Sep 22, 2009

Tangisan raya

Tangisan raya

Dear PK,
Suasana Raya tahun ini sama sahaja dengan tahun-tahun lepas. Kemeriahnya jelas terasa. Mungkin Azim dilahirkan dalam keluarga yang masih lagi ada keakraban sepupu. Seorang sepupu Azim yang tinggal di Jerman pulang ke kampung setelah 5 tahun tidak pulang ke Johor Bharu. Selalunya kalau dia balik raya pun,hanya di rumah mak dia di Gombak sahaja. Terkejut dia melihat Azim. Katanya berubah benar,janggut makin banyak,makin gelap & tinggi.
Banyak cerita yang kami kongsi,yelah kami berdua dikira rapat. Datukku hanya tinggal kurang 10 cucu sahaja yang perlu diberi duit raya. Jadi mesti bagi lebih,terima kasih datuk bagi lebih banyak tahun ini. Segan juga nak ambil duit raya sebenarnya, tetapi prinsip kalau masih belajar dapat duit lagi diamalkan,kira okaylah tu. setelah dihitung hingga setakat jam ini Azim berjaya mengumpul RM210.
Raya pertama jam 6.10pm semuanya berkumpul rumah Pak Long Azim semasa Azim balik ke Felda Ayer Itam. Kelakar & rasa seronok pula melihat aksi Azim dalam Macam Macam Aznil. Lihat keluar TV,baru nampak diri Azim yang sebenar. Mungkin ada yang perlu dibaiki kata Mak Ngah Azim. Walaupun suasana riang gembira melihat telatah anak-anak sepupu Azim yang masih lagi belum mencecah 2 tahun,Azim tahu setiap hati keluarga kami ada perasaan sedih kehilangan sepupu Azim.
Pagi-pagi hari datuk Azim akan tiba-tiba menangis menyatakan dia tak nampak Ami lagi walaupun dia ingat-ingat lupa. Ayah mangsa,Pak Andak masih lagi dalam keadaan terkejut. Tidak boleh sedikit pun menyebut nama anaknya atau melihat benda-benda yang berkaitan dengan anaknya. Nasib baik dia ada isteri yang tabah. Azim kagum dengan Mak Andak. Sanggup dia pergi ke jalan raya mengutip daging anaknya yang bersepai dihentam lori. Mak Inah sampai sekarang tidak boleh membaca Yaasin untuk arwah,jika tidak pasti menitis air mata. Azim yang dikira budak cengeng dalam keluarga Azim pasti akan melinangan air mata jika ada orang bercerita mengenai arwah. Terlalu teruk kematiannya,menjadi kejutan bagi kami sekeluarga.
Sampai sekarang polis menyatakan arwah yang bersalah. Walaupun ramai saksi menyatakan salah pemandu lori itu. Tambahan lagi, kemalangan berlaku di jalan arwah. Susah nak kata kedahsyatan kemalangannya itu. Hingga tiada bentuk tangan,kaki, badan. Semuanya jadi daging. Beg sekolah dan uniformnya juga melekat dengan daging arwah. Arwah seorang yang baik & bersopan santun. Semoga Allah merahmati kematiannya dan menempatkannya ditempat orang yang terpilih.
Peace..,
xYMe

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY