Azim : lawa kereta kau, still nombor lama lagi eh?
Sepupu : Nombor kereta lama, ni keluaran terbaru Accord. aku beli kat Sutera (salah satu penjual kereta di Johor Bharu)
Azim : tak kan honda lagi, Sejak kecil dibesarkan dengan honda, dari motor sampailah kereta.
Sepupu : Mesti kekalkan tradisi ni lah. Pak Long cakap kereta aku nombor 13 dalam keluarga kita.
Azim : Aku tak nak lah masuk dalam list tu.
Sepupu : Habis tu nak pakai proton ke? kan kalau beli Honda dapat murah sikit dengan Cik Yan.
Senyuman sinis sahaja dilemparkan padanya. Mana tidaknya kalau di musim cuti sekolah atau family day,pasti jenama honda bersadai di halaman rumah datuk Azeem. Cukuplah, Azeem dibesarkan dengan City, janganlah seumur hidup dibelenggu dengan Honda... bosannya!!
Mar 10, 2009
Azeem & Sepupu
Mar 7, 2009
One Night Only
Dear PK
Sungguh enak apabila dapat menghidu bau bilik yang sudah sebulan ditinggalkan. Cadar yang bertanahkan warna ungu serta jaluran merah hati dan biru membuatkan lagi perasaan menjadi enak. Baru sebulan tinggalkan rumah, macam-macam perubahan berlaku, tidak tiralah pada rumah atau diri Azeem.
Mungkin agak kosong balik kali ini. Hendak buat macam mana, takdir. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan. Benda yang terikat perlulah dipulangkan. Lumrah setiap orang yang mengalaminya. Yang penting ada keluarga yang menyokong dari belakang. Pertama kali berlaku pada Azeem,dan mungkin itu kali terakhir. Bukan serik, tetapi lebih baik Azeem tumpukan pada pelajaran.
Larangan ayah kepada sesuatu mungkin ada hikmahnya. Ada ayah melarang anaknya jangan tunggang motosikal. Apabila dilanggar, dia begitu fobia dengan motosikal selepas melihat kemalangan motosikal depan matanya. Ada ayah melarang anaknya menonton wayang. Apabila dilanggar, dia rasa bersalah selepas telefon bimbitnya hilang di dalam panggung. Begitu juga dengan Azeem,sekarang baru rasa bersalah.
Hati ayah mana yang tidak sedih melihat anaknya seperti banyak masalah. Keputusan dibuat, dibawa anaknya keluar cuti beberapa hari ini duduk dalam jemaah. Betulkan semula hati, iman, amal anaknya dengan bantuan Allah. Berat rasa hati Azeem untuk mengikut,lagi-lagi 3 ujian berturut selepas naik cuti ini. Nampaknya semalam sahaja dapat beradu di atas katil. Banyak perkara yang yang Azeem nak lupakan tentang dia. Tetapi satu benda sahaja yang Azeem simpan (mesej bulan 7, tahun 2001 di telefon bimbit pertama Azeem)
~Walau sejahat mana orang, seburuk mana orang layan kita, jangan sekali kita lupa, pasti pernah sebutir kebaikan dicurahkan. Jangan masam muka pada orang, dia manusia juga, ada perasaan. Ada hati, Zim ~
(selepas peristiwa hitam berlaku pada Azeem semasa tingkatan 4. kepada yang tahu rahsia ini,minta senyapkan diri, sangat ayat orang S’pore)
Peace..,
Mar 4, 2009
I Swear
Dear PK,
Mar 2, 2009
Identiti
Dear PK
*************
Peace...,
xZYm
Feb 28, 2009
Kusut
Dear PK,
Sebut sahaja pasal demam,pasti akan teringat pelbagai kenangan. Azeem bukan jenis yang mudah deman menapak masuk dalam diri Azeem. Kalau setahun 2 kali, dikira banyak. Orang jenis takut makan ubat seperti Azeem ni pasti akan lambat baik. Harap Allah sembuhkan penyakit ini agar mudah Azeem mengulangkaji pelajaran. Ujian kedua mula akan singgah minggu depan. Masa inilah untuk baiki markah.
***************************
Azeem minta maaf pada mana-mana orang yang Azeem singgung perasaan dia minggu ini. Bukan Azeem sengaja untuk sakitkan hati dia,malah tidak sedar perbuatan Azeem buat dia tidak tegur Azeem kebelakangan ini.
****************************
Feb 25, 2009
Berhantu
Dear PK,
Pernah Azeem luahkan yang Azeem bakal tidak menghadiri Majlis Silaturrahim, Acara tahunan yang mengimpunkan 5 batch sekali gus, acara yang pasti penuh kejutan, acara yang menonjolkan bakat-bakat terpendam yang ada dalam bakal Vet. Tapi itu semasa Azeem marah. Lelaki,sukar untuk menarik balik kata-katanya,sifat keegoaannya tinggi.
Esok bakal berlansungnya acara ni, batch Azeem sibuk bertungkus lumus menyambung kembali sketsa percintaan dua species haiwan. Dengar cerita,ada orang ketiga. Lihat sahaja apa yang bakal berlaku esok. Tapi kali ini dalam tema yang menyeramkan " GHOST MUSICAL".
Dengar ada yang mahu jadi Witch,Dracula, just pakai celak pada mata sahaja. Yang penting semua enjoy hari tu.
Feb 22, 2009
Rambut 2009
Dear PK,
Seperti cita rasa bergaya, potongan rambut mencermin pembawaan diri. Apa yang nyata, rambut membawa pengaruh besar terutama bagi individu yang sering menjadi tumpuan ramai. Tidak hairanlah individu berpengaruh seperti selebriti, model dan golongan kenamaan amat menitik berat gaya rambut.
Menyentuh potongan rambut lelaki, ada pihak masih berfikiran sempit. Bagi mereka, rambut lelaki hanya sesuai pendek dan tidak boleh diragamkan seperti rambut wanita. Padahal, jika diberi sedikit pembaharuan serta disesuaikan pula dengan gaya tertentu, rambut lelaki boleh dipelbagaikan gayanya. Bagi lelaki yang cenderung berimej metroseksual, variasi gaya rambut disesuaikan pula dengan pilihan warna berbeza. Jika selama ini, warna rambut kekal hitam, mungkin 2009 memberi isyarat untuk membuat perubahan drastik dengan memilih warna coklat dan kemerahan demi mencipta kelainan.
Apa yang penting, tidak perlu malu untuk berubah andai mampu meningkatkan ‘saham’, sekali gus mengundang perhatian gadis
INFO: Tip potongan rambut mengikut bentuk wajah
- Wajah bujur.Seseorang yang memiliki wajah bujur mampu mempelbagaikan jenis potongan rambut daripada pendek hinggalah panjang mengurai. Mereka yang berwajah begini bebas menggunakan kreativiti untuk bergaya.
- Wajah bersegi.Tidak ramai jejaka memiliki bentuk wajah begini mampu memberi gaya rambut sesuai. Biar apapun gaya yang ditampilkan, biarlah sederhana dan usah ketepikan faktor wajah bersegi menonjolkan ciri kelakian sebenar.
- Wajah empat segi panjang.Ramai berpendapat, pemilik bentuk wajah seperti ini membiarkan rambut lebih panjang dan dipotong berlapis. Malah, jika dibiarkan mengurai, pesona seksi mampu tercetus selain menyerlahkan ciri-ciri metroseksual dalam diri lelaki.
- Wajah tiga segi.Penyanyi terkenal, Justin Timberlake sebagai contoh memiliki bentuk wajah tiga segi. Bentuk wajah sebegini sesuai berambut pendek pendek dan tidak terpacak. Imej kemas dan tidak berserabut menampakkan diri anda cukup comel dan kebudak-budakan.
- Wajah bulat.Mereka yang berwajah bulat disarankan tidak menyimpan rambut panjang. Sebaiknya, rambut harus kemas dan pendek. Kedudukan sisi rambut haruslah sama rata di bawah paras mata. Ini bagi memastikan keseimbangan bentuk wajah. Disebabkan itulah, ramai yang berwajah bulat memilih membotakkan kepala atau crew cut.
Ramalan rambut hangat 2009!
- Inspirasi potongan rambut 1950-an hingga 1960-an.
- Rambut sedikit panjang, berombak mahupun lurus.
- Rambut sihat yang mampu menyerlahkan kilauan.
- Pergerakan rambut beralun secarasemula jadi.
- Rambut yang diwarnakan dengan rona sesuai tampak lebih semula jadi apabila terkena pancaran matahari.
sumber dari berita harian
Peace...,
xZYm
If I were...
Dear PK
Hanya mengingati cara asas bermain bola tampar semasa zaman persekolahan membantu Azeem bermain pagi ni. Dengan tiada pengalaman & latihan, Azeem di'paksa' mewakili batch. Yang sepatutnya main sibuk dgn aktiviti sampingan. Jadi permain simpanan pun cukuplah
Kawan Azeem try tanya kenapa ckp tak nak masuk apa-apa aktiviti lagi,tiba-tiba setiap aktiviti muka Azeem ada. Azeem kalau marah memang suka lepas sahaja,senang tak payah nak pendam dalam hati macam sesetengah orang. Selalunya selepas kena nasihat oleh ayah,terus baiklah
Bestnya kalau parent duduk area S'gor,boleh Azeem jumpa tiap-tiap minggu. rindunya....
Feb 20, 2009
Angel Terasa
Dear PK,
Angel yang Azeem ceritakan dalam "I Will Be" menalefon Azeem. Dalam nada yang agak marah, dia mula mengungkit hal-hal lama dan merasakan tidak puas hati. Adakah tindakan dia melakukan seperti ni kepada Azeem & Balqis adil. Azeem tahu yang dia memang terkenal alim di kawasan rumah Azeem.
Tapi tindakannya menceritakan atau membuatkan dua pihak bergaduh tidak adil. Islam suruh menyatukan umatnya,bukan memperlagakan umatnya.Hasil tindakannya,sampai sekarang Balqis tidak lagi menjawab sebarang media yang Azeem gunakan untuk mengubunginya. Azeem tahu yang dia baca blog ni, jika dia rasa boleh dengar penjelasan Azeem, cuba hubungi Azeem
Feb 19, 2009
Necrosis
Dear PK,
Perasaan Azeem membuak-buak marah kerana ada orang tidak puas hati dgn kerja yang Azeem lakukan. Paling Azeem kecian kepada kawan Azeem, Hafez. Dia yang banyak susah payah melakukan kerja ni,tiba-tiba dituduh penipu besar. Hafez yang Azeem kenal jenis orang yang jujur walaupun dia boleh menipu ketika itu.
Sampai di kelas, perasaan ni makin marah. Adakah patut diconteng scoreboard yang terkini. belum sampai 48 jam ditampal sudah diconteng seperti batu bersurat sudah rupanya. Azeem tidak dapat kawal perassaan,terus menanggalkan semua scoreboard dan digantikan yang baru. Perangai macam budak-budak. Kalau semasa sekolah rendah/ tadika dulu bolehlah,tidak puas hati conteng papan tulis. Ini dah ada teman lelaki/wanita, kalau kahwin anak dia dah sekolah tadika. Masih lagi perangai macam budak-budak. Tidak mengapa, nanti Azeem berikan gula-gula pada mereka. pasti diam punya.
Suspek yang tertera di atas kertas mengaku dia tidak lakukan & beranggapan mungkin batch lain yang menulisnya atas alasan sabotaj. Kami sudah agak, memang benda ini akan terjadi. Dari dua semester lepas kami bersabar dengan kerenah mereka. Mula dengan majlis penyampaian sijil kami dimalukan sehingga kali ni. Alhamdulillah pihak pejabat serta penaung program ini menyebelahi kami. Bak kata orang kuat DVM2 mereka ni sudah tahap NECROSIS
Jika orang yang melakukan itu rasa dia selamat,mungkin tidak. Apa yang dilakukannya pasti dibalas,tetapi bukan daripada batch kami. Kami bukan budak-budak yang perlu menconteng @ memboikot benda yang tidak menyalahi agama/bangsa/negara, kami insyaAllah pandai membezakan benda yang zahir @ batil. Hidup Sodak Mantak.
Feb 18, 2009
Bowling DVM2
Akhirnya pergi juga Azeem ke gathering DVM2 di pusat bowling DVM2. Walaupun mula-mula merasakan tiada mood hendak pergi, disebabkan Azeem fikir tentang persaahabatan terus Azeem ikut kawan Azeem menempah tempat di sana.
Team Azeem : CP, Sarah dan Farhah bermain agak perlahan. Akhirnya kami yang last sekali menghabiskan balingan bola. Saje, hendak cari pulbisiti murahan. Sarah pasti menunggu bola keramatnya yang bewarna hijau untuk membuat balingan dan kami agak tertekan juga kerana team sebelah kami agak powerlah, ada future new couple (power betul mereka tu)
Keputusan diprintkan dan hasilnya memang betul future new couple dan Pija/Sya yang akan mewakili kelas dalam acara bowling olympia vet. Kami semua harap mereka ni dapat memberikan mata bagi batch kami.
bola keramat sarah
I Will be
Dear PK,
Masalah akan mula merebak dan menjadi semakin besar apabila orang tidak mengerti apa yang perlu dilakukan. Bayangkan jika api sedang membara, ditambah lagi petrol atau benda-benda yang boleh menyebabkannya dia mula merebak. Lagi-lagi benda yang sepatutnya dimasukkan dalam api itu dimasukkan seperti tong gas atau benda yang boleh meletup.
Dua budak sedang rebut bola, dalam perebutan kadang kala saling kasar-mengasari dan secara tiba-tiba seorang budak ingatkan dirinya 'angel' cuba nak masuk campur setelah dengar rintihan sebelah pihak dan terus belasah teruk seorang budak lagi. Pasti dan pasti budak yang dibelasah itu akan merasakan apa gunanya angel ini. Hanya menyemakkan keadaan dan buat tahinya antara kedua-duanya.
Benar kata orang dan ramai alim ulama kata perempuan ini memang suka menyibuk hal orang. Hal sendiri tidak dijaga, hendak jaga hal orang lain. Angel itu bukannya prefect, banyak cacat cela setelah kenal dan amatinya, malah dengan hati ikhlas setelah mengenal angel diri yang mengenalinya memberitahu yang angel memang baik. Hanya bersayapkan warna putih, tapi kadang kala pakaiannya ada tompokan.
Banyak kali perselisihan faham dengan orang, jika orang faham yang kita memerlukan ruang untuk bernafas seketika pasti dan pasti akan kembali semula persahabatan antara dua pihak. Bagaimana boleh berlaku antara pihak Aisyah r.ha dan Ali r.hum. setelah tamat perang siffin, mereka kembali berbaik semula,hubungan mereka bertambah baik. Malah apa yang Aisyah lakukan pada Ali tidak patut dilakukan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku. Kejadian sebenar perlu diketahui dahulu sebelum menyebarkan keburukan orang. nampak diri ini hebat beritahu keburukan orang. pasti Allah akan lakukan diri punya lebih teruk lagi. Amin... " mana-mana saudara islam yang memalukan atau mengadu domba kepada saudaranya yang lain, pasti dan pasti akan dapat balasan daripada Allah diakhirat kelak" Semasa itu dia akan tahu kuasaNya.
Memang Allah suruh belajar dari kesilapan dengan beritahu kisah sebenar, tetapi tidak perlu diberitahu tuan punya diri. boleh siarkan kisah benar, tetapi nama atau benda yang berkaitan dengan orang itu menjadi rahsia kita. atau benda ini antara dua pihak sahaja.
Feb 15, 2009
Menarik tak?
Dear PK
Pagi Tadi Azeem dapat dua cadangan secara tidak sengaja untuk tema ghost musical pada 2 minggu lagi di fakulti
- “ Siapa hah sorang lagi lelaki team ayam”
~ yang dimaksudkan oleh orang di atas Azeem. Padahal Azeem ada dibelakangnya sorak untuk team ayam. Memang sial…. sesuai untuk jadi invisible man. - “ Azeem amiklah GK”
“ Tak payahlah, suruh Taq jadi GK untuk semua games,wawa”
~ Memang sesuai untuk jadi Hantu lembik, bodoh, buang masa
Jadi keputusan pemilihan Azeem tidak akan dapat dilihat semasa majlis silaturrahim. Azim sudah tawar hati untuk datang mana-mana acara lagi-lagi yang melibatkan sukan. Memang tak pernah hargai pertolongan orang. Azeem bukannya AJK sukan pun. AJK lain lagi ramai. Satu lagi, nasib baik tiada size baju adidas yang Azeem nak beli untuk acara ini. Makanan yang diberi jadi santapan kucing.
Peace...,
xZYm
Sodak Mantak
Dear PK,
Hati ini terbuka untuk menekan butang open create group di facebook. Apabila menekannya, tercetus ideal untuk membuka 'group' bagi DVM2. Sodak Mantak akhirnya bermula bermain difikiran. Memang sejak akhir-akhir ini nama ni acap kali disebut oleh DVM2. Sakit tekak Azeem apabila menyebut sodak........ dan disambut oleh orang lain mantap semasa perlawanan futsal.
Setakat jam 2 am,15 Feb seramai 12 orang sudah menyertainya. bolehlah terus ke http://www.facebook.com/group.php?gid=50735651607 untuk melihatnya.
Feb 14, 2009
Ada point..
Dear PK,
Feb 12, 2009
Tiada 'payung' minggu ini
Dear PK,
Dalam keadaan mengantuk, Azeem tabahkan diri untuk keluar rumah. kalau ikutkan hati,memang malas nak bangun dari tidur petang. Kelas anatomi dihabiskan awal, tetapi petangnya ada tranning bola jaring. Ikut sahaja team bola jaring ni, total lelaki sekarang main satu team 4 lelaki - Azeem berjaya ajak sorang, memang patut pun dia main sebab dia 'punca' kekalahan futsal minggu lepas.
On February 8, 2009, Rihanna was scheduled to perform at the 2009 Grammy Awards. At short notice her appearance was canceled because of what her publicist described as "a traffic mishap".Reports state that after an altercation with her boyfriend, singer Chris Brown, he was arrested on suspicion of making criminal threats against her. Rihanna was treated at a local hospital for minor injuries, including bruises, cuts, and being choked unconscious.The Los Angeles Times reports that she is cooperating with investigators and that the incident is currently undergoing investigation.
Peace...,
xZYm
Feb 10, 2009
Keputusan terkini
Dear PK
Mungkin Azeem belum mahir lagi untuk menilai mutu lagu. perasaan ini merasakan lagu Robert Plant & Alison Krauss tidak patut menang best record of the year pada grammy 2009 ni. Lagu Clodplay yang dijangkakan menang hanya membawa pulang best song and best pop rock album.
Meriah juga rumah kami menonton grammy di siaran 8tv sambil menghisap rokok yang baru dibawa oleh kawan Azeem dari Langkawi. Terlalu banyak sehingga tercetus ideal membuat domino games. malamnya, Azeem sibuk membuat scoreboard bagi olympia. my batch still 1st place..
************************
Peace..,
xZYm
Feb 9, 2009
Bolos saja bola itu...
Sodak.............. Mantak!
Sodak.............. Mantak!
Sodak.............. Mantak!
Dear PK,
Team DVM2 aka pinky monkey sodak mantak sekali lagi turun padang bagi acara futsal. walaupun tanpa kehadiran pemain harapan DVM2, DVM2 masih ada lagi secret weapon. Memang nama secret weapon yang disebut banyak kali sehingga boleh tubuh fan club,Well done Man!
Walaupun kalah ditangga ke-3, Azeem & cheerleaders yang lain tak putus-putus menjerit, sehingga merasakan keronkong ini ada terasa sakit sedikit. Jeritan bertahu-talu apabila DVM2 turun menunjukkan aksi. gaya korang memang smart lah,bro - Ben, cair, Fida, Wen Chee, Man, Zul, Fit, Derwin.
Feb 8, 2009
becoming next McVet
Dear PK,
Rasa bangga & terharu apabila dapat selamatkan nyawa mice. walaupun hanya 2 ekor tikus makmal sahaja,diselamatkan oleh 6 orang, Azeem tetap rasa itu perbuatan yang mulia. mission selamatkan tikus makmal dari hypoglycemia dengan berikan suntikan adrenalin perioteum and glucose by subcutaneous.
Fil, Juy, Ana, Shima, Sya...WE DID IT!!
*******************
nak beli tiket sunbrust,last minute cancel. if not must dah beli 6 ticket semalam. but yang 4 ticket pergi other concert,have fun...
*******************
Feb 6, 2009
Tetamu
Dear PK
lama rasanya tidak membuka website Azeem, mungkin kerana sibuk melayan kedatangan minggu exam. Kali ni memang Azeem tidak mahu membuat silap lagi,perlu bersiap lebih awal
Jan 31, 2009
LV
Dear PK,
Jan 27, 2009
Bersambung kembali...

Jan 26, 2009
6 + 2
Dear PK,
Kami di Alamanda hanya datang untuk bersuka-ria sebelum tiba minggu test. Makan...Bowling... Karaoke...Makan tengah malam di Bangi (include shisha) and finally lepak sampai awal subuh. Memang dua team ini boleh bersatu 6 lelaki dan 2 perempuan.
Ben
Taq
Juwai
Ana
Azeem
Shahir
Shamil
Duet antara Taqsyah & Juwai Septriasa
Peace..,
xZYm
Jan 23, 2009
YB Shamil
Dear PK,
Konvoi kami mula di Petronas Sri Serdang, dengan satu tujuan untuk menikmati 'duit MPP baru'. Dia mahu meraikan kemenangannya dalam pilihanraya yang lepas. Destinasi kami Sate Hj Samuri, Kajang. Sampai disana terus Shamil memesan 200 cucuk sate (ayam,daging & perut). Ini dikira gathering terbesar yang pertama diadakan bagi 2nd year vet.
9 cucuk dimakan oleh Azim dengan merasakan setiap kenikmatan bersama dengan kuah kacangnya. Apabila dikira lidi yang tinggal,Azim makan '4 cucuk' sahaja. padahal 5 cucuk lidi Azim pass pada Shahir. biar melekat sikit gelaran cookie monster pada dia.
Me with MPP
MPP (Shamil) & Directer Olympia Vet (Benny)
Classmate yang datang + ketua kelas (CP)
Jan 20, 2009
Basketball DVM2
Masih lagi mengekalkan kejuaraan kami. 3 perlawanan dengan senior dan junior memberikan kami 3 kali kemenangan. Azeem @ Abg Wisel menjaga masa perlawanan. Riuh suasana di 'court' kerana hampir semua memanggil penyokong masing-masing. DVM1 dengan baju vetcampnya sehinggalah DVM4 turut menghantar penyokong yang agak ramai.
Paling ketara sekali pada DVM2. memang riuh sakan dibuatnya. Kehadiran Wen Chee, Vish, Chen Phing and others memberi semangat kepada batch kami. Shahir mesti bangga kerana dia first sekali dapat menyumbangkan mata. Thanks to all players. U all add more point to our batch.
DVM2
*********************
sorry to Hazira Filza kerana salah tulis nama
************************
Peace..,
xZYm
Dr Siti
Sebagai penasihat akademik bagi 14 orang pelajar DVM2, memang patut kami raikannya. Happy birthday Dr. dan memang Dr terkejut besar. Nampak dia sangat terharu, rancangan kami menjadi. Mula-mula beliau macam binggung sahaja,bila masa beliau mahu adakan perjumpaan. Dayah siap kata hal penting lagi.
Dr check diary beliau, tanya kawan baik dia Dr Zunita tentang perjumpaan ni. rupanya ada kejutan menanti. Kami semua sayang Dr. the best PA!!
Peace..,
xZYm
San Frans & Secret recipe
2 hari berturut-turut Azeem dibelanja oleh orang semasa dinner. mula-mula pizza San Frans. dah lama Juwai belanja after we wat kejutan bezday kat dia. kelam kabut nak pilih hadiah, rupanaya susah gak nak beli baju perempuan. pilih yang semua setuju. Akhirnya kami berjaya memilihnya juga. She wear it today,nice...
Ben, Azeem, Jawe, Juwai
Azeem, Ju-Y & Hazel Cheese
Jan 19, 2009
Jawa & Motor...
Peace..,
xZYm
Bowling K17
*****************************
286, skor yang mampu diberikan oleh Azim dan team Azim. thank to filza,Shakira and Fara ajak Azim join team. rasanya kami tak dapat tmpt last, at lest 3-4 place before last place. macam tahu-tahu sahaja tak masuk final,trus kami take a lunch kat Pizza. Jawe join with us.
Azeem
Fara
Yang menariknya group yang diketuai oleh Jacky memang happening. CP,Vish and Sya buat bowling center macam rumah mereka sahaja. Apabila final sahaja, jadi ramai pula penyokongnya. makin bisinglah kumpulan ini. that why this group memang sorak.Jan 17, 2009
Circus
Kembali lagi acara utama fakulti Azim. jika 2 tahun lepas Azim jaga traffic, tahun lepas Azim jaga PA System, kali ni Azim bawah sector pendaftaran. mudah sikit kerja rasanya. memang Azim tidak mahu pegang PA system lagi,even director ada tanya Azim pasal PA System. memang susah jaga PA system masa DOGHATON.
Tema tahun ini circus. kalau ikutkan hati ingin tema Holloween or superheroes, tapi kuasa penentu dibawah director. memang tuah Britney tahun 2009. bulan Ogos ni pasti bukit ekpo penuh dengan badut. jangan baju doghaton belang-belang macam badut sudah...
Peace...,
xZYm
Accident
Dear PK,
Pagi semalam kepala Azim terasa berat sangat sehinggakan Azim terpaksa menelan 3 biji panadol selepas solat Subuh. apabila tersedar,hanya tingggal 30 minit sahaja untuk ke kelas. terpaksalah Azim tumpang orang. Tetapi badan ni pula rasa tidak enak. Azim gagahkan juga untuk menumpukan apa yang letcurer cakapkan.
Apabila hendak solat Jumaat,Azim berjalan kaki ke masjid dari fakulti Azim. tiba-tiba sahaja rasa hendak pitam ditengah jalan semasa Azim hendak melintas. Sebuah Kereta Waja terlanggar kaki kiri Azim. Alhamdulillah kereta itu sempat memberhentikan keretanya. Kaki Azim rasa lengguh sedikit.
Semasa di kelas physiology, badan Azim mula panas. memang rasa berat sahaja kepala ni. Kaki pula makin sakit. kawan Azim syorkan Azim pergi sahaja pusat kesihatan. nasib baik ada kawan yang memahami,dia hantar Azim ke pusat kesihatan dan kaki Azim dibalut. Hari ni kena pergi sekali lagi untuk pemeriksaan x-ray.
Pulang sahaja ke kolej, kawan serumah Azim tanya mengapa tidak sekali dengan mereka ke masjid,kan Azim demam. ketawa kecil Azim. masakan 7 orang disumbat dalam satu kereta. Kenalah belajar mengalah.
Jan 15, 2009
Flu
Dear PK,
Panjang umurnya..
Jan 13, 2009
Kejutan Patho..
Jan 12, 2009
wonderful weekend
Dear PK,
Hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti, start pada malam hari Jumaat sehinggalah petang Ahad. shopping sakan lah kawan-kawan Azim apabila JPA memasuki duit ke dalam akaun bank. barang-barang idaman dibeli dan Azim pula dapat tunaikan satu hajat Azim iaitu botol air Adidas. bolehlah bersaing dengan Fil
Tempat-tempat yang telah Azim copkan tapak kaki pada hujung minggu lepas :
- Alamanda - makan-ing, window shopping, playing, kara oke-ing, surpiring some one..
- Kondo South city - seseorang yang Azim hendak beri kejutan birthday tinggal disini. HAPPY BIRTHDAY JUWAI aka 'Mrs Taq'. We lepak, makan, minum, playing games, tidur, watching tv and Azim skip class memanah (oops...)
- Mid Valley - Shopping time, if budak perempuan lihat budak lelaki shopping,must terkejut besar. mana tidaknya sampai lenguh kaki Shamil, maybe risau pasal sport day esok.
- Stadium universiti - ada perlawanan yang di-director oleh Shamil. must tolong. walaupun kalah,still my batch akan tunjukkan belang time ping pong.
- Kolej (katil....) - setelah penat.....TIDUR!!!
Peace..,
xZYm
Jan 10, 2009
Rebonding
Dear PK,
Ingin juga untuk melakukan rebonding,tetapi memikirkan yang benda ini bukan satu keperluan mustahak. rasanya rambut Azim memang semula jadi lurus tetapi ikal dibahagian belakang. memang smart lah jika nak ikut stail Joe Jonas. Ini Azim bagi tip,tak payah buat rebonding
- Pakai syampu, perapi dan rawatan yang baik sikit (Elseve L'oreal paling best)
- jangan keringkan rambut dengan ganas,try lepas shower keringkan rambut dengan cermat
- kalau tak pakai wax, pakailah minyak zaitun (sunnah..)
- make sure jangan 'patahkan' rambut
Peace..,
xZYm
Jan 8, 2009
Kereta Idaman
Dear PK,
Beberapa hari yang lalu, ketika sedang berborak bersama rakan-rakan, terkeluar isu kereta idaman yang memang dinanti-nantikan. Azim amat meminati Suzuki Swift bewarna merah. Diizinkan Allah memang kereta itu kereta pertama yang bakal Azim beli setelah masuk alam pekerjaan
Jan 7, 2009
Seminggu di semester 4
Dear PK,
Hari ini genap seminggu Azim memulakan kelas semula. yang penting Azim perlu tingkatkan lagi azam untuk naikkan CGPA Azim semester ini. Dengar kata ramai yang drop semester lepas. Tetapi tidak bagi Azim. Siap dapat pujian lagi dari PA Azim yang Azim meningkat. tetapi sangat jauh dengan target 3.5 kurang 0.47 dari yang dikehendaki.
Subjek semester ini banyak juga yang mencabar,harap Allah mudahkan dan di Luth Mahfuz Azim tertulis Azim dapat 4.0
Bacteriology
Ethic Vet
Anatomy
Pathology
Physiology
Small Ruminant *coming soon
Peace..,
xZYm
Jan 2, 2009
Laptop
Dear PK,
Tidak tahulah apa yang banyak difikirkan oleh Azim sehingga laptop Azim tertinggal ketika ayah menghantar balik ke universiti. memang kena ceramah free dari Seremban sehingga ke Serdang. Mak hanya mampu tersenyum sahaja.
Ketika orang sibuk memikirkan cara untuk menyambut tahun baru masihi, Azim pula bergegas pulang ke rumah dan hanya mampu melihat percikan bunga api di Danga Bay. terfikir juga adakah sama percikan bunga api ini dengan percikan bom di Palestin.
Jan 1, 2009
New Home
Dear PK,
Seronok juga suasana rumah baru. Walaupun belum ketemu pengganti dan kawan area sini, rumah Azim tidak perlu memasang penghawa dingin. Memang sejuk di waktu malam. Memang tidak dinafikan kurangnya hiburan di sini,nama pun ulu, tapi banyak benar hypermarket.
Saudara mara Azim pula berpusu-pusu ke rumah Azim. Tak menang tangan mak Azim melayan tetamu.
- Keluarga sebelah ayah Azim - malam kami pindah
- Mak Ngah Azim + 2 anak saudara Azim - 24/12
- Kedua-dua atuk Azim - one week
- Mak Inah + Mak uda - 2-3 day
- 'Ibu' aka kakak Amy search - 31/12