Jan 17, 2009

Accident

Accident

Dear PK,
Pagi semalam kepala Azim terasa berat sangat sehinggakan Azim terpaksa menelan 3 biji panadol selepas solat Subuh. apabila tersedar,hanya tingggal 30 minit sahaja untuk ke kelas. terpaksalah Azim tumpang orang. Tetapi badan ni pula rasa tidak enak. Azim gagahkan juga untuk menumpukan apa yang letcurer cakapkan.

Apabila hendak solat Jumaat,Azim berjalan kaki ke masjid dari fakulti Azim. tiba-tiba sahaja rasa hendak pitam ditengah jalan semasa Azim hendak melintas. Sebuah Kereta Waja terlanggar kaki kiri Azim. Alhamdulillah kereta itu sempat memberhentikan keretanya. Kaki Azim rasa lengguh sedikit.

Semasa di kelas physiology, badan Azim mula panas. memang rasa berat sahaja kepala ni. Kaki pula makin sakit. kawan Azim syorkan Azim pergi sahaja pusat kesihatan. nasib baik ada kawan yang memahami,dia hantar Azim ke pusat kesihatan dan kaki Azim dibalut. Hari ni kena pergi sekali lagi untuk pemeriksaan x-ray.


Pulang sahaja ke kolej, kawan serumah Azim tanya mengapa tidak sekali dengan mereka ke masjid,kan Azim demam. ketawa kecil Azim. masakan 7 orang disumbat dalam satu kereta. Kenalah belajar mengalah.



peace...,


xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY