan the Star, TV8. Paling tak seronok sekali, Azim punya knowledge pasal baka anjing sangat rendah. Biasalah,bila dah duduk di main stage,kenalah berbual dengan pensyarah. Tahu apa yang pensyarah cakap.

Akhirnya dapat juga lihat Pug Dr Shanti. comel jugalah. macam nak picit-picit sahaja pipi dia. Azim terpaksa balik awal kerana ada hal sedikit. Dengar kata hingga jam 11.30pm DVM students kemas bukit ekspo. Hopefully next year, dogathon will become more outstanding!! (tahun depan nak volunteer PE )

Peace..,
xZYm

Aug 13, 2009

Tidak mengira umur

Tidak mengira umur.

Dear PK,

Baru-baru ini negara Malaysia digemparkan dengan kadar kematian yang begitu drastik sekali disebabkan oleh penyakit selesema babi. Petanda hari kiamat bakal muncul. Begitu teruk sekali, hingga sekarang kadar kematiannya mencecah 51 org. Bingung kepala Menteri Kesihatan memikirkan masalah ini. Tiap-tiap hari mesti ada kematian dan Malaysia pula berada di tangga ke-9 dalam kadar kematian.

Jika lihat daripada mangsa, tiada batas umur yang boleh ditetapkan,tiada batas tahap kesihatan & tiada batas kawasan. semuanya boleh dijangkiti oleh virus ini. Dari penyakit ini kita dapat buat kesimpulan yg Allah dengan kehendakNya boleh memisahkan roh & jasad kita bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu dah tua,baru nak dicabut nyawanya.

Banyak-banyaklah sediakan bekalan, takut-takut nyawa kita yang dicabut esok!!

Peace..,
xZYm

Aug 9, 2009

Terlewat

Terlewat
Dear PK,
Hari - hari biasa : Dia akan bangun di awal pagi semata-mata untuk mengejut orang solat subuh.. Suaranya akan berkumandang ke pelusuk kolej,mendayu-dayu menyebut kebesaranNya disuasana sunyi sepi.
Hari ini : Tiada suara dia kedengaran,malah suara yang mengantikannya(sesiapa budak kolej yang mengaku dia lelaki) lambat 20min.

Gambar adalah hiasan

Salah seorang senior Azim accident motor ketika dalam perjalanan pulang ke UPM. Nasib tidak menyebelahinya & adiknya. Motor boleh dikategorikan tidak ada apa-apa. Tetapi dia, dalam keadaan yang agak tidak selesa (nanti Azim describe pathologically)

Kecoh semasa waktu zuhur untuk mencari orang yang boleh menghantarnya. Sorang demi sorang dicari. Akhirnya Naguib menolong menghantarnya ke PKU atas pertolongan roomate Naguib. Paling seronok,biliknya tidak putus-putus diziarahi oleh tetamu. Memang patutlah dia menang MTM terbaik.


Kesannya yang Azim terasa apabila azan Subuh lambat. Juniornya yang mengantikannya,berjalan agak pantas bersama Azim & Daud (Derwin) apabila melihat surau masih gelap.


Lession yang ada pada dia ialah sub-mandibular oedema, abrasion pada kaki, muka dan tangan. Ada budak nursing kata maybe if chronic can lead to concussion. kira teruk juga. Berdoa sahaja mudah-mudahan Allah meyembuhkannya dengan cepat.


Peace..,
xZYm

Aug 7, 2009

Missed 2 times

Missed 2 times

Dear PK,
Sedang seronok menyelak surat khabar hari semalam, mata Azim tertarik pada surat khabar hari selasa kosmo. setiap helaian Azim selak, selak dan selak. Ada helaian hanya dilihat gambar sahaja. tetapi boleh terhenti pada page hiburan,tentang rancangan baru ke udara

Gossip Girl season 2...


Ahhh...macam mana boleh missed 2 episode ni!! even dah abis tengok melalui hard copy(thank mya) tapi mesti tengok juga. seronok giler cerita dia. Lagi-lagi muka Serena,stail rambut yang patut perempuan cuba.

Minggu depan,patut kena set dalam kalender. Every Tue, 1030pm only at 8TV.
Peace..,
xZYm

Aug 6, 2009

Middle of the Syaaban

Middle of the Syaaban...

Dear PK,
Kedatangan dia pasti ditunggu - tunggu oleh masyarakat Islam. Semasa malam itu,mereka akan meluangkan masa maghrib-isya untuk sama-sama membaca 3x Yassin. Azim pernah menanyakan ustaz, sama ada 3x Yassin ini, sunnah @ adat. Jawapan yang diberikan pun tidak pasti

Tetapi yang penting,Syabaan menunjukkan ketinggian martabat Muhammad dengan nabi-nabi yang lain. Bulan ini khusus untuk junjungan besar kita. Pertengahannya pula berlaku peristiwa Malaikat membawa buku amalan & dosa mengadap Allah SWT. Bermakna lembaran buku baru mula dibuka.

Pasti sangat-sangat untung sesiapa yang dakwat pertama digunakan untuk menulis kebaikannya. Kita berdoa sahaja,amalan pertama kita tadi semasa maghrib ialah amalan yang baik dan diterima Allah.

Peace..,
xZYm

Aug 2, 2009

Perkahwinan

Perkahwinan


Dear PK,
Perkahwinan saudara Azim berlansung dengan aman dan meriah sekali. Keluarga Azim berjumpa semula. Cuma adik Azim di SAMURA sahaja tiada. UTEM juga ditutup seperti universiti-universiti lain. 2 mak cik Azim datang ke Johor Bharu untuk menghadiri perkahwinan anak saudara mereka.

Kami bergerak pada waktu kemuncak. Mungkin untuk mengisi perut pada waktu tengahari. Perkahwinan yang dilakukan di dewan Bakar Batu, JB yang disulami tema ungu(bestnya). Adik Azim menoleh-noleh seperti mencari sesuatu. Terus Tok Ngah menyatakan Abg Amy mungkin datang malam karang,semalam ada konsert.

Mungkin sedih muka lansung tidak ditunjukkan pada ibu pengantin yang Azim panggil ibu apabila adiknya lansung tidak menunjukan muka lagi di hari pekahwinan anaknya. Tetapi perkahwinan itu tetap meriah. Kira sudah lama Azim tidak melihat dua pupu azim ini. Apabila melihatnya, dia makin berisi. Mungkin hidupnya senang. Selamat pengantin baru Azah!!!

Pengantin bersama 2 makcik Azim

Peace..,

xZYm

Aug 1, 2009

Sogo ditutup

Sogo ditutup

Dear PK,
BODOH!!! Seperti Islam tidak mengajar cara yang lebih baik untuk berbincang. Kalau mereka fikir dengan buat demostrasi begitu,boleh selesaikan masalah, mereka silap. Sejahil-jahil Azim pun, masih tahu cara melakukan demostrasi pada kerajaan yang masih dianggap adil dikira berdosa besar.

Tindakan mereka itu menyusahkan orang. Pasti cemuhan keluar dari peniaga-peniaga berdekatan kawasan demostrasi. Mereka tidak sedar,bila peniaga yang dizalimi merintih keluh, pasti doa peniaga itu di dengar oleh penciptaNya. Lagi-lagi kecian bila peniaga itu mendoakan tidak baik pada mereka. Sogo juga ditutup semalam.

Apabila Azim lihat peristiwa itu melalui berita, sedih melihatkan ramai yang berpakaian seperti menunjukkan identiti Islam. Mungkin rakyat Malaysia patut malu kepada pelancong asing. Apa yang akan di perkatakan oleh rakyat luar Negara pada keadaan ini. Adakah Malaysia ini selamat? adakah Negara Islam selamat? Jangan ditambahkan lagi faktor-faktor mengatakan Islam itu penganas.

Peace..,
xZYm

Jul 30, 2009

After holiday

After holiday..


Dr. R said Parasit test on 6 Aug. Topics covered up to D WHOLE Enoplida for theory n up to Filarida for practical test. Pls spread 2 others.

Dear PK,
What!! I thought it will next 2 week. Kalau di rumah, memang susah nak study. Banyak sangat dugaan. Internet, Astro, tilam yang empuk. Semuanya ke arah untuk mematahkan semaangat Azim untuk study.


Pathology,parasite, perlu habis dibaca dalam minggu ini. Virus pula memang satu benda tak faham. Memang bagi Azim subjek virus killer subjek semester ini. Di kolej seronok. Tengok roommate Azim sibuk dan menjerit-jerit memahami biochem, tergelak kecil Azim. DVM1 hendak tukar lecturer biochem mereka. Junior DVM2 Azim pula sibuk tanya soalan tahun lepas.


Semester ini,try lagi nak dapat dean list. Bukan susah pun,kena rajin sahaja study. Boleh punya dapat. PK,doa-doakan Azim dapat dean list. PK sahaja tahu perasaan Azim sekarang.

Peace..,

xZYm

Jul 28, 2009

H1NI @ UPM

H1N1 @ UPM


Dear PK,

Suasana Pusat Kesihatan yang begitu sesak. Masuk sahaja ke Pusat Kesihatan, terus Azim ditanya deman atau tidak oleh pegawai kesihatan. Hanya gelengan yang mampu Azim berikan. Kehadiran Azim & Hafez bukan atas tujuan deman,tetapi sebab lain. Hafez kerana matanya merah sebelah. Azim pula sebab allergic.




Jumaat lepas semasa di ladang 2, sedang enak menyuntik kambing, Azim rasa kelainan. Rasa macam gatal-gatal pada bahagian leher & tangan. Tuba & Mya menegur Azim : kenapa muka kau merah,zim?. Jawab Azim menerusi pengalaman lepas : panas kot!!





Ingat boleh baik selepas balik kolej, tetapi jadi makin teruk. Malam semalam,housemate aku mengajak makan udang goreng. Hasilnya,makin teruk. Itu sebabnya Azim pergi ke pusat kesihatan. Ini ubat-ubat yang diberi oleh doctor


Secara kesimpulan, Azim dapat zoonotic infection form goat when heat stress. Suka hati sahaja buat diagnostic sendiri. Rupanya cuti yang diberi oleh doctor dilanjutkan selama seminggu. UPM cuti selama seminggu setelah kes ke-3 ditemui mengenai H1N1. Setakat 3 minggu di UPM, lebih 300 kes dilaporkan deman. Paling teruk sekali KTDI.



Peace..,

xZYm

Pindah

PINDAH

Dear PK,

Baru-baru ini Azim dipindahkan ke unit lain dalam dogathon. Unit baru, PA system. Unit yang memang Azim elak untuk diletakkan nama Azim selama ini. Bukan salah pengarah tahun ini, tetapi salah ketua unit ini tahun lepas. Seharian Azim duduk di hadapan PA system. Untuk bergerak mengambil makanan pun,kawan Azim,Juwai yang mengambilkannya. Ini lagikan solat zuhur, terpaksa cari orang untuk duduk jaga sekejap di tempat Azim

Azim ditinggalkan. Sebab itu, Azim berkeras mahu masuk ke Unit Pendaftaran. Tetapi sejak Azim mula lihat betapa susahnya pengarah buat kerja, dengan elektrik tiada, hati Azim mula terbuka. Memandangkan ketuanya batch Azim sendiri, kira on sahaja. InsyaAllah,junior bawah Azim tidak akan merasai macam apa yang Azim rasa dulu.

Lihat list name ada 2 orang "laksamana" Azim. sorang, kira kenal lah,budak DVM2. Sorang lagi DVM1, menurut kata roommate Azim,dia budak ex-dip. Jadi secara rasminya Azim kembali ke jawatan lama. Hafez pula ditukarkan ke unit peralatan, sesuailah tu. Thank kepadanya sebab belanja Azim buka puasa semalam. Ina pun dia belanja.

Peace..,
xZYm

Jul 25, 2009

Hang Out

Hang out

Dear PK,

Agak kecewa juga Azim apabila hasrat mahu ke pasar malam tidak kesampaian. Pulang ke kolej berpakaian coverall,dengan langkah yang malas. Selepas setengah jam Azim mengadap Gossip Girl, housemate Azim yang mengajak ke Jusco. Katanya mahu membeli jam.

Kami menemani senior Azim berbuka puasa. Rasanya, kami yang makan dulu sebelum dia. Haha!!! sorry Faiz,kau sibuk shopping barang yang guna hari ni pulak. Selepas itu, sorang- sorang senior Azim nak ikut beli barang yang sama. Senior Azim yang nak beli jam pula katanya mahu lihat di Mines. SEIKO, harganya RM370.50 after 20%. memang peminat jam lah dia ni.

Sebelum pulang,singgah makan. Masa itulah, kami mula cerita pasal setiap batch,dari DVM1 hingga DVM4. Moral of story, vet memang best!!sebab kita rapat setiap batch. Baru melabuhkan punggung di sofa ruang tamu di kolej, junior Azim ajak pergi Cheras. Jam menunjukkan angka 11 dan 6. Maknanya kena overnight di sana lah.

Ronda-ronda uptown, KL hingga jam 6. Ayat paling 'sentap' dikeluarkan oleh housemate aku ni : kau mana beli barang-barang kat sini, semuanya nak ori. itu yang tak pernah pergi ke sini. Memang Azim 1st time pergi. Tetapi seronok juga,sebab ada yang berkenan di hati. memandangkan di sini tidak menerima kad kredit, so no pointlah beli. lagipun bulan ini banyak sangat keluar duit untuk shopping.

Pulang ke kolej,terus kami rebah di tempat beradu masing-masing. Kecian gila pada roommate Azim. ada koko jam 8. Takpe roommate, balik ni kau tidur puas-puas di rumah. Sudahlah kita missed Nur Kasih semalam


Peace..,
xZYm

Jul 23, 2009

Re-anat

Re-anat

Dear PK,
Sudah diketahui hari bakal diadakan ulangkaji anatomi 1,2.3. Apabila buka sahaja soalan, tidak tergambar begitu susah soalannya walaupun 6 orang berbincang dengan pelbagai buku rujukan di hadapan mata.

+40 soalan sahaja yang mampu kumpulan Azim selesaikan. Terasa macam nak pecah kepala,dengan bilik MM2 terlampau sejuk. Kata Dr, soalan ini penting untuk surgery nanti. Fikir-fikir balik, memang lupa juga, tapi bila sebut satu term sahaja, dah terfikir location dia di mana. kira nasib baik masih ingat.

*Housemate Azim dimasukkan wat kecemasan tidak sampai setengah jam. Balik ke rumah, ramai betul orang ziarah dia. Dengar kata jika dia tidak beransur pulih 4 hari lagi, kena quarantin lah satu rumah!! boleh skip test phamaco & patho...

Peace..
xZYm

Jul 22, 2009

Benda-Hari

Benda-Hari

Dear PK,
Jemputan yang Azim terima untuk berkongsi sedikit ilmu yang Azim ada kepada junior-junior sekolah Azim, Azim terima dengan ikhlas. Pada mulanya, agak sukar untuk Azim pulang ke Johor Bharu semata-mata untuk hal ini. Tetapi dengan kemasukan hampir 7k dalam akaun bank Azim membuatkan Azim ada keinginan untuk pulang ke Johor Bharu.

Memang tradisi sekolah akan mengadakan krusus kepada setiausaha & bendahari sekolah. Azim pernah laluinya. keperitan
memegang amanah sekolah & pernah dalam satu masa, wang ditangan Azim mencecah hampir RM20 ooo. Takut juga kena curi.

Pelbagai pengalaman dan ilmu Azim kongsikan kepada junior-junior Azim. Terasa juga terubat kerinduaan kepada cikgu-cikgu Azim, ada beberapa yang masih ingat ingat lupa.

Ceramah motivasi itu bertujuan untuk melahirkan bendahari yang cekap,amanah & bertanggungjawab. Paling penting dapat menguruskan wang dengan baik. Pulang sahaja ke rumah, terus Azim mengadap laptop, menyiapkan semua 'assignment' yang perlu di selesaikan minggu ini. kerja last minute, memang kurang berkualiti.

Minggu ini, mula minggu ujian, kena kembalikan semangat ni!!!chaiyok!!

Peace...,
xZYm

Jul 19, 2009

Skrip yang Bosan

Skrip yang bosan

Dear PK,
Setibanya di rumah jam 8.30am, Azim disambut dengan bau kek pisang buatan mak. Dah lama tidak merasainya. Badan ni rasa selesa juga walaupun tidur di pejabat ayah.
Sebelum itu sempat juga kami singgah ke rumah atuk. Ain,sepupu Azim mengajak menonton wayang.


Jam 11am, Azim & seorang adik bongsu Azim dihantar oleh Ayah ke Jaya Jusco, tempat yang kami janji mahu bertemu dengan Ain. Beli tiket sahaja sudah beratur ramai. Mesti penangan Harry Potter. Apabila lihat pada skrin GSV, Harry Potter full house. Kena tunggu jam 5.30pm baru ada. Jadi kami buat keputusan lihat sahaja cerita Skrip 7707.


Rating yang boleh Azim bagi setelah kami duduk satu jam setengah dalam wayang ialah 4 daripada 10. ceritanya terlalu simple & senang. Apabila selesai, ramai yang mengeluh. Jika ini yang mahu ditonjolkan oleh cerita seram melayu, Azim sangat sedih.


Jadi bagi mengubat kesedihan diri, kami shopping. Mentang-mentanglah JPA baru masuk, tangan ini rajin sahaja menekan butang pengeluaran wang. Pasti rakan Azim yang lain begitu juga. Semua pasti sekarang sibuk di shopping complex. Ayah mengambil kami jam 6.30pm. dalam kereta sibuk kami dengar letehan mak & ayah. Membazir duit la, dah tak muat almari baju la..


*Adik Azim yang ke-2 sekarang pasti seronok tengok MU vs Malaysia di Bukit Jalil. Bila lihat berita semalam Malaysia kalah 2-3.

*Dah keluar pun buku yang Azim tunggu, The Host. Ingat nak beli My Sister’s Keeper, tapi dah habis.

Peace..,
xZYm

Jul 16, 2009

Story of My 'Brothers'

Story of My 'Brothers'

Dear PK

Esok, Azim terpaksa balik ke rumah disebabkan panggilan dari sekolah. Azim dipanggil untuk memberikan ceramah berkaitan pengurusan wang kelab dengan bijak kepada bendahari-bendahari kelab disekolah. Dengar kata,krusus 2 hari ini khusus untuk setiausaha & bendahari. Walaupun bayarannya tak seberapa, tapi disebabkan memang Azim nak balik JB minggu ini, kira sekali jalanlah


Hari ini banyak kejadian berlaku pada senior & junior Azim. Mula-mula agak kelakar juga bila ada juga junior ingat Azim ini lepasan matrik. Teman sebilik Azim sendiri tak percaya Azim berumur hampir 23 tahun. Mungkin saiz badan Azimkot,membuatkan Azim macam budak-budak.


Satu lagi hal pejabat kolej berkenaan kak S. Ini berlaku pada senior Azim. Memang salah dia parking di tempat yang salah & dia tahu salah dia. Dia datang secara baik, minta nak alihkan kereta yang menghalangnya. Secara tiba-tiba Kak S ini boleh menengking dia, marah-marah pagi hari. Sabar lagi dia ini,tapi apabila banyak sangat Kak S ini menjerit-jerit, siap cakapvet ini menyusahkan, mengada-ngada”, terus dia lawan balik. Kak S itu siap hantar 2 orang lelaki mahu pukul senior Azim,sebab senior Azim ugut nak pecahkan cermin kereta Kak S. Memang Kak S ini dibenci orang,sehingga cleaner pun tak suka pada dia. Kawan Azim yang mohon masuk kolej balik pun dengar cerita ditolak oleh Kak S.


Junior aka housemate Azim pula accident dilanggar kereta pelajar kolej lain. Setakat yang Azim tahun pelajar tu, macam nak mengelak sahaja bayar ganti rugi. RM300!!! Kaki dia pula kena jahitan. Teruk jugalah. Kecian tengok dia terjongket-jongket nak pergi tandas. Tapi dalam keadaan kaki macam gitu, sempat juga dia pergi makan di luar dengan housemate Azim yang lain. Esok tak pergi lab anatomy lah tu, dapat cuti dua hari

Peace..,

xZYm

Jul 12, 2009

Aznil & Macam

Aznil & Macam

Dear PK,
Apabila dikumpul semuanya ada 14 org termasuk Azim. Semuanya dengan satu hajat, melihat sendiri bagaimana rancangan itu boleh berlaku. Shima, Sya, Filza, Wawa, Shak, Wen Chee, Syu, Siti Aisah & Pija pergi menonton rakaman Macam-Macam Aznil Raya. Berpakaian rayalah kami.

Beginning sahaja,Aznil pilih nak start betul dekat dengan kami. Shima,Syupaling beruntung, sebelah Aznil sahaja. Mungkin tempat kiteorg wangi,macam dia cakap. Azim menvolunteerkan diri untuk jadi peserta. Bila tiba masa Azim nak miming lagu balik kampung, tiba-tiba Aznil cakap, tengok mata dia Sarimah, macam mata drakula.

Terlebih sudah. Dah macam konsert sendiri pula bila Azim miming lagu. Tak tahulah time tu jin mana lah masuk. Gelak besar coursemate Azim. sampai balik kolej pun still cakap benda tu. Shima & Siti pula kena catwalk. Siti catwalk ala-ala victoria's secret punya ending. Shima terpilih masuk pusingan lakonan. Berlakon dengan Din Beramboi tu..

Tapi penat jugalah tunggu dalam studio hampir 6 jam. Naik lenguh otot pipi. Asyik ketawa je. Balik kolej, mandi, terus rehatkan badan. Ingat nak bangun jam 2, buat assignment. Bangun je,dah jam 5. Hari ini kena fokus buat assignment immunology. Macam2 Aznil Raya ni, akan disiarkan Hari Raya Pertama.

Peace..,
xZYm

Jul 11, 2009

Tambah seorang.

Tambah seorang

Dear PK,
Nampaknya rumah Azim di kolej sudah dipenuh. Tambahnya seorang lagi, mempelbagaikan rumah ini. Dari DVM1-DVM4. Bolehlah kongsi-kongsi cerita setiap batch. hujung minggu ini pasti sibuk, hendak buat assigment virology, immunology. Salah seorang coursemate Azim cakap, dah macam first test sahaja. Nota dah mula melambak-lambak

Baru-baru ini pengarah dogathon minta size T-shirt. Azim suruhlah salah seorang daripada kawan Azim letak size S. Macam terkejut sahaja. Memang baju Azim size tu. kalau pakai size M, besar sikit. Tapi bagus juga dia komen, memang kadang kala Ayah Azim marah pakai baju kecil sangat. Ada juga orang nak komen penampilan Azim.

Ramai kawan Azim dah mula kerja, memang kalau Azim masuk matrikulasi, hanya tunggu graduation sahaja. Ada yang mula kerja, ada juga yang sekarang tengah cari kerja. Harap, korang dapat kerjalah.

Peace...,
xZYm

Jul 9, 2009

Mulanya...

Mulanya..

Dear PK,
Baru beberapa hari Azim melangkah masuk ke semester baru, pelbagai kerja yang perlu dilakukan. bertimbun-timbun assignment diberi (padahal malas nak buat praktikal report). Mesti seronok jika duduk sahaja di rumah. Lebih-lebih lagi melihatkan teman sebilik Azim yang baru sedikit sahaja jam kreditnya. yelah, budak tahun 1.

Rumet baru?? kecian pada rumet lama Azim. kadang-kala menyesal juga tindakan yang Azim ambil, tapi ini untuk kebahagiaan semua pihak. Semester ini pasti penuh dengan cabaran. permulaan virology sahaja membuatkan Azim berkerut kepala. susah benar hendak memahaminya. Senior Azim cakap, jangan nak terlalu rumitkan benda yang senang.

Jadi tunggulah beberapa hari lagi,mungkin nanti biasa lah nanti. Kecoh juga dalam kelas, Azim sebarkan cerita yang JPA akan masuk rabu hadapan. Azim menagak sahaja, melalui pengalaman dua sem yang lepas. Dengar kata, kami akan dapat sama dengan pelajar medic. taraf vet sama dengan medic. sekarang baru nak perasan. tunggu sahajalah kawan-kawanku..
Peace..,
xZYm

* kawan Azim, Ina dikuarantinkan di pusat kesihatan kerana mengalami deman & selesema. Petang tadi dia dah pulang kolej.semoga sihatlah esok!!

Jul 4, 2009

Semester 5

Semester 5


Dear PK,
Universiti bakal memulakan sesi semester yang baru. Pasti sekarang junior sudah mula selesa dengan keadaan kolej.
Semester ini pasti ada cabaran baru. Jadual akademik yang memberi cuti raya sehari sebelumnya. Dengan acara Dogathon bakal menjelang bulan ogos ini. Merit satu lagi cabaran yang bakal merisaukan Azim. Nampaknya kena mula kumpul dari semester ini.


Perginya Azim bermakna tinggal seorang sahaja adik Azim di rumah. Mesti dia bosan. Azim sudah janji dengan senior Azim untuk menumpang keretanya. Mudah sikit nak mengangkat barang lain. Mulakan dengan Azam baru.

Peace..,

xZYm

Igauan ngeri

Igauan Ngeri

Dear PK,

Tiba-tiba Azim ditangkap dari atas katil. Dalam fikiran terfikir bagaimana lembaga-lembaga itu boleh masuk ke rumah Azim. Dengan teruk Azim diseret turun dari tangga, keluar rumah dan terus ke tengah-tengah kawasan lapang. Tetapi sedikit pun tak rasa kesakitan.


Salah sorang daripada mereka membawa satu benda seperti ‘hot iron’ mengecop di telapak kaki Azim. Apabila benda itu melekat pada kaki Azim, tanpa rasa sakit, Azim tersedar. Oh, rupanya mimpi. Binggung masa itu. Apabila melihat jam di dinding menunjukkan jam 6.45 pagi. Ya Allah, belum solat. Mak,Ayah & adik bongsu Azim pulang ke kampung untuk mengambil durian. Adik ke-2 aku sudah pulang ke rumah sewanya di Melaka.


Apabila selesai solat, aku turun mengambil air minuman dan memikirkan mimpi tadi. Adakah itu hanya mainan tidur atau amaran dari ilahi. Alhamdulillah,Allah tidak merasakan keperitan dan kesakitan itu. Bukan tidak pernah Azim solat lewat atau tinggalkan solat, tapi kenapa pagi tadi baru dapat mimpi sebegini.

Peace..,

xZYm

Jul 3, 2009

Fren

Fren

Dear PK,

Bagaimana Azim boleh boleh terbuka hati hendak menemani Farhana ke majlis pertunangan kawan sepejabatnya. Terlalu jauh dari rumah Azim,hampir sejam perjalanan. Majlisnya alar kadar sahaja. Tetapi yang menariknya bakal suaminya kenal Azim, dia kata pernah nampak Azim semasa sekolah dulu, semasa pertandingan kawat kaki peringkat daerah


Kawat Kaki Kadet Remaja Sekolah pada tahun 2001 mungkin yang dirujuknya. Perkara memalukan berlaku pada Azim semasa ingin menambil makanan. Secara tiba-tiba Azim boleh jauh semasa beratur. Kecoh jadinya menyangka Azim pengsan. Padahal terpijak lantai yang agak licin.


Pertama kali mewakili sekolah setelah jawatan kopral disandang. Kalau diingatkan balik boleh jadi bahan gelakan dengan formasi yang dilakukan. Paling Azim ingat ialah semasa pulang dari pertandingan itu. Boleh sahaja cikgu tinggalkan kami 33 orang. Jadi kami kalau tak silap Azim 12 orang cadang balik sekali. Yang lain Azim tak pasti bagaimana.


Kami mencari bustop, sorang daripada kami boleh sahaja buat pandai tunjuk jalan salah, hampir setengah jam kami jalan dengan pakai but, baju seragam kadet remaja dan jam menunjukkan jam 2. yang kami nampak di depan hanya jalan besar. Kami teruskan juga dengan ada yang berkaki ayam,tak tahan pakai but. Nak telefon,public phone pun tak ada. Handphone memang bukan zaman orang mesti ada handphone.


Selepas sejam, baru kami nampak bustop. Malu juga jalan dengan keadaan begitu. Tapi sejak Azim masuk universiti, mereka semua macam hilang sahaja. Atau Azim yang menghilangkan diri. Zaki, Khalid, Yus, Muhkriz, Hamdan sudah lost contact dengan Azim. Azim harap sangat dapat jumpa dengan mereka semua. Tak kan nak tunggu reunion sekolah 5 tahun lagi.

Peace..,

xZYm

Jul 2, 2009

POSEN

POSEN

Dear PK,
Semalam tergerak hati Azim untuk membuka buku latihan anak sepupu Azim yang masih bersekolah rendah. Rumahnya hanya beberapa langkah dari rumah Azim. Dari awal cuti dulu maknya suruh lihat-lihatkan. Terkejut dibuatnya apabila banyak bulatan dakwat merah di buku latihan matematiknya. perkataan yang dibulatkan ialah POSEN

Rupanya ada juga yang mengikut 'penyakit' Azim ini. Berulang-ulang kali Azim ditegur oleh cikgu untuk menukarnya kepada puluh sen. mungkin sudah terbiasa dari kecil sebut posen, Azim mengulangi benda yang sama. Akhirnya, Azim didenda menulis perkataan puluh sen sebanyak 500.

500!! sakit tangan menulisnya. Satu kelas tahu Azim kena denda,jadi Azim kena ejek posen. tak tahu kenapa gelaran itu hilang begitu saja. bagus juga tak melekat gelaran posen. Posen...Posen...

Peace..,
xZYm

Jul 1, 2009

Amalan Bulan Rejab

Amalan Bulan Rejab

  1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
  2. Sesiapa yang berpuasa hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
  4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
  5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
  6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
  7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
  8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
  9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
  11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

Jun 30, 2009

Khabar dari surat

Khabar dari surat

Dear PK
Terdetik hati untuk melihat surat khabar lama yang tersusun di dapur rumah. Metro & NST menjadi pilihan ayah Azim. Banyak kisah- kisah yang Azim tidak mengetahuinya hampir lebih 40H. Banyak juga yang berlaku dan menarik.

Pertama tentang kes selsema babi yang makin menular. Jadi takut untuk ke Singapura. Penyakit ini makin menular ke rantau Asia Tenggara pula. Senyum Azim melihat kemenangan Kris Allen dalam American Idol. Sejak dulu memang Azim jangkakan dia menang.

Kemudian tentang Facebook diisukan oleh ulama Indonesia. katanya Fb boleh mencetuskan ke arah masalah sosial. Bagi Azeem terpulang pada individu terbabit. Dia yang meletakkan gambarnya. Jika gambar tidak menutup aurat diletaknya, salah dia sendiri. pilihan untuk memilih kawan pun terletak pada tangan sendiri.
Terbaru, kematian Michael Jackson, Raja Pop Dunia. Bagi negara islam, umatnya masih was-was lagi keislamannya. Abangnya mengatakan dia Islam. Jika benar, biarlah arwah dimasukkan dalam golongan yang terselamat dari azab Allah & beruntunglah arwah dapat masuk hidayah sebelum meninggal dunia. Sorang lagi, pelakon Farrah Fawcett. Jika Azim menonton Charlie's Angels yang 5 minit di starworld,pasti mak Azim akan cakap yang Farrah ini dulu cantik betul. dia pelakon yang mak Azim minat.
Peace..,
xZYm

Jun 28, 2009

REJAB

REJAB

Dear PK,
Bulan Rejab kembali lagi. Bulan Allah ini pasti akan mendatangkan pelbagai kenikmatan dan keamanan di bumi ini. Jika datang Rejab, pasti terlintas ialah banyakkan amalan sehingga kita selesa untuk melakukan amalan yang lebih banyak dalam bulan Ramadhan.

“Allah itu Maha Adil,Dia tidak hendak menyusahkan hambaNya” Ingat lagi kata-kata ayah masa dia ajak Azim puasa bulan Rejab. Pasti susah secara tiba-tiba hendak melakukan amalan di bulan Ramadhan, sebab itulah Murahnya dan Agungnya Allah dia ciptakan dua bulan yang mulia ini sebelum Ramadhan.

Jika sebut mengenai puasa sunat, kadang kala Azim malu kepada seorang kawan Azim ini. Dia berbangsa Cina dan bukan Islam sebelum Azim mengenalinya. Tetapi bila tiba bulan Rejab, tidak putus-putus dia berpuasa dan hanya berehat sehari dua sebelum menyambungnya kembali. Apatah lagi tahun lepas dia menerima hidayah Allah, tradisinya masih diteruskan. Mungkin pengaruh kawan baiknya dahulu.


Peace..,
xZYm

Jun 26, 2009

26 JUNE

26 JUNE

Dear PK,
Tiada kejutan yang bakal berlaku di rumah Azim hari ini. Hanya sebuah makan malam sesama keluarga sahaja. Alhamdulillah, semuanya ada di rumah. Disebabkan yang diraikan tukang masak utama di rumah, terpaksalah kami bekerjasama menyediakan makanan untuknya.

Adik bongsu Azim petang tadi sudah membawa balik kek sebagai pembuka selera. Semasa Azim sedang menaip entri ini, ayah Azim sebaik sahaja pulang dari surau, terus menyediakan air ‘special’. Dari jauh Azim nampak ada asam, limau nipis berhampiran pemerah jus.

Bahan-bahan steamboat juga sudah dikeluarkan oleh adik Azim. Semuanya di susun atas meja makan. Mangkuk dan piring di susun atas meja,hanya menunggu kaum lelaki pulang semula dari surau sahaja untuk dijamah.

InsyaAllah, jam 9 nanti sambutan ulang tahun mak Azim akan diadakan. Selamat Ulang Kelahiran Mak. Muuuuuuuuuuuah!!
Peace...,
xZYm

Jun 24, 2009

Durian

Durian


Dear PK,

Di smart, pasar borong, kit-mart penuh dengan durian. pelbagai gelagat mereka ketika memilih durian. Ada yang menghidunya,mengetuknya, melihat tangkainya dan ada juga yang menyuruh peniaga membelahnya. Paling menarik melihat gelagat orang yang makan di situ. Kebanyakkan mereka pasti orang Singapura. Pasar Smart siap menyediakan meja dan kerusi.


Ayah Azim berjanji sebelum Azim pergi ke universiti,dia akan membawa Azim pulang ke kampung. Seronoknya makan durian kampung sendiri,unlimited. Selalu sahaja banyak durian yang tak dimakan dijadikan jem oleh atuk Azim. Setiap daripada keluarga atuk Azim kecuali sepupu, anak saudara & adik terakhir Azim mempunyai pokok durian sendiri. Arwah atuk Azim menamakan setiap pokok dengan nama anak,menantu & cucunya.


Seorang sepupu Azim tidak makan durian lansung, pokoknya hingga kini tidak pernah berbuah. Dua makcik Azim dikategorikan kerdil, pokoknya rendah juga dan isinya sangat manis. Azim pula paling senang nak buka kulitnya, isinya apabila makan mula-mula agak sedap,kemudian kadang kala pahit. Susah nak jaga pokoknya. Arwah atuk Azim cakap, Azim ini pedendam dan susah nak cakap. Susah nak percaya benda ini. Tetapi, paling seronok apabila kami sekeluarga habiskan masa di kebun. Tak sabar menunggu hari ini.

Peace,

xZYm

Jun 22, 2009

Setelah 40 hari..

Setelah 40 hari


Dear PK,

Hampir sebulan lebih Azim merantau di negeri orang. Negeri yang dipenuhi dengan jelapang padi dijadikan destinasi kali ini. Kalau tahun lepas Kuala Lipis & Merapoh ingatkan Azim dengan kedinginan air perigi dan tidur di kaki bukit. Kali ini sungguh indah apabila berjalan penuh dengan pandangan hijau & menyeramkan juga apabila kebanyakkan surau berdekatan dengan kubur. Seram juga hendak bangun tengah malam.


Pulang ke rumah terus penuh kejutan. Banyak juga perkara yang Azim lihat berubah. Mula-mula apabila sampai di rumah, pelik juga lihat dua adik lelaki Azim baring di ruang tamu siap dengan narita dan bantal lagi. Dalam hati Azim mengagak yang mereka mahu menonton bola. Apabila Azim bawa beg naik,terus ditegur oleh adik Azim “Along nak tidur kat bilik along ke?”. Terus Azim mengangguk dan terus naik.


Beberapa jam dalam bilik,baru rasa terasa kepanasan bilik. Patutlah dua adik Azim tidak tidur di bilik mereka, tidur di ruang tamu dengan penghawa dingin lebih selesa. Percutian ke Tioman minggu depan pun tidak dapat di teruskan kerana sepupu Azim bertunang. Ayah kata dia ganti dengan 2 set box dvd korean drama series. Dua minggu lagi di rumah sebelum pergi ke kolej semula. Cukuplah untuk keluarga dan kawan-kawan Azim.

*masa 40 hari baru Azim sedar yang Azim banyak menyusahkan orang masa semester lepas. Azim try nak cover story bila rasa bersalah. Tapi sebelum cuti, Azim sudah minta maaf pada mereka

Peace..,

xZYm

May 18, 2009

Kesedaran

Kesedaran


Dear PK,

Perjalanan pulang ke rumah terhenti seketika ketika azan Maghrib berkumandang. Lantas, Azim memberhentikan kenderaannya di surau berkenaan. Senyuman orang setempat membuatkan perasaan merasakan keramahan penduduk di sini. Selesai solat, tiba-tiba diumumkan ada kuliah agama. Terbuka hati Azim untuk duduk sebentar. Mungkin ada input yang boleh dijadikan panduan.


Muqadimah ceramahnya banyak berkenaan politik. Parti yang berlandaskan agama ini suka memberikan ceramah seperti. Mahu sahaja mengangkat punggung untuk beredar, telinga Azim menangkap kata-kata pedas yang dilontarkan oleh penceramah itu.


“Jangan hadirin sekalian cuba nak berkawan dengan orang yang tak sembahyang”


Terus Azim terpacak sehingga tamat kuliah maghrib itu. Antara isi kandungannya, mengenai orang Malaysia yang banyak meninggalkan solat. Jika kita tahu,kita kena tegur. Ataupun jauhkan diri daripada mereka. Itu selemah-lemahnya dengan geram dalam hati. Jangan cari suami atau isteri seperti ini.


Tidak tahulah benar katanya sudah 50% rakyat Malaysia tidak solat langsung. Lebih baik katanya berkawan dengan orang cina & india dari orang melayu yang tidak bersolat. Perjalanan pulang Azim ke rumah penuh tanda tanya. Perlukah Azim menjauhi mereka?

Peace..,

xZYm

May 17, 2009

Sekian Lama

Sekian Lama

Dear PK,

Lama sudah tidak menjenguk blog Azim. Mana tidaknya akhir bulan April sibuk dengan peperiksaan akhir kemudian dua minggu dihabiskan untuk latihan pengenalan lading dan minggu ini pula terpaksa menjaga adik Azim di hospital. E-Mail, Facebook, Friendster juga sudah lama tidak dijenguh.


Minggu-minggu akhir di Universiti :
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma terkilan dengan hari terakhir di tahan oleh pensyarah untuk melakukan peperiksaan semula bagi bahagian yang penting. Separuh daripada pelajar disenaraikan. Padahal Azeem bergegas untuk pulang menyambut hari lahir ayah Azeem. Hadiah ada pada Azeem. Akhirnya terpaksalah kami menyambutnya lambat sehari. Sedih juga sehari sahaja duduk di rumah.


Ladang Corakmas,Padang Hijau :
Ayah menghantar Azeem ke ladang lembu tenusu ini bersama-sama kawan-kawan Azeem yang lain. Kami ber-6. CP, Shyla, WC, Vivian & Vish (nama glamournya wani). Banyak juga yang dipelajari dan diketahui. Walaupun kampung Azeem di Kluang,baru Azeem tahu banyak benar sekatan polis. Malam di bandar Kluang, kepayahan membeli makanan, Kereta rosak di tengah bandar & Red Rockies menambah lagi pengalaman Azeem. Masa itu juga Azeem nampak betapa sungguhnya Vivian mengendalikan Dogathon 09’


Kolam Ikan & Udang, Gelang Patah :
Sekali lagi ayah tidak mempercayai Azeem untuk membawa kereta. Sampai di sana, sudah menarik minat ramai orang di sana. Ayah Azeem, dalam jabatan yang sama, boleh katakan ramai yang mengenalinya walaupun berlainan tempat bertugas. Mata Azeem juga tertumpu pada kereta merah jambu yang biasa kelihatan di fakulti dan kolej. Dalam hati merasakan ini rupanya Anis, senior Azeem yang disebut-sebut ada di sini. Hari pertama mungkin janggal lagi, hanya berbual pasal diri masing-masing. Azeem & 3 senior Azeem, Faiz, Anis & Liza ditugaskan untuk membuat kajian tentang permakanan udang galah.


Paling seronok bagi makan di waktu malam. Hanya lampu suluh, kami perlu memberi makan kepada semua udang. Rasa gementar itu ada lebih-lebih lagi Faiz telah nampak apa yang tidak sepatutnya dia nampak. Padahal 5 hari, tetapi Azeem boleh sahaja rapat dengan mereka. Hari keempat, penolong penyelia kami, Kak Aida menanyakan berapa umur Azeem,baru lepas SPM ke? Tergelak mereka,siap cakap Azeem lebih tua daripada mereka. Kak Aida kata perangai Azeem terlonjak-lonjak, suka mengusik orang & rambut tak terurus. Paling mendebarkan hari terakhir Kak Aida menanyakan Faiz duduk di asrama lelaki atau tidak. Faiz menjawab tidak dan mengatakan Azeem yang tinggal di situ. Terus Kak Aida mengatakan Asrama itu berhantu. Dia pernah nampak permpuan muda di pintu hadapan asrama rumah itu. Nasib baik, barang-barang Azeem sudah dipindah ke kereta. Ayah Azeem juga mengatakan tempat ini ‘keras’ sedikit


Mungkin ini perasaan Azeem, tetapi ini yang Azeem rasa. Seorang pelajar kolej di Melaka acap kali bersama-sama kami. Makan, keluar malam pun pasti dia ada. Tetapi sering kali dia seperti memberikan ‘hint’ mahu berpacaran dengan Azeem. Banyak juga caranya. Pulang nanti ke universiti, pasti Azeem menanyakan pada senior Azeem. Kalau benar, kecian dia tidak berbalas. Jika bukan pasti perasaan Azeem.


Minggu ini :
Masa diluangkan di Hospital Sultan Ismail menjaga adik Azeem yang dibedah tangannya akibat tulang radiusnya retak. Selang seli dengan adik Azeem yang akan ke matrik Melaka. Sempat juga berkenalan dengan seorang jururawat yang manis orangnya. Suka Azeem melihat dia, macam tak jemu dipandang. Umur sebaya dengan Azeem dan namanya sungguh cantik Maisara. Malangnya dia sudah bertunang. Banyak yang berlaku dalam bulan ini, Hafiz menang AF7, Tomok menang OIAM, Kris Allen masuk final American Idol. Selepas ini, masa terluang terlalu banyak. Baik digunakan sebaiknya. 3 hari lagi blog ini pasti akan senyap kembali. Ada tuntuan sesama manusia yang perlu Azeem lakukan.


Peace..,
xZYm

Apr 19, 2009

2012

2012

Dear PK,
Mingggu ini, setiap kali turun ke surau, pasti mata Azeem hendak melihat sesuatu. rumah di bawah rumah Azeem di kolej kediaman. sungguh memeranjatkan apa yang ada di sana. Mungkin perkara ini akan berlaku pada Azeem pada tahun 2012.

Rumah yang dimaksudkan ialah rumah tahun akhir pelajar vet a.k.a senior sulong Azeem. Pada pertengahan semester,mula nampak mereka asyik-asyik duduk di atas meja. tertanya juga dalam hati,tak bosan ke? Sekarang penyakit mereka makin teruk. satu rumah ditampal dengan NOTA!! di dinding.

Mungkin perkara ini akan berlaku pada Azeem nanti. Siapa tahu yang budak yang suka merepek & perangai macam budak-budak ini akan besar tahun 2012.

Peace...,
xZYm

Apr 18, 2009

X study!!

X study!!

Dear PK,
Satu hari tak study ni.. semua disebabkan BEN 10!! Habiskan masa menonton cerita ni.



Peace..,
xZYm

Apr 16, 2009

Aktiviti selepas Ethic exam.

Aktiviti selepas Ethic exam.

Dear PK,
Alamanda? itu perkataan pertama yang Azeem ungkapkan selepas sepupu Azeem memberitahu dia mahu ke sana. selesai makan, solat terus Azeem mengambil teksi untuk ke sana. Tujuannya mahu membelikan hadiah datuk dan makcik Azeem.


Ikutkan sahaja dia bersama kawannya berjalan-jalan. Padahal masa itu mata Azeem ngantuk sangat kerana lewat tidur. Azeem hanya tidur 2 jam sahaja untuk menghafal nota-nota ethic. Apabila lalu di panggung wayang,terus sepupu Azeem mengajak Azeem memonton wayang. Ikutkan sahajalah. Walaupun ngantuk,mata ini tetap menontonya. seram sejuk dibuatnya.

Destinasi terakhir sebelum pulang, Big Apple. 12 + 6 donut dibeli oleh Azeem. separuhnya milik Hafez. Maklumlah sekarangkan ada tawaran istimewa. Kira dalam masa 40 jam,Azeem hanya tidur 2 jam sahajalah. memang sakit kepala ni!!


Peace..,
xZYm

Apr 14, 2009

Anat = rock on!!

Anat = rock on

Dear PK,
Pertemuan Azeem bersama pensyarah anatomi untuk membincangkan soalan yang diberinya, membuahkan hasil. Azeem,Sarah & izzati pada pagi Jumaat yang lalu pergi berjumpa dengannya. Tujuan utama untuk menunjukkan muka agar dapat menambah markah. Mana tidaknya, 15 markah datang dari kehadiran & minat kita pada anatomi.

Soalan keempat peperiksaan anatomi tadi menanyakan tentang soalan yang sama kami bincangkan. Penis jenis musculocarvenous & fibroelastic dan yang mana 'erect' cepat & kenapa? tersenyum Azeem menjawabnya. Tamat peperiksaan,terus Azeem mencari izzati & dia seperti dalam keadaan gembira.

Disebalik kegembiraan ini,dalam setengah jam minit terakhir, Azeem perasaan ada satu kerusi kosong. Bila dilihat antara Juwai & Azhani,terus hati Azeem menjerit..TUBA!! Kemudian bergegas kami menalefonnya & mendapat tahu yang dia sangkaan peperiksaan petang. nampaknya kes Fauzan berulang kembali.

Alhamdulillah,Tuba dapat mengambilnya kembali jam 12. Dengar daripadanya, soalan sama sahaja. Yang penting, dua soalan sudah diketahuinya sebelum peperiksaan. Harapan A mungkin seperti samar-samar,tetapi siapa tahu keajiaban boleh berlaku.

Peace...,
xZYm

Apr 13, 2009

Satu Suara

SATU SUARA


Mengapa kita berbeza
Ku tahu hatimu dipolusi benci
Kita harus bersama
Aku, kau mereka, memahami, kompromi
Kita satu komuniti, satu arah destinasi
Hey generasi muda, usah kau bersendiri
Kita punya satu hati, satu cita satu jiwa
Kau aku dan mereka, kita satu nama
Chorus
Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama

RAP:
It’s the B to the E to the L I ALet’s keep our head up for better daysDo walk hand in hand if you understandThe message is to be together in this motherland

Where is the love that used to shine
In this darkest hour, we’re gonna be just fine
So let the love shines in your soul
This revolution is gonna be our destiny call

Dalam satu suara, kita tiada bezanya
Nyanyi lagu yang sama, rentak sekata
Dengan satu suara, kita janji menjaga
Kau, aku dan mereka, kita satu nama

Dengan satu suara
Kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak jiwa yang sama

Sekiranya ku jatuh, terus bangunkan aku
Dan aku lakukan yang sama untukmu
Kau, aku dan mereka
Dalam satu irama, dalam satu cinta

RAP:
eethu un valkai, un pathei, un eerthukaalam(this is your life, your path and your future)otremei veedum kai kodhe nadeethe vaa(unity is needed, come walk hand in hand)naalai maadrum un nadeetheyil(tomorrow’s changes is in your path)en thola yen paala kuraalyil?(my friend, why do it with different voices?)

RAP:
我地国家应该一条心
(Our country should be one heart and one soul)
生活过得好, 最紧要我地大家开心
(Our lives are good and our happiness is important)
我地马来西亚社会真係惦
(Our Malaysian society is great)
无论遇到乜野困难, 我地一齐可以搞惦
(Whatever problems we face we can sort it out together)

Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama
Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama

Apr 11, 2009

Sebuah Motosikal

Sebuah Motosikal

Dear PK,
Permulannya Azeem dan kawan Azeem,Hafez ingin meminjam sementara sahaja motor rakan sekuliah kami, Shima untuk ke solah jumaat. Tiba-tiba sahaja,dia memberikan motor itu sehingga hari Isnin.
Selepas solah Jumaat,seperti dirancang kami terus bergerak ke Mines. Sudah lama kami tidak keluar bersama-sama. Rasanya lebih kurang 2 tahun. Bergerak menujuke satu kedai ke satu kedai yang lain. Paling penting,misi mencari infomation counter berhasil.
Melihat awan seperti tidak menunjukkan tanda tidak mahu hujan, kami pulang ke kolej dahulu untuk solat.Kemudian,misi bersambung untuk membeli tiket balik Hafez di Kajang. Tiba di sana, mata kami terpikat dengan pasar malam yang berada bersebelahannya. Selesai membeli tiket, terus kami ke pasar malam
Mata Azim terus tertumpu pada baju Upin & Ipin. Mesti kelakar kalau pakai ini. Pusing-pusing dahulu,mana tahu ada saiz orang dewasa. Tiba-tiba akal berfungsi,baik cuba lihat baju saiz kanak-kanak yang paling besar. Dengan muka selamba,terus Azeem tanya "Baju ni,saiz paling besar ada tak?nak tengok"
nelihatnya sesuai dengan badan kecil Azeem ni,terus Azeem membelinya. Sekali dengan baju Ben 10. Minat jugalah kartun Ben 10,ini semua salah Faiz, senior Azeem. Adik dia yang mempekenalkan Ben 10 pada Azeem. Sehingga Azeem jarang tidak menonton Ben 10.
Patutlah orang cakap perangai Azeem macam kartun. Paling ketara sekali cara jalan. Sampai akak kafe di fakulti Azeem ingat Azeem sakit kaki. Ah,rindunya pada Ben 10,because pagi tadi missed. bangun lambat!!!

Peace...,
xZYm

Apr 9, 2009

Final sudah..

Final sudah..

Dear PK,
Tahun ke-2 semester ke-4 melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pasti sekarang ini ramai yang sibuk mencari-cari nota & menyediakan kelengkapan yang kukuh bagi peperiksaan akhir nanti. Semester ini sama sahaja dengan semester 3,malah rasa lebih tertekan dengan keadaan subjeknya.

Small Ruminant
Subjek yang dijangka menyumbangkan A bagi Azeem. Semua pelajar yang mengambil subjek ini pasti tersenyum lebar melihat markah ujian 1 + 2. Dengan soalan peperiksaan akhirnya yang beberapa soalan sudah diketahui,pasti peluang cerah menanti. pasti bagus semua subjek macam ini. Final Exam = 0830, 16 April 2009

Anatomy
Ujian 1 membuat Azeem hilang tumpuan. kenapalah salah jawab soalan. Tetapi ada hikmahnya, selepas itu, Azeem lebih selesa dengan penyelaras krusus itu. rupanya dia baik dan mengambil berat hal pelajar. Azeem buktikan dalam ujian 2, dan kebanyakkan dapat A. Yang paling mencabar markah praktikal & penglibatan dalam kelas 25 markah. Terpaksalah buat-buat tanya soalan dan rajin pergi bilik dia. Final Exam = 0830, 14 April 2009

Physiology
Tidak tahulah mana silapnya, ujian 2 Azeem kantoi pada bahagian hormon. nasib baik masih lagi tahap B. Hanya mengharapkan markah peperiksaan akhir lebih dari 36 untuk mendapatkan A. Dua soalan mungkin boleh dijangka,hanya tinggal tiga soalan lagi. Final Exam = 1100, 22 April 2009

Bacteriology
Subjek 4 kredit ini juga boleh memberikan A,jika buat betul-betul untuk peperiksaan akhir. Banyak juga perlu dibaca. Hanya serah pada takdir sahaja. Bak kata Prof Rani, senang saja... Final Exam = 1100, 21 April 2009

Pathology
Ujian 1 = markah penuh. ujian 2 + 3 = belum diketahui sehingga sekarang. belum ditambah lagi ujian amali pada 0900,24 April. Subjek ini yang menimbulkan minat Azeem untuk mendalami Vet. Final Exam = 1100, 23 April 2009

Ethic
Subjek 'kesukaan' ramai. antara yang bakal dinanti-nantikan oleh junior. seronok sangat belajar undang-undang. Takdir menyelebahi Azeem. walaupun bayangan A memang tidak nampak,tetapi dengan timbunan markah 35/60 bolehlah hidup. Final Exam = 1100, 16 April 2009

Fikir positif!! itu yang penting. orang Islam pasti dapat lakukan lebih baik sebab kita ada Allah. Jangan dapat GPA macam semester lepas sudah.

Peace..,
xZYm

Oral Test

Oral Test

Dear PK,
Staining
Media
Biochemical Test
ELISA
MAT
PCR
Alhamdulillah,tamat sudah penderitaan Azeem. Sebelum mula lagi,pelbagai spekulasi yang Azeem dengar mengenai 4 pensyarah yang mengendalikan peperiksaan amali kali ini. Dr Z, Dr yang banyak menanyakan soalan yang mudah tetapi pelbagai sehingga tak tercapai akal. Dr S, Dr yang mahukan jawapan dalam keadaan tersusun & mudah difahami. Prof R, pensyarah yang paling susah sekali. Dikatakan pelajar akan tertekan dengannya dan terakhir Prof R, pensyarah paling mudah sekali.
Azeem ditakdirkan bertemu dengan Prof R. Agak tertekan juga jika tidak tahu menjawabnya. Apabila masuk sahaja bilik, terus Azeem perkenalkan diri dan paling memeranjatkan soalan pertamanya "What do you know about microbacterialogy letcure? it's fun?" spontan Azeem menjawab "Hah?". tidak menyangka soalan pertama begitu mudah sekali. dan soalan seterusnya pun amat mudah sehinggakan Azeem diberi pilihan untuk memilih media dan biochemical mana perlu hendak ditanya.
Dari yang Azeem dengar, kebanyakkannya dapat hampir markah penuh. Jika berkata pasal pnsyarah yang menyoalnya,sebenarnya itu bergantung pada diri kita sendiri. Jika rasa kita boleh buat, semua benda boleh kita lakukan.
Peace...,
xZYm

Apr 4, 2009

American Idol

American Idol
Dear PK,
Menjadi fenomena dengan kedatangan musim bunga di Amerika,rancangan American Idol pasti muncul di kaca tv. Rancangan yang menjadi kegilaan ramai ini kembali lagi dengan musim baru. Setiap minggu, Azeem dan rakan serumah pasti akan menontonnya. Sejak Top 36, minat Azeem terjurus kepada keunikan suara Megan Joy, Kris Allen & Kendall Beard.

Nasib menyebelahi Kris & Megan apabila mereka berjaya memasuki top 13. Paling seronok setakat ini persembahan Kris semasa dia membawa lagu To Make You Feel My Love. Tanpa gitar, hanya lontaran suara dan penuh perasaan. Minggu ini punya persembahan juga seronok,sehingga Simon kata ini persembahan terbaik oleh Kris.

Megan pula yang mempunyai suara ala-ala Amy Winehouse dan adele sungguh mempersonakan suaranya. Suara Megan yang unik ini membuatkan Simon memilihnya sebagai peserta pilihannya dari wildcard. Rockin' Robin, lagu yang paling Azeem minat sekali dinyanyikan olehnya. Lain sangat dengan Micheal Jackson. Sayang sekali, dia terkeluar minggu ini.

Hanya tinggal Kris sahaja yang berada dalam Top 8. Tunggu dan lihat hujung bulan 5 nanti, siapa yang akan terkeluar.

Peace...,
xZYm

Apr 1, 2009

April Fool's

April Fool's

Dear PK,
Jika dulu bulan April selalu ditunggu oleh Azeem. Mana tidaknya,sikap suka mengenakan orang tidak asing bagi Azeem. Sahaja cari perhatian orang,itu orang cakap Azeem sukar diramal. Perayaan April Fool sekarang sudah jelas & nyata merupakan perayaan yang haram diraikan oleh orang Islam. Walhal, pada tarikh yang sama umat Islam di Sepanyol dibelasah teruk 522 tahun yang lalu.

Sebelum Azeem menerangkan apa yang berlaku pada masa itu, mari kita lihat apa yang berlaku pada Sepanyol dengan erti kata lain Perang Salib. Sepanyol jatuh pada abad ke-8 masihi dan Masih ingat lagi bagaimana Thariq bin Ziyad sanggup membakar kapal-kapal di Kota Konstantinopel. Sejak itu, Kota Konstantinopel dikenali Istanbul ditadbir dengan aman dan adil. Sikap para Tabi'in yang baik dan rendah hati membuatkan orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Kaum kafir disekeliling berusaha mengusir kerajaan Islam,tapi gagal. Semuanya atas dasar iman yang teguh orang Islam. Secara diam-diam rokok, alkohol, musik diserap masuk dan umat isalm mula goyah imannya. Akhirnya Sepanyol jatuh pada pasukan Salib Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Granada, daerah terakhir ditakluknya. Jika melalui jalan-jalan di Granada, sepi dan hanya tinggal mayat-mayat bergelimpangan dan terdapat juga yang bersembunyui di rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Bagi menghilangkan keraguan,beberapa orang diajak melihat kapal itu dan mereka bersedia menaikinya. Beribu-ribu orang Islam keluar ke pelabuhan. Terdapat segelintir yang tidak percaya, masih di dalam rumah. Serta merta, tentera Salib membakar rumah mereka dan kapal-kapal itu ditenggelamkan. Mereka yang berada di perlabuhan (kebanyakkannya wanita & kanak-kanak) tidak boleh berbuat apa-apa apabila dikepung oleh tentera Salib. Mereka dibunuh dengan jeritan dan takbir. Tanpa belas kasihan, mereka dibunuh dengan buas sehingga laut bertukar menjadi merah kehitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April 1487.

Merintih hati ini membaca kisah perang Salib. Dari kisah yang berlaku, orang islam dipermainkan dan setiap tahun orang kristian akan mengatakan orang islam itu bodoh dan mudah dipermainkan. Setelah mengetahui kisahnya, wajarkan kita meraikankannya? Lebih bodoh lagi apabila orang Islam yang meraikannya?

Peace...,
xZYm

cARDIO TherApY