Jan 27, 2009

Bersambung kembali...

Bersambung Kembali...

Dear PK,
Sebaik sahaja pulang ke rumah terus Azeem menyambung menonton drama series Brothers and Sisters season 2. Lihat 1 episode, sambung dengan study anatomy. Ayah pun pelik melihat Azeem tidak menghabiskan masa keluar. Memang tidak boleh,kena beri tumpuan untuk test 1 ini.

Berbalik dengan Brothers & Sisters, memang cerita ini kena dengan keluarga Azeem. lagi-lagi part keakraban dan kekecohan kami. Semalam apabila keluar membeli belah bersama keluarga + kawan adik Azeem, nampak kekecohannya. Merah padam muka Azeem. Depan kedai Handphone kami boleh bertelagah, mengemukakan pendapat masing-masing. Padahal yang keluar duit Azeem.

Boleh dikatakan semua orang area tu melihat gelagat kami. sehinggakan kawan adik Azeem bersuara


" Selalu ke jadi macam gini,mat (nickname adik Azeem dalam team bola sepak dia)"
" Yup, welcome to my family"
Akan tetapi kekecohan dan keakraban ini membuatkan Azeem sayang sangat keluarga ni. Mana ada parent yang sanggup datang ke UPM semata-mata anaknya hanya suspek denggi dan pengsan. Nasib baik Azeem tidak memberitahu keluarga Azeem yang Azeem kena langgar, jika tidak pasti muka ayah Azeem ada di UPM.

Kerana itu, Azeem suka sangat lihat drama brothers & Sisters, pasti macam-macam reaksi muka yang dapat dilihat dari Azeem. Hidup Hamiguchi....
****************************
apa yang Azeem beli hanya akan dilihat apabila anda dapat melihatnya
*****************************
Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY