Aug 31, 2009

Mampukah kita berubah?

Mampukah kita berubah?

Dear PK

Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! pada 31 Ogos 1957,memberi perubahan besar pada rakyat Malaysia ketika zaman itu. Perasaan mereka lebih seronok daripada mendapat cahaya mata. Kerana pada hari bersejarah itulah, mereka tidak perlu lagi risau tentang masa hadapan anak-anak mereka. Anak-anak mereka tidak perlu merasai keperitan,kepayahan & kesusahan mereka di zaman jajahan negara asing

Saban tahun negara Malaysia akan menyambut tarikh keramat ini, bukan untuk menunjuk-nunjuk Malaysia sudah aman,tetapi untuk meluahkan perasaan gembira & meraikan keperitahan orang-orang terdahulu mencari erti kemerdekaan. Beberapa cendiakawan asyik memikirkan mampukah Malaysia merdeka lagi tahun hapadan? adakah kenikmatan yang kita rasai ini akan pudar dijadikan sejarah oleh anak-anak kita nanti?

Baca sahajalah di surat khabar,pelbagai perkara yang boleh memusnahkan keamanan negara. Jika kita tidak pandai menjaganya,negara kita akan tergadai. Masalah sosial pelapis-pelapis negara kian bertambah. kes ragut, rempit, bunuh, rogol, kumpulan-kumpulan yang bertentangan dengan agama kian bertambah. Takut-takut mereka yang sendiri akan menjual Malaysia ke negara luar.

Dengan kesempatan yang ada inilah,raikan Merdeka dengan penuh kesyukuran. Remaja-remaja yang sibuk dengan hiburan-hiburan terlampau selepas detik 12 hentikanlah. Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum,jika kaum itu tidak mengubahnya. Jadilah rakyat Malaysia yang ada tahap akhlak yang tinggi & sematkan perasaan 1Malaysia dalam setiap kaum di Malaysia. Setiapnya pasti menyumbang ke arah wujudnya Malaysia di peta dunia. Saya bangga jadi MALAYSIAN!!!



Iklan TM merdeka tahun ini

Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY