Sep 5, 2009

Shopping Raya

Shopping Raya

Dear PK,
SERONOKNYA!!! Sudah lama Azim tidak dapat membeli belah sepanjang hari. Maklumlah sibuk dengan test sahaja. Setiap minggu pasti akan ada test. Jadi kesempatan ini shopping sakan Azim. Awal-awal lagi, sepupu Azim sudah ajak untuk keluar membeli belah di negara seberang. Dia cakap banyak sikit pilihan yang berjenama. Tetapi bagi Azim harganya terlampau melepasi minda Azim

Lenguh kaki ini ikut dia berjalan ke sana ke mari. Dari jam 11 pagi hingga ke 5 petang kaki ini tak henti-henti berjalan. Akhirnya hanya 3 helai baju, sepasang kasut sahaja yang dibelinya. Ain, kau ini boleh sahaja buat window shopping bulan Ramadhan ini pula. Sudahlah panas terik. Azim pula hanya 2 helai sahaja, itu pun sudah lebih $90.

Paling Azim minat ialah kemeja Dior warna hitam putih. Seronoknya bila memakainya, terasa seperti pelajar dalam cerita Korea. Seluar yang padan dengannya pula terlampau mahal $100. Kalau di Malaysia RM230++. Tetapi,memang Azim minat benar dengan kemeja ini. Walaupun kemeja.

Malam semalam sempat Azim menonton Final Destination 4 di Jaya Jusco. Tiket Jam 8.00pm,jadi bergegas-gegas Azim solat dan sempat menjamah sedikit pizza bersama 4 rakan Azim yang lain. Semua sepakat, siapa menjerit dulu dia kena belanja makan lepas tengok wayang.

Geli benar cerita ini. Bagi Azim,lebih seram dari filem-filem sebelumnya. Asyik sahaja mendengar orang menjerit-jerit di dalam wayang. Akhirnya Azim menjerit juga apabila salah seorang mangsanya di tolak oleh sesuatu benda berat dari bengkal dan badannya melekat dipagar. Setiap daging keluar mengikut bentuk pagar. Mana tak gelinya.

Akhirnya, mangsa yang kena belanja ialah Zaki. Dia mula menjerit belum 10 minit cerita itu bermula. Gelak kami melihatnya, menjerit kemudian malu pada perempuan cina yang duduk sebelahnya. Terima kasih Zaki belanja Chicken Rice Shop. Mana nak habis, baru sahaja makan, makan lagi.

Sebelum pulang ke rumah, kami solat tarawih di masjid. Siap kena puji dengan kariah kawasan itu lagi. Yelah,jarang orang nak solat selepas jam 11. Bodoh punya jawapan dari kawan Azim,Muslim : Kami karkun muda pakcik, memang macam gini.
Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY