Oct 12, 2009

Cina + Melayu + India

Cina + Melayu + India

Dear PK,
Konsep satu Malaysia memang sangat sesuai diperkenalkan. Minggu lepas menjamu makanan cina (steamboat) di Yuan's

Antara menjadi rebutan.. Rasanya Wan ambil 6 kali.

Meja kami....habis
68-15 orang. menggunakan 11 kereta
Minggu ini pula sibuk menjamu selera makanan jamuan rumah terbuka hari raya. Gambar ini di rumah coursemate Azim, Julida Ezatul.

Bergambar dengan tuan rumah
Penuh rumah Julie


Geng Hijau (baju pinjam je..)


Kehadiran dibalas dengan duit raya
Minggu ini pula kedengaran jamuan di rumah coursemate Azim yang beragama hindu. Memang meriahlah duduk di Malaysia ini.

Peace..,
xZYm

Oct 10, 2009

St Joseph

St Joseph



Dear PK,
Hati melonjak riang taktala Azim menemui kawan lama yang sama-sama berjuang di sekolah yang sama. Semasa diploma dulu pernah Azim cuba cari mereka, tetapi mungkin kerana rasa malas mengusai diri, Azim berserah pada takdir.

Terima kasih kepada facebook. Akhirnya jumpa juga seorang demi seorang. Najib, kau pencetus segalanya. Tetiba sahaja seorang yang Azim tidak jumpa selama 12 tahun 'request' mahu menjadi rakan Azim. Kali terakhir jumpa pun semasa darjah 6. Memori ketika itu macam sudah pupus. Dia pula masuk E.C.

Semasa darjah 6 -ketua kelas

Mengunakan formula yang digunakan oleh Najib mencari Azim, Azim menaip nama setiap seorang rakan sekelas Azim di St Joseph. mula dengan Zakie Ya'kob, Faizal Kamari, Hamdan Othman dan akhirnya jumpa apabila nama Yusmahizam Yunos ditaip.

Alhamdulillah, Yus masih ingat lagi pasal Azim. Minta juga add facebook or twitter yang lain,malangnya hanya Zakie sahaja yang ada. Tiada cara lain, kena minta no telefon ni. Seorang-seorang Azim kacau.


Zakie - Macam tiada perasaan pula.
Norisman- Senyap apabila Azim memberitahu nama.
Isdarul - Sampai sekarang tidak dibalas
Faizal Hambar - Tidak mesej pun sebab tak ingat siapa dia. (memory lost)
Khalid - respone yang baik.

Tak sabarlah nak jumpa korang balik. Yang boleh cakap hal gila-gila lah...... Tidak mahu yang skema or formal eh!!
Peace..,
xZYm

Oct 9, 2009

B.O.

B.O.


Dear PK,


Memang setiap manusia diciptakan ada B.O (body odour). Tetapi pandai-pandailah cover. Sejak akhir-akhir ini timbul kisah bau badan dikalangan rakan 'gossip' Azim. Bermula apabila ketika sedang menunggu kehadiran pensyarah virologi di DSV, kawan-kawan Azim mula bau sesuatu yang tidak menyenangkan. Bagi mengelakkannya Shima menarik rambutnya, yang lain buat tahan sahajalah. Ada juga rungutan kedengaran kerana terlalu bau.
Kisah lain pula ketika berdiskusi, Azim terbau sesuatu yang tidak boleh diterima oleh hidung. Terus Azim tarik 'kopiah' yang dipakai untuk menutup hidung. Lantak lah orang nak kata apa,yang penting Azim selesa. Hafez juga pernah melalui perkara yang sama,siap ambil minyak wangi letak dijari lagi bagi mengelakkan ketidakselesaan.
Pendapat Azim bukan pengaruh berat badan yang mempengaruhi bau badan, ada sahaja orang yang kurus tetapi badannya berbau. Ini Azim selitkan tip-tip untuk mengelakkan badan berbau :
  1. Janganlah pakai baju yang ketat sangat. tak bernafas badan tu..
  2. Kalau berpeluh,cuba tukar baju. kalau tidak boleh,cari alternatif agar badan tidak berpeluh terlalu lama.
  3. Mandi sekerap yang mungkin bagi yang kuat berpeluh. selepas mandi keringkan badan dengan tuala.
  4. Basuh baju dengan sabun pencuci + pelembut kain + pewangi. kalau malas sangat hantar dobi
  5. Gunakan deodoran dan kolon wangi. Sekurang-kurangnya hilanglah bau badan.
Selepas ini kurang manusia yang Azim kenal mempunyai badan berbau. Sekian.


Peace..,
xZYm

Oct 4, 2009

Dalam Hutan

Dalam Hutan

Dear PK,
Kurang dalam tempoh 24 jam pada hari Jumaat lalu Azim, 19 orang yang lain + 2 org Dr masuk ke hutan Ayer Hitam, Puchong untuk membuat bancian kehidupan mamalia kecil di sana. Tujuannya belajar bagaimana caranya untuk menangkap haiwan dalam hutan.

Nampak apa entah?

Hasrat Azim sebenarnya melihat lebih banyak species burung yang ada di sana. Malangnya hanya beberapa species yang biasa ditemui terbang. Small Mammals Trap yang dipasang pun,satu haiwan pun tidak masuk.


Memasang Trap
Gali lubang

Night walk mencabar juga. Kami berjalan melawan arus sungai dan mencari hidupan di sekitar sungai. Hasilnya hanya sedikit sahaja. Akhirnya kami mempelajari teknik quadrat pula. Group Azim paling berbangga kerana menemui seekor katak yang besar. Yg lain jumpa katak kecil (sebesar ibu jari), Ulat gonggok, catepillar.
Katak yang kami jumpa

Group 3 + 1
Dr cakap mungkin kerana pembanggunan yang sedang berlaku di area itu, haiwan-haiwan berhijrah ke kawasan lebih dalam lagi. Sebelum pulang,kami sempat menemui satu species seperti kami -Orang Asli
Peace..,
xZYm

Raya @ Fac

Raya @ Fac

Dear PK,
Akhirnya tercapai juga hasrat Azim untuk mengadakan majlis sambutan hari raya batch Azim. Agak pening juga nak bajet dengan RM3/seorang untuk sediakan makanan macam hari raya. Tanya kedai kalau nak tempah ketupat + rendang + kuah kacang + air sirap = RM5.



Jalan mudah guna tenaga sendiri. Suruh Tuba carikan rendang + kuah kacang untuk ++RM150. Ketupatnya beli yang segera,rebus sendiri. Setelah ditambah ditolak kira okaylah. Campur dengan kuih raya yang dibawa oleh coursemate Azim, jadi banyak.



Hasilnya,meriah sambutan hari raya itu yang dihadiri oleh PA-PA kami. Difikirkan balik memang agak over pula buat di foyer. Cuma tak boleh pasang lagu raya,nanti ada orang bising pula.



Thank,pada semua yang tolong menjayakan majlis sambutan hari raya DVM3

pelbagai jenis kuih muih..
Majlis bermula (gagap Azim jadi pengacara majlis)
Kelua kelas memberikan ucapan, Sya
Bacaan doa oleh Wan ( Man & Taq selamat)
Makan bersama PA
Group PA Dr Siti Khairani
Sya menyediakan air last minute
Geng purple
Peace..,
xZYm

Sep 29, 2009

Ustaz

Sep 25, 2009

'Luruh'kan

'Luruh' kan
Dear PK,
Baru sahaja beberapa hari lalu musim luruh (fall season) bermula. Kawan Azim yang berada di luar negara pasti sambut hari raya dengan suasana yang indah,macam dalam cerita Mohabbatein. Daun-daun berguguran dan warna daun yang kuning keemasan.

Tetapi paling menarik sebab banyak drama series mulakan new season. Antara yang paling ditunggu-tunggu ialah (kira yang paling Azim minat lah)
  1. Gossip Girl : Bagaimana kehidupan mereka di University?Serena di Brown seorang diri,kecian pada dia. Nate di Columbia University yang lain di Yale. Queen J pula pasti kuasai Constance Billard. Paling tunggu sekali kemunculan Hilary Duff. Geogina pula kembali dengan kejahatannya setelah disalah anggap oleh Blair dalam episode mereka nak perangkap Poppy (season 2). Season 3- 14 Sept 09 (dah 2 episode bermula) ~~ dedikasi kepada Julie & Mya yg sudah masuk perangkap GG




Grey's Anatomy : Janganlah keluarkan Izzie dari Grey's Anatomy. Setiap episode season 5 penuh dengan tangisan. Paling sedih bila Izzie terpaksa menipu pada mak dia pasal kansernya. Dengar cerita George mati. Hubungan Meredith & Derek pula dapat tak mereka kahwin. Season 6-24 Sept 09



Ghost Whisperer : Season 4 pun tak habis tengok lagi. So,tahu apa yang berlaku pada Melinda akhir season 4. Yang tahu dia bakal dapat anak. Season 5- 25 Sept 09







Heroes : Akhir season 3,Nathan mati tetapi Sylar telah dipengaruhi oleh ibunya untuk menjadi Nathan. Secara keseluruhan dirinya Nathan,tetapi suara hati kecilnya mengatakan dia sylar. Cerita ini memang mak Azim minat betul. Kalau ditayangkan di Star World pasti tak tinggal satu episode pun. Season 4 - 21 Sept 09



Peace..,
xZYm

Sep 22, 2009

Tangisan raya

Tangisan raya

Dear PK,
Suasana Raya tahun ini sama sahaja dengan tahun-tahun lepas. Kemeriahnya jelas terasa. Mungkin Azim dilahirkan dalam keluarga yang masih lagi ada keakraban sepupu. Seorang sepupu Azim yang tinggal di Jerman pulang ke kampung setelah 5 tahun tidak pulang ke Johor Bharu. Selalunya kalau dia balik raya pun,hanya di rumah mak dia di Gombak sahaja. Terkejut dia melihat Azim. Katanya berubah benar,janggut makin banyak,makin gelap & tinggi.
Banyak cerita yang kami kongsi,yelah kami berdua dikira rapat. Datukku hanya tinggal kurang 10 cucu sahaja yang perlu diberi duit raya. Jadi mesti bagi lebih,terima kasih datuk bagi lebih banyak tahun ini. Segan juga nak ambil duit raya sebenarnya, tetapi prinsip kalau masih belajar dapat duit lagi diamalkan,kira okaylah tu. setelah dihitung hingga setakat jam ini Azim berjaya mengumpul RM210.
Raya pertama jam 6.10pm semuanya berkumpul rumah Pak Long Azim semasa Azim balik ke Felda Ayer Itam. Kelakar & rasa seronok pula melihat aksi Azim dalam Macam Macam Aznil. Lihat keluar TV,baru nampak diri Azim yang sebenar. Mungkin ada yang perlu dibaiki kata Mak Ngah Azim. Walaupun suasana riang gembira melihat telatah anak-anak sepupu Azim yang masih lagi belum mencecah 2 tahun,Azim tahu setiap hati keluarga kami ada perasaan sedih kehilangan sepupu Azim.
Pagi-pagi hari datuk Azim akan tiba-tiba menangis menyatakan dia tak nampak Ami lagi walaupun dia ingat-ingat lupa. Ayah mangsa,Pak Andak masih lagi dalam keadaan terkejut. Tidak boleh sedikit pun menyebut nama anaknya atau melihat benda-benda yang berkaitan dengan anaknya. Nasib baik dia ada isteri yang tabah. Azim kagum dengan Mak Andak. Sanggup dia pergi ke jalan raya mengutip daging anaknya yang bersepai dihentam lori. Mak Inah sampai sekarang tidak boleh membaca Yaasin untuk arwah,jika tidak pasti menitis air mata. Azim yang dikira budak cengeng dalam keluarga Azim pasti akan melinangan air mata jika ada orang bercerita mengenai arwah. Terlalu teruk kematiannya,menjadi kejutan bagi kami sekeluarga.
Sampai sekarang polis menyatakan arwah yang bersalah. Walaupun ramai saksi menyatakan salah pemandu lori itu. Tambahan lagi, kemalangan berlaku di jalan arwah. Susah nak kata kedahsyatan kemalangannya itu. Hingga tiada bentuk tangan,kaki, badan. Semuanya jadi daging. Beg sekolah dan uniformnya juga melekat dengan daging arwah. Arwah seorang yang baik & bersopan santun. Semoga Allah merahmati kematiannya dan menempatkannya ditempat orang yang terpilih.
Peace..,
xYMe

Sep 20, 2009

Asing

Asing

Dear PK,
Baru sebentar tadi Azim menghabiskan masa ke Jaya Jusco. Walaupun malam raya,masih lagi ramai yang turun padang untuk bershoping buat kali terakhir. Sempat gak beli baju Adidas sementara adik Azim membeli baju Nike (dia memang peminat Nike mcm sorang dalam coursemate Azim)

Dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke Tesco, kami lupa di mana kereta diletak. Ke hulu hilir mencari kereta kami. Akhirnya setelah 20 min baru jumpa.Moral of story,ingat area kita parking kereta. Semasa hendak keluar dari parking lot, tiba-tiba kereta dihadapan,bernombor plat S'pore terhenti seketika,tiket parkingnya tidak dapat diterima.

Menjerit-jerit cina itu memanggil pengawal. Rupanya dia tidak tahu yang tiket itu perlu dibayar terlebih dahulu. Azim boleh terima jika dia tidak tahu,yang dia nak marah-marah pengawal itu kenapa. Salah dia & patut dia minta maaf. Kecian pada pengawal itu. Sudah datang negara orang,buat lah cara pendatang,ini buat macam negara sendiri.

Peace..,
xZYm

Sep 19, 2009

Kembali ke fitrah



Dear PK,

Jutaan kemaafan dipinta kepada muslimin & muslimat yang mengenali Azim.
Memang manusia kadang-kala buat silap & tidak suka mengakuinya, perasaan malu & sombong menyuasai diri.
Manusia saling memerlukan
Dihari berbahagia esok,dengan hati yang ikhlas Azim memohon kemaafan kepada kalian semua.
ZAHIR & BATIN
Tersilap kata, terlebih gurau, terbesar suara, termungkir janji atau perbuatan yang sengaja.
SALAM LEBARAN 1430H

Sep 18, 2009

Pertemuan

Pertemuan

Dear PK,

Azim bergerak menuju ke Ladang 16,UPM hari ini untuk berjumpa dengan Dr Baljit Singh mengenai penvaksinan lembu. Dengan tidak sengaja ponteng sekejap kelas jam 2, Azim bergerak menuju ke Ladang 16 bersama-sama Ina. Puas hati juga dapat lihat sendiri vaksinnya. Ada dua sahaja rupanya di Malaysia.

Pulang ke fakulti, Azim terlupa yang Azim meninggalkan kad matrik dan uncang di sana. Terpaksalah patah balik untuk ke sana. Nasib baik yang jumpa Dr, kalau orang lain mungkin sudah tidak ditemui lagi. Tergerak hati nak tanya staff yang memberi barang Azim itu, adakah kawan Azim masih bekerja di situ lagi?

Rupanya dia masih ada lagi di situ. Mungkin dia ingat-ingat lupa tentang Azim. Selepas peristiwa itu terus semua kawan-kawan yang pernah Azim keluar dengan mereka, Azim lupakan. Rasanya dia pernah jadi amirsab Azim di Desa Petaling. Rindu rasanya hendak jumpa dengan kawan-kawan lama.

Peace..,
xZYm

Sep 17, 2009

Songkok

Songkok

Dear PK,
"For example if group 1 get 80% for presentation,then when animal right group present, group 1 members can't answer it, that time Azim betul-betulkan his songkok, someone push Antony to answer it, the mark will deduct 15%" Dr. S

Lagi sekali Azim dijadikan contoh dalam kelas. Nama yang glomour tadi - Fida (balik Sarawak), Param (lambat 1 hour), Antony (tahu semua benda) & Azim. Nasib malang apabila Azim lambat 10 min masuk kelas. Habis satu muka merah bila ditanya kenapa lambat. Dengan tak tahu group berapa, main masuk sahaja MM1. Rupanya Azim group 1

Sekali lagi nasib malang, Azim kena morning running nose. Normally terjadi jika Azim bangun lambat & mandi terlalu rush. Asyik nak keluar sahaja mucous ni. Nak cakap pun susah. ada pendapat nak cakap pada ahli group,tetapi dalam keadaan macam gini susah lah!!

Kena komen lagi pasal presentation Azim minggu lepas. Azim mungkin tak mungkin dipilih untuk present 1 Oct sebab Dr bakal menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Azim present jika group lain pilih Azim. Sempat juga dia komen pasal Azim clumsy semasa present.

Walaupun selalu di'buli' di kelasnya, Azim rasa enjoy. Mungkin sebab Dr antara letcurer fav Azim. Bagus juga dalam hal ini. At least dia ambil berat pasal Azim & tahulah kewujudan Azim dalam DVM3

Peace..,
xZYm

Sep 15, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah


Dear PK,
Tepat jam 3.40pm salah seorang daripada sepupu Azim telah dijemput ilahi. Dia telah kembali ke rahmatullah pada usianya belum mencecah 17 tahun. Panggilan tefefon yang diterima oleh Azim sangat mengejutkan beberapa minit sebelum azan Asar. Macam baru tadi sahaja Azim bergurau senda dengannya.

Sami panggilan yang dipanggil oleh Azim kepadanya merupakan anak kepada Pak Andak Azim yang menetap di Bukit Aping Timur. Mungkin Allah lebih sayangkan dia, dijemputnya pada bulan yang baik ini. Sami meninggal di tempat dia kemalangan di kawasan rumahnya. Terasa hiba & sedih kehilangannya kerana kami sepupu begitu rapat. kali terakhir berita begini berlaku semasa Azim di tingkatan 3, seorang sepupu Azim meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Muhammad Amin Syafie. Amin..

Peace..,
xZYm

VMA 2009

VMA 2009

Dear PK,
Isnin jam 9am (Mahanthan 9pm) berlansung acara gilang - gemilang anugerah muzik video (Video Music Award yang memaparkan persembahan yang hebat belaka. Ini antara pemenang-pemenangnya:

Video of The Year - Single Ladies (Beyonce)
Best New Artist - Poker Face (Lady GaGa)
Best Male Video - Live Your Life (T.I. & Rihanna)
Best Female Video - You Belong With Me (Taylor Swift)
Best Hip Hop Video - We Made You (Eminem)
Best Pop Video - Womanizer (Britney Spears)
Best Rock Video - 21 Gun (Green Day)
Breakthrough Video -Lessons Learned (Matt & Kim)
Best Art Direction - Paparazzi (Lady GaGa)
Best Choreography - Single Ladies (Beyonce)
Best Cinematography - 21 Gun (Green Day)
Best Direction - 21 Gun (Green Day)
Best Editing - Single Ladies (Beyonce)
Best Special Effects - Paparazzi (Lady GaGa)

Tetapi perkara yang paling penting berlaku ialah TAYLOR SWIFT dimalukan oleh Kanye West di hadapan berjuta-juta orang. Ketika Taylor bangun dan memberi ucapan atas kejayaannya memenangi video wanita terbaik (You Belong With Me), Kanye merampas dan berkata “Yo Taylor. I’m really happy for you. I’m gonna let you finish but Beyonce had one of the best videos of all time. One of the best videos of all time(Hello Taylor. Saya amat gembira atas kejayaan kamu. Saya akan memberi kamu peluang untuk bercakap tetapi Beyonce sahaja yang mempunyai video terbaik. Video terbaik sepanjang zaman)!”



Berlari ke'sentap'an Taylor,turun dari pentas. Lankah yang diambil oleh Beyonce untuk memanggil balik Taylor untuk memberi ucapan ketika dia sendiri menang, amat patut dipuji. Ini baru semangat untuk memperjuangkan musik. Apa yang berlaku pada Taylor sangat kejam & semua orang akan suka dengan video you belong with me.

* lanjutan boleh dibaca di http://justjared.buzznet.com

Peace..,
xZYm

Sep 13, 2009

Merapu

MERAPU

Dear PK,

Kenapa Azim ada satu 'penyakit' susah nak sebut perkataan yang terlintas di akal. kawan Azim panggil Azim junior Dr ARO cause pensyarah immunology itu kadang-kala sebut apa-apa ntah. Apa yang Azim sebut jadi tunggang terbalik.

Antara perkataan pelik yang tak pernah wujud dalam kamus dewan bahasa :

JOO BEE = JB
Ringkas = Rangkis
Berkias = Berkais
Formula = Fomrula
Tauladan = Tulaudan

Macam mana nak final year nanti? susah ni...

Peace..,
xZYm

Sep 12, 2009

Islam itu indah

Islam itu indah

Double Trouble

Double Trouble

Dear Pk
Kenapa semester ini Azim selalu dipilih untuk menjadi presenter bagi setiap assignment. Benda yang Azim tak prepare selalunya kena present. Memang benar kata senior semester 5 & 6 pasti meninggalkan kesan mendalam dalam memori bergelar Doktor perubatan veterinar. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada test yang mengacau aktiviti mingguan.

Naik cuti ada 2 presentation lagi. Yang satu memang confirm Azim kena present atas permintaan sendiri (saje nak uji kemahiran bercakap pasal virus + immuno). Yang satu lagi. ikut pensyarah CSI yg sama lagi mcm minggu ini. Mmg Azim clumsy jika cakap kat depan, mcm nak buat orchestra. Haha..paling pelik masa dia datang kat Azim,boleh pula Azim ambil slide controller mcm budak kecil ketakutan.

Selepas habis present, terus Wan tanya "nape ko ambil control tu,bukan ada laser pun?" memang tindakan yang agak kelakar. kemudian bertubi-tubi soalan dairy cow ditanya. Hafez, ni slide ko,kenapa ko tak back up? Minggu selepas cuti haraplah Doktor bekenaan tak memilih Azim lagi.
Peace..,
xZYm

P

Sep 7, 2009

Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran




Salam Nuzul Al-Quran kepada semua muslimin, muslimat.

Sep 6, 2009

Battlefield

Battlefield


Dear PK

ɯıɥɐɹ pqɐ ɯızɐ pɐɯɯɐɥnɯ nʇıɐı'nƃun ɐuɹɐʍ ʇɐuıɯ ƃuɐʎ (ıʞɐlǝl) ʇɐɯɐɯ ɐɾɐɥɐs ƃuɐɹoǝs ɐʎuɐɥ nɥɐʇ sɐlǝʞ nʇɐs ˙”nƃun ʇɐɯɐɯ lnʇǝq ɥopoq“ ɐıp ɯʎ ʇsod ɯɐlɐp sılnʇ ƃuɐɹo ɐpɐ uɐʞɐʇɐƃuǝɯ ƃuɐʎ ƃuɐɹo ɐƃnɾ ɐpɐ ˙nʇı ƃuɐɹo uɐƃuǝp ɥɐlɐsɐɯ ɐdɐ-ɐdɐ ɐsɐɹ ʞɐpıʇ ɯızɐ 'nʇı sɐdǝlǝs ˙ɯɐıp ʞnpnp uɐp ’npnʍ lıqɯɐƃuǝɯ nɐɹns ǝʞ ʞılɐq ɯızɐ uɐıpnɯǝʞ 'ɥɐɹɐɯ ɯızɐ nʇı sɐdǝlǝs ɯɐɾǝs ˙uıɐl ƃuɐɹo lɐɥ ɹndɯɐɔ uɐƃuɐɾ ʇnƃnıp ɯızɐ ıuı nɹɐq-nɹɐq ˙ƃuɐʇɐp ƃuɐʎ ɥɐlɐsɐɯ ɐpɐ ɐʞıɾ ɯɐɹǝʇuǝʇ & ɐsɐɹ ɯızɐ ƃuɐɹɐʞǝs 'ɥɐllılnpɯɐɥlɐ

˙ʇıʞıpǝs ıɯǝp ʇıʞıpǝs uɐʞƃuɐlıɥ ɥǝloq uɐɹnb-lɐ ʇɐʎɐ lɐɟɐɥ ɐqnɔ & ɯɐlɐɯ ʇɐlos 'ɥɐsılǝƃ ɐʍıɾ ɐʞıɾ lnʇǝq ƃuɐɯǝɯ ˙ɥɐsns uɐɐpɐǝʞ ɯɐlɐp ɯızɐ ɐsɐɯ ɐpɐ ɐʞǝɹǝɯ ıdɐʇǝʇ'ıpɐɾɹǝʇ ƃuɐʎ ɐdɐ nɥɐʇ ʞɐʇ ɐʞǝɹǝɯ˙ƃuɐlıɥ ɯızɐ ɥɐlɐsɐɯ uɐʞıpɐɾuǝɯ ɐɾɐƃuǝs ʞɐpıʇ ɐɹɐɔǝs ƃuɐɹo ɐpɐ ɐpɐdǝʞ ɥısɐʞ ɐɯıɹǝʇ ˙ʞılıq ɹɐnlǝʞ ʞɐu sɐlɐɯ & ɹnpıʇ ʞɐu ɐsɐɹ ˙ssǝɹʇs dnʞnɔ ɯızɐ 'nʞɐlɹǝq ıuı ɐɹɐʞɹǝd lɐʍɐ-lɐʍɐ uıʞƃunɯ ˙uɐʞnʞɐl ɯızɐ ƃuɐʎ ɐdɐ nɥɐʇ ƃuɐʎ ɯızɐ ɐʎuɐɥ ƃuıʇuǝd ƃuɐʎ 'ɹɐsǝq ndıuǝd nɐʇɐ ’ɹǝʇsıʍʇ‘ ɯızɐ dɐʞɐɔ ʞɐu ƃuɐɹo ıʇɐɥ ɐʞns


˙ɐƃnɾ ıɹıpuǝs ɥɐlɐsɐɯ ɐpɐ ɯızɐ ɐɯɐs ƃuɐʎ ɐsɐɯ ɯɐlɐp lɐɥɐpɐd ˙ıuı ɐpuǝq lɐsɐd ıƃɐl uɐʞɹıʞıɟ ɥɐʎɐd ʞɐʇ 'ʎpnʇs ɐpɐd snʞoɟ ɐıp ɥnɹns ˙uɐʞɐdnl ɥǝloq ɐıp ʇɐnq ɐqnɔ ɯızɐ ɐʎɐdn ɐʎɐpǝs ıpɐɾ 'ssǝɹʇs ɐıp nɥɐʇ ɯızɐ ˙ɐıp ıʞɐɯ ƃuɐʎ ƃuɐɹo uɐƃuǝp ʞooqǝɔɐɟ llɐʍ sɐlɐqɹǝq ɯızɐ ɐıp ɐʇɐɯ uɐdǝp ˙nʇı ʞooqǝɔɐɟ ɯɐlɐp ıʞɐɯ ɐuǝʞ ƃuɐʎ ƃuɐɹo ɐpɐdǝʞ lɐɹoɯ uɐƃuoʞos ıɹǝq ɯızɐ 'ıuı ɐɯɐlǝs

˙ıɐɯɐɹ-ıɐɯɐɹǝq ɐɹɐɔǝs ɹɐuǝqǝs lɐɥ uɐʞɐʎuɐuǝɯ ʞnʇun ɐʞǝɹǝɯ ʞɐɥ nʇı ˙uɐıʞıɯǝpǝs uɐʞnʞɐlǝɯ ɥɐuɹǝd ʞɐpıʇ ɯızɐ ƃuɐʎ ɥɐllɐ ɐɯɐu uɐƃuǝp ɥɐdɯns ıuɐɹǝq ɯızɐ qɐqǝs nʇı ˙ıuı ıʇɐɥ ɹɐuǝq ɐʍǝɔǝʞ ɯɐɔɐɯ ɐsɐɹ 'ɯızɐ ɥnpnʇ ɐʞǝɹǝɯ ɐsɐɯǝs 'ɥɐllɐ ɐʎ ˙ʞooqǝɔɐɟ ıp uɐɹɐɯɐʎuǝd ınlɐlǝɯ ƃuɐɹoǝsǝs uɐʞɐuǝƃuǝɯ ɥnpnʇıp ɯızɐ lɐɥ uɐƃuǝp ɐlnd ɥoɔǝʞ 'uɐıpnɯǝʞ


˙ɐuɹndɯǝs ƃuɐʎ ɐpɐ ɐuɐɯ'ɐısnuɐɯ ˙ɐʞnqıp ɯızɐ uɐʞnɹnqǝʞ ɐnɯǝs nʇı ɐsɐɯǝs ˙ɐʞǝɹǝɯ ıƃɐq ɐsɐıq ɐɹɐʞɹǝd ɯɐɔɐɯ ɥɐp ɯʎ ɯɐlɐp unɯɐɥ ıʞɐɯ ˙ɐʍǝɔǝʞ ƃuɐʎ ıɐɯɐɹ nlɐlɹǝʇ ɐqıʇ-ɐqıʇ ˙ɐʎulıqɯɐƃuǝɯ ɥɐllɐ ʞnlɥʞɐɯ ƃuɐɹoǝs 'ɐʎuɹıɥʞɐ ¿snƃɐq ıƃɐl ɐuɐɯ ƃuıɔnʞ ɐpɐdǝʞ uɐʞıɹǝqɯǝɯ nɐʇɐ ɹızɐqɯǝɯ uɐƃuǝp ɐʎuƃuɐnqɯǝɯ ɐɹɐʇuɐ ıpɐɾ ˙nɥɐɯ ʞɐpıʇ ɐʞıɾ ɐʎuƃuɐnqɯǝɯ ɥnɹns ıɹıpuǝs ɐʞǝɹǝɯ 'ɐʞǝɹǝɯ ɥǝlo ıɹǝqıp ƃuɐʎ uɐuɐʞɐɯ ıɐuǝƃuǝɯ


ɥɐlɐs ƃuɐʎ nʇɐnsǝs ʞnʇun ʇɐɾɐɥ ʇɐlos uɐʞnʞɐlǝɯ ɯızɐ ɐlıqɐdɐ ɯızɐ uɐɥɐlɐsǝʞ ɐɯnɔ ˙ɐʎuɐpɐdǝʞ uɐɹıɟɐʞǝʞ uɐʞɥnʇɐɾuǝɯ ʞɐpuǝɥ ɯızɐ ɹnsun ɐpɐıʇ 'zɐʇsn ƃuɐɹoǝs ʇɐdɐpuǝd uɐʞɐʎuɐʇ ɯızɐ ɐlıqɐdɐ ˙nʇı ɾǝsǝɯ ıƃɐl uɐdɯıs ɯızɐ ɥısɐɯ ˙ıqɐu sıpɐɥ ɐʇɐʞ ıɐʎɐɔɹǝdɯǝɯ ʞɐpıʇ ɐʞıɾ ɹıɟɐʞ ıpɐɾ uɐʞɐ ɐıp dɐʞɐɔ ɯızɐ ɐuɐɯ ɐlıq ɐɯɐʇɹǝd sǝʞ ˙uɐɐpɐǝʞ uɐʞʞnɹnqɯǝɯ ƃuɐʎ ’ıdɐ nʇɐq‘ ıɐɯɐɹ nlɐlɹǝʇ ˙nʞɐlɹǝq ɥǝloq ɯɐɔɐɯ-ɯɐɔɐɯ 'ıuıƃǝq uɐʞǝʇɹǝʇ uɐɐpɐǝʞ ɯɐlɐp


˙ıɹıpuǝs ɐıp ʞıɐq uɐʍɐʞ ɥǝlo ıʇɐuɐıɥʞıp ɐıp ɐʞıʇǝʞ ɯızɐ uɐʍɐʞ ɐʇɐʞ-ɐʇɐʞ ıɹɐp uɐʞıʇǝd ”˙dnpıɥ ɥǝloq nʞɐ 'und nʞɐ uɐƃuǝp uɐʍɐʞ ʞɐu ʞɐʇ ƃuɐɹo ɐnɯǝs nɐlɐʞ ˙dnpıɥ ɥǝloq ʞɐʇ ɐʇıʞ ɐıp ɐpɐ ʞɐʇ ʇɐƃuı 'ɥɐpns ɐʇıʞ uɐƃuǝp uɐʍɐʞ ʞɐu ʞɐʇ nʇ ƃuɐɹo ɐʞıɾ“ ˙nʞɐlɹǝq ɐɹɐʞɹǝd ʞɐʎuɐq 'nʇɐnsǝs uɐʞnʞɐlǝɯ ɥnpnʇıp ɐuɐɹǝʞ ’ƃuɐɹǝsıp‘ ɯızɐ ɐʍıʇsıɹǝd sɐdǝlǝs

˙uıɐl ƃuɐɹo ɐpɐd uɐʞıɐdɯɐʎuǝɯ uɐʞɐ ʞɐpıʇ ɐıp nɥɐʇ ɯızɐ ƃuɐʎ ƃuɐɹo 3 ɐʎuɐɥ dnʞnɔ ˙ʞɐɥıd ıɐɯɐɹ uɐʞʇɐqılǝɯ ʞɐu sɐlɐɯ ɐʎuɐɥ 'ƃuoɥoqɹǝq ɹnsun ɐpɐ und nʇɐs ʞɐpıʇ ɯızɐ uɐdɐʍɐɾ ɐnɯǝs ˙ʞɐlǝƃuǝɯ uɐdɐʍɐɾ uɐʞıɹǝqıp nlɐlǝs uɐsɐɹǝd ƃuɐʎ ƃuɐɹo ɐpɐdıɹɐp uɐɐʎuɐʇɹǝd ˙ıuı lɐɥ uɐʞɯɐpuǝd ɯızɐ ɐɯɐl uɐıʞǝs ɹıdɯɐɥ

Peace..,

xZYm

Sep 5, 2009

Shopping Raya

Shopping Raya

Dear PK,
SERONOKNYA!!! Sudah lama Azim tidak dapat membeli belah sepanjang hari. Maklumlah sibuk dengan test sahaja. Setiap minggu pasti akan ada test. Jadi kesempatan ini shopping sakan Azim. Awal-awal lagi, sepupu Azim sudah ajak untuk keluar membeli belah di negara seberang. Dia cakap banyak sikit pilihan yang berjenama. Tetapi bagi Azim harganya terlampau melepasi minda Azim

Lenguh kaki ini ikut dia berjalan ke sana ke mari. Dari jam 11 pagi hingga ke 5 petang kaki ini tak henti-henti berjalan. Akhirnya hanya 3 helai baju, sepasang kasut sahaja yang dibelinya. Ain, kau ini boleh sahaja buat window shopping bulan Ramadhan ini pula. Sudahlah panas terik. Azim pula hanya 2 helai sahaja, itu pun sudah lebih $90.

Paling Azim minat ialah kemeja Dior warna hitam putih. Seronoknya bila memakainya, terasa seperti pelajar dalam cerita Korea. Seluar yang padan dengannya pula terlampau mahal $100. Kalau di Malaysia RM230++. Tetapi,memang Azim minat benar dengan kemeja ini. Walaupun kemeja.

Malam semalam sempat Azim menonton Final Destination 4 di Jaya Jusco. Tiket Jam 8.00pm,jadi bergegas-gegas Azim solat dan sempat menjamah sedikit pizza bersama 4 rakan Azim yang lain. Semua sepakat, siapa menjerit dulu dia kena belanja makan lepas tengok wayang.

Geli benar cerita ini. Bagi Azim,lebih seram dari filem-filem sebelumnya. Asyik sahaja mendengar orang menjerit-jerit di dalam wayang. Akhirnya Azim menjerit juga apabila salah seorang mangsanya di tolak oleh sesuatu benda berat dari bengkal dan badannya melekat dipagar. Setiap daging keluar mengikut bentuk pagar. Mana tak gelinya.

Akhirnya, mangsa yang kena belanja ialah Zaki. Dia mula menjerit belum 10 minit cerita itu bermula. Gelak kami melihatnya, menjerit kemudian malu pada perempuan cina yang duduk sebelahnya. Terima kasih Zaki belanja Chicken Rice Shop. Mana nak habis, baru sahaja makan, makan lagi.

Sebelum pulang ke rumah, kami solat tarawih di masjid. Siap kena puji dengan kariah kawasan itu lagi. Yelah,jarang orang nak solat selepas jam 11. Bodoh punya jawapan dari kawan Azim,Muslim : Kami karkun muda pakcik, memang macam gini.
Peace..,
xZYm

Sep 3, 2009

Kecurian

Kecuriaan

Dear PK,
Apabila sebut sahaja kecurian,pasti setiap orang pernah merasainya. Semasa Azim dalam perjalanan ke Johor untuk pulang ke rumah, berlaku kes penangkapan seorang yang dicuri. Pencurinya ialah seorang lelaki India berusia dalam awal 20-an. Dia dibelasah agak teruk di stesen bus. Azim hanya mampu melihatnya.

Kecuian pasti berlaku di mana-mana. Dikolej heboh dengan kes kehilangan laptop. Pencuri akan masuk ke dalam bilik melalui tingkap yang tidak berkunci. Ada juga pencuri akan masuk melalui pintu sendiri. Pencuri akan masuk ke bilik lalu menyamar sebagai rakan kepada mangsa. Kerjanya lagi senang jika teman sebiliknya sudah tidur. Jika belum tidur, dia akan menyamar & kadang-kala menyatakan dia salah bilik.

Cara lebih ‘power’ pencuri itu lakukan ialah dengan pukau. Dikatakan,pencuri orang luar daripada kolej. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk mengelak pencuri masuk ke dalam bilik. Kad pelajar kolej, pagar tingkap di setiap bilik di aras bawah. Rumah sentiasa perlu dikunci.
Kes motorsikal pula sama sahaja. Seorang pelajar kolej hilang LC yang baru dibelinya 2 minggu antara masa semua orang sedang seronok solat tarawih hari pertama. Banyak lagi kes hilang motor yang berlaku di kolej. Azim pula minggu lepas hilang selipar di Masjid UPM ketika solat tarawih. Balik kaki ayam lah Azim ke kolej. Sedih rasanya kehilangan selipar Dr Cardin bewarna putih itu. Walaupun harganya bawah RM50 dan sudah hampir terkoyak, tetapi sudah lebih setahun lebih Azim memakainya.

Kecurian ini pasti akan berlaku pada setiap orang. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah langkah berjaga-jaga. Hukumannya pasti dilaksanakan di akhirat kelak

pEACE..,
xZYm.

Sep 1, 2009

Baru nak rehat..

Baru nak rehat..

Dear PK,
Esok, 2 Sept 09 ialah hari permulaan test ke-2. Mcm tak caya sahaja esok dah mula. Kalau tidak minggu lepas dah mula,thank to Jacky kerana tundakan ke minggu ini. Mula lah test patho esok!!

Gud luck to me...study smart zym!!

Peace..,
xZYm

Aug 31, 2009

Mampukah kita berubah?

Mampukah kita berubah?

Dear PK

Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! pada 31 Ogos 1957,memberi perubahan besar pada rakyat Malaysia ketika zaman itu. Perasaan mereka lebih seronok daripada mendapat cahaya mata. Kerana pada hari bersejarah itulah, mereka tidak perlu lagi risau tentang masa hadapan anak-anak mereka. Anak-anak mereka tidak perlu merasai keperitan,kepayahan & kesusahan mereka di zaman jajahan negara asing

Saban tahun negara Malaysia akan menyambut tarikh keramat ini, bukan untuk menunjuk-nunjuk Malaysia sudah aman,tetapi untuk meluahkan perasaan gembira & meraikan keperitahan orang-orang terdahulu mencari erti kemerdekaan. Beberapa cendiakawan asyik memikirkan mampukah Malaysia merdeka lagi tahun hapadan? adakah kenikmatan yang kita rasai ini akan pudar dijadikan sejarah oleh anak-anak kita nanti?

Baca sahajalah di surat khabar,pelbagai perkara yang boleh memusnahkan keamanan negara. Jika kita tidak pandai menjaganya,negara kita akan tergadai. Masalah sosial pelapis-pelapis negara kian bertambah. kes ragut, rempit, bunuh, rogol, kumpulan-kumpulan yang bertentangan dengan agama kian bertambah. Takut-takut mereka yang sendiri akan menjual Malaysia ke negara luar.

Dengan kesempatan yang ada inilah,raikan Merdeka dengan penuh kesyukuran. Remaja-remaja yang sibuk dengan hiburan-hiburan terlampau selepas detik 12 hentikanlah. Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum,jika kaum itu tidak mengubahnya. Jadilah rakyat Malaysia yang ada tahap akhlak yang tinggi & sematkan perasaan 1Malaysia dalam setiap kaum di Malaysia. Setiapnya pasti menyumbang ke arah wujudnya Malaysia di peta dunia. Saya bangga jadi MALAYSIAN!!!



Iklan TM merdeka tahun ini

Peace..,
xZYm

Aug 29, 2009

Diculik

,Diculik

Dear PK
Hari ini Azim ingin pula study di fakulti. kalau nampak katil di kolej,must susah nak study. Biasalah, semester ini ada target yang terlampau tinggi. Kena usaha lebih sedikit lah. Rupanya, Faiz ada di fakulti. Dia juga sibuk study + main internet

Bosan juga duduk sorang-sorang mengadap nota yang bewarna-warni ini. Yelah,terlalu ramai yang komen kenapa suka sangat buat nota. Orang yang rapat dengan Azim sahaja tahu apa yang Azim buat selepas habis semester. Selalunya, Azim akan usik orang setiap sejam or tengok cerita korea.

Tiba-tiba mata boleh pula rasa berat,macam ada sahaja yang tarik kelopak mata ini suruh pejam.
Baru 12.30pm,masakan sudah ngantuk. Lalu Azim lepak (padahal tido) di surau fakulti. Kemudian, jam 1.40,terus cepat-cepat tunggu bas k17. sekejap je sudah sampai (bagus!!!)

Tiba-tiba abg yang bawak bas ini ikut jalan lain,ke arah k10. Mungkin dia nak isi minyak. Sampai di simpang masjid UPM,bas ini masuk ke kawasan masjid. Azim hanya diamkan diri. Tiba-tiba bas itu berhenti dan abg driver itu mengajak Azim turun untuk mengambil BUBUR LAMBUK.

Hari ini merupakan hari pertama Azim dapat makan bubur lambuk. Azim ambil 2 & sebungkus Azim berikan kepada Hafez. Rupanya abg driver itu nak ambil bubur lambuk,Azim ingatkan nak jadi mangsa kidnap.

Peace..,
xZYm

Aug 28, 2009

Conferences DVM5

Conferences DVM5

Dear PK,
Setiap hari Jumaat di DSV pasti akan diadakan conferences pelajar tahun akhir. Acap kali diajak oleh senior untuk mendengar sekali,tetapi masa tidak mengizinkan. Tetapi minggu ini, ada conference pasal avian,supervisor Dr Jalila.

Apabila masuk sahaja dewan, segelintir pelik dengan kehadiran Azim. Bagi yang tahu Azim fanatik burung tidak. malah, macam tahu sahaja Azim akan datang. Wah, senior DVM5 akan cakap pasal Budgerigar,antara 15 burung yang Azim minat.

Kira dapatlah tahu sedikit infomarsi tentang Budgerigar. Selepas lihat senior present,randomly Azim pula kena present. Ah, nightmare!!!

Peace..,
xZYm

Aug 22, 2009

Welcome Ramadhan

Welcome Ramadhan

Dear PK,
Kalau zaman dulu bulan ini disambut dengan meriah, kegembiraan yang digambarkan seperti mendapat anak sulung. Ramadhan ini bulan yang penuh kejutan dan setiap harinya penuh bermakna. Ramadhan oo.. Ramadhan, ke'lahir'an semulamu didoa oleh setiap ulama untuk berjumpa denganmu kembali.

Sinarkan berkah,rahmatmu yang Allah telah berikan kepadamu kepada setiap manusia di dunia sejagat. Pastikan setiap umat tuhanmu tahu erti Ramadhan. Salam Ramadhan kepada semua pembaca Purple Karkun

.
Peace..,
xZYm

Aug 20, 2009

Genap Setahun

Genap setahun..

Dear PK,

Hari ini genap setahun blog Purple Karkun mula beroperasi. Mula-mula atas dasar untuk luahkan perasaan Azim yang rasa tidak selesa kebelakangan itu. Banyak perkara yang Azim luahkan, ada yang mendapat kemarahan orang pun ada. Rasanya itu masalah Azim dulu. Sekarang, kalau Azim rasa tidak puas hati, depan-depan Azim cakap.

Bagaimana mulanya? Ehhm... ajakan seoarang kawan se'batch' untuk membuka blog. Dulu Azim duduk bilik berdekatan dengannya. Dia pendorong Azim untuk memulakan kerja penulisan. Melalui blog ini pemikiran Azim mula matang (rasanya). Dulu sangat budak-budak,membuat sesuatu perkara tanpa berfikir dulu. sekarang,mungkin lebih dewasa.

Nampaknya setahun ini nampak ke'matang'an sikap Azim. Apa yang akan berlaku pada setahun akan datang?adakah bertahan lagi PK.. sama-sama kita doakan.

Peace..,
xZYm

Aug 18, 2009

Selamatkan Bumi

Selamatkan BumiAlign Center
Dear PK



Tapi paling best sebab ada Miley dalam video itu. Lagu terbaru Disney untuk 'Friend for change' pun sedap. Ini lirik dia :

Miley;
A words,just a word
'til you mean what you say

Nick;
And love,isnt love
'til you give it away

Nick & Miley
We've all gotta give
Yes,something to give
To make a change

[Chorus:]
Send it on
On and on
Just one hand can heal another
Be a part
Reach a heart
Just one spark starts a fire
With one little action the chain reaction
Will never stop
Make us strong
Shine a light and send it on

Demi (Joe)
Just Smile (Just Smile)
And the world (And the world)
Will smile
along with you..

Joe (Demi)
That small act of love
Thats meant for one
Will become two ( Will become two )

Miley;
If we take the chances..

Nick;
The chance circumstances

All;
Imagine all we can do
[Chrous:]
Send it on
On and on
Just one hand can heal another
Be a part
Reach a heart
Just one spark starts a fire
With one little action the chain reaction
Will never stop
Make us strong
Shine a light and send it on
Send it on..

Miley
Theres power in all of the choices we make

Nick;
So im starting now theres not a moment to wait

Selena;
A word,just a word
'til you mean what you say

Selena & Kevin
And love,isnt love
'til you give it away

all;
Send it on
(Send it on)
On and on
(on and on)
Just one hand can heal another
Be a part
(be a part)
Reach a heart
Just one spark starts a fire
With one little action the chain reaction
We'll help it start
Make us strong
Shine a light and
Give it on
Shine a light and send it on..
#Ada orang tanya kenapa tak main sahaja semua lagu Miley Cyrus semasa Dogathon.. jawapannya : nanti gila kuasa lak!!

Peace..,
xZYm

Aug 16, 2009

Tail up, It's show time

Tail up, It's show time

Dear PK,
Segala kepenatan yang dikumpul selama hampir setengah tahun akhirnya tergambar pada hari ini. Tidak dinafikan sangat meriah, hebat dan terbaiklah. Kerja keras student-student veterinar UPM dari tahun 3 hingga tahun 1 amat baik dan memberansangkan. Syabas DVM students

Awal pagi Azim dah lambat sampai di bukit ekspo. orang ajak overnite di sana tidak mahu. Akibatnya, pukul 6.45am baru sampai. Masa itulah baru nak run PA system. Kecian pada Vivi, lagu circus dia, Azim hilangkan. Jadi tiadalah soundtrack lagu circus. Rasa bersalah benar ni. Sesiapa yang datang hari sabtu pagi dapatlah dengar alunan lagu circus itu.

Daripada sumber-sumber yang dipercayai, lebih kurang 880 ekor anjing datang. Lebih dari apa yang dijangka. Amber Chia pun datang untuk booth Artemis. Azim nampak ada wartawan the Star, TV8. Paling tak seronok sekali, Azim punya knowledge pasal baka anjing sangat rendah. Biasalah,bila dah duduk di main stage,kenalah berbual dengan pensyarah. Tahu apa yang pensyarah cakap.

Akhirnya dapat juga lihat Pug Dr Shanti. comel jugalah. macam nak picit-picit sahaja pipi dia. Azim terpaksa balik awal kerana ada hal sedikit. Dengar kata hingga jam 11.30pm DVM students kemas bukit ekspo. Hopefully next year, dogathon will become more outstanding!! (tahun depan nak volunteer PE )

Peace..,
xZYm

Aug 13, 2009

Tidak mengira umur

Tidak mengira umur.

Dear PK,

Baru-baru ini negara Malaysia digemparkan dengan kadar kematian yang begitu drastik sekali disebabkan oleh penyakit selesema babi. Petanda hari kiamat bakal muncul. Begitu teruk sekali, hingga sekarang kadar kematiannya mencecah 51 org. Bingung kepala Menteri Kesihatan memikirkan masalah ini. Tiap-tiap hari mesti ada kematian dan Malaysia pula berada di tangga ke-9 dalam kadar kematian.

Jika lihat daripada mangsa, tiada batas umur yang boleh ditetapkan,tiada batas tahap kesihatan & tiada batas kawasan. semuanya boleh dijangkiti oleh virus ini. Dari penyakit ini kita dapat buat kesimpulan yg Allah dengan kehendakNya boleh memisahkan roh & jasad kita bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu dah tua,baru nak dicabut nyawanya.

Banyak-banyaklah sediakan bekalan, takut-takut nyawa kita yang dicabut esok!!

Peace..,
xZYm

Aug 9, 2009

Terlewat

Terlewat
Dear PK,
Hari - hari biasa : Dia akan bangun di awal pagi semata-mata untuk mengejut orang solat subuh.. Suaranya akan berkumandang ke pelusuk kolej,mendayu-dayu menyebut kebesaranNya disuasana sunyi sepi.
Hari ini : Tiada suara dia kedengaran,malah suara yang mengantikannya(sesiapa budak kolej yang mengaku dia lelaki) lambat 20min.

Gambar adalah hiasan

Salah seorang senior Azim accident motor ketika dalam perjalanan pulang ke UPM. Nasib tidak menyebelahinya & adiknya. Motor boleh dikategorikan tidak ada apa-apa. Tetapi dia, dalam keadaan yang agak tidak selesa (nanti Azim describe pathologically)

Kecoh semasa waktu zuhur untuk mencari orang yang boleh menghantarnya. Sorang demi sorang dicari. Akhirnya Naguib menolong menghantarnya ke PKU atas pertolongan roomate Naguib. Paling seronok,biliknya tidak putus-putus diziarahi oleh tetamu. Memang patutlah dia menang MTM terbaik.


Kesannya yang Azim terasa apabila azan Subuh lambat. Juniornya yang mengantikannya,berjalan agak pantas bersama Azim & Daud (Derwin) apabila melihat surau masih gelap.


Lession yang ada pada dia ialah sub-mandibular oedema, abrasion pada kaki, muka dan tangan. Ada budak nursing kata maybe if chronic can lead to concussion. kira teruk juga. Berdoa sahaja mudah-mudahan Allah meyembuhkannya dengan cepat.


Peace..,
xZYm

Aug 7, 2009

Missed 2 times

Missed 2 times

Dear PK,
Sedang seronok menyelak surat khabar hari semalam, mata Azim tertarik pada surat khabar hari selasa kosmo. setiap helaian Azim selak, selak dan selak. Ada helaian hanya dilihat gambar sahaja. tetapi boleh terhenti pada page hiburan,tentang rancangan baru ke udara

Gossip Girl season 2...


Ahhh...macam mana boleh missed 2 episode ni!! even dah abis tengok melalui hard copy(thank mya) tapi mesti tengok juga. seronok giler cerita dia. Lagi-lagi muka Serena,stail rambut yang patut perempuan cuba.

Minggu depan,patut kena set dalam kalender. Every Tue, 1030pm only at 8TV.
Peace..,
xZYm

Aug 6, 2009

Middle of the Syaaban

Middle of the Syaaban...

Dear PK,
Kedatangan dia pasti ditunggu - tunggu oleh masyarakat Islam. Semasa malam itu,mereka akan meluangkan masa maghrib-isya untuk sama-sama membaca 3x Yassin. Azim pernah menanyakan ustaz, sama ada 3x Yassin ini, sunnah @ adat. Jawapan yang diberikan pun tidak pasti

Tetapi yang penting,Syabaan menunjukkan ketinggian martabat Muhammad dengan nabi-nabi yang lain. Bulan ini khusus untuk junjungan besar kita. Pertengahannya pula berlaku peristiwa Malaikat membawa buku amalan & dosa mengadap Allah SWT. Bermakna lembaran buku baru mula dibuka.

Pasti sangat-sangat untung sesiapa yang dakwat pertama digunakan untuk menulis kebaikannya. Kita berdoa sahaja,amalan pertama kita tadi semasa maghrib ialah amalan yang baik dan diterima Allah.

Peace..,
xZYm

Aug 2, 2009

Perkahwinan

Perkahwinan


Dear PK,
Perkahwinan saudara Azim berlansung dengan aman dan meriah sekali. Keluarga Azim berjumpa semula. Cuma adik Azim di SAMURA sahaja tiada. UTEM juga ditutup seperti universiti-universiti lain. 2 mak cik Azim datang ke Johor Bharu untuk menghadiri perkahwinan anak saudara mereka.

Kami bergerak pada waktu kemuncak. Mungkin untuk mengisi perut pada waktu tengahari. Perkahwinan yang dilakukan di dewan Bakar Batu, JB yang disulami tema ungu(bestnya). Adik Azim menoleh-noleh seperti mencari sesuatu. Terus Tok Ngah menyatakan Abg Amy mungkin datang malam karang,semalam ada konsert.

Mungkin sedih muka lansung tidak ditunjukkan pada ibu pengantin yang Azim panggil ibu apabila adiknya lansung tidak menunjukan muka lagi di hari pekahwinan anaknya. Tetapi perkahwinan itu tetap meriah. Kira sudah lama Azim tidak melihat dua pupu azim ini. Apabila melihatnya, dia makin berisi. Mungkin hidupnya senang. Selamat pengantin baru Azah!!!

Pengantin bersama 2 makcik Azim

Peace..,

xZYm

Aug 1, 2009

Sogo ditutup

Sogo ditutup

Dear PK,
BODOH!!! Seperti Islam tidak mengajar cara yang lebih baik untuk berbincang. Kalau mereka fikir dengan buat demostrasi begitu,boleh selesaikan masalah, mereka silap. Sejahil-jahil Azim pun, masih tahu cara melakukan demostrasi pada kerajaan yang masih dianggap adil dikira berdosa besar.

Tindakan mereka itu menyusahkan orang. Pasti cemuhan keluar dari peniaga-peniaga berdekatan kawasan demostrasi. Mereka tidak sedar,bila peniaga yang dizalimi merintih keluh, pasti doa peniaga itu di dengar oleh penciptaNya. Lagi-lagi kecian bila peniaga itu mendoakan tidak baik pada mereka. Sogo juga ditutup semalam.

Apabila Azim lihat peristiwa itu melalui berita, sedih melihatkan ramai yang berpakaian seperti menunjukkan identiti Islam. Mungkin rakyat Malaysia patut malu kepada pelancong asing. Apa yang akan di perkatakan oleh rakyat luar Negara pada keadaan ini. Adakah Malaysia ini selamat? adakah Negara Islam selamat? Jangan ditambahkan lagi faktor-faktor mengatakan Islam itu penganas.

Peace..,
xZYm

cARDIO TherApY