Feb 28, 2009

Kusut

Kusut

Dear PK,
Keadaan Azeem pada pertengahan minggu ini agak suram. Badan Azeem mula rasa tidak selesa mungkin kerana cuaca yang tidak tentu sejak kebelakangan ini. Malah, Majlis Silaturrahim juga tidak dapat disimpan sebagai memori dalam fikiran Azeem. Sedih rasanya tidak dapat datang, ingin sahaja melihat rakan-rakan Azeem beraksi.

Sebut sahaja pasal demam,pasti akan teringat pelbagai kenangan. Azeem bukan jenis yang mudah deman menapak masuk dalam diri Azeem. Kalau setahun 2 kali, dikira banyak. Orang jenis takut makan ubat seperti Azeem ni pasti akan lambat baik. Harap Allah sembuhkan penyakit ini agar mudah Azeem mengulangkaji pelajaran. Ujian kedua mula akan singgah minggu depan. Masa inilah untuk baiki markah.


***************************
Azeem minta maaf pada mana-mana orang yang Azeem singgung perasaan dia minggu ini. Bukan Azeem sengaja untuk sakitkan hati dia,malah tidak sedar perbuatan Azeem buat dia tidak tegur Azeem kebelakangan ini.
****************************

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY