Feb 18, 2009

I Will be

I will be

Dear PK,
Masalah akan mula merebak dan menjadi semakin besar apabila orang tidak mengerti apa yang perlu dilakukan. Bayangkan jika api sedang membara, ditambah lagi petrol atau benda-benda yang boleh menyebabkannya dia mula merebak. Lagi-lagi benda yang sepatutnya dimasukkan dalam api itu dimasukkan seperti tong gas atau benda yang boleh meletup.

Dua budak sedang rebut bola, dalam perebutan kadang kala saling kasar-mengasari dan secara tiba-tiba seorang budak ingatkan dirinya 'angel' cuba nak masuk campur setelah dengar rintihan sebelah pihak dan terus belasah teruk seorang budak lagi. Pasti dan pasti budak yang dibelasah itu akan merasakan apa gunanya angel ini. Hanya menyemakkan keadaan dan buat tahinya antara kedua-duanya.

Benar kata orang dan ramai alim ulama kata perempuan ini memang suka menyibuk hal orang. Hal sendiri tidak dijaga, hendak jaga hal orang lain. Angel itu bukannya prefect, banyak cacat cela setelah kenal dan amatinya, malah dengan hati ikhlas setelah mengenal angel diri yang mengenalinya memberitahu yang angel memang baik. Hanya bersayapkan warna putih, tapi kadang kala pakaiannya ada tompokan.

Banyak kali perselisihan faham dengan orang, jika orang faham yang kita memerlukan ruang untuk bernafas seketika pasti dan pasti akan kembali semula persahabatan antara dua pihak. Bagaimana boleh berlaku antara pihak Aisyah r.ha dan Ali r.hum. setelah tamat perang siffin, mereka kembali berbaik semula,hubungan mereka bertambah baik. Malah apa yang Aisyah lakukan pada Ali tidak patut dilakukan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku. Kejadian sebenar perlu diketahui dahulu sebelum menyebarkan keburukan orang. nampak diri ini hebat beritahu keburukan orang. pasti Allah akan lakukan diri punya lebih teruk lagi. Amin... " mana-mana saudara islam yang memalukan atau mengadu domba kepada saudaranya yang lain, pasti dan pasti akan dapat balasan daripada Allah diakhirat kelak" Semasa itu dia akan tahu kuasaNya.

Memang Allah suruh belajar dari kesilapan dengan beritahu kisah sebenar, tetapi tidak perlu diberitahu tuan punya diri. boleh siarkan kisah benar, tetapi nama atau benda yang berkaitan dengan orang itu menjadi rahsia kita. atau benda ini antara dua pihak sahaja.

*****************************
makanan yang diberi jadi santapan kucing. ada Azeem sebutkan apa jenis makanan? klu ada sebarang kemusykilan tanya dulu.
*************************
Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY