Sep 3, 2009

Kecurian

Kecuriaan

Dear PK,
Apabila sebut sahaja kecurian,pasti setiap orang pernah merasainya. Semasa Azim dalam perjalanan ke Johor untuk pulang ke rumah, berlaku kes penangkapan seorang yang dicuri. Pencurinya ialah seorang lelaki India berusia dalam awal 20-an. Dia dibelasah agak teruk di stesen bus. Azim hanya mampu melihatnya.

Kecuian pasti berlaku di mana-mana. Dikolej heboh dengan kes kehilangan laptop. Pencuri akan masuk ke dalam bilik melalui tingkap yang tidak berkunci. Ada juga pencuri akan masuk melalui pintu sendiri. Pencuri akan masuk ke bilik lalu menyamar sebagai rakan kepada mangsa. Kerjanya lagi senang jika teman sebiliknya sudah tidur. Jika belum tidur, dia akan menyamar & kadang-kala menyatakan dia salah bilik.

Cara lebih ‘power’ pencuri itu lakukan ialah dengan pukau. Dikatakan,pencuri orang luar daripada kolej. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk mengelak pencuri masuk ke dalam bilik. Kad pelajar kolej, pagar tingkap di setiap bilik di aras bawah. Rumah sentiasa perlu dikunci.
Kes motorsikal pula sama sahaja. Seorang pelajar kolej hilang LC yang baru dibelinya 2 minggu antara masa semua orang sedang seronok solat tarawih hari pertama. Banyak lagi kes hilang motor yang berlaku di kolej. Azim pula minggu lepas hilang selipar di Masjid UPM ketika solat tarawih. Balik kaki ayam lah Azim ke kolej. Sedih rasanya kehilangan selipar Dr Cardin bewarna putih itu. Walaupun harganya bawah RM50 dan sudah hampir terkoyak, tetapi sudah lebih setahun lebih Azim memakainya.

Kecurian ini pasti akan berlaku pada setiap orang. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah langkah berjaga-jaga. Hukumannya pasti dilaksanakan di akhirat kelak

pEACE..,
xZYm.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY