Bosan juga duduk sorang-sorang mengadap nota yang bewarna-warni ini. Yelah,terlalu ramai yang komen kenapa suka sangat buat nota. Orang yang rapat dengan Azim sahaja tahu apa yang Azim buat selepas habis semester. Selalunya, Azim akan usik orang setiap sejam or tengok cerita korea.
Tiba-tiba mata boleh pula rasa berat,macam ada sahaja yang tarik kelopak mata ini suruh pejam.
Baru 12.30pm,masakan sudah ngantuk. Lalu Azim lepak (padahal tido) di surau fakulti. Kemudian, jam 1.40,terus cepat-cepat tunggu bas k17. sekejap je sudah sampai (bagus!!!)
Tiba-tiba abg yang bawak bas ini ikut jalan lain,ke arah k10. Mungkin dia nak isi minyak. Sampai di simpang masjid UPM,bas ini masuk ke kawasan masjid. Azim hanya diamkan diri. Tiba-tiba bas itu berhenti dan abg driver itu mengajak Azim turun untuk mengambil BUBUR LAMBUK.
Hari ini merupakan hari pertama Azim dapat makan bubur lambuk. Azim ambil 2 & sebungkus Azim berikan kepada Hafez. Rupanya abg driver itu nak ambil bubur lambuk,Azim ingatkan nak jadi mangsa kidnap.
xZYm













