Feb 19, 2009

Necrosis

Necrosis

Dear PK,
Perasaan Azeem membuak-buak marah kerana ada orang tidak puas hati dgn kerja yang Azeem lakukan. Paling Azeem kecian kepada kawan Azeem, Hafez. Dia yang banyak susah payah melakukan kerja ni,tiba-tiba dituduh penipu besar. Hafez yang Azeem kenal jenis orang yang jujur walaupun dia boleh menipu ketika itu.

Sampai di kelas, perasaan ni makin marah. Adakah patut diconteng scoreboard yang terkini. belum sampai 48 jam ditampal sudah diconteng seperti batu bersurat sudah rupanya. Azeem tidak dapat kawal perassaan,terus menanggalkan semua scoreboard dan digantikan yang baru. Perangai macam budak-budak. Kalau semasa sekolah rendah/ tadika dulu bolehlah,tidak puas hati conteng papan tulis. Ini dah ada teman lelaki/wanita, kalau kahwin anak dia dah sekolah tadika. Masih lagi perangai macam budak-budak. Tidak mengapa, nanti Azeem berikan gula-gula pada mereka. pasti diam punya.

Suspek yang tertera di atas kertas mengaku dia tidak lakukan & beranggapan mungkin batch lain yang menulisnya atas alasan sabotaj. Kami sudah agak, memang benda ini akan terjadi. Dari dua semester lepas kami bersabar dengan kerenah mereka. Mula dengan majlis penyampaian sijil kami dimalukan sehingga kali ni. Alhamdulillah pihak pejabat serta penaung program ini menyebelahi kami. Bak kata orang kuat DVM2 mereka ni sudah tahap NECROSIS

Jika orang yang melakukan itu rasa dia selamat,mungkin tidak. Apa yang dilakukannya pasti dibalas,tetapi bukan daripada batch kami. Kami bukan budak-budak yang perlu menconteng @ memboikot benda yang tidak menyalahi agama/bangsa/negara, kami insyaAllah pandai membezakan benda yang zahir @ batil. Hidup Sodak Mantak.

Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY